BAB 6

Short Story Series 2699

“LUQMAN!”

Luqman yang membuka pintu bilik hotel itu terkejut dengan kehadiran Marissa. Di sisi Marissa setia menemani, Eshan.

“Sayang? You buat apa kat sini?” soalnya tanpa rasa curiga.

“You tanya I buat apa? You tu buat apa kat sini?” Tanpa sempat Luqman menjawab, Natasya muncul dari belakang, memeluk belakang Luqman dengan erat.

“Siapa tu sayang? Jomlah masuk, I tak puas lagi dengan youuu….” Rengeknya. Luqman menggelabah. Tanpa sebarang amaran, Eshan menumbuk muka Luqman hingga menyebabkan terjatuh. Marissa terkejut dengan tindakan Eshan itu.

“Kau ni memang jantan tak guna Luqman! Aku memang dah agak dah dari hari pertama Marissa kenalkan kau, aku dah tahu kau ni memang jantan tak guna! Sanggup kau buat Marissa macam ni?!” jerkahnya.

“Hey! You! Jangan nak kurang ajar eh kat sini! I panggil polis baru you tahu!”. Natasya segera melutut ke bawah membantu Luqman. Kain tuala yang tersarung di badan Luqman hampir terlucut.

“Sayang, I boleh jelaskan. Ni semua salah faham je!” Luqman merayu. Dia bingkas bangun mencapai tangan Marissa. Marissa menepis. Jijik dia melihat Luqman.

“Kau nak jelaskan apa lagi? Semua dah terbukti depan mata Marissa.”

“Kau ni dari tadi lagi memekak. Ini bukan urusan kau!” Luqman mencekak kolar baju Eshan. Tubir mata Marissa bergenang air mata. Sungguh dia tidak menyangka yang selama ini, apa yang kawan-kawan dia termasuk Eshan nampak, semuanya benar belaka. Hanya dia yang buta untuk melihat semua kebenaran itu.

“Sudah! Jom Eshan, aku tak sanggup lagi nak duduk kat sini!” kata Marissa. Dia mencabut cincin emas belah rotan di jari manisnya, lalu dilemparkan ke muka Luqman. Luqman terpana.

“Sayang! Sayang! Irdina Marissa!” jeritnya.

“Youuuu, apa ni, I kan adaaaaa…” Natasya masih lagi dengan gediknya, merangkul tangan Luqman. Luqman tidak menepis. Malah dia menarik Natasya masuk semula ke dalam bilik dan menyambung ‘urusan’ mereka yang tergendala tadi. Pandai-pandailah nanti dia pujuk Marissa. Dia kenal dengan Marissa, mudah cair dengan pujuk rayunya.

- - - - - - - - - - - - -

Peristiwa setahun lalu terlayar kembali di ingatan Marissa. Sungguh dia tidak menyangka dia akan terserempak dengan bekas tunangnya di situ sekali dengan perempuan itu. Hasratnya untuk membeli hadiah ibunya juga tergendala gara-gara lelaki itu. Kini dia dan Eshan berada di hadapan rumah sewanya. Dia menyuruh Eshan menghantarnya pulang walaupun Eshan telah mengajak dia makan dahulu, namun dia menolak. Marissa mengesat air matanya.

“Mar, dah sampai.” Eshan memulakan bicara. Keluar dari pusat beli-belah tadi, Marissa hanya mendiamkan diri. Hanya lagu di corong radio saja yang menemani perjalanan mereka. Eshan juga tidak berkata apa-apa tentang kejadian tadi, risau mengguris hati pujaan hatinya itu.

“Hah? Dah sampai. Oh, okay-okay. Tak perasan pulak aku. Thanks Eshan.”

“Kau okay tak ni? Ke kau nak aku hantar balik kampung?” soal Eshan prihatin.

“Eh, tak payahlah, lagipun esok aku ada kerja nak kena siapkan. Thanks Eshan, sorry tak dapat nak dapat nak makan malam dengan kau malam ni.”

“Tak ada apalah. Kalau kau lapar ke apa, call je aku, nanti aku tapaukan kau makanan. Jangan nak fikirkan jantan tak guna tu. Aku kan ada.” Eshan menambah. Dia tersenyum.

“Eh mana ada. Aku okaylah, dah baliklah, hati-hati. Nanti dah sampai, whatsapp aku. Bye, assalamualaikum.” Marissa keluar dari kereta Eshan. Eshan menunggu Marissa masuk ke dalam rumah, setelah itu, dia meluncur laju meninggalkan taman perumahan itu. Dia berharap Marissa akan baik-baik saja.

- - - - - - - - - - - -- - -

Usai solat Isyak, Marissa mencapai telefonnya. Ada WhatsApp dari Eshan.

Mar, kau dah makan? – 8.48 malam

Kalau kau ada nak makan apa2, bagitahu aku, aku ada kat luar ni dengan Ramli. Nanti aku singgah rumah kau balik nanti – 8.50 malam

Marissa tersenyum. Caring sungguh si Eshan sejak kebelakangan ini.

Dah, aku dah makan. Tadi aku dah order thru grab. Thanks Eshan ? .

Butang send ditekan. Kemudian Marissa mendail nombor telefon kawan baik perempuannya, Aifa.

“Hello, assalamualaikum, Fa.”

“Waalaikumussalam Mar. Aku baru je nak call kau. Dah lama tak gosipping! Aha ha ha.” Suara ceria Aifa menyapa gegendang telinga Marissa.

“Gosip jelah kau tahu. Amboi, sejak-sejak dah jadi isteri orang ni, makin budak-budak kan perangai kau ni.”

“Alah, kau pun tahu kan, masa muda aku kan tak sempat nak habis, dah jadi isteri orang. So, how’s life? Ada berita gembira ke yang kau tiba call aku ni? Bila tarikhnya, aku nak book awal-awal cuti ni.” tanya Aifa. Marissa tergelak.

“Berita baik apanya. Kau ni kan. Tak ada apa-apa pun. Aku saja je nak call kau, dah lama tak dengar khabar kau.” Dalih Marissa.

“Ah, aku tak percaya. Kau mesti ada benda nak bagitahu aku kan, kau tak payah nak tanya khabar aku, apa yang kau nampak kat FB aku, haa macam tulah life aku. Alhamdulillah bahagia. Okay, stop pasal aku, now your turn.” Marissa menghela nafas panjang.

“Petang tadi aku terjumpa Luqman. Dia dengan perempuan tu.”

“What?! Macam mana kau boleh terjumpa dia pulak? Bukan dia dah pindah kat Aussie ke dengan perempuan tu?” soal Aifa.

“Aku keluar dengan Eshan. Masa aku tengah window shopping dengan Eshan, tiba-tiba dia tegur aku. Dia merayu kat aku, nak cakap dengan aku, tapi Eshan halang.”

“Lepastu? Apa jadi?”

“Tak ada apa pun yang jadi, aku cepat-cepat tarik tangan Eshan, pergi dari situ. Nasib baik masa aku dah pergi tu, barulah perempuan tu datang. Kalau tak, sekali dengan aku bertumbuk kat situ. Dah jadi drama TV3, berebut lelaki.”

“Hmm, dah setahun dah pun, dah kahwin, nak cakap apa lagi. Aku rasa dia tu dah gila talak agaknya. Dulu masa ada kau, pergi menggatal dengan perempuan gila, sekarang, nak kat kau baliklah. Mentang-mentang kau makin cantik, makin hot sekarang ni. Jantan tak guna.” Panjang lebar Aifa membalas.

“Ha ha ha. Ada-ada ajelah kau ni, yang makin hot tu kau. Tu tandanya Johan jaga kau elok, lagi elok dari masa kau single dulu. Tapi aku takut la Fa, aku takut nanti kalau aku terserempak lagi dengan dia, dia nak buat apa-apa kat aku. Cukuplah sekali masa putus tahun lepas, dia tarik tangan aku sampai lebam.”

“Hm. Kau taknak kahwin ke Mar? Kita dah 29 Mar. Kau bukannya tak cantiK, cantik, pandai, bekerjaya, semua lengkap lah, takkan tak ada lelaki yang nakkan kau.”

“Haa sebut pasal kahwin, Eshan ada ajak aku kahwin.”

“What!? Eshan?” Aifa menjerit.

“Ish kau ni, bingit telinga aku. Iya, Eshan. Dia ajak aku kahwin.”

“Habis tu, kau jawab apa?” soal Aifa tak sabar.

“Jawab apa. Aku jawab no lah. Eshan tu kawan aku, takkan aku nak kahwin dengan kawan baik sendiri. Gelilah!”

“Lah, kau ni. Apa masalahnya kalau kawan pun. Dia bujang, kau bujang. Lagipun, aku pun dah lama perhatikan Eshan tu, macam syok kat kau je. Tapi aku taknak la assume apa-apa kan. Takut aku yang salah sangka.”

“Lagipun hanya Eshan je yang ada di sisi kau tak kira susah senang kau. First, masa kau terkantoikan si jantan tak guna tu, dia ada dengan kau. Second, ni yang kau terserempak hari ni. Dan banyak lagilah situasi-situasi lain yang kau hadap, siapa di sisi kau? Eshan. Eshan tu lagi banyak ada dengan kau berbanding dengan aku ni, kawan perempuan kau.” Panjang lebar Aifa memberi pendapat.
Marissa menghela nafas. Kalau diikutkan, apa yang Aifa kata tu semua betul. Selama ni, hanya Eshan yang setia menemaninya. Dalam ramai-ramai lelaki yang dia kenal, hanya Eshan je baik akhlaknya.

“Cuba kau bukak pintu hati kau untuk dia, jangan anggap lagi dah dia sebagai kawan baik, anggap dia sebagai seorang lelaki. Lelaki yang gentleman, yang boleh jadi imam kau. Kawan baik tu hanya gelaran je. Cinta ni tak mengenal paras rupa, pangkat dan semua-semua bendalah. Lagipun yang tak guna tu, jantan tu je, Eshan InshaALLAH berguna.”

“Hmm. Okay, nantilah aku fikirkan. Aku tak tahulah kenapa aku tak rasa apa-apa pun dengan Eshan tu. Memang hanya sekadar kawan.”

“Istikharah Marissa. Hanya dengan istikharahlah kita akan mendapat kepastian dan jawapannya.” Nasihat Aifa.

“Okaylah, suami aku dah balik. Nanti apa-apa call aku tau, aku ada je setia mendengar. Kalau kau dengan Eshan, aku restu sesangat-sangatlah. Kalau betul kau dengan Eshan nanti, majlis kau aku sponsor! Ha ha ha. Okaylah Mar, assalamualaikum. Take care Mar.”

“Waalaikumussalam.”

Marissa baring di katilnya. Kata-kata Aifa tadi berlegar-legar di kepalanya. Dia dengan Eshan? Tak pernah terfikir di kepalanya andai benar jodohnya dengan Eshan. Adakah Eshan benar-benar sukakannya? Adakah ajakan kahwin Eshan tempoh hari serius atau sekadar gurauan? Kenapa sampai sekarang Eshan tak pernah kekal dengan mana-mana perempuan yang dia jumpa? Sebab diakah? Banyak persoalan bermain di fikiran Marissa. Akhirnya, dia tertidur di sofa tanpa sebarang jawapan untuk setiap persoalannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience