"Datang eh kau. Ingatkan kau pengecut tak datang-datang," balas Miqael sinis.
"Aku tak nak tangguhkan masa lagi. Lepaskan Nabilla," kata aku keras.
Nabilla diseret tanpa belas kasihan. Aku kesian tengok dia. Aku kena bagitahu diaorang sekarng juga!
"Sebelum itu, aku nak bagitahu kau Miqael," aku memulakan pengakuan.
"Apa lagi?!" balas Miqael menyampah.
"Sebelum itu, aku nak minta maaf kat kau terlebih dahulu sebab aku tahu benda yang aku nak cakap ni bukan benda yang remeh. Mi— Mikayla masih hi— hidup. Dia ta— tak meninggal lag— lagi," kata aku tergagap-gagap. Perasaan gementar tak lari daripada hati.
Miqael terkejut. Dia menjatuhkan pistol yang dari tadi setia berada di dalam gengaman. Miqael terduduk. Lalu menggeleng kepala beberapa kali.
"Tak! Kau menipu! Mustahil Mikayla nak hidup. Mana kau tahu dia still hidup?! Jangan nak main-main lah!" marah Miqael. Air mata jantannya keluar jua.
"Aku ada dengan Mikayla masa kemalangan itu. Dan kami berdua berjaya diselamatkan. Aku tak cedera parah sangat tetapi Mikayla koma dan hilang ingatan. Aku wujudkan identiti untuk dia. Dan... Mikayla sekarang ialah... Nabilla," terangku. Bergetar-getar bibir aku.
Ternyata Miqael serta Nabilla terkejut.
"Saya ialah Mikayla? Kenapa baru sekarang awak beritahu?! Bukan masa saya buka mata?!" marah Nabilla.
"I'm really sorry but the reason I fake your identity is to end my fight with Miqael. I know one day, he would show himself. I'm sorry for using you, but I really sincerely love you. You are my love. Cinta hati saya. Saya cintakan awak Nabilla," aku meluahkan segalanya.
Nabilla menggeleng kepala beberapa kali. Menindakkan kata-kata aku.
"He's right. Miqael is right. You never love me," kata Nabilla.
"I'm truely love you. Please believe me," rayu aku.
"You say you love me, but at the end you betrayed. I shouldn't believe you," kata-kata Nabilla menghancurkan hati.
Dek kerana terlalu marah, aku mengacukan pistol pada Miqael. Aku melepaskan beberapa das peluru tanpa berfikir panjang.
"Miqael!!! jeritan Nabilla menyedarkan aku.
Aku terkejut dengan perbuatan aku. Aku segera berlari mendapatkan Miqael.
"Jangan dekat!" arah Nabilla. Aku terkejut.
"Tapi..." belum lagi aku memberi alasan, Nabilla terlebih dahulu memotong kata-kata aku.
"Awak pengkhianat! Awak pembunuh! Awak sanggup tembak darah daging awak sendiri! Awak bukan manusia! Berambus!" marah Nabilla.
"Aku buat semua ini untuk kau! Takkan kau tak faham?!" marah aku. Aku meluahkan segala-galanya.
"Untuk saya? Huh! No one will sacrifice their own blood just for someone. You're a freaking devil!!" kata-kata Nabilla menusuk ke dalam hati.
Aku terduduk di tempat yang aku berdiri. Aku memandang tubuh yang terbaring lemah. Berjuang untuk hidup.
"Could you just go?! There is no use you sit there and just see us! I'm done with you and I want to breakup," air mata aku mengalir. Kata-kata dia sebagai tamparan yang sangat kuat bagi aku.
"Could you give me a second chance?! Please!" rayu aku.
"Second chance?! Hell no! There is no second chance when you are with me," kata-kata dia sungguh melukakan hati.
"Jusqu'à ce que nous nous revoyions. Je t'aime toujours,"
(Sehingga kita bertemu lagi. Saya selalu akan cintakan awak.)
Aku mengangkat kaki dah beredar dari tempat itu. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh jua. Sepandai-pandai kau menipu akan terbongkar jua.
Aku memandang langit diatasku yang mula menunjukkan tanda-tanda hujan, seperti ia faham akan perasaanku.
Patut ke aku hidup di dunia ini? Atau.. aku patut tenangkan diri dengan jauhkan diri dari sini?
__________________________
Aku mengeluh perlahan. Mataku memandang sekujur tubuh yang terbaring lemah bersama wayar-wayar di tubuhnya. Selepas kejadian Rayy menembak Miqael, anak buah dia menelefon ambulans.
Sebulan Miqael koma dan sebulan itu juga aku menemani dia. Ingatan aku juga semakin pulih sejak hari itu. Tapi, hatiku terasa sakit. Sangat sakit.
Tipulah kalau aku kata aku tak mencintakan dia, tetapi setiap kali aku teringat perbuatan dia hatiku terasa dikhianat. Jujurnya pada masa itu mahu saja aku peluk dia dengan erat dan tidak melepaskan dia. Namun, aku kaku ditempat aku.
Dan setiap kali aku teringat tentang perkara itu, aku tak dapat nak tahan air mata dari gugur. Aku amat mencintai dia. Dan sukar untuk aku melupakan dia.
"Mi— Mikayla. Miq rin— rindu Mi— Mikay," tergagap-gagap Miqael menuturkan kata-katanya.
"Mikay kat sini Miq. Mikay ada dengan Miq. Mikay pun rindu Miq," balas aku. Serta dengan tangisan.
"Cepat panggil doktor!" arah aku kepada anak buh Miqael.
"Keadaan Encik Miqael sekarang stabil. Tidak perlu takut. Cuma.." Dr. Rizal menangguhkan katanya.
"Cuma apa doktor?" tanya aku.
"Encik Miqael lumpuh pada bahagian bawah pinggang. Salah satu tmbakan tersebut terkena saraf tulang belakang dia. Sebab itu dia lumpuh. Tapi kalau dia buat therapy, dia boleh jadi biasa semula," terang Dr. Rizal.
"Baik doktor. Thank you," jawab aku.
Aku segera keluar dari pejabat Dr. Rizal ke wad yang Miqael ditempatkan. Aku mengetuk pintu lalu membukanya. Terlihat Miqael terbaring kaku di atas katil.
Aku berjalan dan duduk di kerusi yang berada di sebelah katil Miqael. Aku merenung muka abang kembar aku. Serupa dengan aku.
"Dah habis tenung?" pertanyaan Miqael mematikan lamunan aku. Aku hanya tersengih.
"Miq nak air?" tanya aku. Ye lah. Dah sebulan koma, mestilah tekak tu rasa haus. Miqael hanya mengangguk kepala.
Aku segera mengambil gelas yang disediakan dan menuang air. Seterusnya memberikan gelas itu kepada Miqael. Miqael dengan rakusnya air tersebut. Nampak sangat haus.
"Erh... Nak kena panggil apa?" tanya aku. Ialah, kalau nak guna 'Miq' terlalu janggal pula.
"Guna 'aku, kau' jer," balas Miqael.
Aku mengangguk kepala tanda setuju.
.
.
.
.
.
Aku merenung bilik itu. Bilik VVIP. Kaya sangat ke abang aku sampai bilik pun yang VVIP punya?Lantak lah! Bukan hal aku.
Aku baru tersedar yang aku belum tukar baju lagi. Nak balik rumah, tak ada pengangkutan. Duit pun tak bawak.
"Erh... saya— I mean aku balik dulu. Nanti aku datang balik," kata aku walaupun kedengaran kekok.
"Balik guna apa?" tanya Miqael.
"Hah?" otak aku hang sekejap. Terpamer muka jengkel di muka Miqael.
"Ouh... Erh naik grab car maybe?" jawab aku.
"Duit ada ke tak?" tanya Miqael.
"Erh... Tak bawak. Tapi nanti aku ambil kat rumah," jawab aku sambil menggaru kepala.
"Hans!!!" jerit Miqael dari dalam bilik. Aku hanya memejam mata menahan perit di telinga. Tak pasal-pasal ada tarzan melawat kat hospital.
Hans yang dari mana entah tergesa-gesa masuk ke dalam bilik.
"Yes bos?" tanya Hans.
"Hantar dia balik rumah. Segala alasan tak diterima," kata Miqael dengan tegas.
Hans hanya mengangguk kepala. Tak ada bantahan langsung.
"This way, las Mademoiselle," kata Hans.
Aku hanya ikut Hans dari belakang. Benda pertama yang aku nak buat bila balik nanti ialah..... Tidur!
Share this novel