DK02-meninggal

Crime Completed 17796

Muiz dan Anita berlari lari anak mencari bilik kecemasan di hospital besar tersebut. Anita menunggu Muiz di kawasan parkir sebaik tiba di perkarangan hospital itu, Sebentar tadi setelah mendengar jeritan puan Ayma Anita menemukan jasad kaku milik Ayla dan Sebaik melihat tubuh kaku Ayla Yang sudah membiru tubuhnya di dalam bath tub bilik wanita itu Anita segera menghubungi ambulans. puan Ayma berkeras mahu naik ambulans bersama anaknya. lalu Anita menyusul dengan keretanya sendiri. Sempat Anita menghantar mesej kepada Muiz dan juga Farid.

"itu makcik Ayma"kata Anita. mereka berdua mendekati puan Ayma. Puan Ayma menjeling kedua duanya seolah-olah menangkap pasangan sedang berkhalwat.

"Semua ini rancangan kamu berdua bukan, kalau anak aku mati aku bunuh kamu berdua"jerit puan Ayma.

"Mak..."seorang lelaki menegur puan Ayma,menarik tubuh tua itu lalu sama sama melepaskan tangisan.
"Farid .. Ayla dah mati, mak tengok tubuh dia kaku tak bergerak tadi.

Di dalam bilik rawatan doktor sedang bertungkus Lumus untuk menyelamatkan nyawa pesakit yang baru di bawa dengan ambulans itu. Riak hampa terlakar di wajah doktor wanita itu.

"Pesakit ini sudah meninggal 18 jam lalu, punca kematian keracunan dan sesak nafas"lapor doktor itu.Nurse sibuk membuat catatan.

Di rumah Ayla, sepasukan anggota bomba tiba di rumah Ayla. Sejak sejam yang lalu pihak polis menggeledah seluruh rumah itu untuk mencari bukti dan senjata pembunuhan, dan kerana gagal mencari apa apa bukti pasukan bomba di panggil untuk membantu penyiasatan.

"Pihak hospital baru saja menghubungi saya memaklumkan punca kematian ialah keracunan dan sesak nafas, cari apa apa bahan yang boleh dijadikan bukti "tegas arahan ASP Khairil.

"Tuan tidak ada bukti bukti pecah masuk ke dalam rumah ini"lapor Sarjan Tarmizi.

"Ambil semua rakaman CCTV daripada pengawal keselamatan kondominium ini dan kenal pasti suspek yang keluar masuk ke dalam rumah ini"arahan seterusnya daripada ASP Khairil.Kopral Hussin sedang mengumpul cap jari yang dijumpai pada panel Access pintu masuk ke unit kondominium tersebut.

Anggota Bomba yang tiba mengesan kewujudan substansi kimia di dalam bath tub di mana mayat Ayla ditemukan.sampel air di ambil untuk di bawa pulang ke balai dan penyelidikan tentang apakah substansi itu akan di lakukan di makmal. Selepas selesai dengan penyiasatan pasukan polis dan bomba mengemas peralatan mereka sebelum beredar. Di luar unit kondominium Ayla sekumpulan wartawan sudah menunggu untuk mendapatkan skop berita mengenai kematian mengejut usahawan kosmetik itu.

"Adakah cik Ayla di bunuh atau ini sebenarnya Kes bunuh diri"soal seorang wartawan daripada Astro Awani. wartawan lain turut menanti jawapan daripada ASP Khairil.

"Siasatan masih dijalankan, pihak polis akan mengeluarkan kenyataan rasmi beberapa hari lagi setelah penyiasatan selesai dijalankan.

"Cik Ayla sedang menghadapi situasi di mana ramai pelanggan dikhabarkan meminta pulangan wang akibat kualiti produk yang teruk, mungkinkah ini kes bunuh diri kerana tidak tahan dengan tekanan daripada pengguna "soal wartawan Sinar harian.

"Itu bukan kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa l, saya minta agar jangan sesekali menimbulkan isu sensitif yang boleh mengganggu perjalanan penyiasatan kami."tegas Amaran daripada ASP Khairil.

Di hospital Doktor Syuhaida sedang berhadapan dengan puan Ayma dan Farid untuk memberikan keputusan hasil rawatan.

"Anak puan disahkan keracunan dan sesak nafas,itu punca kematian cik Ayla. Dan dia sebenarnya sudah meninggal 18 jam yang lalu.lebih kurang pukul 1 tengahari Sabtu.

"AllahAyla... kenapa kau pergi dulu nak...."ngongoi Puan Ayma.

"Sabar mak, sudah takdir Ayla, kita semua sayangkan Ayla tapi Allah Lebih sayangkan dia "pujuk Farid.
"Dia janji nak bagi mak RM10,000 hari ni"masih kuat tangisan puan Ayma memikirkan soal duit itu.

"Saya bagi duit tu pada mak nanti boleh ya"pujuk Farid.

"Buat apa kau datang sini, balik jaga suami kau kat rumah tu Farid."gesa Muiz.

"Ayla pernah mengadu pada aku dia tahu tentang hubungan kau dengan Anita, korang ingat dia bodoh tak nampak hubungan cinta korang berdua"bidas Farid kepada Muiz dan Anita.
telefon Muiz berbunyi.

"Biy kat mana?"soal Jannah.

"I ada di hospital besar ni, ada kemalangan berlaku kepada Ayla"balas Muiz. Anita mencuit Muiz bertanyakan siapa yang sedang berhubung dengan Muiz
"Oh .. dah mampus kah perempuan itu, padan muka, dasar perampas, ada hati nak kahwin dengan suami orang kan Biy?"ketawa Jannah.

"You call I kenapa Jann?"soal Muiz

"I dah masak lunch, You kena balik makan, kalau tidak I panjat sampai rooftop then I terjun dari tingkat paling atas "ugut Jannah
"Ok I balik sekarang..."kata Muiz meninggalkan Anita .

"Biy..."jerit Anita

"You masih nk kejar lelaki tu, Yes I mengaku dia hensem tapi dia tak kaya macam I dan dia dah ada seorang isteri dan bakal isteri kedua, kenapa you nak jadi isteri ketiga mamat tu sedangkan I ni masih bujang."ujar Farid.

"I tahu perangai buruk you, sebelum you ceraikan Ayla, eh tak sebelum Ayla minta cerai dengan you, You ingat I tak tahu ke kenapa You boleh jadi kaya, You tu toyboy kepada seorang billionaire gay. jalan hidup you lebih jauh terpesong daripada landasan agama.

Di rumah Muiz,

Jannah tersenyum selepas menamatkan panggilan dengan Muiz.Dia menatal telefonnya dan mendekatkan objek pipih itu di telinga.

"Babe, dia dah mati, now the company officially yours and my husband tak Jadi kahwin dengan janda tu lagi."ujar Jannah. Suara ketawa Amira keluar sehingga ke luar telefon.

"Babe, you rasa kalau polis siasat, kita akan jadi suspek tak?"soal Jannah, kerisauan mula menghuni tangkai hati
"Mustahillah babe, kalau kena suspek pun housemate dia Yang tengah scandal dengan Muiz tu dulu. You berjaya singkirkan 2 orang wanita dalam satu masa, killing 2 birds with a stone Babe

Di ibu pejabat polis.
"Sarjan ada apa apa maklumat?.

"Unit kondominium itu hanya mempunyai 2 orang penghuni sahaja tetapi panel kod Access pintu menunjukkan terdapat 7 jenis cap jari daripada orang yang berlainan dan kesan itu di kesan dalam tempoh seminggu ini."lapor Sarjan Tarmizi.

"Bagaimana dengan rakaman CCTV yang diperolehi daripada pengawal keselamatan."ASP Khairil.

"Ada beberapa orang asing di lihat keluar masuk ke unit kondominium yang menjadi tempat kejadian dan ada 5 nama pelawat direkodkan dalam buku

kedatangan pelawat. "lapor Kopral Hussin.

"Jika ada num kad pengenalan cuba semak dengan jenis cap jari yang dijumpai oleh Sarjan Tarmizi. jika ada padanan segera tangkap mereka dengan segera.

Dihospital, Farid sedang membantu puan Ayma menguruskan proses penghantaran pulang jenazah Ayla. Pihak hospital membantu proses pengurusan jenazah dari mandi mayat dan mengkafankan jenazah Ayla sebelum di hantar pulang oleh ambulans ke kampung halaman puan Ayma. puan Ayma meninggalkan kampung halaman ketika Ayla baru berusia 7 tahun. Ayla ditinggalkan kepada penduduk kampung sebelum pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan.Kini ayma akan pulang ke kampung untuk menyemadikan jenazah Ayla. Farid menantu bekas ibu mentuanya itu.
"Farid masih marah pada Ayla sebab curang dengan Muiz?

Che da tidak akan meneruskan update untuk novel werewolf tetapi akan ada back up plan nanti...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience