BAB 4

Family Completed 669

“Assalamualaikum Fawwaz , buat apa ni nak?” Imam Nasir menegur Fawwaz lantas lamunannya mati seketika.

“Waalaikummusalam tok. Tak ada buat apa – apa pun tok.” Fawwaz menyalami Imam Nasir sebagai tanda hormat kepada orang yang lebih tua daripadanya.

“Tok tengok sekejap kamu tersenyum, sekejap kamu masam dan marah. Kamu ada masalah? Cuba ceritakan pada tok.” Tanya Imam Nasir. Dia amat mengenali Fawwaz kerana semenjak kecil lagi Fawwaz telah di ajar dan di ajak oleh Encik Fuad untuk sentiasa berjemaah di masjid tersebut. Imam Nasir berFaww ur kerana Fawwaz tetap berkunjung ke masjid meskipun kini dia hanya sendirian tanpa ayahnya. Imam Nasir sedia maklum tentang perkara yang menimpa mereka sekeluarga dan Imam Nasir berharap Fawwaz akan lebih kuat untuk membawa keluarganya ke syurga Illahi kerana Fawwaz satu – satunya anak lelaki di dalam keluarga tersebut.

“Tak ada pape tok. Ingat kenangan lama-lama tok.” Ucap Fawwaz bersahaja.
“Kalau kamu rasa terlalu berat, kamu pohon kekuatan daripada Allah. Jika kamu terasa kecewa dan berputus asa, mengadulah pada Allah. InshaaAllah Allah sentiasa membantu hambaNya.” Imam Nasir tidak mahu mendesak Fawwaz untuk berterus terang dan dia yakin Fawwaz mampu mengharungi dugaan Illahi dengan sebaiknya.

“InshaaAllah tok. Terima kasih atas nasihatnya.” Fawwaz tersenyum dan tersedar atas kesilapannya selama ini yang terlalu mengikut perasaan.

“Mari kita masuk. Sekejap lagi masuk waktu asar. Memandangkan bilal tidak dapat datang hari ni, kamu tolong azankan ya.” Imam Nasir mengajak Fawwaz memasuki ke dalam masjid kerana sebentar lagi akan masuk waktu asar. Imam Nasir juga meminta Fawwaz untuk melaungkan azan bagi menggantikan bilal kampung yang tidak dapat turun ke masjid pada petang itu kerana menyelesaikan beberapa perkara di Bandar.

Dari kejauhan di warung Pak Aji , Puan Fatiha mengalirkan air mata tanda kesyukuran dan kerinduan apabila mendengar suara azan asar pada petang itu. Suara anaknya yang begitu lama di rinduinya. Bukan kerana anaknya jauh darinya tetapi kerana kurangnya berlaku perbualan antara mereka. Puan Fatiha sedar akan kesilapan dirinya yang selama ini terlalu gigih mencari rezeki demi keselesaan anak – anaknya. Dia juga berFaww ur kerana Allah mengurniakan seorang anak yang mampu mengajak muslimin dan muslimat menyahut seruan Illahi.

Seperti yang di janjikan selepas solat asar, Fawwaz berjalan menuju ke rumah Alif untuk sama – sama pergi memancing di tepi sungai yang terletak hanya 500 meter dari rumah Alif. Mereka lebih suka mendiamkan diri dan memikirkan kebesaran Illahi sementara menunggu pancing mereka terkena. Tiada perbualan hebat antara mereka. Inilah aktiviti mereka dalam mencari peluang untuk memuhasabah diri dan menenangkan fikiran.

Pada malam itu, Fawwaz sekeluarga menjamu selera dengan Ikan Keli Masak Pedas masakan ibu mereka. Masakan yang amat di gemari oleh mereka sekeluarga. Ikan tersebut merupakan hasil tangkapan Fawwaz dan Alif. Mereka membahagikan tangkapan sama rata meskipun pada petang itu hasil tangkapan Alif lebih sedikit berbanding Fawwaz.

“Macam mana persekolahan anak – anak ibu?” tanya Puan Fatiha sebaik sahaja mereka beristirehat seketika selepas menjamu makan malam.

“Alhamdulillah ibu, semuanya baik.” Jawab Amirah bagi pihak mereka adik-beradik. Amirah percaya adik – adiknya tidak mempunyai masalah dalam pelajaran dan juga disiplin sekolah.

“Alhamdulillah. Ibu harap anak-anak ibu belajar sungguh-sungguh. Ibu doakan semua anak-anak ibu berjaya dunia dan akhirat.” Ucap Puan Fatiha penuh keikhlasan. Dia amat berFaww ur kerana di kurniakan anak-anak yang berbudi bahasa dan ketinggian budi pekerti.

“Ibu, angah nak masuk pergi ke masjid dahulu. Maghrib dah nak masuk tu. Lepas isyak nanti angah balik.” Fawwaz memohon keizinan. Kelaziman mereka sekelurga adalah menjamu makan malam sebelum maghrib. Puan Fatiha hanya mengangguk tanda memberikan keizinan. Dia melihat langkah yang diatur oleh Fawwaz sehingga hilang sebelum dia mempersiapkan dirinya untuk solat maghrib. Di hatinya berdoa agar Fawwaz mampu membawa mereka sekeluarga ke syurga Illahi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience