“RM3 sorang yer adik-adik manis.”
Ujar mamat gatal yang jaga rumah hantu tu.
“Aik, bila masa pulak muka kami ada gula.”
Zetty menjawab sambil menyentuh muka sendiri cuba mencari gula.
“Hisy, kau ni Zetty dia gurau jer lah. Rilex la sikit.”
Melissa menenangkannya.
“Hmm, yela. Eh cepat la bayar. Aku tengok muka Bai excited dah nak masuk ni. Hehe.”
Sakat Zetty.
Muka Baizura penuh ketakutan. Tangannya sudah mula kesejukan. Matanya liar memandang sekeliling.
“Aku takut. Jom balik la.”
Baizura menarik Zetty.
“Ish, kau ni kita kan dah sampai. Bawa bertenang la sikit.”
“Weh, jom masuk aku dah beli tiket ni.”
Melissa menunjukkan 3 tiket di tangannya.
“Mel, aku nak balik. Seram la. Depan pintu pun dan tergantung kain putih. Bau kemenyan dan kapur barus kuat gila ni. Malam ni dah la malam Jumaat.”
Baizura memberi seribu alasan untuk pulang.
“Eh, kau ni, hari tu kan kau jugak yang nak mintak tandatangan hantu-hantu tu. Ni la peluangnya.”
Melissa memerli Baizura sambil menarik tangannya.
“Dah-dah jom masuk.”
Zetty mula melangkah.
Rumah hantu itu agak besar. Terdengar suara-suara mengilai dan menjerit di dalam rumah tersebut.
“Fuh, agak seram.”
Zetty berbisik dalam hati.
Melihat suasana bahagian dalam yang agak kelam dan malap mampu membuatkan bulu roma sesiapa berdiri tegak. Kedengaran bunyi hilaian dan tangisan bersahut-sahutan.
“Aku takut.”
Baizura memegang kejap tangan Melissa.
“Kau ni, jangan la buat macam ni. Nanti aku cabut.”
Melissa berbisik perlahan.
Zetty hanya mendiamkan diri. Tiba-tiba dia terasa seperti ada orang di belakangnya tetapi dirinya tidak terus menoleh.
“Zetty kau…”
Sambil berkata-kata Baizura menoleh ke arah Zetty tetapi tidak sempat menghabiskan ayatnya.
“Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!”
Baizura menjerit.
Melissa yang mendengar jeritan Baizura segera menoleh.
“Aaaaaaaaaaaaaaaaa!!”
Melissa turut menjerit.
Mereka berdua berlari lintang-pukang ketakutan meninggalkan Zetty sendirian. Dia tahu di belakangnya ada ‘makhluk’ itu. Dadanya serta merta berdegup kencang. Dia menoleh. Ada perempuan berambut panjang berpakaian serba putih sedang merenungnya dengan mata yang terbeliak.
Zetty berdiri tegak tidak bergerak. Tidak tahu apa perasaan sebenarnya pada waktu itu.
“Hihihihihi. Huuuuuuuuuu.”
Perempuan itu mengilai dan menangis pada masa yang sama.
Waktu itu, tiba-tiba hilang rasa takut malahan digantikan dengan perasaan lucu. Zetty mula tersenyum sendirian. Dia terus berjalan tanpa mempedulikan hantu yang meraung itu.
“Huaaargggggg!!”
Lagi satu hantu berkepala botak menakutkannya.
“Apa huargh-huargh ingat aku takut ke.”
Katanya berani.
Hantu botak itu terkebil-kebil memandang Zetty.
Zetty terus berjalan lagi seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Sekali lagi dia terasa seperti ada gegaran di lantai seolah-olah ada benda yamg melompat-lompat di belakangnya. Dia berhenti berjalan.
Zetty menoleh dan memandang hantu pocong sedang membuat aksi lompat tinggi. Terkebil-kebil dirinya memandang pocong tersebut.
“Hi.”
Sepatah kata terluncur keluar dari mulut Zetty.
Pocong tadi yang tengah syok melompat tiba-tiba berhenti. Mukanya tercengang. Mungkin terkejut dengan sapaannya.
“Kau ingat boleh menang award ke melompat-lompat macam tu.”
Dirinya tersenyum sinis memandang pocong tersebut.
“Aku pun boleh melompat macam tu jugak. Haa, tengok ni.”
Dia turut sama melompat seperti pocong tadi.
Kemudian pocong tersebut beredar ke belakang sambil membuat aksi lompat. Zetty mula berjalan lagi. Tiba-tiba dia terasa ada gegaran di lantai tetapi lebih kuat dari tadi seolah-olah terdapat ramai orang di belakangnya.
Kelihatan pontianak, hantu botak dan juga pocong tadi.
“Aik, kau panggil geng pulak Encik Pocong.”
Dia hanya menayangkan muka blur. Tiada sekelumit perasaan takut dengan hantu yang ramai itu.
“Hihihihihi, huuuuuuuuuuu.”
“Huaarggggg!!”
Toing-toing.
Hantu-hantu tersebut membuat aksi di depannya.
“Hahahaha. Korang hantu-hantu yang lawak la.”
Dia berkata sambil ketawa hampir terkeluar air matanya.
Agaknya pocong tadi tidak puas hati sebab dia tidak takut, tup-tup diajak geng. Ketiga-tiga hantu itu terkebil-kebil sekali lagi melihatkan wajah selambanya.
“Ok la, Encik Pocong. Nak aku takut yer.”
“Waaa, takutnya. Encik Pocong dan kawan-kawan serammm!!”
Dia menjerit dengan nada mengejek.
Share this novel