VS25

Drama Completed 85759

Sebelum sampan terbalik sepenuhnya, Daim sempat mencapai lengan Eva dan kedua-duanya tercampak ke laut dalam...

Saat seluruh tubuh terbenam.. kehangatan mula terasa, makin dalam kedasar, makin tenang perasaan Daim...

Jika tadi dia berhempas pulas menyelamatkan diri, berhempas pulas menghalang diri dari dituduh membunuh dan berhempas pulas mengelak dari terus menjadi punca dendam orang sekeliling.

Kini Daim tak perlu lagi berfikir panjang.. Dia ingin menamatkan segalanya..

Letih memikirkan semua perkara yang berlaku 10 tahun ni.

Dasar laut memperlahankan pergerakan Daim ketika wajahnya menoleh kepada Eva disebelah.
Lengan wanita itu masih dipergelangan tangannya.

Badan Eva turut tenang melayang di dasar, rambutnya yang ikal terbang bebas keatas.
Wajah tenang itu seakan redha dengan apa yang bakal terjadi.

‘Eva.. maafkan aku jika lambat melafaz sayang.. walau kita tak dapat bersama di dunia ni, aku harap kita bersama disana nanti. Kau isteri aku selamanya..’

Daim pejam mata.. Kehangatan dasar laut menyelimut dirinya.. semoga aku tenang dibawah ini..

‘Im...’

Hah?!
Mata Daim dibuka, wajah Eva ditoleh lagi. Dasar laut sangat sunyi tetapi telinganya mendengar suara Eva memanggil namanya. Namun Eva tetap tenang. Mata wanita itu masih tertutup.

Daim kembali memandang kedepan.

‘Im.. kau pernah janji untuk jaga aku selamanya..’

Kali ni laju kepala Daim dipusing.. telinganya betul-betul menangkap suara Eva. Tapi Eva tetap kaku.

‘Im... aku ingin teruskan hidup dengan kau...’

Sekali lagi suara Eva menjelma!

Daim wake up!!!!
Argh!
Tiba-tiba Daim merasakan dadanya berombak sesak inginkan oksigen. Tangan sebelah mengapai-gapai mencari permukaan.

Aku tak mahu mati!
Aku masih perlu hidup!.
Aku nak hidup dengan Eva!

Tangan kanan Daim menguak kuat dasar untuk naik ke permukaan, sementara sebelah tangannya lagi menarik Eva menurutinya.

Sampai didasar, wajah Eva diangkat keudara sebelum Daim menyedut oksigen sedalam-dalamnya.

Aku masih hidup!!!!

Kedua pasang kaki didasar terus dikuak agar diri Daim tetap di permukaan.

“Eva.”

Tangannya cuba menepuk pipi Eva.. namun wanita itu masih kaku.
Jari diletak ke hidung isteri. Hangat nafas wanita itu menampar lembut.

“Eva aku janji kita akan selamat!”

Daim nekad! Dia takkan berputus asa demi kebahagiaannya dengan Eva.

Mata jauh dilayarkan. Daim nampak pasir yang memutih berada didepanya.

Dia perlu membawa Eva kedarat dengan segera.

Hujan masih tak henti-henti mencurah. Semangat Daim terus kuat. Wajah Eva sentiasa didongakan keatas takut hidung dan mulut wanita itu dimasuki air.

Tangan kanan serta kaki Daim terus dikuak supaya dia dapat berenang ke darat dengan segera.

Sepuluh minit berenang.. betul-betul membuatkan tubuh Daim hampir kebas.. namun dia tak putus asa.. pasir putih makin jelas di depan.

Apabila dirasakan kakinya dapat memijak dasar, serta merta Daim mendirikan tubuh dan berusaha mengangkat Eva yang terus tak sedar kan diri..

Makin hampir ke persisir makin cetek air yang mengalir. Saat itu tubuh Eva dicepung bagi mempercepatkan langkahnya.

Hujan tak berhenti menyimbah bumi!
Kedua kaki Daim makin terasa kebas. Namun digagah jua membawa tubuh Eva menjejak pasir dan berteduh dibawah pohon gajus yang merendang.

Ketika tubuh Eva diletakan diatas pasir. Daim melepas nafas yang panjang.
Dia pun tak menyangka dapat menyelamatkan diri ketika halangan kuat melanda.

Dada Daim turun naik mencari nafas. Setelah seketika wajahnya ditoleh kepada Eva yang terbaring.

“Eva.”
Dua jari diletak ke leher Eva, mencari arteri karotid. Arteri terbesar dalam tubuh badan manusia.
Mujur ia masih bergerak menampar jari Daim, walaupun agak perlahan.

Mata terarah pada luka di lengan wanita itu, masih berdarah. Baju yang digunakan untuk mengikat kawasan luka itu juga sudah tercabut.

Dengan menggunakan tapak tangan, Daim menerkup kesan luka.
“Eva bangun Eva.”
Matanya memandang sekeliling sebelum kembali menoleh kearah isterinya yang tenang terbaring.

“Abang. Kenapa ni?!”

Pantas Daim mendongak. Seorang pemuda dalam lingkungan belasan tahun berdiri dihadapanya sambil memegang payung.

Hati Daim sedikit lega apabila melihat watak lain di pulau terpencil ini.

Tubuh dibangun, Lengan pemuda itu digengam
“Dik. Tolong abang. Isteri abang tak sedar kan diri. Sampan kami tenggelam.”

Pemuda itu membulatkan mata mendengar kenyataan Daim.
“Jom balik rumah saya bang. Kita berteduh kat sana.”

Laju Daim mengangguk, jiwa makin dihambat kelegaan.
Tubuh Eva dicepung dan mengekor langkah pemuda itu hingga tiba di sebuah rumah kayu bertiang tinggi.

“Apak! Mak! Tolong Bidin!”

Walau dalam hujan yang lebat serta guruh sekali sekala memecah bumi, suara pemuda bernama Bidin itu tetap garau memecah bunyi.

“Bawa isteri abang naik”
Bidin mengarah lagi sambil menunjuk arah tangga kepada Daim.

Daim mengangguk, tubuh Eva terus dicepung dan dibawa mengira anak tangga lebih kurang 7 langkah itu.

Saat membaringkan tubuh Eva di parkin depan pintu, seorang lelaki lingkungan 50 an keluar sambil diikuti wanita dalam umur yang sama.

“Apak. Mak. Di orang ini Bidin jumpa di tepi pantai”
Bidin bersuara saat kakinya menjejak tangga teratas.

“Aduh.. kenapa ini nak..”
Wanita tua yang pada mulanya hanya berdiri dibelakang lelaki sebaya dengannya, kini melangkah dan berteluku di sebelah tubuh Eva.

“Pak cik, Mak cik. Tolong selamatkan isteri saya.”
Bola mata Daim silih berganti memandang dua orang tua dihadapan.

“Apa yang terjadi?”

Pandangan Daim jatuh pada lelaki tua yang berkerut dahi memandangnya. Lelaki itu turut berteluku disebelah tubuh Eva yang terbaring
“Isteri saya kena tembak saat kami melarikan diri.”

“Hah?!”
Wanita tua disebelah lelaki itu membulat mulut lantas tangan menyentuh lengan kanan Eva yang masih berdarah. Dia pasti di situ tempat tembakan berlaku.

Lelaki tua turut memandang tingkah wanita disebelahnya.
“Masih berdarah.”
Lantas pandangannya didongak memandang Bidin yang masih berdiri
“Bidin, kamu pergi bawa Nek Mah kesini. Bicara sama dia, ada orang terluka.”

“Baik lah Pak.”
Bidin mengangguk dan dengan laju menuruni anak tangga sebelum hilang di balik hujan lebat.

“Anak muda, kamu bawak isteri kamu kedalam bilik, sejuk di luar ni.”

Daim pandang wajah serius lelaki itu sebelum pandangan lelaki itu berpaling pada wanita disebelahnya.

“Mak nya, pergi tunjuk bilik pada pemuda ini. Sediakan pakaian bersih untuk mereka ini bersalin. Aku ke dapur masak air panas. Nanti engkau sediakan aku kain bersih.”

Wanita tua mengangguk laju lantas mengukir senyum kearah Daim.
“Kemari. Ikut makcik.”

Daim turut mengangguk. Tubuh Eva diambil lantas mengekor wanita tua itu masuk ke dalam rumah sehingga tiba didalam sebuah bilik kecil yang tersusun indah.

“Letakannya dia dibawah. Mak Cik cari baju. Nanti kamu tukarkan baju isteri kamu ye”

Sekali lagi Daim mengangguk dengan arahan wanita itu.
Tubuh Eva diletakan perlahan diatas lantai kayu yang ditutupi oleh tikar plastik berjalur biru dan kuning.

Almari kayu yang hanya setinggi pinggang Daim dan tanpa berpintu, di hampiri oleh wanita tua itu, sebelum mencapai beberapa helai baju dan kembali menghampiri Daim yang berteluku sebelah tubuh Eva.
“Kamu tukar baju isteri kamu. Makcik keluar ambil persalinan untuk kamu.”

Daim menyambut huluran Makcik itu seraya kepala diangguk lagi.

Dan ketika wanita itu keluar dari bilik.
Tubuh Daim kembali berpusing kearah Eva yang masih terbaring. Pandangan dikalih pada pakaian yang berada dalam gengamanya.

Kenapa aku mesti kena tukar baju Eva?
Ye Eva isteri aku, tapi aku tak pernah menjalani proses asmara dengan perempuan ni.

Kalau aku tukarkan, sah kena telanjangkan tubuh Eva.
Oh No!

Daim mengetuk sisi dahi dengan dua jarinya.
Apa perlu dibuat?

Lama berfikir sebelum bibir Daim melepas nafas

Hah! Tukar je la Im!
Takkan nak biar Eva kesejukan.

Perlahan jari Daim menyentuh butang di seluar jeans milik Eva.
Butang teratas ditanggalkan.

Berhenti sejenak.

Daim berpaling muka sebelum matanya dikecilkan.

Kalau pusing muka macamana nak nampak butang Im ooii!

Wajah Daim disendeng sedikit.
Hujung mata memandang sedikit kedudukan butang sebelum pergi ke zip dibahagian bawah.

Sreeekk... Zip seluar Eva ditarik perlahan.
Jari Daim menguis bukaan seluar supaya terbuka lebih besar.

Dan ketika ekor matanya melihat pakaian dalam Eva yang sedikit terkeluar, terus halkum Daim bergerak laju kebawah menelan liur.

Biar betul apa yang aku nampak. Seluar dalam Eva berwarna merah!

Ooppss!

Daim pejam mata erat. Jantung kembali mengepam kuat. Badannya dah mengigil kesejukan mentelah lah tubuhnya tidak berbaju.

Shit kau Daim!
Sempat yellow brain kau tumbuh saat ni?
Rescue Eva first Bro!

Oh! Okay okay!

Daim paling wajah. Mata dibuka. Nafas ditarik sehela dan kembali untuk meneruskan kerjanya.

“Anak muda.”

Kerja terhenti. Tubuh Daim kembali berpusing ke belakang.

Wanita tua itu menghampiri dan berteluku disebelah Daim.
“Ambil pakaian ni , pergi tukar di bilik sebelah. Biar makcik tukar pakaian isteri kamu.”

Daim rasa nak urut dada, tika ini.
Nafas yang tersangkut tadi sekali lagi dihembus.

Nasib makcik ni offer diri nak tukarkan baju Eva. Kalau tak memang mengigilkan urat saraf aku tengok tubuh Eva yang terlanjang.

Diri cuba kawal perasaan. Daim mengorak senyum sebelum mencapai huluran pakaian dari wanita tua itu.

Laju tubuh didirikan sebelum melangkah keluar dari bilik.

Fuh...

Setelah selesai menyarung seluar besar yang diperbuat dari kain kapas yang kesat serta diikat tali pada pinggang, Daim turut menyauk baju t’shirt yang turut dijahit dari kain yang sama.

Mungkin baju ni milik pemuda bernama Bidin, Daim meneka.

Setelah selesai, Daim keluar dari bilik dan berdiri di luar pintu bilik yang menempatkan Eva.
Takkan dia nak masuk kot.

Buatnya masa dia masuk, Eva masih bertelanjang. Tak ke jadi ‘Free Show’?

Lama dia berdiri di tepi pintu bilik sambil tangan masih memegang seluarnya yang basah. Tak tahu nak letak mana.

“Mak Cik sudah tukar kan baju isteri kamu.”

Hah?!
Daim sedikit tersentak ketika wanita tua tadi keluar dari bilik yang menempatkan Eva.
Wajah wanita itu dipandang sebelum mengukir senyum.

“Kamu duduk dulu, kita tunggu Nek Mah datang.”
Wanita itu mencapai seluar ditangan Daim sebelum membawa ke ruang dapur.

Daim hanya mengangguk. Dia pun tak pasti siapa Nek Mah?
Kenapa beria-ria sangat diorang ni nak suruh Nek Mah datang?

Kaki melangkah masuk menempatkan Eva.
Wanita itu masih terbaring tenang diatas tilam nipis. Baju t-shirt dan seluar jeans yang dipakai sudah ditukar dengan ‘baju opah’ serta kain batik.
Berlainan sekali penampilan Eva saat ni.

Kedua kaki Daim dilipat dan bersila disebelah isterinya.
Mata membawa kepada lengan kanan Eva yang sudah berbalut kemas dengan kain perca.
Lantas sisi dahi wanita itu dielus lembut.

“Eva.. bangun.. kita dah selamat...”

Diam.. tiada jawapan.. Dada Eva tenang mengatur gerakan turun dan naik.

Keluhan Daim dilepas panjang. Dia tak tahu apa lagi kesudahan yang bakal mereka berdua lalui.

Yang pasti ketika ini Eva dan Daim selamat berlindung didalam rumah yang Daim sendiri masih tak kenal pemiliknya.

Beberapa minit kemudian.. pintu bilik dibuka.
Lelaki tua masuk bersama seorang wanita lain yang dianggar berusia 80 an.

“Anak muda. Ini Nek Mah, dukun kampung ni. Kalau kamu tidak keberatan. Boleh bagi dia ubatkan luka isteri kamu ye.”

Daim bangun dari duduknya dan mengangguk laju. Dia tak kisah siapa yang datang, asalkan Eva boleh diselamatkan.

Perempuan yang digelar Nek Mah bersila di sebelah Eva.
Mulut wanita tua itu tersepit gulungan daun nipah yang kering.
Hujung daun masih berbara namun tiada asap yang keluar.
Kepala Nek Mah dibalut elok dengan kain batik yang dipintal kemas.

Perlahan tangan Nek Mah membuka balutan di lengan kanan Eva hingga ternampak kembali luka bersama darah yang hampir kering.

Lengan Eva ditilik lagi. Berkerut-kerut muka Nek Mah, dahi yang memang asalnya berkedut makin menambah lapis.
“Aku tak rasa ada peluru didalam, mungkin darah beku sahaja yang tertinggal.”

Daim diam menoleh kearah lelaki tua yang turut duduk bersebelah Nek Mah. Lelaki itu hanya mengangguk.

“Agaknya terkena serpihan sahaja.”

Kali ni pandangan Daim menoleh kepada wanita tua yang dirasa ibu kepada Bidin sedang berdiri dihadapan pintu bersama anak lelakinya.

Nek Mah mengangguk perlahan. Daun nipah yang terselit di tengah bibir ditarik keluar lantas memusing memandang Bidin.
“Bidin. Kau masuk hutan cari kan aku pucuk daun kerinyu, bawa balik dalam separuh bakul. Kemudian kau cari batang pokok pagar yang besar patahkan dari hujung. Aku nak ambik getahnya.”

“Baik lah Nek Mah”
Laju Bidin mengangguk.

“Err... saya ikut sekali ye.”
Daim menapak menghampiri Bidin. Dia tak kenal daun yang dimaksudkan oleh Nek Mah, tapi Daim ingin bersama untuk mencari. Sebab dia tahu daun tersebut bakal dijadikan ubat untuk Eva.

Eva isterinya dan Daim akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan Eva selamat.

“Tidak mengapa abang, Bidin pergi sorang. Lagipun di luar masih hujan lebat.”

“Ye. Anak muda. Biarkan sahaja Bidin pergi. Anak pak cik sudah biasa di hutan ni. Lagipun Pak Cik tengok kau penat je. Tunggu sahaja di rumah ni sementara Nek Mah merawat isteri kamu.”

Pandangan Daim silih berganti antara Bidin dan lelaki tua itu. Namun akhirnya kepala diangguk.

Nek Mah kembali meneruskan kerjanya sementara menunggu Bidin membawa daun hutan.

Lengan kanan Eva diurut perlahan dari bawah sehingga ke tempat luka menggunakan ibu jari.
Aksi itu diulang-ulang oleh Nek Mah sehingga luka Eva kembali mengeluar darah beberapa saat sebelum ketulan berwarna merah yang juga bekuan darah keluar berketul-ketul.

Nek Mah membiarkan ketulan itu keluar dari lubang luka Eva dan berhenti mengurut saat cecair merah mengalir keluar.

Nafas Nek Mah dilepas seraya menoleh kearah lelaki tua disebelahnya.
“Aku dah keluarkan semua darah beku. Nanti Bidin sampai. Kau ambil pucuk kerinyu dan ramas-ramas kasi keluar air, selepas itu kau keluar kan getah dari batang pokok pagar, campurkan dengan pucuk kerinyu. Tampal di luka perempuan ni sehingga tutup semua bahagian lubang. Empat hingga lima jam sekali kau tukar tampalan baru sehingga luka itu sembuh.”

Panjang lebar Nek Mah memberi penerangan kepada lelaki disebelahnya. Dan lelaki itu mengangguk faham.

Dahi Daim berkerut sebab nyatanya dia tak faham sangat apa yang dikatakan oleh Nek Mah.

“Kenapa perempuan ni masih tak sedar kan diri?”

Kali ni Daim memandang ibu Bidin yang masih berdiri, bersuara kepada Nek Mah.
Ye soalan itu pun dia ingin tanya.

“Aku pun tak tahu, mungkin sebab dia ni terlalu penat kerana terlalu banyak darah yang keluar dari badan. Atau mungkin juga darah beku tadi menghalang pergerakan darah dalam badan perempuan ni dan sebab tu dia tak sedar kan diri.”

Mulut Daim membulat saat mendengar kata-kata Nek Mah.
Hebat betul wanita tua ni.
Kalau belajar kat bandar. Sah-sah boleh jadi pakar perubatan.

“Engkau orang tengok sehingga malam ni. Kalau dia masih tak sedar kan diri, Kau panggil aku lagi.”
Nek Mah kembali mengangkat punggung dan berdiri, daun nipah yang sudah hilang bara disisip kembali di tepi bibir.

Lelaki tua itu turut bangun.
“Mak nya.. kau hantar hantar Nek Mah balik. Aku tunggu Bidin bawa ubat.”

Ibu Bidin mengangguk perlahan lantas membawa Nek Mah keluar dari bilik.

“Pak Cik keluar dulu. Kamu jaga isteri kamu, bila ubat dah ada. Pakcik akan bagi kat kamu.”

Daim terus mengganguk dan membenarkan mata mengekor tubuh lelaki tua itu hingga keluar dari bilik.

Tubuh Eva kembali didekati. Jemari wanita itu disentuh.
“Eva.. tahan ye.. aku akan sentiasa berada kat sisi kau.”

Hampir 20 minit, ibu Bidin masuk membawa mangkuk berisi daun hijau yang sudah lumat diramas. Daim pasti itu ubat yang disebut oleh Nek Mah tadi.

“Makcik letak kan ubat pada isteri kamu ye. Kamu keluar lah dulu. Makcik dah sediakan nasi dan lauk untuk kamu makan.”

Errr.. Daim jadi serba salah. Perutnya memang lapar tapi ditahan. Malu juga meminta lebih.

Ibu Bidin perasan dengan reaksi Daim. Bibirnya mengukir senyum.
“Kamu keluar pergi makan dulu, pakcik dan Bidin tengah menunggu. Biar makcik jaga kan isteri kamu.”

“Err... terima kasih Makcik.”

Seraya Ibu Bidin mengangguk perlahan. Daim bangun dan terus keluar dari bilik.

Sesusai makan malam bersama Ayah Bidin yang memperkenalkan dirinya sebagai Pak Chok. Mereka bertiga menuju ke anjung rumah.

Suasana sudah malam. Tiada bunyi lain yang kedengaran hanya bunyi hujan yang masih lebat membasahi tanah pulau itu. Sesekali langit hitam memancar cahaya kilat dan memecah bunyi guruh.

Rumah kayu bertiang yang diduduki oleh Daim kini, hanya samar-samar terangnya. Api pelita menghiasi setiap ruang.
Kata Pak Chok pulau ini tidak mempunyai bekalan elektrik atau air kerana ia jauh dari tanah darat. Lagipun penghuni kat sini sudah tinggal sedikit, hanya kira-kira tujuh keluarga sahaja yang masih tinggal. Yang lain sudah berhijrah ke kota mencari kehidupan yang lebik baik.

Daim masih bersila bersebelahan Pak Chok yang sedang memasukan tembakau kering didalam daun nipah yang sudah nipis dan kekuningan, sebelum mengentel lembut menjadi rokok.
Rokok yang siap digentel disusun ke dalam bekas plastik petak sebelum menutup kemas

Air liur Daim ditelan pahit. Teringat akan vape nya saat ini. Memang sedap menghisap vape selepas menjamah makanan, lebih-lebih lagi saat hujan lebat begini.

Ingin dia mencuba rokok tembakau milik Pak Chok tapi masih ragu-ragu.

“Abang Daim.. boleh Bidin tanya sesuatu?”

Kali ni pandangan Daim dilirik kepada Bidin yang sedang duduk di kaki tangga sambil meraup batang buluh.
“Nak tanya apa?”

“Bidin pernah tengok majalah masa Bidin pergi ke seberang. Bidin pernah nampak muka sama macam Kak Eva dalam majalah tu. Tapi Bidin tak pasti betul ke tidak sebab Bidin tak pandai baca.”

Daim senyum, rasa kasih pada anak muda dihadapannya itu.
“Kak Eva ni artis Bidin. Dia banyak berlakon drama. Muka dia memang selalu keluar kat majalah”

“Oooo...” Mulut Bidin panjang menyebut perkataan ‘O’ sambil kepala diangguk berkali-kali.

“Maaflah Daim. Rumah kami ni tiada televisyen. Tak tahu perkembangan luar pun. Kalau kakak si Bidin ni balik baru lah dia bawa cerita macam-macam dari bandar.”
Pak Chok menyepit rokok tembakau di celah bibir sebelum mencucur api mancis dihujungnya.

“Oh. Pak cik ada anak lagi ke?”
Daim galak bertanya sementa dia dah mula rapat dengan keluarga ini.

Pak Chok mengangguk lantas menyedut dalam rokok tembakau sebelum menghembus asap putih.
“Pak Cik ada dua orang anak. Anak perempuan pak cik dah kahwin dan ikut laki dia ke bandar untuk menetap disana. Sekali-sekala dia akan pulang menjenguk kami di sini. Bilik yang isteri kau guna tu bilik anak perempuan pakcik.”

Daim mengangguk kepala.

“Nasib lah Bidin tak ikut kakak dia ke bandar juga, kalau tidak siapa lah yang nak jaga Pak Cik dan Mak Cik yang tua ni.”
Pak Chok mendiri kan satu pehanya dan dirapat kedada. Mata menyorot kearah Bidin yang masih duduk di tangga.

Fikiran Daim menerawang kepada mama dan papa Eva, tentu mereka berdua risau akan keadaan anaknya.
“Pak Chot, esok saya nak pinjam sampan untuk ke bandar ye.”

Pak Chot menoleh pandang kepada Daim.
“Pak Cik tak rasa kita boleh ke bandar esok.. Hujan macam ni mungkin mengambil masa seminggu. Laut berombak besar. Setakat sampan ikan Pak Cik, tidak akan lepas untuk ke seberang. Melainkan kapal besar.”

Daim ingin mengeluh, namun ditarik semula.
Dia percaya kata-kata Pak Chot kerana lelaki itu adalah nelayan kecil di pulau ini.
Namun perasaannya masih berbelah selagi keadaan Eva tidak diketahui oleh mama dan papanya.

“Kamu tinggal sahaja disini sehingga keadaan isteri kamu pulih sepenuhnya”

Daim mengangguk. Ucapan kata Pak Chok yang berdailek baku dihadam sepenuhnya.
Apa pun keadaan, dia perlu pastikan Eva selamat.

“Daim..”

Daim mendongak melihat Ibu Bidin yang berdiri di muka pintu.

“Isteri kamu sudah sedar. Tapi masih dalam keadaan lemah, kamu pergi lah tengok dia. Kalau nak apa-apa bagi tahu sama Mak Cik ye.”

Daim bingkas bangun, bibir mengorak senyum lebar.
“Err.. saya tengok isteri saya dulu ye”

Serentak Ibu Bidin dan Pak Chok mengangguk sambil turut mengukir senyum.

Langkah Daim panjang menuju ke bilik sehingga di muka pintu.

Saat melihat Eva memandangnya. Daim melangkah lagi dan berteluku disebelah baringan isterinya.
Jemari Eva digengam.
“Kau dah sedar Eva?”

Eva mengangguk lemah. Dahi masih berkerut.
“Kita kat mana?”

“Kita kat pulau Eva, family ni selamat kau dan aku.”
Makin lebar senyum Daim saat mendengar ayat yang keluar dari bibir Eva.

Eva mengangguk lagi.
“Apa yang berlaku pada kita?”
Fikirannya cuba mengingatkan sesuatu. Terakhir diingatannya adalah saat diri ditembak oleh Zizie ketika Eva sudah berada di dalam sampan.
Dan apa yang terjadi selepas itu. Dia langsung tak ingat.

Daim mengelus anak rambut Eva sebelum mencium tengah dahi wanita itu.
“Nanti aku cerita kan pada kau. Sekarang ni kau masih perlu rehat.”

Sekali lagi Eva mengangguk perlahan.
“Im.. jangan tinggal kan aku.”

Pantas Daim mengelengkan kepala. Gengaman jemari Eva dikuatkan.
“Tak Eva.. aku takkan sekali-kali tinggalkan kau. Kau rehat ye.. aku teman kau kat sini.”

Eva tak menjawab. Kerongkong bergerak menelan liur sebelum matanya dirapat perlahan.

Eva penat..
Sangat-sangat penat....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience