BAB 3

Drama Series 9442

“Bila akak sampai ?" soal Syaiha terpinga-pinga.

Rose tersenyum sambil menggeleng.

“Itu la berangan lagi !" pantas Rose menarik telinga Syaiha.

“Kak Rose ! sakit !” Syaiha memuncung bibirnya.

Rose sudah ketawa. “Akak tarik muncung tu baru tau."

Syaiha mencebik. “ Kak Rose ni dari dulu suka cakap benda sama je. Tapi tak juga tarik- tarik.”

“Amboi, bukan main kenakan akak eh !" membulat mata Rose.

Syaiha tersengih panjang. Suka kenakan kakak angkatnya itu.

“Akak sihat ?" soal Syaiha sambil menghirup air.

Rose juga menghirup airnya bagi menghilangkan dahaga. Mengah berjalan tadi masih belum hilang.

“Alhamdulillah, Syai ?" Rose pula bertanya.

Syaiha mengangguk. “Sihat la tapi tak tahu esok lusa boleh sihat ke belum." wajah Syaiha tiba-tiba mendung.

Rose mahu tergelak melihat muka Syaiha. Tajam anak matanya merenung Syaiha.

“Ini pasal kes prof kesayangan awak sorang tu kan ?"

“Of course ! siapa lagi kalau bukan dia." Syaiha buat muka kesian pula.

“Ala... kesian adik akak sorang ni. Tak apa la Syai, yang pasti prof awak tu hot ! kena marah pun reda je la." Rose sudah tergelak besar.

“Ishh ! tidak la kak. Tang mana hotnya ?" Syaiha menggeleng laju.

“Tang mana tu akak tak tahu sebab mana akak pernah jumpa dia."

“Apa- apa je la kak. Tak suka cakap pasal dia. Menyampah !" Syaiha sudah mengherotkan bibir.

Rose ketawa lagi. Suka melihat muka tak sudah Syaiha.

“ Okey, kita tak payah cakap pasal dia. Kita cakap pasal tu. Sejak bila Syai makan cheese cake ?" Rose memuncungkan sedikit mulut ke arah pinggan di hadapan Syaiha.

Mata Syaiha mengikut mulut Rose. Pandangannya jatuh pada pinggan cheese cake itu.

“Sejak bila makan cheese cake ? setahu akak Syai tak suka." muka Rose seperti tertanya-tanya.

“Bukan Syai yang beli la. Tak tahu macam mana ada kat sini." Syaiha kembali menghirup air. Endah tak endah saja dia menjawab.

“ Pelik. Siapa bagi ?" soal Rose sambil menaikkan sedikit keningnya.

“Entah.” Syaiha mengangkat kedua bahu.

“ Cepat la Syai, siapa bagi ? secret admire ehh..." Rose sudah tersenyum lebar.

“Kak Rose... mana ada la."

“Habis tu siapa ? Boyfriend ?" Rose menyoal lagi.

Syaiha membuat rolling eye apabila mendengar pertanyaan Rose. Boyfriend celah mana pula yang dia ada sekarang ni ? Memang tak la. Nonsense !

“Dalam mimpi je la boyfriend tu kak Rose."

Rose ketawa mengekek. “Itu la, Syai garang sangat ! macam mana lelaki nak dekat ?"

“ Macam tu lagi bagus !" Syaiha sudah tersengih.

Kali ni Rose pula mencebik panjang. Ada ke bagus macam tu ?

“Jangan garang sangat nanti jadi anak dara tua baru menyesal tak sudah !"

“Tak apa la. Kalau Syai jadi anak dara tua kak Rose jadi kakak anak dara tua." Syaiha menunjukkan gigi putihnya yang tersusun cantik itu kepada Rose.

Rose buat muka tak puas hati. Ada saja benda nak keluar dari mulut kecil itu. Geram Rose dibuatnya. Nasib baik dia sayangkan Syaiha kalau tidak dah lama ditampar- tampar mulut adik kesayangannya itu.

“Ala kak Rose ni bosan la. Syai ajak jumpa harini bukan nak cakap pasal Syai." Pinggan cheese cake tadi ditolak ketepi.

“Habis tu nak cakap pasal apa ?" Rose menyoal.

“Cakap pasal akak la. Anak- anak sedara Syai tu bila nak delivery ?" Syaiha meluruskan jarinya ke arah perut Rose.

“Cis ! Syai ingat ni makanan ke nak delivery bagai ?" Rose menjegilkan matanya.

Syaiha sudah ketawa mengekek. “ Syai gurau je la. Bila akak nak besalin ?"

“Kalau ikutkan awal bulan depan." jawab Rose sambil tersenyum gembira.

“Seronoknya ! tak sabar Syai nak tengok anak-anak buah Syai." Syaiha sudah menepuk- menepuk tangan.

“In Sha Allah, kalau tak ada halangan dapat la Ari dengan Ara jumpa mak cik diaorang yang mengada ni." Sempat Rose mengutuk adiknya itu.

Perut Rose diusap perlahan. Teserlah wajah berseri- seri Rose. Maklum saja seri ibu mengandung la katakan.

Mata Syaiha dibesarkan. “Hello, Syai tak mengada cuma manja je okey."

“Sama je dua-dua." Rose ketawa lagi.

“Whatever. Yang pasti si kembar akak tak boleh panggil Syai mak cik. Buruk la panggilan tu. Panggil auntie Syai ke, ucu ke or panggil je la mama terus lagi baik."

Rose hanya tersenyum kecil mendengar omelan Syaiha.

“Ha ! mama okey kan akak ?" Syaiha buat muka teruja.

Rose mengangguk laju sambil tersenyum lebar. “Ikut suka Syai la, akak tak kisah."

“Kejap, tadi akak ada cakap Ari dan Ara kan ? akak dah bagi nama kat twins baby ni ?" laju Syaiha menyoal.

Rose mengangguk. “ Dah."

“Apa nama panjang ?"

“Sebab kembar sepasang so akak decide yang lelaki nama Hairi dan perempuan nama Haira. Sedap tak ?" tanya Rose mahu minta pendapat.

“The little Hairi and Haira ?”

Muka Syaiha sangat teruja mendengar nama yang baru saja diberi Rose sambil matanya bersinar- sinar. Cantik betul nama tu !

“ Sedapnya kak Rose !"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience