BAB 5

Mystery & Detective Completed 29704

"Kau biar betul! Gila ke apa?"

Ternyata Fazira benar-benar terkejut dengan kata-kata Aina. Ini bukannya menyelesaikan masalah. Ini mendatangkan maut! Namun Aina tampak tekad dengan pegangannya. Adakah Aina sudah tidak siuman?

"Kau jangan bagitahu ayah aku pasal benda ni. Biar aku settle benda ni dengan Saiful. Aku tahu, Saiful mesti nak tolong. You're in?"

Fazira ragu-ragu. Dahinya berkerut seribu. Benar. Aina memang sudah gila! Fazira tunduk membisu dan hanya mampu menggeleng kepalanya.

"Aku tak nak apa-apa terjadi dekat kau. Tolonglah fikir balik, Aina."

Mata Aina melirik ke arah jam. Sudah pukul 1.45 petang. Tanpa menjawab kata-kata Fazira tadi, Aina mengatur langkahnya ke arah bilik air untuk mengambil wudhuk. Fazira pula memalingkan wajahnya, berjalan menuju ke bilik tidurnya. Dia memandang ke jendela. Memikirkan sesuatu. Bibirnya diketap sebelum mengeluh panjang. Fazira berzikir, menenangkan jiwa hatinya yang bergolak.

"I won't let that happen."

***

Mengikut laporan ayahnya, Raihan terpaksa dimasukkan ke dalam hospital bahagia kerana terlalu trauma. Sudah lama dia menantikan kehadiran Saiful namun lelaki itu diam tanpa ada berita. Nampaknya, hanya dia sendiri terpaksa menyelesaikan kes ini.

"Raihan ni takdelah seserius yang lain. Tapi dia ni lebih suka menyendiri. Kadang-kadang, suka benar melukis. Dia pun tak banyak cakap."

Aina mengangguk sahaja mendengar kata-kata doktor yang sedang membawanya kepada Raihan. Hatinya berdebar-debar. Ini kali pertama dia ke dalam hospital bahagia. Tak dapat dibayangkan jika dia sendiri yang berada di sini untuk dirawat. Tiba di satu bilik. Terlihat seorang gadis sedang mencangkung, melukis sesuatu di atas kertas. Seperti Huda, rambutnya botak. Tangannya berparut-parut. Kakinya juga begitu. Entah bagaimana pula badannya.

"Raihan, ada orang nak jumpa kamu."

Diam. Masih lagi membisu gadis itu. Aina memandang wajahnya. Cantik. Seperti seorang kacukan cina dengan melayu. Huda juga cantik kerana mempunyai darah Pakistan. Sungguh dia cemburu saat ini. Namun, dia cuba sedaya upaya bersyukur atas nikmat yang ada pada dirinya.

"Raihan lukis apa ni?"

Seperti seorang ibu, Aina bertanya kepada Raihan. Namun dia diam sahaja. Aina curicuri memandang lukisan Raihan. Seorang lelaki. Namun Aina tidak mampu cam akan wajah itu disebabkan itu hanyalah sekadar kartun.

"Siapa ni?" Aina tidak berputus asa. Namun Raihan masih diam. Dicubanya menarik kertas lukisan Aina namun tiba-tiba..

"KAU JANGAN RAMPAS DIA! DIA NAK BAWA AKU KE SYURGA!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience