BAB 4

Romance Completed 18284

Mariam Syuhada terjaga awal harini. 5 pagi. Entah kenapa malam semalam merupakan malam yang paling lena buat dirinya. Berbantalkan lengan Hafiy, Mariam Syuhada merasa tenang dan dilindungi. Hafiy memang seorang lelaki yang baik. Untuk pertama kali, tidurnya bertemankan alunan merdu ayat suci al quran oleh Hafiy sendiri. Tak pernah dia membayangkan seperti itu bahagianya.

Hafiy masih lagi lena disebelahnya. Mariam Syuhada sempat menatap lama wajah suami kesayangan. Hanya ditemani cahaya lampu tidur, Mariam Syuhada berusaha mencari keindahan wajah Hafiy. Dia suka melihat kening Hafiy yang terletak tahi lalat dihujung keningnya. Nampak manis. Jarinya mula mengusap kening lebat lelaki itu. Berdebar jantungnya. Suaminya sangat kacak di mata Mariam Syuhada. Apa lagi yang kurang pada Hafiy? Semua serba lengkap. Mariam Syuhada merasa bangga memiliki Hafiy sebagai suaminya.

Dari kening, dia turun ke hidung mancung suaminya. Hafiy mengikut wajah Encik Shamsul. Dia beralih pula ke pipi kasar suaminya. Jambang halus mula tumbuh. Geli! Mariam Syuhada tergelak sendiri.

"Suka nya main sorang2". Hafiy bersuara serak. Terkejut Mariam Syuhada terus menjarakkan diri. Malu lah!

Hafiy membuka sebelah mata. Mariam Syuhada sedang menyembunyikan wajahnya dibalik selimut. Hafiy tersenyum manis.

"Abang bagi time lagi ni. Boleh explore habis2". Usik Hafiy lagi. Dia sengaja mendekatkan lagi badannya dengan Mariam Syuhada. Sejuk penghawa dingin mencengkam hingga ke tulang. Mariam Syuhada gigit hujung selimut kuat.

'Apa pasal la kau pergi gelak!? Hish, sengal la kau ni, Syu!'

Hafiy terbatuk kecil. Dia memandang Mariam Syuhada yang masih tak berkutik. Perlahan2 selimut yang menutupi isterinya ditarik. Mariam Syuhada terjerit kecil.

"Abang handsome sangat ke?".

Mariam Syuhada tergelak di balik selimut. Perasan! Hafiy masih lagi tak lepas menarik selimut yang menutupi isterinya. Lucu melihat gelagat Mariam Syuhada begitu.

"Taknak tenung lagi ke? Cepat la, Syu!". Rengek Hafiy manja. Mariam Syuhada mengetap bibir.

Perlahan2 dia menarik selimut ke bawah. Wajah suaminya dipandang. Hafiy sedang tersengih suka.

"Suka la kenakan Syu?".

"Abang tak buat apa2 pun". Dia membela diri. Mukanya langsung tak bersalah.

Mariam Syuhada menarik muka masam. Acah2 geram sedangkan dia ingin menutup malu. Hafiy tersenyum. Dia tarik badan isterinya agar mendekatinya lebih rapat.

"Abang sejuk, jangan jauh2". Perlahan suaranya. Matanya kembali dikatup rapat. Hafiy menikmati momen2 terindah buatnya saat ini.

Mariam Syuhada tersengih. Suka dengan perbuatan Hafiy padanya. Mariam Syuhada meletakkan kepala kemas di pelukan Hafiy. Biar hilang sejuk nya. Selimut ditarik lalu dibetulkan di badan Hafiy.

"Sejuk lagi?". Soal Mariam Syuhada lembut. Hafiy menggeleng perlahan.

"Selalu macamni, abang selesa". Dia mengemaskan pelukan. Mariam Syuhada terseyum. Haish, boleh kejung rahang mulutnya asyik tersenyum saja!

Lama dia membiarkan Hafiy memeluknya erat. Mariam Syuhada suka dimanjakan seperti ini.

"Abang taknak bangun ke?".

"Hurm, abang ngantuk la. Penat sangat badan ni". Rengeknya manja. Selimut dibetulkan. Hafiy sambung tidur.

Mariam Syuhada membiarkan suaminya rehat. Pasti penat nya tak hilang. Dia juga kembali lena dipelukan Hafiy sehinggalah bunyi azan berkumandang. Mariam Syuhada terpisat2 bangun. Dirinya masih lagi dipelukan Hafiy.

"Abang, bangun! Dah azan subuh tu". Dia mengejutkan Hafiy dari tidur. Hafiy bergerak sedikit menunjukkan dia sedar. Tapi, matanya masih tertutup rapat.

"Abang ngantuk lagi ke? Kita mandi dulu, solat lepastu abang rehat la balik". Ujar Mariam Syuhada lembut. Bahu Hafiy dipegang kemas.

"Hurm". Hanya itu yang kedengaran dari bibirnya. Mariam Syuhada tergelak.

"Abang, bangun lah!". Badan suaminya digoncang kuat. Hafiy membuka mata.

"Solatkan untuk abang, boleh?".

"Ish, ngada2! Bangun cepat!". Mariam Syuhada tergelak kecil. Dia menarik kuat lengan suaminya.

Hafiy bangun perlahan. Dia tersenyum memandang Mariam Syuhada dihadapannya. "Thanks". Lengan isterinya diusap lembut.

Mariam Syuhada malu. Faham maksud suaminya.

"Mandi, jom! Lepastu, kita solat sama2.". Ajak Mariam Syuhada. Tuala dihulur kepada suaminya. Hafiy mengangguk. Mereka berjalan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Usai itu, mereka bersiap untuk menunaikan solat subuh berjemaah.

Merdu suara Hafiy mengimamkan solat. Mariam Syuhada tenang sekali. Doa juga dipanjatkan tanda kesyukuran atas perkahwinan mereka. Lancar bacaan doa Hafiy. Dia sempat berdoa agar perkahwinan mereka dilengkapi dengan cahayamata yang soleh dan solehah.

"Maafkan Syu".

Dia mengucup lembut tangan suaminya. Dia ingin membiasakan diri agar sentiasa memohon maaf kepada suaminya setiap kali selepas solat.

"Abang maafkan". Dia mengucup lembut dahi Mariam Syuhada. Nikmat mempunyai isteri yang sangat sempurna dimatanya.

"Abang dah kena masuk kerja next week. So, bila kita nak balik rumah sendiri?".

"Erm, ikut abang la. Kita nak pindah nanti, barang2 kat rumah tu mesti kena kemas kan?".

"Tak payah! Rumah tu dah siap everything! Syu cuci kaki je". Hafiy bangun lalu melipat sejadah kemas. Dia duduk di birai katil.

"Abang dah siapkan semua?". Mariam Syuhada tak percaya. Telekung dibuka lalu dilipat.

"Yup! Abang yang nak rumah tu dah siap semua. Mak tolong pilihkan barang2 and hias rumah tu". Terangnya. Mariam Syuhada tersenyum.

"Terima kasih! Susah2 je abang nak siapkan macamtu. Syu kan boleh tolong hias sama".

"Takpe. Abang tak kisah". Jemari isterinya digenggam erat. "Kalau lusa, boleh ke?".

Mariam Syuhada mengangguk. "Boleh!". Jawabnya tenang.

"Ok, nanti kita singgah rumah mak kejap, baru balik rumah kita. Abang tak sabar nak bawak isteri abang balik sana".

Mariam Syuhada tersenyum. Dia juga tak sabar nak menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri kepada Hafiy Arshad.

"Abang lapar la. Jom, sarapan!". Dia memegang perutnya. Mariam Syuhada mengangguk lalu beriringan tangan turun ke dapur.

Ruang tamu masih kosong. Ahli rumah masih belum bangun nampaknya. Bilik Puan Faizah dan Encik Azhar juga masih bertutup. Mungkin umi dan ayah tidur balik agaknya.

"Ok, abang nak makan apa?". Soal Mariam Syuhada lembut. Peti sejuk dibuka lalu mencari bahan2 yang boleh digunakan.

"Simple je! Nasi goreng".

"Aik, tu je?". Mariam Syuhada berkerut.

"Abang nak makan dengan rendang semalam. Simple je, Syu. Abang tak cerewet pun kalau makan".

Mariam Syuhada mengangguk. Periuk nasi semalam dibuka. Ada lebihan nasi yang masih elok lagi. Mariam Syuhada mula menyiapkan bahan2 nya sementara Hafiy ke halaman rumah untuk mengemas periuk2 yang sudah kering semalam. Dia letakkan di satu tempat. Sambil2 tu, Hafiy sempat berjoging di sekitar kawasan taman.

Mariam Syuhada siap menyediakan nasi goreng tatkala Hafiy baru saja balik berjoging. Senyuman manis tak lekang dari wajahnya. Hafiy menghampiri meja makan. Aroma nasi goreng menggamit selera. Hafiy mencapai pinggan lalu menceduk sedikit ke pinggan.

"Syu makan dengan abang sekali, ya?". Ajak Hafiy lembut. Mariam Syuhada duduk disebelah suaminya. Air dituang ke dalam gelas.

"Abang suap ke?". Soal Mariam Syuhada. Hafiy langsung tak menjawab sebaliknya dia terus menghulurkan suapan nasi goreng ke mulut isterinya. Mariam Syuhada menurut.

"Kita makan macamni selalu. Baru ada berkat rumah tangga". Hafiy bersuara.

Nabi juga mengajarkan yang sama. Hafiy ingin mempraktikkan cara dan sunnah Nabi ke dalam kehidupannya.

"Sedap Syu masak! Nak tambah lagi, boleh?".

Mariam Syuhada tersengih. Dia terus menceduk nasi goreng lagi. Selera betul Hafiy makan. Tak sangka Hafiy suka menjamah makanannya. Sekali dia suap dirinya, sekali dia suap pada Mariam Syuhada.

"Dah, Syu dah kenyang!". Tolaknya. Nak meletup perutnya asyik disuap Hafiy.

"Eh, Syu dah bangun". Tegur Puan Faizah lembut. Dia terus mengambil tempat di meja makan.

"Pagi, umi! Syu ada buat nasi goreng ni".

"Jemput makan, umi". Hafiy bersuara.

Puan Faizah memandang nasi goreng yang terhidang. Berselera betul menantunya makan.

"Umi makan dengan ayah kejap lagi. Letih badan umi ni ha. Harini nak rehat aje kat rumah".

"Kesian umi. Nanti Syu urutkan ye".

Puan Faizah tergelak kecil. "Ni, kamu tinggal lama ke kat sini?".

"Minggu depan Hafiy dah start kerja. Ingat nak bawak Syu balik rumah awal sikit". Ujar Hafiy sopan. Pinggan kosong ditolak ke tepi.

"Rumah mak kamu ke?".

"Eh, tak umi. Hafiy ada beli rumah untuk Syu. Ingat nak bawak balik sana terus. Boleh ke umi?". Soal Hafiy.

Puan Faizah mengangguk.

"Umi nak ke bilik kejap, tengok ayah kamu dah bangun ke belum. Ni, jangan lupa kejut adik tu. Agaknya membuta lagi la tu kat atas". Puan Faizah menggeleng kepala. Anak bongsunya selagi tak dikejut, memang takkan nampak batang hidung.

Puan Faizah berlalu pergi. Pinggan kotor dibawa ke sinki lalu dibasuh bersih. Mariam Syuhada menutup mangkuk nasi goreng dengan penutup saji.

"Syu nak kejut adik kejap. Abang nak tengok tv ke?". Sempat dia mengerling jam di dinding. 10 pagi.

"Hurm, pergilah. Abang tengok tv jap".

Mariam Syuhada mengangguk. Langkah dihayun menuju ke bilik Mariam Zulaikha. Pintu bilik diketuk. Kali ini, adiknya laju membuka. Ceria dan bertenaga wajahnya.

"Hai, awal bangun harini?". Usik Mariam Syuhada. Selalunya, Mariam Zulaikha pasti bersidai lagi di atas katil.

"Perli ke?".

Dia menarik muncung. Mariam Zulaikha kembali ke meja belajar.

Adiknya kembali meneruskan kerja. Bersepah meja belajar dengan buku yang bertimbun.

"Banyak kerja, ya?".

"Adui, prof cepatkan tarikh pulak. Adik kena siapkan cepat ni. Masaklah kalau tak dapat hantar on time!". Luahnya. Dia meneruskan kerja langsung tak menghiraukan kakaknya.

"Malam tadi adik tidur tak?".

"Sekejap je. Ngantuk ni, kak!". Rengek Mariam Zulaikha. Dia bersandar lesu di kerusi. Mariam Syuhada merasa simpati. Diurut lembut bahu adiknya.

"Kesian adik akak ni. Sabar ye, dik".

Mariam Zulaikha mengeluh. Prof ni pun suka2 je nak suruh hantar minggu depan. Kalau ikutkan, bulan depan! Memang masaklah dia macamni. Yang hairannya, cuma dia saja yang kena hantar next week.

"Akak turun kejap, ye". Mariam Syuhada meninggalkan bilik adiknya. Dia ingin membawa makanan naik bilik. Pasti Mariam Zulaikha lapar.

Pinggan dicapai lalu disenduk nasi goreng. Air jus oren juga dituang di dalam gelas.

"Untuk siapa?". Soal Hafiy kehairanan melihat isterinya menyiapkan sarapan.

"Adik. Kesian dia kena siapkan assignment kat atas". Mariam Syuhada tersenyum manis. Dia kembali dan bilik adiknya.

"Ni untuk adik. Makan dulu baru sudahkan kerja". Dulang diletak bersebelahan Mariam Zulaikha.

"Akak!! Love you lah macamni!". Mariam Zulaikha berteriak suka. Lengan kakaknya dipeluk erat.

"Ngada2! Dah, makan lah. Akak nak sidai baju kejap". Mariam Zulaikha mengangguk. Sempat Mariam Syuhada mengemas katil adiknya yang berselerak.

Pintu ditutup rapat. Mariam Syuhada ke tingkat bawah. Bakul baju diangkat ke luar rumah. Cuaca nampaknya terang tiada tanda akan hujan. Mariam Syuhada meneruskan kerjanya. Satu persatu baju diambil lalu disidai di ampaian. Tudung yang tersarung di kepala terasa rimas pula dek panas terik yang memancar.

Usai menyidai baju, Mariam Syuhada terus menyiram pokok bunga pula. Alang2 dia sudah di luar, elok dia teruskan saja kerja mengemas. Langsung dia tak sedar Hafiy yang sedang membantunya.

"Eh, abang kenapa sapu pulak ni?". Dia segera mencapai penyapu dari tangan suaminya. Hafiy menolak.

"Abang nak tolong la! Tak boleh ke?".

"Eei.. tak payah! Nanti umi tengok, dia ingat Syu dera abang pulak!". Mariam Syuhada merungut. Dia cuba mencapai penyapu dari tangan Hafiy.

"Apa pulak dera nya! Abang ikhlas nak tolong tau!". Hafiy buat tak endah. Dia terus menyapu di halaman rumah sehingga bersih.

"Abang, tak payah lah".

"Ish, takpelah! Abang tolong la. Cepat siap!". Hafiy masih tak mengalah.

"Adoi! Dia ni pun". Bebel Mariam Syuhada sendiri. Sudahnya, dia hanya mampu memandang sahaja. Janganlah Puan Faizah keluar, masak dia kena bebel nanti.

"Berdiri apa kat situ? Cepat lah siram bunga tu". Suara Hafiy mematikan khayalnya. Mariam Syuhada menggeleng kepala sebelum meneruskan kerja.

"Oi cik kak, apa dibiar laki yang buat tu? Tak nampak ke suami awak tu, Syu oi!". Jerit Puan Faizah dari muka pintu. Mariam Syuhada mengetap bibir.

"Aku dah cakap dah!".

Dia genggam kuat hos air. Wajah suaminya dipandang geram.

"Ala umi, Hafiy yang nak tolong Syu. Kesian dia". Bela Hafiy. Puan Faizah keluar setapak ke halaman rumah.

"Tak payah! Itu kerja orang perempuan. Awak duduk jelah, Syu boleh buat semua tu.". Arah Puan Faizah serius. Nak tak nak, Hafiy terpaksa juga menurut. Dilihat wajah Mariam Syuhada muram. Pasti dia bengang dengan Hafiy.

Hafiy mendekati isterinya setelah mak mertuanya hilang dari pandangan.

"Syu marah abang ke?". Soalnya berhati2, takut menambahkan geram dihati isterinya.

"Syu dah cakap, kan? Abang taknak dengar! Kan umi dah marah". Ujarnya berkecil hati. Mariam Syuhada meneruskan siraman langsung tak mengendahkan suaminya disebelah.

"Abang nak tolong je".

"Tak payah! Kan Syu kata boleh buat". Dia menoleh. Hampir saja tumpah air matanya.

"Ok sorry! Abang janji takkan buat lagi. Habis, takkan abang nak tengok aje?".

Mariam Syuhada mengeluh. "Umi memang pantang kalau orang lelaki yang buat kerja orang perempuan. Sebab tu, ayah tak buat apa2. Bagi umi, segala keperluan yang isteri perlu buat, suami tak boleh kacau. Umi nak tunjukkan supaya kami nanti jadi suri rumahtangga yang sempurna". Jelasnya panjang lebar.

Hafiy tekun mendengar. Lain cara mak mertuanya mendidik Mariam Syuhada.

"Tapi, tak salahkan abang tolong?". Hafiy soal kembali.

"Bukan dekat sini. Kalau kat rumah umi, abang tak payah buat semua tu. Kami orang perempuan ada. Nanti Syu kena bebel lagi macam tadi". Rajuknya kembali. Hafiy tergelak kecil.

"Alolo.. sian isteri abang. Abang mintak maaf ye?". Dia mencium dahi Mariam Syuhada sekilas.

"Dah, pergi masuk. Syu nak sudahkan ni sikit lagi. Abang pergilah sambung tengok tv".

Hafiy menurut. Kesian pulak kalau isterinya kena bebel lagi. Tadi je macam nak hujan Hafiy lihat. Penyapu diletak kembali di belakang pintu. Hafiy kembali ke ruang tamu. Dia mencapai remote lalu membuka siaran yang menarik untuk ditonton.

"Kamu tak kemana2 harini?". Tegur Encik Azhar lalu melabuhkan punggung disebelahnya.

"Tak, ayah! Rehat ajelah kat rumah. Ayah penat ke?".

"Hurm, penat sikit. Lenguh pulak pinggang ni. Petang ni, sedara Syu dari Singapore nak datang. Semalam petang baru bertolak". Ujar Encik Azhar tenang. Surat khabar diambil lalu dibuka helaian pertama.

"Makngah nak datang?". Sampuk Mariam Syuhada lalu duduk bersebelahan Hafiy.

"Ha'ah.. semalam dia bertolak. Petang ni datang la tu. Dia nak bertolak awal semalam tu, tapi ada hal mendadak pulak. Tadi dia mesej ayah".

Mariam Syuhada mengangguk. Rindu benar dengan mak saudaranya itu. Kakak kepada Puan Faizah. Sejak makngah Liza duduk di Singapore mengikut suaminya empat tahun lepas, Mariam Syuhada seakan hilang kawan baik. Makngah Liza selalu mendengar cerita nya dan selalu memberi nasihat.

"Siapa, Syu?".

"Makngah Liza. Kakak umi. Dulu dia tinggal sini. Sejak ikut suaminya kerja sana, makngah jarang balik. Ni ha baru datang. Dah empat tahun dah stay sana". Cerita Mariam Syuhada rigkas.

"Oh".

Mariam Syuhada bersandar lesu. Remote ditangan suaminya diambil. Dia membuka siaran lain. Mujur ada drama sedang ditayangkan. Mariam Syuhada leka menonton tv.

"Best ke cerita ni?".

"Best la". Jawabnya sepatah.

Hafiy turut menonton bersama Mariam Syuhada. Boleh la dari takde! Dari setengah jam hinggalah rancangan tersebut habis.

"Apa lah laki tu. Dah suka cakap jelah!". Hafiy memberi komen. Mariam Syuhada memandang pelik.

"Cerita je pun! Tak payah feel lebih". Dia memerli suaminya.

'Aku yang punya drama, dia pulak emo lebih'.

"Geram la! Tengok macam abang, gentlemen!".

Mariam Syuhada terjerit kecil. Adoi, laki siapa ni?!

"Perasan la abang ni! Menyampah!". Bantal di sofa dibaling tepat ke bahu Hafiy. Mengekek dia ketawa.

"Betul apa! Kalau tak, takdelah kahwin sekarang ni". Dia mengenyitkan matanya. Nak termuntah Mariam Syuhada melayan. Dia bingkas bangun menuju ke bilik. Lagi lama dilayan, lagi bernanah telinganya nanti.

"Salah ke abang cakap?".

"Salah tu tidak, tapi tak betul!". Mariam Syuhada mengajuk kata2 Ayu, pelakon dalam drama P.Ramlee.

Hafiy ketawa riang. Kelakar juga isterinya ni. Mariam Syuhada tersengih. Beg baju diambil dari atas almari. Dia ingin mengemas baju2 untuk dibawa ke rumah baru nanti.

"Baju apa nak bawak, ek?". Dia berdiri tegak menghadap timbunan baju yang digantung. Dari baju kurung, tshirt, jubah hinggalah ke blouse yang kemas tergantung. Berpinar matanya nak memilih.

"Oh ye, sebelum abang lupa. Syu tak payah la bisnes lagi. Abang boleh support Syu makan minum". Ujar Hafiy. Mariam Syuhada menoleh.

"Tak boleh ke? Syu sayang la nak lepaskan. Nanti Syu bosan". Dia memujuk. Tak sanggup pula nak melepaskan kerja yang selalu dilakukan.

"Abang mampu nak tanggung Syu. Syu duduk rumah je, ok? Abang taknak isteri abang penat2 nanti. Syu layan abang je cukup".

Mariam Syuhada terdiam. Apa boleh buat lagi? Dia harus menurut kemahuan suaminya.

"Iyelah!".

Dengan berat hati dia menjawab. Baru ingin merasa duit berkepok lagi dalam bank!

"Syu kan tanggungjawab abang. Segala2nya abang uruskan. Syu tak payah la kerja ni semua. Abang boleh tanggung isteri abang ni". Dia mengusap lembut pipi Mariam Syuhada.

"Ok, Syu dengar cakap abang!".

"Macamtulah isteri abang". Dia mengucup dahi Mariam Syuhada. Hatinya suka.

"Dah, kemas cepat baju ni. Abang tolong, ok?". Hafiy menukar topik. Dia segers membetulkan duduk.

"Abang suka baju kurung hijau tu, cantik". Tunjuk Hafiy. Mariam Syuhada capai baju yang dimaksudkan. Baju pemberian Mariam Zulaikha kepadanya.

"Adik bagi tahun lepas". Ujarnya seraya melipat kemas dan dimasukkan kedalam beg. Hafiy bangun dan mengeluarkan lagi beberapa helai baju kurung dan blouse dari almari.

"Baju ni pun lawa". Hafiy memuji jubah abaya hitam yang bersulamkan manik putih.

"Yang ni kirim kat Fiza".

"Oh, hurm, nanti abang nak belikan jugaklah".

Mariam mengerutkan dahi, "Kenapa pulak?".

"Iyelah, asal abang tunjuk je mesti dari seseorang. Nanti abang belikan lah so, Syu boleh la cakap abang yang beli".

Mariam Syuhada tergelak besar. Ada2 saja perangai suaminya. Mengada2 jugak!

"Yelah abang! Nanti beli banyak2 , bolehlah Syu cakap abang yang belikan". Dia layankan saja usikan Hafiy.

Beg hampir separuh terisi. Tudung juga sudah siap dikemas. Tinggal barang2 kecil sahaja.

"Syu excited tak nak tinggal dengan abang?". Soal Hafiy tiba2.

"Excited la! Tak sabar nak jalankan tanggungjawab sebagai isteri. Nak masakkan untuk abang, nak urus rumah sendiri". Jawabnya ceria. Jarinya bermain dengan zip beg roda tersebut.

"Kalau ada yang tak cukup, Syu mentioned je. Abang akan sediakan. Tugas abang untuk sediakan semua keperluan isteri". Dia mencuit hidung Mariam Syuhada.

"InsyaAllah".

Hafiy tersenyum manis. Dia kembali mencari baju2 yang ingin dibawa isterinya nanti. Matanya tertancap pada plastik putih di tepi almari. Hafiy mencapai lalu membuka plastik tersebut. Matanya terbeliak melihat bungkusan tersebut. Serta merta, bibirnya tersenyum manis.

"Bila beli ni?". Hafiy memandang Mariam Syuhada sambil menunjukkan baju ditangannya.

Mariam Syuhada ternganga. Lidahnya kelu. Habis merah pipinya menahan malu. Ni semua Fiza punya kerja la ni!

"Er.. abang.. er.. abang jangan salah faham". Mariam Syuhada bangun dari katil cuba mencapai baju ditangan Hafiy. Suaminya sudah tersenyum lebar.

"Abang tak cakap apa2 pun. Abang tanya bila beli?". Dia mengusik lagi isterinya. Baju tidur singkat bertali halus berona merah masih dipegangannya. Otaknya mula berfikir nakal.

"Bak la balik!". Mariam Syuhada terjengket2 cuba mengambil. Rasa nak dihantuk je kepala ke dinding. Malu tak terkata!

"Tak nak! Cakap dulu beli bila ni?".

Mariam Syuhada mengeluh. Dia berputus asa.

"Fiza la punya kerja. Dia yang belikan. Dia suruh Syu pakai". Mariam Syuhada tertunduk malu. Bibir diketap kuat. Hish!

"Ohh macamtu". Hafiy meleretkan senyuman. Dipandang wajah isterinya lama.

"Bila nak pakai?".

Mariam Syuhada tercengang. Memang tak lah dia nak pakai! Suaminya sudah mula membuat muka nakal.

"Abang jangan nak fikir yang bukan2 ye!". Marah Mariam Syuhada. Seram sejuk melihat Hafiy yang tersengih2 macam tu.

"Fikir bukan2 apa pulak?". Bidasnya.

Dia membelek baju ditangan. Kain satin lembut ditambah dengan perincian butang dibahagian belakang baju. Hafiy tersenyum suka.

"Cakap dekat Fiza, abang ucap terima kasih".

"Eii, apa abang ni! Syu taknak cakap, eh! Syu taknak pakai pun baju tu". Dia menarik muka masam.

"Eh? Abang tak suruh pakai pun!". Hafiy mengenakan isterinya. Mariam Syuhada menggigit jari.

Stres aku macamni!

"Whatever!". Mariam Syuhada mencebik. Malu pula bila suaminya tahu pasal baju tu.

'Siap kau Fiza! Aku kerjakan kau cukup2. Kau sorokkan kat almari aku rupanya!'.

"Jadi, isteri abang marah la sekarang ni?". Hafiy mendekati Mariam Syuhada. Geli hati melihat wajah cemberut isterinya.

"Suka sangat!". Diketap giginya kuat. Geram betul! Rasa nak dibakar2 aje baju tu.

"Syu suka, Abang lagi suka!". Hafiy mengekek gelak. Mariam Syuhada mencubit kuat lengan Hafiy berulang kali. Geram betul dipermainkan sebegitu. Dah la dia malu tak habis lagi ni!

"Ok2, sorry!

"Haa.. buat lagi! Syu cubit lagi kuat lepasni!".

Hafiy membetulkan duduk. Baju tidur tadi dibawa ke pegangan lalu ditayangkan depan Mariam Syuhada.

"Pakai ni first night kat rumah. Abang tunggu".

Dia berbisik lembut ke telinga Mariam Syuhada. Hafiy bingkas keluar bilik. Hatinya berbunga riang. Sempat dia menyanyi kecil menuruni anak tangga.

Mariam Syuhada terduduk malu. Bahang dirasakan pada wajahnya saat ini. Baju tidur dipandang lama.

"Aku kena pakai baju ni? Mampos!". Rungut Mariam Syuhada sendiri. Berkali2 dia mengetuk dahinya kuat. Rasa mahu saja diputarkan kembali masa. Kalau dia tahu baju ni dekat situ, memang dah lama dia bagi anjing makan! Fiza, Kau memang nak kena!

Dengan berat hati, Mariam Syuhada mamsukkan baju tersebut kedalam beg. Nasib la labu! Demi suami, turutkan saja segalanya. Itu belum lagi benda2 kecil yang lain. Mahu tercabut agaknya pipi dia dek menahan malu yang teramat.

Beg yang sudah berzip diletak di tepi almari. Mariam Syuhada bingkas ke bilik air untuk menunaikan solat zohor. Tapi, perutnya memulas tiba2. Dia senggugut!

"Oh my! Betapa happy nya aku!". Gumam dia sendiri didalam bilik air. Segala idea gila suaminya tadi, langsung hilang dari ingatan. Mujur dia tak perlu nak mengikut arahan Hafiy tadi. Mariam Syuhada melompat2 riang didalam bilik air.

Dia keluar untuk mengambil pad. Hafiy meluru masuk ke dalam bilik dengan senyuman yang manis. Mariam Syuhada tak menghiraukan langsung kelibat suaminya. Dia ke laci almari lalu mengambil pad.

"Uzur ke?". Soal Hafiy terkejut. Mariam Syuhada tergelak kecil. Sengaja ditayangkan pad dihadapan wajah suaminya.

"Sorry, abang!". Mariam Syuhada tergelak lalu masuk kembali ke dalam bilik air. Betapa suka hati Mariam Syuhada saat ini.

Hafiy pula yang sedih. Hancur idea nya. Tang ni la baru nak datang uzur tu! Hish, melepas!

"Abang buat apa tu?". Soal Mariam Syuhada. Sengaja dia tersenyum lebar memandang Hafiy.

"Senyum la sampai telinga! Suka la tu kenakan abang". Hafiy merajuk. Sempat menjeling geram pada isterinya.

"Ish2, tak baik tuduh Syu macamtu. Syu takde niat, tau!". Dia berwajah polos. Suaranya sengaja dilunakkan.

"Berapa hari?".

"Seminggu!".

Hafiy terdiam. Ok, takpe! Seminggu je pun! Tunggu jelah Hafiy!

"Ingat abang tak boleh tunggu ke?".

Mariam Syuhada tergelak, "Syu tak cakap apa2 pun!".

Hafiy mencebik, "Tengoklah nanti! Jangan menyesal sudah". Dia mengugut isteri tersayang. Mariam Syuhada membuat muka takut. Sengaja mengusik lagi Hafiy.

Hafiy memandang geram. Wajah iserinya bukan main gembira lagi. Hafiy tergelak juga akhirnya. Comel!

"Abang tak marah kan?". Soal Mariam Syuhada menghampiri. Masih lagi ada sisa tawa di bibirnya.

"Tak lah! Takkan nak marah pulak. Tapi, after uzur Syu wajib pakai jugak! Abang tuntut".

Mariam Syuhada mengetap bibir, "Iyelah".

Mereka berpelukan lama. Wangi rambut isterinya. Dia suka berada dekat dengan Mariam Syuhada.

"Abang sayang Syu". Ujarnya lembut. Mariam Syuhada terbuai dengan keindahan cinta Hafiy Arshad.

***

"Makngah! Masuklah". Mariam Syuhada menjemput mak sedaranya masuk ke dalam rumah. Dia memeluk erat seakan tak mahu dilepaskan.

"Sihat ke anak buah makngah ni? Macam kurus je ni". Dia mencubit pipi Mariam Syuhada.

"Sihat la! Mana ada kurus, makngah. Syu diet je". Seloroh Mariam Syuhada riang. Mereka berpimpin tangan menuju ke ruang tamu.

"Ngah, sihat?". Puan Faizah memeluk erat kakaknya. Rindu sekali!

"Sihat! Kau sihat ke? Maaflah, ngah tak dapat datang majlis semalam".

"Ala ngah, ni kan datang dah ni. Duduk dulu. Syu tengah buat air tu". Ujar Puan Faizah ceria. Abang iparnya merangkap suami Makngah Liza juga turut hadir.

"Ni la suami Syu, ya? Siapa nama nya? Makngah lupa pulak".

"Hafiy, makngah". Hafiy menjawab sopan. Dia duduk bersebelahan bapa mertuanya.

"Oh, Hafiy ye. Segak kamu ni". Puji Pakngah Daud. Hafiy tersenyum malu.

"Ngah tidur mana malam ni? Meh tidur sini jelah". Pelawa Encik Azhar. Memang rumahnya ada tersedia satu bilik kosong buat tetamu yang hadir.

"Takpelah! Kitorang tidur hotel aje".

"Apa pulak hotel! Sini ada bilik kosong. Takkan la nak bagi ngah tidur situ pulak. Tak payah la, tidur sini je". Arah Encik Azhar lagi. Dia menggeleng laju bila Makngah Liza mahu membangkang lagi.

"Betul tu, makngah! Boleh la Syu borak lama sikit dengan makngah! Rindu tau". Sampuk Mariam Syuhada yang menatang dulang berisi air. Mariam Zulaikha pula datang membawa kuih muih.

"Iyelah, makngah tidur sini malam ni. Zulaikha, macamana study?". Tegur Makngah Liza. Tersengih2 anak dara sorang tu.

"Boleh la makngah. Tengah struggle lebih ni".

Makngah Liza mengangguk. Bagus betul anak2 buahnya. Rajin belajar dan sangat hormatkan orang tua. Sebab itu dia terlalu sayangkan budak berdua ni.

"Ramai datang semalam?". Pakngah Daud mula menyoal. Air teh dihirup perlahan.

"Boleh la, ngah. Kami jemputnya tak lah ramai sangat, tapi bila dah majlis semalam, ramai betul jadinya".

"Memang jadi gitu! Ngah dulu masa kahwinkan Waina, jemput 500 orang, tapi yang datang lagi jadi ramai pulak! Rezeki kan". Mereka tergelak kecil. Hafiy hanya mendengar sahaja.

"Hafiy orang mana? Macamana boleh kenal dengan Syu tu?". Makngah Liza mula mengorek rahsia. Mariam Syuhada tersipu malu.

"Hafiy orang sini jugak. Ayah dengan ayah Syu kawan rapat". Cerita Hafiy ramah.

"Saya berkenan budak ni lama dah. Tak sempat kita nak tanya2, dia dulu dah datang merisik!". Usik Encik Azhar suka. Gamat ruang tamu dengan gelak tawa yang mendengar.

"Dia dah berkenan dulu la tu! Pandai pilih ye". Dia melirik pandang anak buahnya yang sudah tertunduk malu.

"Ngah, Shimah kirim salam semalam. Dia ingat ngah ada sekali". Puan Faizah datang lalu duduk disebelah Mariam Zulaikha.

"Waalaikumussalam. Sihat ke dia? Lama betul tak jumpa Shimah tu".

"Sihat aje dia tu. Tulah, konon nak jumpa ngah, dah takde semalam, dia balik jelah".

Makngah Liza mengangguk, "Takpelah, takde rezeki la tu".

"Makngah dah makan belum ni?".

"Makngah dah makan dah dekat rnr tadi. Tak payah susah2". Tolaknya lembut. Air diteguk perlahan. Hilang hausnya seketika.

"Ngah rehatlah dulu. Kesian penat jauh sampai!". Pelawa Encik Azhar. Beg roda Makngah diambil lalu dibawa terus ke bilik.

"Malam ni tidur sini ye, ngah!". Ujar Puan Faizah. Berharap sangat kakaknya dapat meluangkan masa bersama mereka malam ini.

Pakngah Daud terus ke bilik manakala Makngah Liza duduk bersebelahan Mariam Syuhada.

"Tak cerita pun dengan makngah, eh!". Dia siku lengan anak buahnya. Mariam Syuhada tergelak.

"Eei.. Syu memang nak bagitau, tapi lupa aje!". Dia memegang erat lengan Makngah Liza.

"Ceritalah dengan makngah, macamana boleh sangkut dengan Hafiy tu". Dia memandang sekilas Hafiy yang leka bermain henset.

"Ayah dengan umi yang pilih, Syu ikut je".

Makngah Liza tersenyum manis. Berseri wajah anak buahnya. Pasti gembira berumah tangga.

"Happy tak?". Bisiknya perlahan. Mariam Syuhada malu tak terkata.

"Alhamdulillah!". Dia mengetap bibir. Malu memang malu, tapi dia selesa bercerita dengan makngah Liza.

"Hidup berdua elok2 tau. Makngah doakan Syu bahagia sentiasa! Jadi isteri yang baik, solehah! Tengok macam umi dengan ayah, bahagia sampai sekarang kan?".

Mariam Syuhada mengangguk. Dia memang berharap perkahwinannya berkekalan. Umi dan ayah menjadi contoh buat dirinya.

"Makngah pun ajar la Syu macamana nak jadi isteri solehah". Ujarnya perlahan. Wajah Makngah Liza dipandang lembut.

"Dengar cakap suami. Apa je yang dia suruh buat, Syu ikut. Kena tau dia suka apa, tak suka apa. Kalau Hafiy suka Syu pakai macamni, ikutkan. Kalau dia tak suka makan tu, jangan buat. Kena pandai ambil hati mula dari perut!".

Mariam Syuhada mengerutkan dahi, "Mula dari perut?".

"Hurm, perut! Jaga makan minum dia. Selagi makan minum terjaga, InsyaAllah, yang lain mesti ok". Makngah Liza berkongsi tips kebahagiaan.

"Tapi, Syu tak pandai masak macam umi".

"Belajar la!". Potong Makngah Liza. "Bila dia nampak Syu berusaha belajar masak makanan kegemaran dia, lagi bertambah sayang la".

Mariam Syuhada mulai faham. Dia tersenyum manis.

"Jaga keperluan dia, macam baju dia kena sediakan. Apa2 keperluan dia la. Macam kita jaga baby, everything kena complete. Laki ni dia suka kalau kita siapkan and manjakan. Asal ada yang jaga, hati dia dah suka dah".

"Ok, makngah. Syu akan ikut semuanya".

"Solat sama mesti kena ada sekali sekala. Lelaki kena berjemaah di masjid. Tapi, sekali sekala mesti berjemaah dengan dia. Biar ada kasih sayang tu. Lagi satu, yang paling penting hubungan suami isteri tu. Jaga elok2. Suami minta, bagi. Pastikan Syu kena berhias dan berwangi hanya untuk kepuasan dia".

Mariam Syuhada angguk lagi. Sempat dia menjeling suaminya itu.

"Makngah tau Syu mampu bahagia dan boleh jalankan tanggungjawab Syu dengan baik". Dia usap lengan anak buahnya.

"Makngah doakan ye? Syu nak jadi isteri yang baik pada Hafiy".

"InsyaAllah, sayang. Setiap hari Syu kena belajar benda baru dari dia. Barulah ada isi rumah tangga tu nanti".

Banyak yang dia pelajari harini. Mariam Syuhada sematkan dalam hati elok2. Dia mahu menjadi yang terbaik buat Hafiy. Dia ingin menjadi bidadari hati suaminya sentiasa.

"Makngah nak rehat la. Penat. Nanti, kita borak lagi ye".

"Terima kasih makngah! Rehat la dulu, ya". Makngah Liza bangun lalu menuju ke bilik. Mariam Syuhada juga melangkah ke bilik juga.

Banyak perkara yang bermain di minda. Semuanya sudah tersusun satu persatu. Umpama sebuah komputer yang telah menyusun data2 ke dalam satu folder khas.

"Syu borak apa dengan makngah? Lama betul". Hafiy yang baru masuk ke dalam bilik terus menyoal. Dia duduk bersebelahan isterinya.

"Adalah! Hal orang perempuan". Jawab Mariam Syuhada malu.

"Abang penat la, boleh tolong urutkan tak?". Hafiy baring di atas katil meniarap.

"Urut mana?". Mariam Syuhada mendekati suaminya.

"Pinggang".

Mariam Syuhada mula mengurut perlahan2. Bak kata makngah, segala yang suami mahukan, isteri mesti buat. Moga dengan dia mengurut Hafiy, akan mendapat redha dengan perbuatannya ini.

"Sedapnya! Pinggang abang ni lenguh sangat". Luahnya. Sekejap2 dia menjerit kesakitan.

"Syu mana pandai urut. Ok ke?".

Hafiy mengangguk. Suka dengan urutan tangan Mariam Syuhada. Lembut sekali.

Lama Mariam Syuhada mengurut suaminya hingga terlena Hafiy disitu. Mariam Syuhada tergelak kecil. Minyak panas diletak ditepi bantal. Mariam Syuhada ke bilik air untuk membasuh tangan.

Dia biarkan suaminya lena sebentar meluruskan pinggang yang lenguh. Dia keluar untuk menyiapkan makan malam buat mereka sekeluarga. Malam ni merupakan malam terakhir dia disini. Mariam Syuhada ingin membuat sesuatu yang istimewa buat Puan Faizah dan Encik Azhar.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience