BAB 13

Humor Completed 78146

"SAYANGGG...I minta maaf sebab tinggalkan you."renggek Julia sambil berdiri menatap muka Adam.

Adam mendengus kasar.Banyak-banyak makhluk dekat I-CITY ni kenapa Julia yang dia jumpa.Ni mesti kerja mummy.Nak juga bermenantukan Julia.

"Hey! Julia you boleh tak jangan ganggu I lagi."bentak Adam.Hatinya dah la bengkak tengok Iqbal dengan Aisyah.Walaupun Aisyah bukan seorang, berdua dengan Iffa.

"Adam tak kan you tak rindu I.."sambil kedua belah tangan melekap ke pipi Adam.

Adam tepis laju.Julia ni memang tak tahu malu.Depan awam dia boleh pegang sesuka hati.Dulu memang Adam biarkan tapi sekarang rasa rimas.

Patutnya hari ni dia dan Iqbal nak lepak-lepak dekat I-CITY tapi tak sangka kebetulan terserempak dengan Aisyah dan Iffa.Keduanya saling terkejut.Tengah rancak Iqbal berborak dengan Aisyah dan Iffa tiba-tiba Julia pula muncul.Sebelum tu Adam ada call mummy bagitahu dia dekat sini.

Ini mesti kerja mummy.Nak satukan kembali Adam dan Julia.

Berkali Julia menelefonnya,sekali pun dia tak pernah angkat.Sesuka hati dia saja nak datang dan pergi dalam hidup Adam.Adam ni dah kira macam spare part dia saja.

"Adam..jom lah kita pergi minum dulu.I ada banyak bendak nak story dekat you.Lagi pun I nak kita berbaik macam dulu balik."katanya dengan aksi manja.Dulu pun Adam boleh cair takkan sekarang Adam tak perasan penampilannya yang makin menonjol dan seksi.

Sengaja dia pakai dress singkat paras betis warna biru kegemaran Adam.Baju ni bukan dekat-dekat dia beli.Jauh di Tokyo sana.Konon nak pujuk balik hati Adam.

Mata Adam mengekori langkah Iqbal dan Aisyah yang makin menjauh.Sakit mata dia bila tengok Iqbal senyum memanjang.Aisyah pun ikut senyum.

Julia terus tarik tangan Adam memasuki salah satu restoran.Adam terpaksa ikut juga bila banyak mata yang memandang ke arah mereka sambil berbisik- bisik.Sumpah seranah dia dalam hati bila Julia enggan melepaskan tangan dia.

Pada masa yang sama,Adam harap sangat Iqbal nampak cincin yang tersarung di jari manis Aisyah.Kalau tak faham juga bermakna Iqbal tak makan saman.

AISYAH tersandar keletihan di sofa.Iffa ni kalau bershopping boleh patah kakinya.Satu I-CITY mahu ditawafnya.Mujur ada Iqbal yang sanggup melayan.Tak banyak karenah dia ikut Aisyah dan Iffa.Siap melayan lagi ada lah.Ada ker patut Iqbal nak bayar untuk tudung Aisyah dan Iffa.Memang Aisyah tolak.Tapi dia berdegil juga.Kesudahan Iqbal tetap bayarkan untuk dia dan Iffa.

"Seronok dating?"

Suara Adam yang dari arah belakang mengejutkan Aisyah.Macam mana Aisyah tak perasan Adam dah balik.Tadi sunyi sepi saja rumah.Nasib tudung tak dibukanya tidak tak tahu mana nak letak muka.

Apa Adam kata dating?Siapa yang dating.Aku ker dia.Siap peluk-peluk bagai.Julia.Ya nama perempuan itu Julia.Baru Aisyah tahu itu lah kekasih hati Adam.Sama cantik sama padan.

Aisyah bangun dan mengutip beg-beg shopping dia atas lantai.Malas dia nak bertekak dengan Adam.Ikut suka Adam lah nak fikir apa pun.

"Seronok dapat jumpa Iqbal?"perli Adam lagi.

"Tuan Adam dah kenapa.Saya masuk dulu lah."Aisyah tak mahu berlama disitu.

Tak sampai beberapa tapak Adam dah berdiri di depannya.Menghalang laluan Aisyah.Nasib Aisyah brek mengejut tidak percuma saja tercium dada bidang Adam.Setapak dua Aisyah undur balik ke belakang.

"Aku nak bagi amaran ni!Kau jangan nak mengada-ngada goda Iqbal!Aku tak nak tengok lagi kau keluar dengan Iqbal lepas ni!"

Aisyah tercengang.Tiba-tiba kena sembur.

"Tuan Adam,saya tak goda sesiapa pun.Tuan Adam pun tahu kan tadi kita terserempak.Saya dengan Iffa berdua bukan seorang.Jadi jangan nak tuduh saya yang bukan-bukan."Geram juga Aisyah angin tak ada ribut tak ada di tuduh begitu.

"Habis tu yang kau melayan buat apa."

Ke situ pula Adam ni.Nak cari kesalahan Aisyah.

"Encik Iqbal tu klien Darul Sakinah macam Tuan Adam juga.Jadi tak salah kan saya dan Iffa layan dia elok-elok.Lagi pun situ tempat awam.Tak ada yang mencurigakan."Aisyah bela diri.Mana boleh Aisyah diam.Dia tak nampak apa pun salah dia.

"Dah pandai menjawab sekarang.."Adam angkat kening dengan muka sebal.Aisyah tak faham atau buat-buat tak faham.

"Tuan Adam..Saya tak faham apa maksud tuan Adam.Saya rasa Tuan Adam dah lupa.Tuan Adam sendiri yang cakap kita buat hal masing-masing.Jadi kenapa nak ambil tahu dengan siapa saya keluar."

"Sebab kau tu isteri aku."katanya keras.

Aisyah tergelak kecil.

"Isteri atas kertas saja Tuan Adam.Lagi sebulan semua ini akan tamat.Jadi tak payah lah Tuan Adam nak kisahkan tentang hubungan yang tiada erti ini."Sinis sekali Aisyah berkata buatkan Adam terus terdiam.

"Tuan Adam sepatutnya kahwin saja dengan cik Julia.Saya doakan semoga Tuan Adam bahagia dengan dia."

"Jadi kau dah tahu siapa Julia.Ya,memang aku akan kahwin dengan Julia.Tapi jangan harap kau boleh kahwin dengan Iqbal."Sengaja dia nak sakitkan hati Aisyah.Nak tengok Aisyah cemburu atau tidak.

"Saya tak ada kena mengena dengan Encik Iqbal.Tolonglah jangan kaitkan saya dengan dia."lemah saja suara Aisyah.Dia dah lelah.Tak habis-habis Adam tuduhnya dengan Iqbal.

"Sebab Iqbal ada hati dengan kau."suara Adam sedikit mengendur.

Aisyah terkejut.Berkerut keningnya.Kenapa dia tak tahu.Memang Iqbal ada hubunginya melalui telefon tetapi banyak pasal hal kerja.Ada la juga sikit tanya khabar itu saja.Aisyah pejamkan mata seketika matanya.Kusut fikirannya.Kalau betul seperti apa yang Adam cakap,dia akan berterus terang pada Iqbal sebelum perasaan Iqbal pergi lagi jauh terhadapnya.

Bila Aisyah buka mata kembali wajah Adam hampir dengannya.Aisyah undur lagi.Adam dah kenapa.Dapat dilihat bibir Adam yang tersenyum senget.

"Tuan Adam."agak terjerit sikit Aisyah memanggil.Dia nak sedarkan Adam.Dia pun dah kecut tengok Adam senyum semacam.Dah tu setapak Aisyah undur setapak Adam maju ke depan.Hingga tersandar Aisyah di dinding.

"Aku...aku..."Adam keliru dia hampir kalah dengan egonya.Kalau Aisyah tak jerit tadi dia dah nak cium bibir merah jambu tu.Geram.Biar Aisyah tahu Adam lagi berhak ke atasnya.

tq semua yang sudi baca karya sis yang tak segah author lain... Salam sayang dari, Sakura Leo 22/11/2021

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience