Ajkar masih menunggu di kereta. Dia ke rumah Burhan kembali untuk berbincang kembali soal pernikahannya dengan Amelia.
Ajkar tetap akan kahwin dengan Amelia. Burhan harus setuju. Ajkar tidak boleh berkahwin tanpa persetujuan daripada Burhan. Ayahnya.
“Macam mana aku nak cakap dengan ayah aku ni. Huh.”.
Ajkar masih risau. Risau dengan tujuan mahu berjumpa dengan Burhan. Dia tidak yakin dengan penyampaiannya ini. Dia risau jika Amelia ditolak oleh Burhan.
“Aku tak kesah. Aku pastikan dia harus setuju.”.
Ajkar putuskan katanya sendiri. Dia tidak tahan terus-terus di kereta itu. Ajkar mesti berhadapan dengan Burhan segera.
Ajkar keluar dari kereta. Membawa hati yang serba risau dengan keputusannya. Tapi dia tutupkan risau itu dengan menyebut nama Amelia di hati.
“Ajkar.”.
Sapa Bupo. Bupo pengawal peribadi Burhan. Bupo akan menjaga rumah Burhan. Bupo juga sudah anggap Ajkar teman baiknya. Bupo sama seperti Pofob. Akan membantu Ajkar jika Ajkar sedang kesusahan. Bupo sentiasa prihatin. Dia tidak biarkan Ajkar begitu. Bupo kenal dengan Burhan. Burhan dianggapnya tegas. Bupo takut dengan Burhan. Tapi tidak dengan Ajkar. Ajkar sentiasa melayannya seperti kawan biasa.
“Ye Bupo. Ayah saya ada kat dalam tak?”.
Soal Ajkar. Walaupun masih risau dengan kedatangannya untuk berjumpa Burhan. Ditahannya sekuat hati. Tidak mahu lihatkan perasaan gugup itu di hadapan Bupo.
“Ada. Masuk lah.”.
Bupo menghala tangannya ke arah tengah pintu. Dia ketepi sedikit. Memberi laluan untuk Ajkar masuk di dalam rumah Burhan.
“Ok. Terima kasih Bupo.”.
Ajkar ucap terima kasih pada Bupo. Orang yang sudah lama bekerja di bawah Burhan. Orang yang selalu setia dengan kerjanya.
Ajkar melalui pintu rumah. Kakinya sudah pijak di lantai rumah Burhan. Matanya ditoleh ke kiri. Tiada orang langsung di rumah itu. Ajkar maju ke hadapan. Dia tahu yang Burhan ada di atas. Malam-malam begini Burhan akan bersantai. Menghisap rokok mahal.
Ajkar naik tangga itu. Hatinya pula tidak henti-henti merasa risau. Tapi dia tetap tahankan. Nama Amelia terus-terus disebut di hati.
Tiba di atas, Ajkar hentikan kakinya di pintu itu melihat Ajkar sedang duduk di luar rumah sambil menghisap rokoknya.
“Kau nak apa datang sini?”.
Suara garau Burhan terdengar. Burhan tahu yang Ajkar datang menemuinya. Dari bawah saja dia boleh kesan bunyi kereta Ajkar.
“Aku nak cakap dengan kau sesuatu.”.
Balas Ajkar dengan rasa tidak puas hati. Gara-gara Burhan dia belum berkahwin. Marahnya masih mendadak.
“Pasal Amelia?”.
Burhan juga tahu sebab kedatangan Ajkar itu. Rokoknya dimatikan di gelas besi kecil. Dia memusingkan bangku roda itu menghadap ke arah Ajkar.
Ajkar berdiri tanpa bercakap. Hanya melihat pergerakan Burhan.
“Kenapa kau nak kahwin dengan Amelia? Kenapa! Kau da tak sayang dengan kerja kau? Kau tak sayang dengan maruah kau? Kau nak hidup kau susah bila perempuan tu jadi isteri kau?”.
Dengus Burhan. Burhan marah kepada Ajkar. Keputusan Ajkar membuatnya ragu-ragu mahu menerima Amelia. Dia melihat ke hadapan masa depan Ajkar kalau Amelia menjadi pilihan. Burhan cuba membantah. Dia tidak mahu bahayakan keselamatan orang lain.
“Umur aku da 32. Aku perlu kahwin. Aku nak ada keluarga. Aku tahu nak jaga diri aku sendiri. Kau tak perlu nak risau. Aku tahu apa aku nak buat. Aku datang ni cuma nak dapat persetujuan dari kau.”.
Tegas Ajkar. Dia tidak peduli kata-katanya yang kesat itu menghadap ke tempat Burhan. Ayahnya sendiri.
“Ajkar. Aku boleh bagi kau perempuan lah. Kau nak yang cantik macam Amelia tu pun aku boleh bagi. Tapi aku tak boleh bagi kau kahwin dengan Amelia tu. Darjat kita dengan budak tu jauh. Aku tak nak Amelia sengsara bila kau da jadi isteri dia.”.
Burhan tetap kekalkan keputusannya. Segala keputusan terletak daripada Burhan. Burhan ayahnya. Burhan berhak memegang restu untuk kahwinkan mana-mana perempuan yang mahu dikahwinkan oleh Ajkar.
“Sampai bila aku nak hidup macam tu? Sampai bila? Aku da bosan. Aku nak kahwin dengan pilihan aku. Aku tak nak rapat perempuan lain selain Amelia.”.
Setiap kata Burhan tadi tidak dipedulikan oleh Ajkar. Dia tetap mahu berkahwin dengan Amelia.
“Apesal kau tak nak ikut cakap aku? Melawan! Susah ke nak ikut? Ajkar. Kau sayang tak buisness kita ni?”.
Keluh Burhan. Dia tahu Ajkar budak yang susah menerima pendapat. Ada saja amukan dan bantahan yang keluar dari mulut Ajkar. Alasan Ajkar juga sentiasa ada. Kadang-kadang Burhan dibuat tekanan. Naik angin juga terasa. Walaupun sudah banyak kali dinasihatkan. Tetap Ajkar berdegil.
“Aku sayang buisness ni. Aku betul-betul jaga buisness kita. Pernah ke aku hancurkan buisness ni? Aku ikut apa semua kau cakap. Kau nak aku gandakan emas kat tempat aku, aku dah buat. Kau nak tambahkan wang di dalam tempat kau aku dah buat. Sekarang kita dah hidup macam ni sebab usaha aku. Tak pernah berhenti. Sebab apa? Sebab aku sayang dengan family ni.”.
Ajkar keluarkan rasa tidak puas hatinya itu di hadapan Burhan. Dia perlu jelaskan perkara itu di hadapan Burhan. Supaya Burhan berfikir semua pengorbanan yang sudah dilakukan oleh Ajkar.
Burhan diam seketika. Kerusi yang diduknya diputar ke belakang. Matanya tidak boleh memandang Ajkar buat sementara waktu. Dayanya untuk bercakap semakin habis. Ajkar tetap mahu bertengkar dengannya. Walhal Burhan orang tua Ajkar.
“Baiklah. Kau boleh kahwin dengan Amelia. Tapi ada satu syarat. Kau kena jauhkan diri dari Amelia lepas kau dah kahwin dengan dia. Aku tak nak Amelia ada kat sini.”.
Ajkar tetap bermuka santai. Kening kedua-duanya dinaikkan ke atas. Rasa geram mula timbul.
“Kenapa aku nak kena jauh kan diri dengan Amelia pula. Kalau aku dah kahwin dengan dia, sah-sah ni rumah dia juga?”.
Tanya Ajkar. Dia tidak tahu maksud dari Burhan. Masih tertanya-tanya di fikirannya. Mengapa Amelia harus dijauhkan darinya dan rumah Burhan.
“Ikut cakap aku kalau kau nak kahwin dengan Amelia. Satu lagi. Hari perkahwinan korang tak perlu buat meriah. Dan aku nak kau kena pergi jumpa dengan keluarga Amelia. Buat macam dengan adat kita. Merisik. Faham!”.
Kali ini Burhan tersenyum. Mahu saja dia memeluk Burhan dari belakang. Ajkar tahan. Tidak mahu tunjukkan sikap kebudak-budakkannya itu di hadapan Burhan.
“Kau tau tak kenapa aku nak sangat kahwin?”.
Ajkar cuba tenangkan suasana. Burhan pula membakar rokoknya yang baru. Gelang emasnya disimpan di meja. Burhan memutar kerusi rodanya ke arah Ajkar. Walaupun hatinya masih sakit dengan layanan Ajkar.
“Kenapa?”.
Tenang Burhan Menjawab.
Ajkar pula menyandar di pintu luar. Dia memeluk tubuhnya. Membuat dirinya matang di hadapan Burhan.
“Satu disebabkan tuntutan agama. Aku dah cukup usia untuk kahwin. Sampai bila aku nak buat kerja haram dengan perempuan lain. Aku nak cium, peluk, belai perempuan tu dengan halal. Aku nak elak diri aku dari zina. Aku nak lebih bertanggungjawab. Jujur cakap yang aku da banyak dosa dengan banyak perempuan. Tapi aku tak pernah buat zina. Sebab aku tahu itu salah. Lagipun kalau aku da kahwin tenang sikit jiwa aku. Amelia boleh menjadi bahu belakang aku kalau aku alami duka atau dugaan yang datang.”.
Jelas Ajkar dengan suara sayu. Dia keluarkan semua yang dirasainya. Burhan pula terasa bosan mendengar.
“Stop!”.
Arah Burhan.
“Aku nak kau jumpa dengan keluarga Amelia. Bincang soal ni. Dan satu lagi rahsiakan kerja kita dengan keluarga Amelia. Kau just cakap apa-apa dengan kerja kau. Asalkan kerja tu bagus.”.
Burhan mengingatkan beberapa perkara lagi dengan Ajkar. Haripun sudah lewat. Dia perlu masuk untuk tidur. Sarna pula sudah tidur lena seorang diri di bilik. Tidak sempat dia berjumpa dengan Ajkar malam ini.
“Baiklah. Aku akan rahsiakan semua tentang siapa kita.”.
Ajkar siap mengikut perintah daripada Burhan. Hatinya begitu gembira selepas Burhan akhirnya setuju dia berkahwin dengan Amelia. Betapa senangnya hati Ajkar sekarang ini. Burhan selalu akan menolak jika Ajkar mahu kahwin dengan wanita lain. Kali ini lain. Burhan setuju dengan cepat.
“Baiklah kau boleh pergi. Ingat semua aku pesan tu. Kau jangan lupa!”.
Tanya sekali lagi Burhan.
“Ok. Aku nak balik dulu. Nanti aku akan balik sini kalau semua urusan da settle.”.
“Ok. Pergilah.”.
Perlahan-lahan Ajkar keluar dari rumah itu dengan hati yang senang.
Kini hanya tinggal Burhan yang duduk seorang diri di luar rumah. Burhan masih merasa risau dengan keselamatan Amelia. Ajkar adalah orang bahaya. Tapi diendahkan dulu ketika ini.
“Ajkar Ajkar. Kau memang degil. Tak pe. Aku nak tengok sejauh mana perkahwinan korang dua tu bahagia.”.
Burhan memakai gelang emasnya itu semula. Dia menuju ke biliknya. Badannya tidak selesa apabila terus-teus menyandar di kerusi yang diperbuat daripada kayu itu.
Burhan menuju ke biliknya. Dia mula berdirikan badannya dari kerusi itu.
“Huh?”.
Burhan ternampak jam tangan perempuan. Jam yang dimiliki oleh Amelia. Burhan ambil jam itu di lantai. Ditundukkan badannya untuk mencapai jam yang berbentuk silver itu.
“Kenapa jam pempuan ni boleh ada kat Ajkar?”.
Ajkar terasa aneh. Firasat dalam memikirkan Ajkar semakin lain. Burhan meyimpan jam itu di poketnya. Matanya sangat berat. Dia harus tidur. Dia akan bincang dengan Ajkar apabila Ajkar datang ke rumahnya nanti. Sudah terasa penat berfikir. Buatkan malamnya untuk tidur lena terganggu. Dia elakkan masalah dengan terus senyum.
Burhan juga sempat menarik nafas di luar sebelum masuk ke bilik untuk tidur. Udara juga sangat segar di luar. Sesuai jika di menarik pernafasan sekarang.
10 Minit kemudian.
Burhan masuk ke dalam rumah. Mahu menuju ke biliknya. Ditutup kedua-dua pintu itu dengan perlahan. Bayangan Burhan juga hilang di luar itu. Hanya asap rokoknya saja kelihatan.
Share this novel