Bab 5

Horror & Thriller Completed 7874

BAB 5

"Adik cepat. papa nak hantar ke sekolah ni. Nanti kita terlewat pula. Dah lah hari pertama." Jeritku dari porch tempat papa memberhentikan keretanya. Aku sudah 10 minit juga menunggu adik bersiap dari tadi dan belum nampak batang hidung turun ke porch ini untuk sama-sama papa hantar ke sekolah. Mulalah aku nak menyiga dengan adik manja sorang ni.

"Iya, datang ni. Cantik tak baju seragam baru adik?" tanyanya sambil tersengih. Sengaja mahu mengambil hati keran asudah lewat.

"Tak cantik. Cepat masuk!" kata aku geram. Dia sudah muncung mendengar kata ku itu.

Papa tersenyum saja melihat telatah kami dua beradik yang memang akan selalu bertengkar begini.

"Sudahlah. Mari kita ke sekolah kamu. Cantik baju baru adik. oh. Dah siap sarapan kan semua?" kata papa sambil pedal minyak ditekan.

"Sudah pa. Adik kenyang. mama masak sedap pagi ni." kata adik mengada-ngada.Aku hanya sempat menjeling. Lalu dibalas dengan jelir lidahnya.

"Sudah-sudah lah. Berbaik-baiklah," pesan papa melihat kami begitu.

Kami berdua saling berpandangan dan kemudian ketawa.

Sampai di sekolah, aku lihat papa bercakap sesuatu dengan pengetua sekolah. Agak lama juga kami menunggu di luar bilik. Almaklum. Ini adalah sekolah antarabangsa. pastinya banyak yang perlu diambil tahu oleh papa.

Tidak lama selepas itu papa keluar dan berjabat tangan dan menghampiri kami supaya menjaga diri dan belajar rajin-rajin. Jika tidak ada pertanyaan cikgu-cikgu ad untuk menjawab sebarang soalan. Selepas menyalami papa, papa pula bergerak ke pejabat dan berjanji akan datang semula petang ini untuk menjemput kami berdua.

Buku-buku sudah disiapkan sejak awal lagi oleh pihak sekolah. kami berdua tinggal pungut dan bawa ke kelas.

Hari itu dirasakan sangat panjang. Banyak perkara yang perlu aku adaptasi dengan situasi sekarang. terus fikiran aku melayang teringatkan adik. bagaimana pula dia di dalam kelasnya.

Dapatkah dia menyesuaikan diri. Ada tak dapat kawan baru. Aku harap dia selamat dan baik-baik sahaja. Waktu rehat tadi aku tidak sempat untuk berjumpa dengannya. Sedikit gusar hatiku jadinya.

++++++++++++

"Adik, kenapa skirt dah koyak ni?" tanya aku selepas ternampak skirtnya kyak ketika berjalan di belakangnya menuju ke kereta papa.

"Ada budak tarik adik tadi. Tapi adik tak tahu siapa," katanya sambil kedua-dua bahunya terangkat.

"Takkan la adik tak nampak?" tanyaku pula. Dalam hati aku pasti mama mesti marah.

"Betul adik tak tahu. Adik duduk tadi dalam kelas dan tiba-tiba ada orang yang tarikk skirt adik sampai jatuh. Adik toleh belakang tapi tak ada sesiapa. Jadi adik tak tahu." katanya.

Aku pelik, menipu ke dia? tapi kenapa pula?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience