3 : Menjauh

Short Story Series 1175

"Weh Sya jom makan, kau tak rehat lagi kan?" Kata Ajid memanggil ku keluar setelah Hadi keluar. "Belum lagi Jom!".
"Weh kau nak makan mana? Jom makan sekali dengan aku kesian ya takde geng! ". Kata Ajid setelah nampak Hadi dan kawan² nya di meja dan aku duduk disebelahnya. " Cehh berlagaknya, Ermmm Kau ni anak last ke? Manja semacam ja.. ". Kata aku. " Aah aku anak last, atas aku tiga orang akak. Aku anak lelaki tunggal. Kalau takde duit aku selalu minta kat akak aku. Bestnya jadi anak last nih. Kau anak sulung ke? ". Kata Ajid dengan bangganya. " Aah anak sulung, bestnya jadi anak last. Akak support gituuu". Kata ku dengan memerli. Selepas makan Ajid minta beredar dengan Hadi kerana mereka ingin menghembus asap di luar.

Selepas daripada tu, aku makan mengikut giliran. Kerana aku perlu bergilir gilir menunggu turn keluar makan. Dan tu kali terakhir aku rehat makan bersebelahanya. Kami menjadi rapat kerana kami sebaya. Lepas Ita join kitaorg. Dan dia menjadi rapat dengan kami. Mungkin tak serapat aku dan ajid. Dari gayanya aku nampak seperti mahu memikatnya. Dan aku biarkan mereka bersendirian. Kadang² bila ajid bersendirian, aku akan bersembang² denganya. Dan dia mengajar cara mengendali mesin. Aku selalu memberi tahu kepadanya yang aku cemburu kerana dia dapat bahagian yang dia minati. Aku selalu memujinya yang dia nampak macho bila dia membuat kerjanya.

Malam tu kami kerja shift. Si kak Ana menyuruh Ajid mengambil makan di luar. Aku disebelah mendengarnya. Dia menyuruh ajid membawa temanya. Dan aku kata nak ikut. Dan kami mendapat tandatangan untuk keluar selama dua jam. Kami terpikir alasan apa untuk keluar supaya tidak kantoi keluar tanpa sebab. Aku disuruh berlakon sebagai sorang yang sakit dan Ajid tu sepupu aku. Dan kami berjaya keluar. Selama dua jam tu, Ajid membawa aku makan di tempat zaman dia sekolah dulu. Aku memesan makan dan ajid hanya la meneman saja kerana sudah mengirim makanan. Dia hilang seketika dan dia berada di pentas dihadapan kitaorg dan menyanyikan lagu. Aku merasa gembira seketika walaupun dia tidak tahu aku menyukai nya ketika itu. Kami pulang dengan selama setelah mengambil mkann ditempah.

*Seminggu selepas tu*

'Eh ada muka tak familiar, budak intern baru ke? Ramai nyaaa. Alahai lelaki semua la pulak' bisik aku dalam hati. Bila terpandang sekumpulan setelah aku ternampak tag tertulis intern disini. Ajid datang menghampiri. "Wow ramai juga yang masuk department kita, eh ada budak perempuan laa. Comel la muka ala mami gitu", kata Ajid disebelah mengusyanya. "Asal minat kat dia? Nak aku adjust?" Kata aku dengan nada gurauan. Aku nampak sekumpul pelajar datang mendekati. Aku menegur.

Aku: Hai budak baru ke dari mana?
Amin: Hai budak baru. Aku Amin. Dari ktpm.
Aku: Bahagian apa? Korg course apa lu?
Amin: Aku elektrik tapi bahagian testing.
Yazin: Aku pulak yazin dari Gmi. Aku bahagian machining.
Aku: Ohhh yang ni pulak? Dari manaa?
Syed: Aku syed dari KV. Aku bahagian technician.
Aku: Kalau kau Kv mesti kau muda dari aku kan? Kv mana?
Syed: Asal kau banyak tanya nih? Minat aku ke?
Aku: Sorry aku tak layan adik2 ler.
Aku pergi dengan menjeling.

Aku ceritakan perihal Syed kepada Ajid sapa lagi la aku nak bercerita. Masa tu ajid sedang mengendali kan mesin nya. Dia seperti acuh tak acuh mendengar omelan aku. "Alahai apa salahnya muda, lelaki jugak kan terima jelah Syed tu, nanti dia protect kau. Besar kan badan dia tu." kata Ajid dengan menyindir. "Tak mau aku, kan tak pasal kena penyek dengan dia". Kata aku dengan perasan sakit hati. "Habis tu aku tak pelah pulak?" Kata Ajid dengan suara bisik. "Hish aku tumbuk kau kang". Marah aku menyembunyi perasaan malu tu. Sejak tu Ajid selalu suka mengusyik aku jika Syed menghampir kami berdua. Keesokkan harinya aku cuti dua hari mengikut jadual aku.

Lepas dari tu, bahagian QA menerima 2 org pelajar kptm. Iaitu Afiq dengan Din. Afiq lembut org nya mudah mesra dengan gadis² disini. Din pendek orang nya, dia peramaah orangnya. Aku juga kenali dengan Amer juga satu tempat belajar dengan Afiq dan Din. Amer juga peramah tidak seperti Din dan Afiq. Dia peramahnya selalu mendengar cerita aku dan selalu bertukar pendapat. Dia seorang yang mulut manis. Dan aku pernah memberi tahu aku menyukai seseorang kepadanya. Mostly org disini tahu aku menyukainya.

Pada satu hari, hubungan aku dengan Amer rengang menyebabkan aku tak bertegur sapa dengannya. Dia meluah perasaan nya kepada aku. Dan aku menolaknya kerana aku menganggapnya hanya la teman. Jika aku terserempak dengan nya pasti nya aku akan mengelak. Aku jugak beritahu hal itu kepada Ajid dan dia ketawa. Dia menyuruh aku menerima Amer. Kenapa la dia menyuruh aku menerima dia? Kerana dia bukan la org yang aku suka. Din Afiq Yazin dan Amin tahu hal tersebut. Dan mereka jugak mengusyik aku. Sejak tu kami menjadi rapat. Dan aku melihat lirikan mata Ajid dari jauh saat kami berkumpul ketawa. Aku mula rapat dengan Yazin kerana lawak bodohnya dan mempunyai minat serupa dengan aku. Tak sangka muka garang minat korea bakhang. Dan dia kata nama dia lee minho masa memperkenalkan dirinya masa mula².

Sejak tu, aku tak menganggu ajid dah kalau aku bosan. Sebab kerja aku mudah sebagai QA, aku hanyalah menyemak mesin sebelum dikendali. Aku hanya pergi kepada ajid jika dia memanggil aku. Kadang² aku akan menyuruh Afiq atau Din pergi kepadanya. Aku juga cuba menjauhi jika Ita pergi kepada untuk memberi ruang kepada mereka. Aku juga suka mengusik Ajid selepas Ita pergi. "Woi mesra nampak, jealous la. Aku tahu Ita tu suka kau" kata aku. Ajid sambil membuat kerjanya membalas, "Apa yang kau cakap ni kami kawan jelah". Aku membalas "Aku tahu aku perempuan, dia suka kau weh". Lepas tu aku pergi meninggalnya dengan terpinga².

Keesokkan aku datang menghampiri Ajid ketika dia sedang menyemak product hasil mesinnya dengan mengunakan scope. "Wow macho la kau ajid buat kerja". Ajid bersuara tanpa memandang aku. "Weh jangan cakap aku macho, malu la. Zaki! wehh layan sya sat. Dia panggil kau nih." kata ajid bila ternampak zaki menghampiri nya. "ye Shah ada apaa?" kata dia memandang aku, dia suka memanggil aku nama Shah sejak dari mula lagi, dia kata nampak lain gitu. Maklumla aku perempuan melayu muda disitu. "Takdelaaa. Aku nak kata kau ni macho laa" sambil tersenyum kepada zaki. "Terima kasih, sorry takde gula² nak bagi." Kata Zaki dengan nada belagaknya. Maklum la lelaki pujaan gadis² indon department kami kan. Lepas tu aku senyum beransur pergi. Aku beransur pergi sambil memikir ohhh rupanya dia tak suka aku memujinya. Sejak dari tu aku tidak memujinya lagi.

Aku dirumah selalu mencerita kehidupan aku di department kepada Zetty dan dia tahu aku suka kepada siapa. Dia suruh aku memberi tahu perasaan aku kepada orang itu. Iaitu luah perasaan. Zetty ingin membantu aku dan dia mencadangkan mengajak nya makan di luar. Kiranya double date la, zetty dengan kawanya mana kala aku dengan Ajid. Dia setuju untuk keluar makan malam dengan kami tapi lewat sedikit. Aku bersiap siap kerana tidak sabar bertemu dengan nya. Kawan zetty telah tiba dan membawa sepupunya, dan aku duduk di meja sebelahnya. Sejam telah berlalu, dan dia masih tidak munculkan dia. Pesanan ringkas telah muncul. 'Kedai mana weh? Aku sesat la. Aku dengan family aku tadi, sorry lewat'. Aku gembira dia tetap datang walaupun lewat. Selepas setengah jam dia datang. Aku sangat gembira waktu tu.

Aku ada mengenali rapat dengan indo disitu salah sorangnya bebe. Kami selalu berkongsi masalah. Masalah hidupannya diperantauan. Dia juga tahu siapa yang aku suka. Suatu hari dia telah bocor rahasia kepada ajid dan dia memberi tahu aku suka kepadanya. Aku tidak kisah dia tentang itu. Aku ingin tahu reaksi Ajid ketika itu. "Bang ajid tahu tak ada suka sama abg?". Kata bebe. "Sapa bebe? bagi la tahu sapa?". Kata ajid. "Adalah abg rahsia mana boleh bagi tahu", kata bebe. "Aku tahu siapa, kak sya kan. Aku tahu dia suka dekat aku. Tapi aku anggap kawan ja.". Kata ajid kepada bebe. Saat itu aku terkilan dan sedih. Mungkin ni first time aku suka betul². Tapi aku tak tunjuk. Dan aku terus layan nya seperti biasa. Aku memberi tahu bebe supaya merahsiakan yang aku tahu dia tahu perasaan aku kat dia. Dan kelamaan aku makin menjauhinya. Aku mula rapat dengan budak² lain. Kadang² aku perasan lirikan pandang matanya saat aku ketawa bersama mereka.

Satu hari, aku nampak dia ingin datang kepada ku. Langkahnya terbantut saat Yazin menegur ku. Aku nampak dia berpatah balik. Hubungan aku dengan ajid ketika tu sama seperti hadi dan yang lain. Cuma tak seramah dulu. Aku tertanya² apa yang ingin dibicarakan.

Aku ada mempunyai tempat duduk di meja. Jika aku tak mempunyai kerja, aku tidak lagi berkunjung di tempat ajid. Aku akan ke meja depan menulis laporan akhir praktikal. Aku mencuri masa dengan gilir dengan QA yang lain. Satu hari aku nampak ajid duduk di situ. Dia duduk di tempat aku sambil menenung di komputer. Dan aku tidak lagi duduk disitu. Selepas beberapa hari aku duduk disebelahnya. Dan aku cuba berbual mesra untuk mengelak situasi janggal. Dia menunjuk kampung halamannya perlis di komputer tu.

Beberapa hari selepas tu kami pelajar² praktikal keluar sekali. Ajid mengambil tempat disebelah. Kerana kami berdua sampai awal di mall tersebut. Dia menceritakan dia baru lepas cuci gigi di klinik, dan menunjukkan gambar sebelum dan selepas. Aku tak tahu motif dia apa mengangap aku sebagai kawan mahupun disebaliknya. Aku merasakan special sebab dia tidak berkongsi berita itu dengan ita.

Satu hari, hadi menanya kepada aku di hadapan ajid. "Sya hari ni Ajid nampak macho kan?". Aku terkejut dengan statement itu, ni mesti ajid memberi tahu Hadi nih. Aku cuba berpura² tenang. "Aah dia macho, tapi dia mana suka org kata dia macho". Aku terus pergi meninggal kan mereka terpingga². Dalam fikiran aku, pasti hadi juga tahu aku suka sama ajid. Tak sangka mulut laki ni seperti perempuan jugak.
Cuti 2 hari tu aku pulang kerumah kerana lepas cuti ni aku kerja shift malam. Pagi tu aku balik, aku nyaris² excident. Dan kaki aku luka. Malam tu aku kerja, dan Yazin perasaan muka aku yang pucat. Dan dia menyuruh aku pulang tapi aku berkeras kerana waktu sudah gelap dan bahaya perempun pulang sendiri. Aku janji dengan dia kalau aku tak sihat lagi, esok aku tak datang. Dia menyuruh aku berehat di meja QA. Saat tu bertapa perihatinnya yazin mungkin dia rapat dengan aku ketika itu. Ajid tidak tahu mengenai itu. Keesokanya aku tak datang, aku hanya bagi tahu kat kak nurul dan yazin saja. Mungkin mereka yang lain boleh tahu daripada dorg. Aku hanya mengambil cuti sehari saja. Esoknya Ajid menegur aku, "Weh kau tak datang ke semalam? Tak nampak muka pun?". Aku balas "aku tak datang, demam la". Ajid balas "patutla tak muka kau, kelibat budak kecik tak nampak". Saat tu aku rasa gembira kecil ja dalam hati. At least dia tercari2 jika takde.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience