"Apa kau cakap?"
"Yup..semua ada dekat sini.."
"Hahahaha...serius?Wah...lain yang dimintak lain yang jadi ya?"
Ingat kelakar ke?Tahu tak sekarang dia betul-betul tengah serabut nak hadap semua ni.
"Boleh ke tak ni?"
"Mana boleh...even aku ada helicopter peribadi atau kapal persendirian, aku tak boleh terbang dan berlayar tanpa kebenaran"
"Habis tu awak nak saya duduk atas kapal ni sampai bila-bila ke?"
"Alah..chill la...namanya pun nak move on. Mana tahu kau boleh move on lepas jumpa dengan siapa tu?Eden?Declan...hah..."
Ish!Kaden ni kan!Mujur la lelaki ni dalam panggilan. Kalau tidak sudah lama dia luku. "Can't you do something about this?Saya nak pergi dari kapal ni secepat mungkin."mintanya lagi.
"Tak boleh Davina...berapa kali aku nak beritahu. Kau ingat senang ke aku nak ubah diri kau ni yang dulu beku sekarang dah pandai ekspresikan emosi...dah ada depan mata tu hah..apa lagi..jalan la."tambah Kaden lagi.
Buatkan Davina yang sedang berjogging di atas thread mill tekan butang stop serta merta dan berhenti dari senamannya. Nafasnya naik turun. "Apa maksud kau?"
"Kau ingat aku tak tahu ke selama ni fikiran kau tu dekat siapa?Alasan kenapa kau selalu tangguh wedding kita..akubtahu la semua tu...Sementara ada waktu ni kau beritahu la dekat dia...aku jaga kau susah payah dan dapat move on bukan untuk di sia-siakan macam tu je."
Air muka Davina berubah. Hatinya berdegup sakit sebaik mendengarnya. Kaden tahu?Lelaki ni sedar tapi tak pernah cakap apa-apa mengenainya kepada dia.
"Dengar...kita ni dah jadi musuh dan kawan sejak beberapa tahun. Memang aku kadang benci kadang ambil berat pasal kau, tapi tak bermakna aku tak tahu apa kau rasa. So..go for it. Banyakkan senyum dan ketawa sikit biar muka tu tak ketat je. Orang pandang pun takut."kata Kaden sebelum dia ketawa.
Davina terdiam. Entah kenapa dia rasa sedih bila Kaden cakap macam ni. Bila difikirkan balik, sebenarnya Kaden dah banyak berkorban untuk dia. Selama 10 bulan pertunangan mereka dan duduk Bersama, Kaden la yang selalu cuba happy kan dia. Ajak dia berborak, ajak dia keluar melawat tempat, pergi tengok wayang. Buat dia move on dan ceriakan semula hari dia sejak perpindahan mereka ke hospital baru walaupun kadang-kadang lelaki itu menjengkelkan dia.
Bukans setakat itu, sebelum-sebelum ni jugak Kaden sering mengalah sekiranya ianya melibatkan keluarga atau kerjaya. Dia tak tahu apa kebaikan yang dia dah buat untuk Kaden sampaikan Kaden sanggup buat semua ni untuk dirinya.
"Kaden..."panggil Davina dengan perlahan.
"Yeah?"sambut Kadeb dengan ceria.
"Maafkan saya Kaden.."ucap Davina semasa pandang ke cermin kaca di depannya.
"Buat apa kau mintak maaf. Kau tak salah apapun dekat aku.."beritahu Kaden.
"Bukan...saya mintak maaf sebab awak selalu mengalah untuk saya. Sejak dulu lagi. Sejak dari awal sampai la ke sekarang...awak selalu utamakan saya sebelum diri awak.."ucap Davina dengan perlahan.
Kaden dalam panggilan melepaskan hela nafas panjang lantas ketawa kecil. "Semua tu sebab aku nak tebus salah aku yang pernah aku buat dekat kau sebelum aku tahu apa yang berlaku dekat diri kau. Dan aku rasa apa aku buat tak cukup untuk apa yang kau dah tanggung. It okay...kalau jodoh kita tak kesampaian. Kita still boleh jadi kawan dan keluarga...ayah dengan mama aku sendiri okay dengan keputusan kita ni. Kalau ada jodoh bagus la. Kalau tak ada. Tak apa. Aku gembira kalau kau gembira."
Davina buat muka tersentuh. Dia bawa tangan ke dadannya mahu menangis. Lalu dia tersenyum nipis.
"One day...Make sure kalau awak dah temui seseorang...saya orang pertama yang tahu." pesan Davina yang cuba nak ceriakan semula dirinya. Dia tak nak menangis selalu. Dia nak ubah dirinya supaya normal semula dan tidak kaku.
"Jangan risau. Kau orang pertama yang aku beritahu.."sambut Kaden. "Okay la..aku ada meeting conference untuk kes pembedahan ni. Kita borak lagi lain kali. Bye Davina. Miss you."
Davina senyum nipis. Dia berasa sedih tiba-tiba kerana teringatkan Kaden di sana. "Bye." ucapnya sebelum panggilan itu diputuskan. Setelah itu telefon yang ada di poket kecil di pehanya di capai lalu gerak turun dari mesin tersebut. Sambil dia tunduk memandang skrin telefon, sambil tu dia berjalan ke arah pintu keluar.
Tidak semena dia terlanggar seseorang dari arah depannya. Bila Davina pandang ke depan dia bertentang muka dengan wanita yang cuba ngurat Eden hari tu.
"Oh...kita jumpa lagi la."sapa wanita itu.
Davina hanya pandang mahu tak mahu. Lalu dia gerak hendak pergi dari situ. Mapas nak cakap banyak.
"Hei!Tunggu sekejap!"
Davina berhenti. Dia buat muka kesalnya lalu pandang wanita itu tanpa berkata apa-apa.
Wanita berambut karat itu beri senyuman tak ikhlas pada Davina lalu berkata."Saya beri pesan sebagai seorang wanita kepada wanita yang lain. Hati-hati okay. Mereka dekat sini semuanya bukan seperti yang awak fikirkan. Saya dapat tahu sebahagian dari penumpang kapal ini adalah tentera dan pasukan rahsia. Kalau saya jadi awak...saya takkan libatkan diri dengan mereka. Sebab orang seperti mereka ini ramai musuhnya."ujarnya dia.
Davina hanya pandang akan bibir merah melepak itu bergerak dengan kening berkerut. Baru tahu ke!?
"That's all!Bye!"lambai wanita tu yang kemudian jalan sambil melenggok ke dalam ruang gim tersebut.
Davina pun ikut berpaling untuk sambung perjalanannya keluar dari situ. Ingat dia tak tahu ke!Dah lama dia tahu!Masalahnya sekarang dia dah tersekat dekat seorang daripada mereka. Kalau ada tip, beritahu la dia macam mana nak keluar dari semua ni!
Share this novel