BAB 13

Family Completed 1384

Allyssa berbicara sambil membuat mimik muka meminta belas kasihan. Rindu pula dia kepada abangnya. “Abang kena tangkap? Macam mana mahu selamatkan dia?”

Mata Doktor Bakhtiar mula merah. Suaranya tersekat-sekat. “Allyssa doakan dia.”

“Mesti ada cara untuk selamatkan abang saya!” Balas Allyssa bersemangat. Walaupun begitu, dia masih teringat cara layanan abang terhadapnya. Kasar dan menyakitkan hati.

“Sudahlah Allyssa. Khalid dah tiada. Dia meninggal dunia sewaktu berlawan dengan tentera zionis hari itu. Dia cuba selamatkan Allyssa tetapi dia tidak dapat lindungi diri dia sendiri.” Ucap Doktor Bakhtiar sambil mengesat air matanya.

“Khalid itu sahabat baik saya. Dia amanahkan saya untuk jaga awak. Selagi saya masih hidup, saya akan tengok-tengokkan awak. Lagipun kaki Allyssa dah lumpuh. Allyssa tidak boleh berjalan lagi selepas ini.” Tambah Doktor Bakhtiar.

Bibir Allyssa mula muncung. Mukanya monyok. Setitis demi setitis air matanya jatuh lalu menyebabkan pipinya basah. Dia berasa menyesal kerana salah faham dengan abangnya.

Jadi selama ini abangnya mahu melindungi dirinya. Mengapa abang tidak beritahu awal-awal? Mengapa Allyssa lambat memahami apa-apa yang terjadi? Persoalan demi persoalan menerjah mindanya.

Dia berasa seperti ada pisau yang tajam sedang mencucuk hatinya berkali-kali. Sakitnya!

“Boleh Allyssa tengok abang Khalid ?”

Doktor Bakhtiar mengangguk lalu memimpin Allyssa ke suatu ruang yang amat besar. Tetapi sebesar manapun ruang itu, perasaan gembira langsung tidak terdetik dalam hati Allyssa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience