SIRI V - KEMATANGAN SIKAP ALYS

Horror & Thriller Series 7331

SIRI V - SIKAP MATANG ALYS

“Jangan baik hati sangat…”, kata Encik Aidan kepadanya dengan suara yang garau tetapi perlahan.

Puan Miriam berdiri dan menarik tangan suaminya kembali untuk duduk. Tangan kiri Dr Abel yang dipegang kuat tadi dilepaskan. Dr Abel menggigil ketakutan, tetapi dia masih sempat menghulurkan piring tersebut kepada Alys, yang disambut dengan senyuman oleh kanak-kanak comel itu.

Hanya setelah 10 saat Dr Abel terkaku, dan terpaku, ibarat deruan adrenalin di dalam darahnya yang meningkat akibat reaksi saraf simpatetiknya diaktifkan, barulah dia boleh berjalan semula menjauhi katil Alys. Dr Abel menjadi gugup, dia terlalu takut secara tiba-tiba, dan terus duduk di sebuah kerusi yang terletak di belakang kaunter jururawat.

Dia mendiamkan diri sahaja, Tidak menjerit atau berkata apa-apa kepada SN Nurul yang sedang sibuk membancuh ubat-ubatan untuk pesakit lain. Tangan Dr Abel masih lagi menggeletar kerana cuak. Bukan dia tidak pernah menghadapi serangan fizikal sedemikian daripada pesakit ataupun waris pesakit sebelum ini, tetapi, kali ini berbeza. Ibarat ada kuasa ghaib yang terlalu kuat menekan dirinya sehinggakan dia jadi begitu. Langsung tidak berani melawan mahupun berbuat apa-apa.

“Krriiiiiiing!”, bunyi telefonnya yang kuat menyebabkan dia terkejut dan melenting. Gelagatnya diperhatikan oleh SN Nurul, yang tertawa kecil kerana tidak pernah dia melihat Dr Abel berpelakuan sedemikian.

“Hey Abel, its me Prakash here, why don’t you err… transfer the patient to the ward first, since this patient is not eligible to enter burn unit kan? I got some emergencies here, can you manage?”, suara Dr Prakash di talian.

“No worries boss. Tadi, patient ni punya BP dan DXT tadi a little bit low, I’ll ask the staff nurse to repeat another readings nanti ya boss”, jawab Dr Abel, menceritakan sedikit mengenai gejala pesakit yang telah diambil tindakan itu tadi.

“Bos datang bila by the way? Should I wait tonight?”, tanya Dr Abel sekali lagi memandangkan percakapannya tidak dijawab tadi.

“Err, no need to wait la, you go back home first la. Esok at 8.00 kita round. You know dah pukul 1.30 pagi dah pun ni kan?”, jawab Dr Prakash.

“Orait, see you tomorrow boss”, kata Dr Abel sebelum memutuskan panggilan.

Dr Abel berjalan ke arah katil Alys dengan niat untuk memberitahu bahawa Alys perlu dimasukkan ke dalam wad untuk tujuan pemerhatian. Dia menuju ke arah Puan Miriam dan Encik Aidan. Jantungnya berdegup pantas, risau dan cuak diperlakukan sedemikian sekali lagi.

“Puan, Alys perlu ditahan di wad untuk pemerhatian keadaannya…”, kata Dr Abel dengan nada yang lembut kepada Puan Miriam.

“Oh tidak. Tidak Doktor, mana boleh begitu. Kami ni keluarga yang susah, bagaimana kami nak mencari wang untuk membayar kos perubatan ni nanti. Pasti akan menjadi mahal sekiranya dia dimasukkan ke wad”, kata Puan Miriam sambil terus berdiri, dan tidak setuju dengan keputusan Dr Abel.

“Tapi Puan ada insurans kan? Maksud saya, Alys pasti ada insurans bukan?”, kata Dr Abel.

Sememangnya, insurans di negara ini sudahpun wajib diambil oleh kesemua kanak-kanak. Akan tetapi, ada beberapa jenis manusia yang masih lagi tidak mahu berbuat sedemikian atas alasan harga insurans yang perlu dibayar itu terlalu mahal.

“Tidak. Tiada insurans. Kami nak request untuk dipindahkan ke hospital kerajaan boleh kalau begitu?”, kata Puan Miriam.

“Tapi mama, Alys nak doktor ni rawat Alys, doktor ni baik”, tiba-tiba entah dari mana muncul suara Alys yang daripada tadinya mendiamkan diri sahaja.

Puan Miriam mendiamkan dirinya apabila Alys bersuara. Dia meminta Dr Abel tunggu sebentar sementara dia berbincang dengan suaminya. Perbincangan mereka berdua dilakukan dengan suara yang amat perlahan, seperti berbisik dan langsung tidak dapat ditangkap oleh Dr Abel.

Sesekali bola mata mereka melihat Dr Abel, kemudiannya ke arah Alys dan kemudiannya menyambung percakapan berdua. Tiba-tiba sahaja Puan Miriam bangkit dan meminta kebenaran Dr Abel untuk keluar sebentar untuk mereka berbincang di luar pintu masuk wad kecemasan ini. Dr Abel berdiri sambil memerhatikan mereka berdua berjalan keluar seiringan.

“Pelik betul manusia sebegini…”, dalam hatinya terfikir secara tiba-tiba kerana dia tidak pernah berjumpa waris pesakit yang sebegini rupa.

Tiba-tiba bajunya ditarik perlahan oleh Alys. Dr Abel sekali lagi terkejut. Keadaan mentalnya yang masih lagi takut, dan serabut memikirkan mengenai hal keluarga mereka menjadikan dia mudah terkejut pada hari itu.

“Doktor… Nama doktor apa?”, tanya Alys, perlahan sahaja suaranya.

“Oh, alamak, maafkan saya, saya lupa nak perkenalkan diri tadi. Nama saya Abel, panggil kakak sahaja Alys”, jawab Dr Abel, yang juga baru teringat bahawa dia lupa memperkenalkan namanya kepada pesakit dan waris pesakit.

“Kakak Abel? Nama penuh kakak?”, tanya Alys yang tiba-tiba sahaja berbual dengan biasa dengan Dr Abel.

“Han…Han Abel”, jawab Dr Abel.

“Kakak… Kakak sayang tak Alys?”, tiba-tiba satu soalan entah dari mana timbul.

“Eh, sudah tentu. Kakak sayang semua pesakit kakak. Kakak nak semua pesakit kakak sihat, bukan daripada segi perubatan sahaja, tapi, kalau kakak rawat dengan penuh kasih sayang, sudah tentu pesakit kakak akan jadi lebih sihat”, jawab Dr Abel, cuba berseloroh kerana juga, tidak pernah dia ditanyakan soalan sebegini.

Dr Abel merupakan anak bongsu dalam keluarga kecilnya. Dia mempunyai seorang kakak, yang hampir belasan tahun perbezaan umurnya. Walaupun daripada kecil, Dr Abel teringin untuk ada seorang adik, namun hasratnya tidak tercapai.

Ibu dan ayahnya pula kedua-duanya merupakan doktor pakar pembedahan tulang. Sejak daripada kecil lagi, dia dibesarkan dalam suasana yang amat strict. Tidak boleh main-main. Tidak boleh mendapat markah peperiksaan yang rendah. Tidak boleh membuat kesilapan di sekolah dan lain-lain. Biasalah, keluarga masyarakat berbangsa Asia ini, semuanya begitu. Tipikal nakkan kesempurnaan pada anak-anak mereka.

Tetapi, berlainan dengan apa yang orang lain fikirkan, Dr Abel sebenarnya sangat bersyukur mempunyai ibu bapa sedemikian walaupun dia tidak pernah mengerti maksud kasih sayang yang sebenar daripada ibu bapa, memandangkan mereka berdua sibuk bekerja mencari wang bagi mendapatkan pendidikan dan pelajaran yang terbaik untuknya.

Memang dia pernah merungut, dan pernah cuba ingin melarikan diri dari rumah sewaktu kecil kerana tidak tahan dengan persekitaran yang tidak kondusif bagi seseorang manusia untuk membesar, namun, setelah dia mula bekerja sebagai seorang pegawai perubatan, dia tahu, apakah sebenarnya yang dialami oleh ibu bapanya. Dia tahu, pengorbanan dari segi masa yang diluangkan kepadanya dan kakaknya mempunyai sebab yang munasabah.

Syukur, dengan adanya pendidikan yang terbaik, mudah sahaja bagi Dr Abel menyambung pelajarannya di sebuah universiti terkemuka di pantai timur negara, dan menjadi seorang pelajar perubatan yang terbaik di universitinya. Sikapnya matang, dan begitu mementingkan ilmu kerana bagi dirinya, ilmu itulah yang akan dibawa bagi menyelamatkan nyawa pesakit kelak.

“Kakak Abel, kalau boleh, kakak jagalah Alys. Alys tak nak doktor lain yang jaga. Alys tak ke hospital lain…”, rayu Alys kepadanya.

“Jangan risau Alys, pasti mama dan ayah akan capai keputusan yang terbaik untuk Alys nanti”, jawab Dr Abel, cuba menenangkan jiwa si kecil itu.

“Tapi, kalau mereka bertegas nak bawa Alys ke hospital lain nanti macam mana?”, tanya Alys.

“Kalau macam itu, tiada pilihan lain untuk Alys. Alys kena ikut keputusan mereka… Mereka ibu bapa Alys dan Alys sebagai anak kenalah ikut apa yang mereka katakan.”. kata Dr Abel.

Ayat-ayat yang diungkapkan itu sudah cukup menceritakan bahawa betapa kekoknya Dr Abel dengan kanak-kanak. Dia tidak reti berkomunikasi dan seringkali bercakap dengan kanak-kanak kecil ibarat seorang yang dewasa. Terus terang, tiada reassurance dan kata-kata yang menyedapkan hati walaupun menipu, seperti yang acapkali dilakukan oleh orang dewasa terhadap kanak-kanak kecil.

Saat mendengar jawapan Dr Abel, Alys mencemikkan mukanya. Kemudian dia berpaling kanan, membelakangkan Dr Abel. Dr Abel bingung, dan blur.

“Alys, kakak ada salah cakap pada awak ke? Alys?”, Dr Abel cuba bertanya, dan sememangnya dia tidak tahu langsung apakah kesilapan di dalam tutur katanya yang terlalu terus terang itu.

“Kakak Abel kata kakak sayangkan Alys. Tapi, kalau mama nak bawa Alys keluar hospital ni, kakak biarkan sahaja. Takkan kakak tak kesian tengok Alys?”, kata ALys. Kini dia mula tersenggut-senggut menahan kesedihan.

Dr Abel gelabah. Dia tidak tahu apakah yang perlu dilakukan. Dia menghulur sekeping tisu yang diambil daripada atas cardiac table di kaki katil Alys. Dr Abel cuba memujuk

“Alys… Mama dengan ayah takut tak cukup duit. Hospital ni hospital swasta. Pesakit kena bayar untuk dapatkan rawatan. Kecuali kalau ada insurans, maka tak perlu bayar apa-apa” sekali lagi Dr Abel menerangkan dalam lingo dan bahasa yang agak sukar difahami oleh kanak-kanak 8 tahun.

“Maksudnya, kakak Abel bukan sayang pesakitlah? Kakak Abel cuma rawat pesakit sebab nakkan duit?”, tanya Alys yang tiba-tiba menyebabkan Dr Abel terkulat-kulat mendengarkan soalan sebegitu.

“B…bukan macam tu. Maksud kakak…”, belum sempat Dr Abel menghabiskan ayatnya, Alys memotong.

“Kalau kakak kerja sini mesti banyak duit, dan kalau kakak ada rasa simpati kepada Alys, pasti kakak akan cuba bantu Alys kerana kakak tahu keadaan di hospital kerajaan yang lain kan?”, tiba-tiba percakapan Alys menjadi seperti seorang yang matang dan mempunyai taraf pemikiran yang sama dengan Dr Abel.

Dr Abel terkesima, dan terpaksa meminta kebenaran untuk dia beredar daripada katil yang menempatkan Alys. Dia berlalu ke pantri untuk

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience