tujuh belas

Romance Series 207093

Khalish membawa kereta honda accordnya pulang ke rumah manakala Shira dengan kereta axianya memandu ke pasaraya untuk membeli segala barangan dapur kerana kata Khalish, di rumah hanya beras dan air mineral saja.

Khalish tiba di rumah berkembar dua tingkatnya. Pintu pagar dibuka menggunakan alat kawalan oleh Khalish dari dalam kereta.

Keretanya dibawa masuk ke dalam perkarangan rumah. Khalish keluar dan terus masuk ke dalam tanpa mengeluarkan bagasi-bagasi mereka.

Air cond dibuka, dia menghempaskan dirinya di atas sofa di ruang tamu. Penat..

Perjalanan dari rumah mertuanya ke sini tak adalah lama mana, dalam dua jam saja. Tapi kesesakan lalulintas tadi yang memenatkannya.

Menyesal pula dia tak mengikut Shira tadi yang menyuruhnya mengikut jalan lain kerana mereka bertolak tadi sudah hampir ke waktu puncak.

Sedang dia berbaring di sofa, bunyi bell rumah kedengaran. Dengan malas, Khalish membuka pintu. Apabila melihat kereta kecil si isteri barulah dia membuka pintu pagar dan berbaring kembali.

Malas.. bosan.. itulah kehidupannya selama ini.

Shira pula jakun melihat rumah Khalish. 'Mak ai.. kaya jugak laki aku ni.. untung untung..'

Dengan selambanya, dia keluar dari perut kereta dan mula berjalan-jalan di halaman dan sekeliling rumah.

Kagum.

Segenap kawasan kemas saja tanpa sedikit pun sampah-sarap. Tapi...

Shira mengerutkan dahi. 'Tanah ada.. tapi kosong je.. bosan betul, satu pokok pon takde.. macam tanah mati.'

Shira merungut seorang diri sambil bercekak pinggang.

'Takpe.. Nanti bia aku transform rumah ni jadi rumah idaman aku.. hehe' terlupa akan barang basahnya tadi, Shira kembali ke kereta semula.

Dia mengangkat plastik-plastik barang tadi dan masuk ke dalam rumah melalui pintu utama yang sudah dibuka Khalish.

"Assalamualaikum.." Salam diberi dan perkara pertama yang menyapa pandangan matanya adalah ular sawa di atas sofa. Mengerekot.

"Ya Allah.. bertuah punya laki. Bukan nak tolong orang angkat barang.. dia pi lepak pulak men phone tu.. bang! Meh tolong Shira ni.." Shira mula membebel sambil berjalan ke arah dapur, mulutnya masih tak berhenti bercakap.

"Pi ambil barang-barang dalam kereta Shira tu.. lama-lama dalam kereta bukannya elok. Abang dah lama sampai ke? Shira ingatkan Shira lagi awal sampai dari abang.. sorrylah.. Shira pergi Giant tapi ramai jugak orang tadi. Tu yang lambat sikit.."

Shira keluar dari dapur menuju ke arah Khalish yang masih statik di kedudukannya tadi.

Tergeleng-geleng kepalanya melihat Khalish. 'Pemalas betul suami aku ni' Khalish dihampiri..

"Abang!" sergahnya sambil menepuk kaki Khalish yang bersilang di atas sofa.

"Hmm." jawabnya malas. Mata masih leka bermain game di phone.

"Pi amik barang dalam kereta." tegas suara Shira padanya.

"Hmm." Khalish merengus mengiakan, tapi tidak perbuatannya. Masih statik berbaring melayan game.

Shira sudah menyinsing lengan blausnya ke siku, dia bercekak pinggang.

"Shira memang pantang orang malas macam ni, abang bangun sekarang kalau tak.." kata-kata Shira berjaya menarik minat Khalish, mata lelaki itu naik memandangnya. Kening kanan terangkat bertanya,

'Apa?'

Shira tersenyum penuh kejahatan, "Shira...."

Meleret suaranya bertutur seraya punggung dilabuhkan duduk di atas sofa bersebelahan kaki Khalish.

"Kau apa?" tanya Khalish dingin.

"Shira report umi yang abang ni manja level teddy bear." Shira tersenyum penuh makna pada Khalish.

"So?" Khalish buat tak endah lagi. Dia malas mahu melayan Shira, phone kembali dilihat.

'Apa-apa saja la perempuan pelik ni..'

"Yelakan.. tak sangka pulak En Schizo dingin Shira ni manja orangnya.. dah la suka tidur berpeluk.. pastu favourite position abang dekat sini pulak tu.. Haih.. miang jugak kan abang ni beku-beku pon." Shira memerli pedas sambil menunjuk ke arah dadanya.

Dia bangun mahu mengambil barang lagi di dalam kereta sambil tersenyum jahat.

'Aku nak tengok ego kau setinggi mana..hahaha'

Baru saja kaki mahu melangkah pergi, Khalish berkata perlahan.

"Liar."

Shira mengalihkan pandangan memandang lelaki kacak tak berperasaan itu.

"No I'm not." Baru Shira berpaling semula, Khalish berkata lagi.

"Your the one who hugged me..not me." tuturnya mempertahankan diri.

"Eleh.. abang tidur, mana abang tahu? Pagi-pagi je Shira bangun mesti abang peluk Shira tau.. dah la sembamkan muka kat dada orang.. pervert." Shira mengusiknya membuatkan Khalish mengeluh kasar.

Tak tahu bagaimana mahu berekasi, dia berjalan pantas melepasi Shira yang hampir di muka pintu dengan wajah ketat.

'Ish... iye ke aku buat macam tu? Hurmm.' desis Khalish dalam hati.

Dia tak mahu Shira berkata yang bukan-bukan pada umi dan abinya, sudahlah Shira rapat dengan ahli keluarganya.. pasti dia akan diketawakan dan diusik nanti. Benci.

Sememangnya sepanjang tiga hari menjadi suami isteri, Khalish cuba untuk mengelak daripada Shira terutamanya hal-hal berkaitan di atas katil.

Tapi sedaya-upaya mana pun dia mengelak, Khalish buka mata saja, mesti di dada wanita itu. Tak tahulah jika dia yang memeluk Shira atapun perempuan itu yang memerangkapnya.

Dalam keterpaksaan, selipar flipper nya dipakai kasar. Shira yang melihat sudah tersengih memanjang.

Tubuh disandarkan pada pintu utama sambil memeluk tubuh memandang gelagat si suami.

Khalish membuka pintu bonet kereta dan mengambil semua barang yang masih bersisa di dalam bonet agak kasar. Protes.

"Amboi perangai... elok sangatlah tu.. Macam budak-budak. Suruh buat kerje sikit bebai.. sikit-sikit bebai. Cuba lah buat kerja tu ikhlas...ni tak, macam nak gaduh je gayenya."

Shira memuntahkan segala yang difikirkan dari mulutnya tanpa berfikir dua kali.

Bagi Shira hubungan suami isteri tak perlulah 'fake' dengan perangai yang sengaja dibuat-buat, tapi biarlah dia menerima diri pasangannya sendiri.

"Biarlah." jawab Khalish sepatah sebelum menutup bonet kereta sedikit kuat. Shira yang tersenyum sambil menunggu di pintu rumah dijeling sekilas sebelum dia melangkah masuk.

"Apa pandang-pandang? Jeling-jeling.. kiss kang baru tahu." Selamba je Shira bertutur sebelum menutup pintu setelah mengunci keretanya semula.

Khalish sakit hati, 'Kenapa aku pulak yang kene dengar cakap dia? Ni rumah aku.. aku yang berkuasa. Lagipun aku suami dia.'

Setelah meletakkan barang-barang tadi, dia berpaling menatap Shira di belakangnya tajam.

"Kenapa pandang Shira macam tu?" Shira bertanya polos sebelum hendak mengemas barangan di dalam plastik.

Tiba-tiba tangannya ditahan Khalish, mata mereka bertentangan.

"Masak. Aku lapar." perlahan saja pertuturan Khalish mengarah.

'He's touching me.. Oh my.. Shira nak pitam guys.'

Shira sudah mula tersengih kambing, "La... siannya sayang Shira ni.. lapar ye? Boleh boleh.. Shira masakkan untuk abang. Abang nak makan apa ni?" manja dan lembut suaranya bagaikan berkata-kata kepada anak kecil.

Berdasarkan pengetahuan Shira, seorang Schizo memerlukan lebih banyak perhatian pada dirinya agar tidak rasa tersisih dan tidak berada dalam dunia sendiri.

Oleh itu, biarlah Shira saja yang menjaga Khalish. Lagipun Shira redha dan terima Khalish seadanya. Penyakit si suami dianggap sebagai anugerah baginya untuk sentiasa bersama Khalish hingga ke hujung nyawa.

Dengan izin-Nya.

Melihat peluang, Shira pula menggenggam kedua tangan Khalish manja sambil menatapnya dengan senyuman manis. Ikhlas.

"Anything nice." pegangan tangan Shira cuba dirungkaikan, tak selesa. Mata cuba dilarikan daripada bertentang dengan mata bersinar Shira.

Anime betul.

"Lepasla.." Khalish kini bagaikan perempuan dan Shira pula sebaliknya.

Telinga Khalish mula memerah, malu. Shira tersenyum manis padanya, mengusik.

"Abang lupa something..." meleret dan manja suara Shira sambil menggoyang-goyangkan kedua tangannya yang menggenggam tangan Khalish. Manja.

"Nak apa?" Khalish bagaikan sesak nafas dibuatnya, tangan cuba dilepaskan perlahan.

"Kiss Shira dulu.. cepat." arah Shira sambil merapatkan kedudukan mereka. Khalish pula terundur beberapa tapak ke belakang.

"Ap.. apa yang kau.. bu buat ni?" Khalish panik, dia cuba melarikan diri tapi dia tersentak sebentar.

'Perempuan ni dah kenapa?.' Khalish resah.

Tangan Shira sudah memeluk tubuhnya dari hadapan sambil mendongak sedikit menatapnya.

"You can't run from me bang.. Give me a kiss first, then I would let you go." Shira berbisik rapat dengannya.

Wajah mereka makin rapat membuatkan Khalish tergamam, air liur ditelan kesat.

Baru saja Shira menjengkit..

"Argh!"

Share this novel

Aina Aini
2020-11-04 17:25:43 

cpt updte..x saba nk bca seterusnya


NovelPlus Premium

The best ads free experience