BAB 11

Family Completed 6948

“Saya senyum dekat awak hari tu, awak ingat kan?” ujar Adam.

“Eya, eya. Tapi saya betul-betul tak cam awak tau! Wah, dah besar panjang awak kan sekarang!” ujar Sara.

“Awak tak cam saya, saya cam awak!” ujar Adam gembira.

“Tapi, kejap! Kenapa awak dah tak panggil saya kakak??” tanya Sara.

“Alah, itu dulu, masa saya masih budak-budak. Sekarang dah besar, lagipun awak tak panggil saya adik dah, so, samalah!” jawab Adam.

“Eyakan, baru saya perasan. Hmm, betul jugak, awak dah besar panjang, tak payahlah nak panggil saya kakak, janggal pulak.” ujar Sara.

“Tau takpe! Hmm, sedap air awak buat ni!” puji Adam setelah meneguk air mochanya.

“Home-made mocha!” ujar Sara.

“Buat sendiri? Patutlah sedap!” puji Adam.

Sara mengangguk lalu tersenyum. Dia turut meneguk air mochanya.

“Macamana ni? Nak cakap sekarang ke ah?? Tap, kalau dia terkejut…macamana aku nak tenangkan dia?? Atau, aku slow kan dulu. Biar dululah…tunggu masa yang sesuai!” Adam bercakap dalam hatinya.

“Adam, kenapa? Ada benda yang awak nak cakap ke??” tanya Sara apabila perasan Adam merenungnya.

Pantas Adam menggeleng lalu tersenyum.

“So, bila awak nak kenalkan saya dengan keluarga angkat awak??” tanya Sara.

“Hmm,nanti saya tetapkan masa.” jawab Adam.

“Dorang baik dekat Adam?” tanya Sara lagi.

“Baik sangat-sangat!” Adam tersenyum

“Baguslah, so, sekarang Adam study?”

“Eya, saya tak sabar nak habis belajar. Saya nak kerja, nak pakai kot…” ujar Adam.

“Pakai kot??” kening Sara terangkat.

“Ya, nampak segakkan kalau lelaki pakai kot?” ujar Adam.

Sara mengangguk. Dia teringat akan Haikal. Pertama kali melihat Haikal berpakaian pejabat membuatkan dia tertarik pada karisma sahabatnya itu.

**********************************

Adam tersenyum suka saat melihat gambarnya bersama Sara dihandphonenya. Dia berguling-guling teruja di atas katilnya. Terasa seakan mimpi apa yang dia alami sekarang. Ketukan pada pintu biliknya membuatkan dia tersedar. Pantas dia bangun lalu duduk.

“Abang!” panggilnya mesra.

Haikal masuk lalu duduk disisi Adam.

“Buat apa ni? Mama panggil makan pun tak dengar.” tanya Haikal.

“Tengok gambar…” jawab Adam pendek.

“Gambar? Gambar apa?” tanya Haikal lagi lalu cuba mengambil handphone Adam. Pantas Adam menepis. Haikal tercengang lalu tersengih.

“Mana boleh tengok! Private!” marah Adam.

“Dengan abang pun Adam nak berahsia ke? Bagilah tengok!” pujuk Haikal.

“No! Nanti kalau masa dah sesuai, Adam bawa orangnya terus datang sini!” ujar Adam gembira.

Haikal terkejut lalu tersenyum.

“Oh! Dia dah ada kat sini?” tanya Haikal.

“Yup, dan Adam baru je lepas date dengan dia, hehehe~” jawab Adam.

“Amboi, baru jumpa terus date? Boleh tahan adik abang ni!” usik Haikal.

Adam tersenyum malu.

“Dah, dah. Jom turun sebelum mama mengamuk!”ajak Haikal.

“Erm, papa ada?” tanya Adam yang turut berdiri bersama Haikal.

“Ada.” pendek sahaja jawapan Haikal.

Saat mereka tiba di dapur, kelihatan Dato’ Firdaus sedang memicit-micit dahinya. Adam terus mendapatkan papanya.

“Papa, kenapa ni?” tanya Adam lalu mengurut kepala papanya. Papanya membalas dengan senyuman.

“Papa kamu tu, dah mama bagi nasihat jangan menghadap laptop lama-lama, tak nak dengar! Dia ingat dia tu muda lagi kot!” beritahu Datin Dahliah.

“Kerja sayang, nak buat macamana.” ujar Dato’ Firdaus.

“Kenapa papa tak bagi Haikal je buat?” tanya Haikal risau.

“Haikal, kamu sendiri banyak kerja nak dibuat, sampai nak keluar pun susah.” jawab Dato’ Firdaus.

“Tulah, Adam nak tolong, papa dengan abang tak kasi.” ujar Adam.

“Adam, kamu tu study lagi, tak payah ambil tahu pasal hal syarikat, concentrate study tu dulu.” bebel Datin Dahliah.

“Tapi kesian dekat abang, sampai nak cari girlfriend pun takde masa.” ujar Adam.

“Aii Adam, lain macam je tu.” balas Haikal dengan sengihan.

“Betullah apa yang Adam cakap, kan ma, pa?” Adam meminta sokongan.

“A’ah, betul juga tu….hah Haikal, kamu takde teman wanita ke?” tanya Datin Dahliah.

“Takde masalah ma, pa, nak cari…kalau ada pun takut dia lari sebab Haikal takde masa untuk dia.” jawab Haikal.

“Kalau kamu nak, mama boleh carikan. Ada banyak anak kawan mama yang mama berkenan.” usul Datin Dahliah.

“Ma…” ujar Haikal.

“Dah, dah. Nanti nantilah bincang pasal ni, kita makan dulu.” Dato’ Firdaus menyelamatkan Haikal. Haikal memandang papanya lalu tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience