Chapter 46

Family Completed 22837

Bab 46

Asal rambut pelik semacam? Gaya terbaru eh?

“Sah rambut kena gunting dengan cikgu disiplin tadi. Tu lah. Suka sangat nak langgar peraturan sekolah.”

Kalau bagi cikgu disiplin gunting, memang pelik rambut tu nanti. Cikgu gunting ikut suka dia aje. Kalau tak mahu malu, jangan datang ke sekolah dengan rambut panjang.

“Budak kelas kita ada yang couple dengan budak kelas sebelah.”

Gosip…

“Orang yang couple ni orang yang tak ada keyakinan diri.”

Yang tu betul. Tak ada keyakinan diri sebab mereka rasa diri mereka tak lawa. Kalau ada lelaki yang puji lawa, mulalah suka dan bercinta bagai. Allah made us beautiful. Hee…

“Tengok macam aku. Ada keyakinan diri. Hohoho.”

Puji diri sendiri nampak. Ummu, Ummu.

******

Lut dan Daniel duduk di atas meja. Tengok mama masak. Aku potong bawang putih dan masukkan ke dalam bekas plastik. Mama asyik bebel suruh Lut dan Daniel turun tapi kembar berdua tu buat tak tahu. Bersila di atas meja.

“Turun cepat,” arah mama.

“Tak nak,” ujar Lut dan Daniel serentak.

Aku geleng kepala.

“Abah balik bila?” tanya Lut.

Mama tengok jam pada dinding dapur. “Lagi setengah jam dia baliklah. Kenapa? Nak suruh abah bawak pergi jalan-jalan ke?” Lut sengih. Mesti nak suruh abah bawak dia pergi mana-mana. Manja sangat dengan abah.

Dan dah setahun lebih Along meninggal. Rasa cepat sangat masa berlalu. Macam baru semalam Along pergi dan sepanjang tempoh ini, aku kuatkan hati. Tak nak dah nangis. Walau apa pun yang terjadi, hidup kena diteruskan. Tak ada dah linangan air mata kalau sebut pasal Along. Sedih mana pun aku, aku cuba untuk tak menangis.

Daniel letak jari-jemarinya di atas lengan kananku. Dia sengih.

“Kalau Jiya dapat elok SPM, abah kata dekat mama yang dia nak bawak kita pergi Langkawi,” tutur mama sambil jeling Lut dan Daniel.

“Betul ke?” jerit Lut dan Daniel gembira.

Budak berdua ni memang dah lama nak pergi Langkawi. Duk merayu dekat abah setiap hari. Aku pun teringin jugak nak pergi Langkawi. Hehehe.

“Kenapa korang yang teruja lebih?”

Kembar tu garu kepala yang tak gatal. Sengih memanjang sebab nak ikut sama.

“Kalau nak pergi sama, ikut cakap mama. Turun cepat.”

Terus Lut dan Daniel turun. “Pergi mandi,” arah mama dan terus budak berdua tu berlari keluar dari dapur. Aku senyum dan geleng kepala.

“Jiya tahu kan lusa ada apa?” tanya mama seraya menoleh memandangku.

Lambat-lambat aku angguk. Aku tahu. Aku yang tidak ingat tarikh lahir orang tahu lusa ada apa.

…bersambung

Bab akan datang:

Apa yang ada pada hari lusa?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience