Saiz 7

Horror & Thriller Series 22056

Nama aku Una. Aku pengutus kegelapan.

Pengutus kegelapan itu apa? Bacalah lagi.Kau akan tahu nanti.

Saat ini aku sedang mengunyah daging dengan sup yang aku beli dari kedai berdekatan rumah sewaku. Pada mulanya rasanya masin.Masin benar.Oleh itu aku ambil keputusan untuk menambahkan pasta yang dibekalkan oleh ibu.

Kini ia rasa tawar.

Good job! Namun seperti sediakalanya aku,aku ambil keputusan untuk makan sambil menulis cerita ini sambil menelan sup tawar yang pastanya sudah hampir kembang.

Jadi kisah pertama aku ialah tentang kasut.

Kasut kulit,kasut getah,selipar dan kasut tinggi. Semua jenis material yang kau letak di kaki supaya tapak kaki kau tidak terluka. Ini mengingatkan aku tentang buku komsas aku suatu ketika dulu,bertajuk ‘Kasut Kelopak Jantung’.Lawak pula bila difikirkan kembali yang aku ingatkan watak utama itu benar benar memakai kasut yang diperbuat dari jantung. Ya jantung sebenar yang sedang berdegup dalam dada kau itu.

Haha.Lawak bukan?Itulah masalahnya kalua tidak rajin membaca bahan bacaan sekolah,kau akan kedengaran bodoh.Eh,kurang bijak.

Baiklah,kembali ke cerita asal.Tentang kasut.Jadi di depan kampus universiti aku,seorang lelaki bernama Amsyar sentiasa duduk.Di depan kedai cetak yang mempunyai belas ikhsan untuknya yang hanya mahu mencari sesuap nasi setiap hari.

Kau tahu dia buat apa di situ?Dia membaiki kasut.Dia hanya punya sebuah kerusi plastik di mana dia duduk dan beberapa keping surat khabar untuk mengalas kasut kasut yang belum dan yang sudah dibaiki.

Sudah lama dia bekerja sebagai pembaiki kasut,legasi yang diturunkan oleh ayahnya kepadanya.Sudah lebih 6 tahun,dia masih setia menunggu di situ setiap hari.Amsyar bukannya seorang yang banyak mulut.Mungkin sudah terbiasa berseorangan di situ dan tiada teman berbual.

Kadang kala dia bermain dengan permainan video dalam telefon yang dibelikan ayahnya untuk hadiah. Sebenarnya,bukan kadang kala. Seratus peratus masa yang tidak digunakan untuk membaiki kasut digunakan untuk bermain permainan video.

Jadi,lelaki berambut kerinting itu jarang jarang mendongak,memandang orang yang lalu lalang di depannya.Pelajar,pensyarah dan orang biasa yang lalu tidak akan pernah dillihatnya.

Kecuali seorang.

Seorang gadis berambut pendek paras bahu.Matanya besar dan bibir yang mungil. Sejujurnya,Amsyar rasakan wajahnya sedikit pucat.Mungkin juga kerana dia tidak mengenakan apa apa solekan.

Namun bagi Amsyar,dialah wanita paling cantik pernah dilihatnya.Selepas arwah ibu.Semestinya.

Amsyar rasa dia wanita yang amat sempurna,cara dia berjalan,cara dia menjinjing begnya.Segalanya tentang gadis itu.Sempurna.

Amsyar rasa bodoh bila memikirkan yang dia sukakan gadis itu.Dia sudahlah seorang pelajar universiti,mungkin juga dari keluarga berada.Sedangkan Amsyar,budak lelaki pembaiki kasut.
Bagaikan enggang dan pipit.Bagaikan ayam goreng seringgit di tepi jalan dan hidangan ayam panggang tanpa kalori di hotel taraf lima bintang.Ya,perumpamaan yang sedikit pelik tetapi itulah kenyataanya.

Namun,seperti kata orang,kalau hati dah suka,tiada apa dapat mengubahnya.Darjat,harta dan baki duit dalam bank pun tidak mampu mengubah perasaannya.Jadi Amsyar pun teruslah menyimpan perasaannya untuk gadis itu.

Namun,Amsyar hanya bisa merenung wajahnya sekali seminggu.Iaitu pada hari Khamis.Mungkin juga kerana dia hanya mempunyai kelas di kampus itu pada hari Khamis. Labellah Amsyar sebangai seorang stalker,dia tidak kisah tetapi dia sudah tahu pukul berapa gadis itu akan lalu di depan kedainya.

Setiap minggu gadis itu akan lalu pada hari Khamis tepat pukul 2 petang.Amsyar berpendapat ianya ialah waktu gadis itu habis kelas.Dan pukul 2 itu,Amsyar sudah bersiap sedia,menyimpan telefon pintarnya dalam kocek dan menunggu dia lalu.

Dalam hatinya berdoa, “Semoga kasut dia rosak,semoga kasut dia rosak.”Dia hanya ingin bercakap dengannya, mendengar suaranya.Sekali sahaja.Sekali sahaja.

Namun selama itu,kasut gadis itu tidak pernah rosak.Sehinggalah hari Khamis yang satu itu.

Seperti biasanya,Amsyar sedang membaiki kasut yang tapaknya sudah tercabut dek tuannya yang ganas benar menggunakannya. Jarum di tangan menari masuk dan keluar melalui material kain itu sambil mulutnya menyanyi lagu yang baru dedengarinya di telefon sebentar tadi.

Matanya yang sedikit sepet melirik telefon di atas lantai sebelahnya.Jam menunjukkan pukul 2 pagi.Suasana di tempat itu sedikit lengang. Amsyar suka waktu begini.Dia benci bunyi bising dan orang ramai.

Sambil jari jemarinya membaiki kasut itu,fikirannya melayang entah kemana dan matanya merenung lantai.Kedengaran bunyi tapak kaki menghampiri dan di depannya saat ini terlihat sepasang kaki mengenakan kasut sukan hitam.

“Macam kenal je kasut ni.”Dia bermonolog diam diam dalam hati.Dia kemudian mendongak dan kelihatan gadis itu.

Gadis yang diminatinya itu.

Percaya atau tidak mulut Amsyar ternganga merenung gadis berambut pendek beralun tersebut. Kedengaran klise tetapi Amsyar terasa seperti dia sedang didatangi puteri dari kayangan.

“Hai awak.”Gadis itu membuka mulut.

“H-hai.”Amsyar tidak mampu menyembunyikan gementar dalam suaranya.

Sangkaannya benar.Suara gadis itu kecil.Comel seperti watak animasi jepun yang diminatinya.Bunga dalam hatinya mulai kembang mekar.

“Saya nak baiki kasut saya ni.”Dia membuka zip beg dan mengeluarkan sepasang kasut di dalam plastik merah.Kelihatan seperti kasut tinggi.

“Oh.”Ujar Amsyar. “Boleh,boleh.”

“Tapak kasut ni dah tercabut,awak boleh jahitkan,kan?”Tanyanya sambil tersenyum pada Amsyar. “Ha,boleh boleh.”Amsyar mengangguk sambil tersenyum janggal.

Hatinya meronta supaya dia biasa mengatakan sesuatu tetapi dia kekal diam saat gadis itu meletakkan kasutnya di atas lantai dia sebelahnya.

“Bila dah siap,text saya ya.Nanti saya datang ambil .”Dia menghulurkan kertas tertulis nombor telefonnya.

Gadis itu tersenyum sehingga matanya kelihatan kecil dan pipinya yang sedikit tembam ternaik comel.Jikalau Amsyar ialah sebatang aiskrim,dia sudah cair dan membasahi lantai tempat dia berdiri.

“Okay.”Jawab Amsyar pendek sambil tersenyum.

“Okay,bai awak.Jumpa nanti.” Gadis itu tersengih sebelum berlalu pergi.

Amsyar tersandar di kerusinya dan menghela nafas berat. Saat itu dia yakin,dia tidak sukakan gadis itu.Dia bukan sukakan dia,Amsyar sudah jatuh cinta.

Lelaki berambut kerinting itu tersenyum sendiri,tidak kisah apa orang lain akan cakap tentang dia. Yang penting dia bahagia.

Dia membuka bungkusan plastik itu dan mengeluarkan kasut milik si rambut pendek itu.

Ianya sepasang kasut tinggi,berwarna merah.Kelihatan sudah lama tetapi kondisinya masih baik,kecuali tapak yang sudah terlerai di depannya.

Jari membelek material baldu kasut itu,hatinya mula berdegup kencang mengetahui yang kasut ini sudah dipakai gadis tersebut.

“Astaghfirullah..”Dia melepaskan kata itu cepat cepat kerana sudah terlihat jelas benar yang dia mempunyai obsesi teruk terhadap gadis itu.Dia takut obsesinya itu bakal merosakkan segalanya nanti. Kepala digeleng geleng,menolak segala apa perasaan tidak baik dalam kepalanya.

Dia kemudiannya mengeluarkan telefon bimbitnya untuk bermain permainan video dengan rancangan yang dia mahu membaiki kasut itu di rumah nanti.

Hari hari berlalu dan kasut gadis itu sudah siap dibaiki dan kelihatan anggun sekali.Seperti baru dibeli.Namun Amsyar tidak mampu mendorong diri sendiri untuk menghantar mesej kepada gadis tersebut.Dia jadi gugup.

Oleh itu,dia putuskan untuk menghantar mesej itu apabila dia sudah sedia.Sejujurnya,tindakkannya itu begitu bodoh tetapi lelaki itu tidak dapat berbuat sebaliknya.

Begitulah Amsyar dengan orang yang diminatinya.Oleh sebab itu,dia bujang sehingga ke hari ini.

Tiga hari berlalu dan Amsyar akhirnya menghantar mesej pada gadis itu.Dia baru tahu yang namanya ialah Anis. Dia dapat tahu melalui keterangan dalam aplikasi whatsapp.

Anis…Nama yang cantik.Untuk orang cantik.
“Hi. Kasut awak dah sipa.”Itu mesej yang dihantarnya.Sebelum dia tersedar dia membuat kesalahan ejaan.

“Kasut awak dah siap.”Dia menghantar mesej sekali lagi.

Tidak lama kemudian,tanda kelabu bertukar biru dan mesej dari gadis itu sampai kepadanya. “Okay,esok saya ambil.”Di hujungnya terdapat emoji senyum dengan pipi merah.

Amsyar tersenyum membaca mesej itu,comel.
Keesokan harinya,hatinya berdegupnya kencang,menanti orang yang dia tunggu sampai.Kepalanya yang selalu tunduk kini mendongak. Meneliti setiap wajah orang yang lalu lalang.
Namun,hampa.

Anis tidak datang hari itu. Dan hari hari seterusnya.
Sudah dua minggu berlalu dan tiada lagi kelibat gadis itu setiap hari Khamis.Anis tiada lagi pada hari Khamis.
Sejujurnya,Amsyar sedih.Dia rindu mahu melihat wajah gadis itu.Fikirannya meneka yang dia sudah bertukar universiti atau mendapat tawaran bekerja di mana mana secara tiba tiba.

Mustahil dia tiba tiba mahu pergi.

Kasut itu masih disimpan disebelahnya,menanti tuannya datang.

Hidup Amsyar kembali bosan selepas itu,dia tidak lagi mendongak melihat orang lalu lalang dan matanya kembali tertancap ke telefon bimbitnya.

Hari Khamis sebulan selepas itu,dia didatangi seorang gadis bertudung labuh.Wajahnya sugul,berdiri di depan Amsyar.

“Ya,ada yang saya boleh bantu?”Tanya Amsyar.

“Saya nak datang ambil kasut kawan saya.Kasut tinggi warna merah.”

“Eh.”Mulut Amsyar terlepas cakap tanpa disedari.Bukankah itu kasut Anis?

“Mana tuannya?”Amsyar bertanya ingin tahu.
Gadis itu diam sahaja. Jadi Amsyar mengambil keputusan untuk memberikan sahaja kasut itu kepadanya dan mengambil duit upah yang tidak seberapa.

“Anis kirim salam kat kau.”Ujar gadis itu sebelum berlalu pergi.Amsyar tergamam.

“Waalaikumsalam.”Jawabnya perlahan.Entah pada siapa,kerana gadis itu sudah berlalu pergi.

Waktu berlalu dan Amsyar berhenti berharap akan bertemu gadis berambut pendek itu lagi.Dia cuba untuk meminati gadis lain namun tiada yang menarik perhatiannya.

Satu malam itu,Amsyar menyumpah seranah dirinya kerana dia tertinggal telefon bimbit kesayangannya dia tempat membaiki kasut.Dalam lubuk hatinya doa dibaca moga moga tida siapa yang mengambil telefon itu lagi.Kaki melangkah laju ke tempat itu sebelum anggotanya terhenti sendiri.

Seorang gadis duduk memeluk lutut di sebelah kerusinya.Dari jauh,dia mengecilkan mata supaya dia dapat melihat siapkan gerangan itu.

Jantunya seakan berhenti berdegup.Itu Anis.
Mengapa dia duduk di situ?

“Assalammualaikum,awak.Kenapa duduk sini ya?”Tanya Amsyar lembut,jantung berdegup kencang.Sekencang kali pertama Anis membuka mulut bercakap dengannya.

“Mana kasut saya?”

“Apa?”

“Mana kasut saya.”Tanya Anis lagi.

“Kawan awak dah ambil.”Amsyar menjawab.

Kemudian Anis diam.Amsyar menunggu responnya namun tiada apa disebut selepas itu.Anis menyembunyikan mukannya di belakang lutut. Amsyar tidak tahu apa yang perlu dibuat jadi dia ambil keputusan untuk mencari telefonnya di celah celah kerusi tanpa mempedulikan gadis itu.

Saat itu,tangannya direntap Anis.

“Bagi balik kasut aku.”Bisiknya,merayu.
“A-anis.Kawan awak dah ambil semalam.”Suara Amsyar bergetaran sebelum di menarik tangan dari sentuhan yang sejuk itu.

“Kasut aku,kasut aku,kasut aku-“Anis mengulang ulang sambil badannya bergerak ke depan dan kebelakang.Seolah olah meratib.

Amsyar mula rasa tidak sedap hati.Tidak lain dan tidak bukan gadis ini sudah gila.Entah apa yang jadi kepada dia selapas dia menghantar kasut kepadanya hari itu.
Amsyar akhirnya menemui telefonnya tersembuyi di bawah helaian surat khabar dan memutuskan untuk pergi.

Dia berjalan tanpa menoleh,tidak mahu tahu apa yang Anis sedang lakukan.Jauh sekali mahu bertanya apa yang telah terjadi padanya.

Amsyar yakin itulah definisi pentingkan diri.

Saat rasa bersalah memenuhi dadanya,kedengaran bunyi berlari dibelakangnya.Bila menoleh tiada siapa pun.Bahkan Anis sudah hilang dari pandangannya.
Beberapa tapak dia berjalan,kedengaran bunyi larian itu semula.

Bulu romanya meremang.

Siapakah itu?

Kakinya laju melangkah,berharap dia cepat sampai ke rumah yang tidak jauh dari situ.

Kedengaran lagi bunyi itu.Saat itu dia yakin,dia tidak berhalusinasi dan dia pun menoleh.

Anis sedang berdiri di belakangnya dengan tangisan membasahi wajahnya yang pucat.Lebih pucat dari sebelum ini.

“Mana kasut aku…?”Dia teresak esak.

Amsyar tak mampu berkata kata.

Syaitan menggerakkan matanya ke bawah,dan terlihatlah kaki Anis yang sudah lembik lembai.Gadis itu berdiri tanpa kaki menjejak tanah.

“A-anis…”Amsyar terketar ketar.

Rasa takut memenuhi renkung,dia tidak mampu bergerak.Mereka berdua berdiri sama sama menghadap satu sama lain.Bila difikirkan semula, itu pertama kali,Amsyar memandang tepat ke dalam mata gadis itu.

Air mata memenuhi kelopak matanya.Ya dia tahu ini bukan Anis.Dan saat itu hatinya dipenuhi rasa sedih,kerana manusia yang dicintainya bukan lagi seorang manusia.

Hanya jika Amsyar bisa melafazkan kata kata cinta padanya sebelum perkara buruk terjadi padanya..Pasti dia tidak akan merasa sedih begini.

Makhluk itu masih berdiri di depan Amsyar.Bukan berdiri,terapung di depan Amsyar.

“Kenapa kau nak sangat kasut kau tu?”Amsyar membuka mulut.

“Kasut ibu aku..”Anis menjawab selepas jeda yang lama.

“Kasut kau dengan kawan kau.Jangan risau.”Air mata jatuh dari pipi Amsyar.

Anis mengangkat wajah dan merenung Amsyar lama.
“Jangan risau,ya.”Amsyar tersenyum padanya.Entah dari mana keberanian itu datang.

Anis mengangguk lalu tersenyum.

Amsyar mengerlip mata dan dia terdengar bunyi kain dikibas.Seperti sesuatu terbang dan bila mata dibuka kembali.Anis sudah hilang.Itulah kali terakhir dia melihat senyuman gadis yang dicintainya itu. Tidak keterlaluan jika dikatakan Amsyar meraung selepas itu dalam perjalanan balik.

Dia demam dekat seminggu lebih.

Namun dia takkan melupakan senyum itu.Gadis dengan kasut bersaiz tujuh itu.

Hmmm.

Sejujurnya aku tidak seberani Amsyar,aku tidak mampu menceritakan isi hatiku pada orang yang aku suka.Walaupun mereka bukannnya hantu. Cuma manusia yang lemah.

Ironiknya,akulah pengutus kegelapan. Tugas aku untuk menyampaikan ketakutan ketakutan manusia ini supaya masuk ke dalam otak kamu semua. Supaya ketika kau menutup mata,kau sedar kau bukan keseorangan.

Kegelapan kegelapan ini sedang menunggu untuk menjadikan kau mangsa seterusnya.

Akhir sekali,ingin aku katakan yang pasta aku tadi sudah kembang dan aku sudah tidak lalu memakannya.

Jumpa lagi namaku Una dan aku pengutus kegelapan.

Share this novel

qisha
2020-06-22 13:13:45 

keep doing,like your story..its like sad and funny

Amira Edora
2020-04-07 20:58:48 

good job ! don't give up

Darwis
2020-01-19 04:08:09 

not bad


NovelPlus Premium

The best ads free experience