Chapter 17

Family Completed 22837

Bab 17

He is a kind guy and a good Along.

Dan orang yang dapat dia memang beruntung sebenarnya.

“Jiya lapar?”

Geleng.

“Jiya ngantuk?”

Geleng.

“Jiya dah solat?”

Geleng lagi dan bibir bawah aku ketap. Aku angguk pula. “Mana satu yang betul ni? Jiya dah solat?”

Angguk.

“Tu lah. Geleng banyak kali sangat. Along nak turun kejap.”

Lelaki itu tolak kerusi ke belakang dan bangun. Langkah diatur pergi dan saat dia tiba di muka pintu, dia palingkan kepala. “Bukak tafsir al-Quran. Cari surah az-Zumar ayat 53.”

Dan dia hilang dari pandanganku. Aku talakan pandangan pada tafsir al-Quran yang Along letakkan di atas almari kecil di sisi katil. Tanganku dipanjangkan dan aku ambil tafsir al-Quran tersebut sebelum duduk bersila di atas katil. Aku buka tafsir tersebut dan tengok senarai surah. Bola mata berlari mencari surah tersebut dan… jumpa pun.

Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui atas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus ada dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. ( az-Zumar : 53 )

Titisan hangat mula membasahi pipi. Sayu. Sepotong ayat tu buat aku menangis.

Aku pernah berputus asa. Aku pernah buat silap. Aku pernah buat sesuatu yang membahayakan diri sendiri.

Ya Allah, aku berdosa. Aku jahil. Aku ingin dekat dengan-Mu. Aku ingin ada di atas jalan yang benar. Hati yang kosong ini aku tak ingin kosong lagi.

Aku pernah cuba bunuh diri. Aku mengeluh tatkala diberikan ujian. Sepatutnya aku bersyukur kerana masih boleh melihat dan mendengar. Betapa jahilnya diri ini selama ini. Betapa jauhnya aku dari DIA. Aku jarang berdoa. Aku jarang meminta dan aku baru tahu yang aku pernah sepi dan sendiri kerana aku ada DIA. DIA yang selalu mengampuni dosa hamba-hamba-Nya.

Everything happens for reasons, Najya.

I never understood about deen before. I knew nothing about deen and now, this girl wanna change. I wanna forget my past.

Masa lalu tu satu kenangan. Semalam pun dah jadi kenangan. Dah tiba masanya aku berubah.

Takkan nak ada kat takuk yang lama, Jiya.

Memang susah nak berubah tapi kalau tak mula berubah, lagi susah jadinya. Starting point tu kena ada, Jiya.

Entah macam mana, aku teringat dekat pak cik yang aku jumpa kelmarin. Haih… macam mana nak tolong dia kalau aku pun tak okey lagi.

But he needs help. Aku tahu benda tu.

Can I help him?

Can I even help myself?

******

Saat aku keluar dari mini mart, aku bertembung dengan Fath. Dia senyum. Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam kocek baju.

…bersambung

Bab akan datang:

Mampukah Najya menolong lelaki itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience