Selepas beredar dari Kafe, aku menuju ke kelas sambil memeluk buku nota di tangan. Aku duduk di meja yang berada di paling hadapan dengan ada dua pelajar perempuan yang tampak seperti berborak.
Aku duduk di kerusi di hujung meja tersebut, “Hai!.” Salah satu dari dua orang perempuan itu menegur aku. “Er...h...hi?”
Aku tergagap-gagap hendak berkata “Hi.”
“Alah takpayah lah nak takut tegur kitaorang,”Sorang lagi jawab. “Erm...ok.”Aku seperti teragak-agak hendak menegur mereka.“Apa nama awak?” Perempuan yang duduk di sebelah aku bertanya. “Uhh...nama saya...Ayu,” Aku menjawab pertanyaan perempuan itu, “Oh...patut lah muka pun ayu!” Perempuan itu kata. “Ish!mana ada!” Aku membantah dengan muka yang sudah pun berona merah. “Heheh...alah betul apa...by the way nama saya Fatin,yang disebelah saya ni adik kembar saya...nama dia Fatimah.” Fatin memperkenal kan dirinya dan adik kembar nya.
“Oh...korang kembar...” Aku mengangguk kepala aku memberi tanda yang aku sudah tahu bahawa mereka adalah kembar, tapi yang peliknya..muka tak adalah seiras mana- Dalam beberapa minit aku berborak dengan kedua adik-beradik itu akhirnya Pensyarah telah pun tiba di kelas ku.
Aku kemudian mengalihkan pandangan aku ke arah Pensyarah, aku terdiam ketika melihat muka Pensyarah itu. Rupa-rupanya Pensyarah aku itu adalah jejaka yang baru sahaja menegur aku di Kafe tadi.“Selamat pagi semua, nama saya Muhammad Aidil-Khalif...kamu semua boleh panggil saya Pensyarah Khalif je.” Lelaki itu memperkenalkan nama kepada semua pelajar yang ada di dalam kelas dengan penuh karisma. “Erm...berapa umur Pensyarah?”Seorang daripada murid perempuan dikelas aku itu menyoal, “Oh!tentang umur saya...sorry lah yer...itu private.” Pensyarah Khalif memberitahu perempuan itu bahawa umur nya adalah rahsia. “Ceh private konon.” Aku mencebik tanda menyampah. “Hemm?kenapa kamu mencebik?” Pertanyaan Pensyarah Khalif itu telah membuat kan aku terkejut.
“Eh...err...mana ada s...saya mencebik Pensyarah...s...saya cuma...” Aku bercakap tergagap-gagap hendak mengeluarkan perkataan yang hendak aku katakan, tetapi aku secara tiba-tiba terdiam kerana aku tidak tahu hendak berkata apa lagi. “Kamu mencebik kerana saya tidak memberitahu umur saya ke?” Aku membutang kan mata aku dan aku berpaling kan wajah aku ke muka jejaka biadab itu! ada ke dia pergi kata aku mencebik sebab tak dapat tahu umur dia, eww! memang tak lah aku nak tahu!
Ketika aku memandang ke wajah lelaki biadab itu...aku terus terkaku. Renungan lelaki yang bernama Khalif itu...bukan setakat renungan yang manis tetapi...renungan itu sungguh tajam memandang ke anak mataku ini, haduh! sakit mata aku bila dia renung macamtu...macam seram sejuk pula aku tengok! “Siapa nama kamu?” Pensyarah Khalif menyoal aku dengan renungan yang masih tajam memandang ke aku.“ Nama saya...Ayu...” Aku membalas dengan wajah yang masam, seperti tidak ada selera hendak memberitahu nama aku! tapi...aku bagitau juga hehehe. “Hm, sedap nama." Lelaki itu berkata sambil tersenyum sinis. "Alright, let's start our class now. We should not waste any more time." Pensyarah Khalif berkata dengan nada yang tegas.
Dalam beberapa jam kemudian,mata pelajaran pertama pun habis...sudah tiba masa nya untuk aku makan! nyum! nyum! “Weh jom kita pergi makan sama-sama!” Fatin dan adik kembar nya Fatimah mengajak aku untuk berehat bersama-sama. “Eh takpelah...korang pergi lah makan dulu, saya nak pergi hantar kerja saya dekat Pensyarah dulu...kan Pensyarah dah kata hantar sebelum pergi makan.” “Alah...tapi kitaorang nak dengan Ayu” Fatin dan Fatimah merayu kepada aku untuk pergi makan bersama.“ Hmm...yelah-yelah tapi korang kena teman saya pergi hantar kerja ni dulu yer?” Aku menyoal mereka. “Ok boleh jer!” Fatin mengangguk dan bersetuju hendak meneman aku untuk berjumpa dengan Pensyarah yang tak guna tu.
“Assalammu’alaikum...” Aku melangkah kan kaki aku untuk memasuki ke dalam pejabat Pensyarah itu, “Aik...takde orang ke?” Aku berbisik di dalam hati. Manakala Fatin dan Fatimah menunggu aku di luar pejabat Pensyarah, “Ish Pensyarah ni! suruh aku hantar sebelum pergi makan tapi dia pergi makan dulu, dah tau ada pelajar nak hantar kerja sebelum pergi makan...tunggu jelah!” Aku meroyan seorang diri di dalam pejabat Pensyarah.
“Tak penat ke meroyan sorang-sorang tu?” Tiba-tiba sahaja ada suara daripada belakang aku muncul. “Ahhhh!” Aku terjerit kecil kerana terperanjat, “Eh,kenapa jerit pula ni?” Apabila aku berpaling kan wajah aku kebelakang...aku membutang kan biji mata aku. “Kenapa kamu meroyan sorang-sorang tadi?” Pensyarah menyoal aku, “B...bila masa Pensyarah a...ada dekat s...sini!? and bila masa s...saya meroyan...” Aku berkata dalam nada yang perlahan dan dalam masa yang sama aku menyoal Pensyarah. “Takpayah buat-buat tak tau lah...saya dengar apa yang kamu cakap...oh saya dah lama ada di sini, kamu je yang tak perasan.” Pensyarah berkata lalu tersenyum sinis, “S...saya...ah! lupa kan lah pasal saya meroyan tu! saya datang sini sebab saya nak hantar kerja saya ni dekat Pensyarah...lagi pun Pensyarah juga kan yang minta dekat pelajar kerja ni sebelum pergi makan...” Aku membantah kerana aku malu.
“Wow! cepatnya kerja kamu siap, saya rasa pelajar lain pun tak siap lagi.” Pensyarah Khalif memandang aku dan tersenyum manis buat kali pertama, muka aku menjadi merah apabila dia tersenyum begitu kepada aku. Dah lah aku tak boleh orang lelaki senyum manis macam tu dekat aku! “Err...helo?”
Aku hanya mendiamkan diri sambil memandang ke arah muka Pensyarah Khalif “Erm...kamu okey tak ni?” “E..eh..s..saya okey jer Pensyarah! n..nah k..kerja tu” Aku menghulurkan kerja itu kepada Pensyarah.“ Oh, terimakasih sekali lagi ye Ayu.” Dia tersenyum manis kepada aku buat kali kedua, “A..ah yer s...saya pergi makan dulu a...assalammu'alaikum!” Aku terus berlari ke luar pejabat dan menarik tangan Fatin dan Fatimah.
“Hehehe...lucu juga kamu ye Ayu..” Dia ketawa kecil, terkesan dengan gelagat aku yang seperti budak-budak tak cukup matang.
Ini adalah BAB 2 semoga anda terhibur yer!;)
Share this novel