VS 5

Drama Completed 85759

10 tahun dulu..

“Im!!!”

Gulp!
Huk! Huk!
Laju Daim menenyeh puntung rokok gudang garam yang baru dihisap separuh.

Kacau stim la minah Eva ni!
Tapak tangan dilambai-lambai depan muka membuang bau asap nikortin.

“Im!!”

Minah ni!
Ada aku tarik anak tekak tu biar bisu terus.

“Kau kat sini ke Im?”
Eva tunduk pegang perut sambil mencari oksigen yang hilang akibat terlalu laju menaiki tangga rumah Daim.

Daim masih berdiri di balkoni biliknya. Tangan dimasukan kedalam poket sementara menunggu Eva menghampirinya.

“Im.. aku ambik surat untuk kau.. aku dah buka.. aku tengok....”
Hidung Eva bergerak-gerak ke atas. Ayatnya mati.
Ada bau yang kurang menyenangkan.
“Kau hisap rokok ke Im?”

Gulp!
Daim pandang sampul coklat yang berada di tangan Eva. Lantas merampas kasar.
“Ni surat aku kan. Suka hati je kau bukak?”
Sengaja Daim luah ketidak puasan. Padahal dia cuba pusing soalan terakhir Eva tadi.
Minah ni memang marah giler kalau Daim hisap rokok.
Pernah dia buang sekotak rokok yang Daim baru beli sebab taknak bagi lelaki tu hisap.
Giler!.
Dia ingat harga rokok tu murah ke?
Kasi can la aku nak jadi gentleman sikit.

*Falsafah hidup Daim Akli.
Lelaki yang merokok adalah lelaki yang gentleman sebab berani nak bunuh diri*
Smile!!

Eva pandang sampul coklat yang dah berada pada tangan Daim. Lupa terus bau nirkotin tadi.
“Mama ambik surat tu masa kau takde kat rumah. Aku dah buka. Tu surat tawaran belajar kau Im.”

Daim pandang Eva sekilas.
Surat aku? Tapi kau yang excited lebih, kenapa?
Wajah Daim ditundukan.
Kertas dalam sampul dikeluar. Bait ayat dibaca satu persatu.

“Kau dapat tawaran sambung matrik Im.”
Eva paut lengan kiri Daim. Kaki dah terlonjak-lonjak gumbira.

Muka taknak blah.
Macam kuda tengah senyum. Semua gigi macam nak terkeluar dari mulut.

Eh eh minah ni!
Daim masuk kan kembali kertas putih kedalam sampul.

Eva berhenti lonjak gedik. Wajah didongak memandang Daim.
“Kau taknak pergi ke Im?”

Daim geleng kepala.

“kenapa...?”

God.. lemah gemalai suara Eva ni..
Hati.. tahan..
Park!
Daim tepuk ubun-ubun Eva dengan sampul coklat yang berada dalam tangannya..

“Adesss... sakit la Im!”
Gengaman lengan Daim dilucutkan.
Pantas tapak tangan Eva mengosok tengah anak rambut.
“Apasal kau pukul aku Im?!”

“Kau yang excited lebih pehal?!”

Wajah Eva kembali didongak memandang Daim.
“Mana tak excitednya Im! Kau kawan rapat aku yang dapat sambung matrik.. bangga weii!”

Daim diam, badan dipusing menghadap panorama rumah Eva di hadapannya.

Eva tarik bahu Daim.
Tapi lelaki itu keras badan.
“Kau taknak pergi ke?”

Sekali lagi Daim geleng kepala. Pandangan masih terus kehadapan.

Keluhan Eva hembuskan. Dia berjalan selangkah dan berdiri ditepi pengandang besi bersebelahan Daim.
“Kenapa kau tolak Im? Rugi tau. Bukan semua dapat tawaran matrik macam kau?”

Daim keluh nafas.
“Habis je sekolah baru ni, fikiran aku hanya tumpu pada Cafe mama ngan papa aku. Kak Clay, aku tak boleh halang bila dia dapat kejar cita-cita dia nak jadi Stewardess. Dia perempuan, dia berhak pilih apa yang dia nak.”

“Habis kau takde cita-cita Im? Kau leburkan cita-cita kau sebab orang lain”
Eva toleh sisi Daim.

“Sejak mama ngan papa meninggal, cita-cita aku nak maju kan Cafe Indulgence.”

“Im.. kau jangan tipu diri kau?”

Daim geleng kepala. Wajah dipusing menghadap Eva. “Kalau aku sambung berlajar, belum tentu aku berjaya Eva. Kalau aku dah habis belajar, belum tentu aku akan dapat kerja.”

Kali ni Eva pulak yang keluh nafas.
“Kalau kau rasa itu yang terbaik untuk kau, terpulang la Im”

Daim senyum segaris sebelum wajah kembali menghadap kedepan.
“So kau sambung mana nanti?”

Eva memaku tangan pada pengadang besi. Mata turut menari pemandangan dihadapan.
“Aku masuk ASWARA.”

Kepala Daim diangguk berkali-kali.
“Aku gembira sebab kau boleh penuhi cita-cita kau Eva.”

Eva hempas badan di atas tilam!
Kenangan 10 tahun lalu sering merangkul ingatannya sejak akhir-akhir ni.

Kenapa la Farina buta dengan Daim hanya kerana Daim tak belajar tinggi dan poket tak penuh macam Hairul.

Huh! Pilih Cinta sebab harta!
Kau ingat harta boleh beli keranda yang boleh buat mayat kau hidup semula ke?
Puih Farina!

Daim Akli pun satu!
Tahu lah kau cinta mati dengan Farina!
Tapi tak yah la singkirkan aku sebab perempuan yang terang-terang curang dengan kau!

Eva dudukan tubuh, bantal petak diambil dan ditumbuk kuat.
Arrgggh!
Kau nak sangat putus dengan aku kan?
Kau nak sangat supaya aku tak ambik tahu hal kau lagi kan?!
Fine!
Mulai hari ini, aku akan buang semua perasaan aku pada kau Daim Akli! Antara kau dan aku FINISH!
Noktah!

Kring! Kring!

Wajah Eva ditoleh ke meja sisi katil memandang i-phone miliknya.
Uh! Mesti Daim kan?
Nak pujuk la tu?!.
Sorry..

Kring! Kring!
Nak angkat ke taknak?
Nak jual mahal lagi boleh?

Eva senget badan, mata dikerling kepada skrin telefon.
Ceh! Zizie dua alam rupanya!
Laju i-phone digengam dan dibawa ke telinga.

“You ke mana darling.. berapa kali i call you tak pick up?”

Berapa kali tu banyak mana kalinya?
Bukan 2 kali je ke telefon aku bebunyi.
“Kau nak apa Zizie? Aku rasa schedule aku petang ni kosong.”
Jari Eva bermain dengan hujung rambut blondnya.

“Hai.. i PA you takkan tak boleh call kot.”

“Boleh.. tapi ni ‘me time’ aku.. bagi la aku rehat.”
Tubuh Eva kembali dibaringkan.

“Ish minah ni.. i call cuma nak ingatkan you pasal event esok.”

Event esok?
Event pekebenda?
Eva diam garu dahi.

“Lupa lah tu kan?”

Uh! Nak perli aku lagi la Nyah ni!

Zizie merengus sebelum memulakan bicaranya.
“Esok you jadi guest untuk fashion show kat Vistana Hotel.”

Eva tepuk dahi. Lupa!
Lantas bahu dikendurkan.
Tak boleh ke aku rehat? Penat lah.
Berani kau cakap macam tu kat Zizie, Eva?
Mahunya sampai bercicit, bebel nyah tu tak habis!

“I dah agak you lupa.. Esok pukul 7 pagi i ambik you kat rumah.”

Awalnya..
Eva terus diam hanya telinga masih terus mendengar suara garau kepit dihujung talian.

“I dah prepare baju untuk you tukar. Sponsor sediakan bilik untuk you rehat for one night. Malam tu ada dinner, make sure you datang dengan Lukas tau”

“Harh?”
Kenapa dengan Lukas?
Eva kerut.

“Eva Natasha. Jangan kata you lupa nak bagi tahu Lukas pasal dinner esok?”
Suara Zizie dah bertukar jadi Malik Nor. Garau dan jantan!

“Err... kalau tak ajak dia, tak boleh ke Zizie?”
Kenapa mesti ajak Lukas?

“Hello Eva. Time ni lah you nak tunjukan Lukas kat public. Sampai bila you nak sorok hubungan you all. Sedang dah banyak gosip pasal you dengan Lukas. Lagipun you berdua dah pilih date untuk kahwin kan.”

Eva tarik nafas.
Bukan dia tak mahu nak hebah sangat, walaupun ada sesetengah peminatnya dah tahu.
Cuma Eva tak mahu campur aduk kan hal kerja dan hal peribadi.
Ah! Susahnya jadi artis!

“Eva.. ini peluang you untuk makin naik, tak rugi i kenal kan you dengan Lawyer tu. Baru lah sama taraf dengan you Eva. Lukas has everything. Kalau you jadi wife dia you akan lebih dikenali Eva. You going to be perfect artist!”

Wah! Melayut tinggi angan kau Zizie. Aku tahu kalau aku terkenal, kau pun akan dapat nama kan.
Tapi kau tahu tak Zizie, Lukas nak aku berhenti berlakon lepas kahwin.
Mesti kau tak tahu kan?
Kalau kau tahu la, sah-sah kau menangis tak berlagu!
Nama kau hilang, kerja PA kau pun lingkup!
Huh!

“Dear! You dengar tak apa i cakap ni?!”

Adess!!!
Eva gosok telinga kanannya. Perit dijerkah makhluk dua alam tu.
“Aku dengar la..”

“Better you inform Lukas sekarang, suruh dia jadi partner you. I dah dapat kan satu lagi tiket untuk Lukas.”

Wah! Hebat PA aku ni.
Kerja tip top! tapi muluttt....
Goddess!
Macam orang kerja pasar ikan!

“Nanti aku inform Lukas.”

“Not Nanti! Now Eva!”

Haish!! Berdesing telinga aku ni Nyah!
Takyah buat ‘Wax treatment’ . Dah boleh cair taik telinga aku!
“Yela..”
Eva mematikan panggilannya. Keluhan dilepaskan lagi. Bila la hidup aku nak macam ni?

Badan dibangunkan semula dan melompat turun dari katil.
Langkah menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu.

Ewah.. dah tua pun nak beromantika lagi mama ngan papa ni?
Eva melabuhkan punggung pada sofa ‘single’
Mansor dah melintang terbaring atas riba Dahlia sambil mereka berdua menonton TV.

“Eh Eva. Tak tidur lagi ke?”
Dahlia menoleh kepada Eva sambil jemari masih mengirai rambut suaminya.

Huh! Bahagia la tu?!

“Oh! Sedar juga mama dengan Eva ek. Ingat duduk syok tengok TV tak sedar anak ada sebelah.”
Eva silang tangan didada. Sengaja nak kenakan mama dan papanya.

“Siapa tak sedar kalau artis cantik macam anak papa lalu kat sebelah.”
Mansor bersuara garau sambil mata masih menatap TV.

“Ye la tu.. “
Eva senyum.
Sebentar kemudian matanya melirik kearah Dahlia.
“Mama esok pagi Eva ada event kat Vistana Hotel. Sampai malam. Kalau Eva tak larat, maybe Eva stay kat hotel. Esoknya baru balik. Boleh kan mama?”

Sekali lagi Dahlia menoleh pada anaknya.
Macam tu la Eva, pergi kemana-mana, buat apa saja. Mesti akan diberitahu pada dia atau Mansor. Umur dah 28 tahun, dah cukup dewasa untuk buat keputusan sendiri. Tapi Eva tetap memilih untuk berkongsi dengan family.
“Pergi la Eva..tapi hati-hati, jangan seksi. Jangan rapat sangat dengan lelaki, and.. jangan....”

“Minum alkohol...”
Laju Eva pangkah ayat Dahlia. Bibir ukir senyum.
“Eva ingat pesan mama...Esok Eva sampai hotel, Eva call mama atau papa okay.”

Dahlia angguk kepala. Bibir mengorak senyum.
Bangga dengan anak seorangnya itu
8 tahun Eva bergelar artis, namun satu perkara pun Eva tak pernah sorok dari pengetahuan keluarga.

Sebab tu la, Dahlia dan Mansor sentiasa memberi semangat pada Eva untuk berjaya dalam dunia seninya.

“Eva masuk tidur dulu ye mama.”

“Sekejap Eva. Papa nak cakap sikit.”
Mansor membangunkan tubuh dan duduk disebelah isterinya.

Eva yang baru nak angkat punggung kembali duduk.
“Kenapa papa?”

“Papa nak tanya. Ada apa-apa berlaku pada kau dan Daim ke sejak akhir-akhir ni?”

Gulp!
Papa nampak ke?
Dahi Eva dikerut seribu. Bibir masih terkatup.

“Papa tengok Daim jarang dah kerumah ni. Kau pun tak pergi dah jumpa dia. Semalam papa ajak dia makan kat rumah dia tanya dulu kau ada tak. Bila papa cakap Eva takde baru dia masuk. Kenapa korang bedua ni? Gaduh ke?”

Sekali lagi Eva telan liur pekat.
Bawang holland juga papa ni kan?
“Papa ni.. Eva kan busy, Im pun sekarang ni tengah uruskan cafe baru dia. Makin jarang la ada kat rumah.”

Mansor angguk kepala.
“Papa ni bukan apa. Papa ngan mama pernah berjanji dengan arwah mama ngan papa Daim tu untuk tengok-tengok kan Daim dan Clara. Papa ni dah anggap diorang berdua macam anak papa sendiri. Papa tahu kalau Daim ada masalah, orang pertama yang dia bagi tahu mesti kau Eva. Jadi papa taknak korang sorok kan apa-apa dari papa ngan mama.”

Eva selit rambut yang jatuh di dahi, kebelakang telinga.
“Papa ni. Daim tu dah besar panjang. Nak buat apa papa nak tengok dia lagi? Pandai lah dia jaga diri sendiri.”

“Kau ni Eva. Kenapa tiba-tiba nak jealous pulak? Betul apa papa cakap tu. Kau, Daim ngan Clara. Tiga-tiba bawah tanggungjawab kami tau. Mama pun dah anggap Daim ngan Clara macam anak mama.”

Eva jungkit bibir pandang mamanya.
“Tapi Eva tetap anak kandung mama ngan papa kan? Takkan mama ngan papa nak sama rata kan sayang pada Eva juga?”

“Eh eh.. kau ni period ke apa Eva? Moddy tak bertempat? Tiba-tiba nak cemburu pulak”

Kali ni Eva jeling maut kepada Dahlia.

“Tengok.. jeling mama lagi!”

“Mestilah! Dah mama sayangkan Daim ngan kak Clay lebih dari Eva.”
Eva buat muka punggung ayam. Sengaja nak protes!

“Mana ada Eva.. Kalau sayang mama seratus peratus tu, 30 untuk Daim, 30 untuk Kak Clay. Dan 40 percent untuk anak mama yang tak sedar tua ni!”
Dahlia sua muncungnya kearah Eva yang masih dengan rajuknya.

Kali ni biji mata Eva dah bulat.
“Lebih 10 percent je?! Kedekut la mama ni! Patutnya Eva boleh dapat 80 percent!”
Eva mengeluarkan lapan jari sambil disua kepada mamanya sebelum lakar gelak.

“Ish! Mama bagi dua penumbuk nak? Cukup hundred percent.”
Kali ni Dahlia pulak menyuakan dua buku limanya pada Eva.

Makin rancak Eva terkekeh.
Padahal dia sengaja ubah topik, taknak papa tanya pasal dia dan Daim lagi.
Alang-alang takde soalan lagi. Apa lagi!
Naik bilik la!

Pantas Eva bangunkan badan.
“Eva masuk bilik dulu tau! Esok Eva kena awal!”

Apa lagi Eva!
Satu. Dua. Tiga pecut!
Tanpa menoleh kepada mama dan papanya.
Terus langkah diatur panjang mengira anak tangga dan kembali ke biliknya.

Didalam bilik, Eva melangkah ke balkoni. Pintu dibuka dan tubuh dikeluarkan menuju pengadang besi.
Pandangan dihala ke bilik Daim.
Masih terang. Tapi sunyi. Pintu balkoni pun tertutup rapat.
Eva sedut udara malam.
“Daim... mungkin ini jalan cerita kita.. aku akur..”

****

Pagi tu, Daim keluar awal jumpa peguam untuk uruskan pembukaan kafe nya satu lagi.
Seusai selesai. Toyota Hilux hitam miliknya di pandu laju menuju ke Cafe Indulgence.

“Bos! Bella Vouge tengah tunggu kau kat meja hujung tu.”

Suara lantang Bob menyambut langkah Daim sewaktu tiba di Kafe nya.
Pandangan dihala kepada wanita yang mempunyai Mata bulat besar dengan hidung yang tinggi plus bibir yang sedikit tebal dan plump.
Rambut Black Coffee paras bahu dengan semi perm dihujung.
Betul kata Bob. Bella memang Vouge!

Daim kendur bahu.
Apa lagi Mak Ayam ni nak?
Namun kakinya tetap melangkah menuju kepada Bella.

Bella angkat muka sesaat merasakan ada seseorang yang menghampirinya.
“Im... i’m really miss you.”

Erk...
Biji mata Daim fokus pada bibir plump Eva yang dibentuk menjadi ‘Duck Face’
Menjengkel kan!
“You buat apa datang sini? Kalau you nak paksa i untuk jadi anak ikan you. Sorry.. you tahu jawapan i.”

Bella tampar lengan kanan Daim yang diletakan diatas meja seusai lelaki itu melabuhkan punggung berhadapanya.
“You ni selalu pandang i jahat tau. Cuba you selam hati i, you akan tahu betapa baiknya i ni”
Tapak tangan Bella menyentuh dada kirinya. Badan dilintuk inul.

“I tengok you, i hanya nampak mak ayam yang cari anak ayam merata-rata.”

Kali ni Bella sembur tawa.
“Okay jugak title tu. I mak ayam dan i nak jadi kan you salah seorang anak ayam i boleh?”

Daim jungkit bibir.
Susah betul cakap dengan pembaris macam Bella ni!

Bella sisip coffee didepannya, sebelum kembali memandang Daim.
“Hari ni i fasting untuk pujuk you jadi ANAK IKAN i. But... i tetap akan pujuk you untuk jadi partner i for today dinner.”

Daim silang tangan didadanya.
“You rasa you boleh pujuk i ke? You pun tahu hati i keras bila tengok you”

Bella gelak manja.
“Kali ni you kena setuju jugak. Kalau you ikut i, i akan tolong bukak jalan untuk ‘stunt club’ you jadi famous. What you say?”
Kening kiri diangkat tinggi.

Sekali lagi Daim jungkit bibir.
“Club i bukan active sangat sampai nak cari contrat merata-rata. I tak perlu kan itu semua.”

“You tak perlu sebab you dah dapat income besar dari cafe ni. You tak fikir ke staf club tu? Entah-entah diorang tunggu duit hasil dari job stuntman. Kesian la.”

Daim diam.
Betul juga cakap Bella. Ada sesetengah anak buahnya menjadikan stuntman sebagai kerja tetapnya. Kalau takde kontrak takde la duit.
Kau selfish Daim!

“You ikut i.. malam ni dinner untuk fashion show yang berlangsung siangnya. I tengok list, ramai producer film yang hadir. Pelakon dan penyanyi pun dipanggil untuk event tu. Mana tahu nasib you beruntung malam ni?”.
Sekali lagi Bella angkat kening. Cuba lempar jaring.

Daim menarik nafas panjang. Mata bulat Bella dipandang.
“Pukul berapa dinner tu?”

“Yes! So you setuju kan?”

Wah! Bersinar mata Minah Bella ni! Dah macam mata kucing siam dah!
Daim angguk kepala.
“So. What time?”

“Eight. Pukul 7 i ambik you kat rumah.”

Huh! Bersungguh Si Bella ni!
Sampai nak ambik kat rumah. Mana dia tahu rumah Daim?
Dah namanya Pencari Model. Takkan lah tak kaji awal-awal model yang ingin diletakan bawah seliaanya.
Tapi Daim bukan model dia.
Cubaan memujuk untuk Daim jadi model dah lebih 6 bulan diusahakan.
Tapi hampa. Daim tetap dengan pendiriannya. Tak mahu terlibat secara depan-depan dengan dunia seni.

“Bos.. ni spaghetti yang Cik Bella oder.”

Serentak Daim dan Bella angkat wajah pandang Firman yang sedang meletakan pinggang berisi spegeti di hadapan Bella.

“Thanks Man.”

Firman angguk kepala lantas mengukir senyum kearah Bella sebelum kembali ke ruang dapur.

Daim dongak pandang Bella yang bulat mulut dan kaku macam patung Marilyn Monroe.
Dah kenapa?

“Im! Tu staf you ke?”
Mulut Bella dimuncung ke ruang dapur.

Daim faham.
“Ah a.. Firman. Western chef i.. dah setahun dia kerja kat sini.”

“Oh God!! So handsome! Plus sado lagi. Kalau i try bawa dia jadi model i boleh ke?”

Daim jungkit bahu.
“Terpulang.. tapi i nak ingat kan you.. kalau Firman setuju sign contract dengan you, you mesti jaga dia elok-elok. Dia duda, wife dah meninggal masa lahirkan anak dia. So sekarang dia cari duit untuk anak dia.”

“Kalau dah muka macam Firman tu, of course la i jaga-jaga elok-elok. Macam i jaga you.”

Ceh!
Daim pandang mata Bella yang dikelip manja kearahnya.

“You tahu Im.. i suka pergi cafe you. You know why? Bila i masuk cafe ni i rasa macam masuk di syurga. Ovary i tak berhenti bergetar tengok staf-staf you yang sado mantop semua tu.”
Bella makin buat goyang inul.

“Yang sado dan mantop tu termasuk i jugak lah Cik Bella!?”

Pantas Bella menoleh kearah Bob!
Telinga kuali Chubby ni!
“I reverse balik ayat i tadi. Semua staf kat sini mantop exclude you Bob!”
Erk! Bella jungkit bibir sebelum mengukir senyum.

Daim turut gelak sakan.
Bob memang tak habis lawaknya.

Hampir sejam jugak Bella berborak dengan Daim sebelum wanita itu minta diri untuk pulang.
“Jangan lupa malam ni tau dinner at Vistana Hotel. I ambik you pukul 7.”

Daim angguk kepala sambil silang tangan didada.
Bella ni ingat aku alzheimer ke?
Dah banyak kali dia ingat aku benda yang sama.

“You pakai smart sikit tau. Kalau boleh fit, bagi nampak six pack you.”
Sempat Bella bagi cadangan sebelum badan dikeluarkan dari Cafe Indulgence.

Daim geleng kepala. Bella ni cakap tak pernah malu.
Kalau dah mintak aku pakai fit nampak six pack. Baik buka baju terus.
Giler!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience