BAB 10

Horror & Thriller Completed 1513

Qaisara pandang siling. Lagu itu lagi. Dia cuba buat tak tahu dan cuba untuk lelapkan mata. Namun gagal kerana dia langsung tak terasa mengantuk. Matanya masih lagi berkelip-kelip memandang siling. Dia menutup telinganya.

‘Ini cuma khayalan semua ini tak wujud’ bisik hati kecil Qaisara. Dia melafazkannya berulang kali hingga lagu itu tak kedengaran. Qaisara menarik nafas lega. Memang betul ini semua mungkin khayalan dia. Dia menarik selimut untuk tidur.

‘Getaran Jiwa… Melanda Hatiku… Tersusun nada…Irama dan lagu… ’

Lagu itu kedengaran lagi malah lebih kuat dari tadi. Qaisara menutup telinganya dengan bantal.

‘Ini cuma khayalan semua ini tak wujud’Qaisara menyebutnya berulang kali. Namun lagu getaran Jiwa tetap berkumandang. Malah semakin lama semakin kuat. Bantal yang menutup telinganya gagal untuk menahan bunyi lagu Getaran Jiwa tembus ke gegendang telinganya. Qaisara berpeluh-peluh menahan takut. Badannya menggigil. Dia merengkot di bawah selimut. Tiba-tiba lagu itu berhenti. Qaisara bangun. Dia harus keluar dari situ.

“Bibik! Bibik! Iskandar !” Qaisara menjeritkan nama kedua-dua pembantunya. Kata Adi bibik akan tidur di bilik sebelah dan Iskandar pula berjaga di luar bilik. Namun kedua-duanya tidak menyahut.

“Bibik! Argghhh.” Qaisara membuka pintu bilik sebelah. Dia terkejut melihat bibik terbaring di lantai dengan kepalanya berlumuran darah. Qaisara menjerit. Dia keluar dari bilik dan berlari turun ke ruang tamu.

“Iskandar ! Iskandar !” Qaisara memanggil Iskandar. Tapi tiada jawapan. Dia lihat gunting tukang kebung yang biasa digunakan Iskandar untuk mencantas pokok bunga ada di atas meja ruang tamu. Dan apa yang paling mengerikan gunting itu berlumuran darah. Dia betul-betul yakin sekarang yang Iskandar adalah orangnya. Tunang Iskandar meninggal dunia dalam kemalangan lima tahun lalu. Dan akibatnya Iskandar mengalami gangguan jiwa.

Qaisara cuba menghubungi pihak polis. Dia mencari telefon. Dia terlupa telefon bimbitnya tertinggal di dalam bilik. Dia cuba mendail telefon rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience