Bab Lima

Romance Series 4862

Aku melangkah turun ke ruang makan dengan senyuman yang tidak padam dari semalam.

"Morning ma, pa!" sapaku sejurus sahaja duduk di sebelah papaku.

"Morning Ira. How's your day?" sapa papaku pula.

"Really awesome, papa!"

"Kau dah kenapa bodoh? Skru longgar apa? Nak sangat ke jd mental?" sergah Zilla sinis.

"Zilla, apa cakap macam tu dengan kakak?" tegur papaku.

"It's okay pa. Sebab sebenarnya Zilla yang mental. Sebab tetiba dia tuduh Ira skru longgar. Kan, Zilla?" ujarku sinis memulangkan paku buah keras.

"Ish kau ni dah berani lawan aku eh sekarang?!" marah Zilla lalu berdiri menhan amarah yang memuncak.

"Well papa I need to go. Bye." kataku lalu berlalu meninggalkan ruang makan seraya membuatkan Zilla terpinga-pinga.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Dilla ketawa mendengar ceritaku.

"Kau ni tak habis habis gaduh. Pelik aku tengok." kata Dilla dengan sisa tawanya. Aku hanya tersenyum.

"Tapi baguslah. kau dah pandai tegakkan keadilan. Baru kau boleh buktikan yang kau ni berani. Bukan pengecut." hujah Dilla. Aku tersenyum lagi.

" Please jangan senyum lagi boleh tak? Meremang aku." kata Dilla sambil menggosok leher pendeknya itu.

"Actually, aku masih happy. Aku tak boleh lupa macam mana dia sambut aku, macam mana dia luahkan perasaan kat aku dulu-dulu, berbual sama-sama, lawak bodoh dia, tapi... Cara dia pandang kat aku..." mukaku berubah riak." Riak dia nampak sedih. And... Aku tak tau kenapa." ucapku sayu. Dilla memandangku.

"Well Ira I have a brilliant idea." ujarnya dengan mata bersinar.

" What is it?" soalku hairan.

"SHOPPING!" ujar Dilla lalu menarik aku keluar dari bilik pejabatnya. Senang aje Dilla keluar bila-bila masa. Maklumlah diberi kepercayaan daripada bos.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

" Kau tunggu sini kejap. Aku nak pergi tandas." kata Dilla. Aku hanya mengangguk lalu memesan.

" Jangan lambat sangat kalau tak aku tinggalkan!" ugutku. Dilla hanya mengangguk.

Aku tunggu di luar tandas wanita. Aku melihat sekeliling. Ternampak seorang lelaki yang agak mysterious berdekatan Aku tak sedap hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience