9 : Pengalaman Naik Bus!

Drama Series 5510

KEESOKKANNYA...

"Lah! Kenapa kakak datang tak bagitahu dulu?"

Ifah tergesa-gesa mengemas barangannya kedalam. Telefon ditangan dikepit tak henti membebel kepada kakaknya.

Bella hanya memerhati. Ayu sudah pulang semalam menaiki bus.

"Surprise! Haa pala otak dia. Tak pasal semput aku mengemas barang."

Bella tersenyum kecil melihat Ifah yang tak cukup nafas mengemas.

Selesai mengemas dan bersiap untuk pulang. Ifah beri pandangan kasihan kepada temannya. Serba salah pula dia nak tinggalkan gadis bandar itu sendiri. Kakaknya punya pasal la ni nak jemput dia dengan kereta pula. Jika dengan bus dapat la dia pulang dengan Bella walau arah yang berlawanan dengan kampung Ayu.

"La, kau okay ke aku balik dulu ni?" serba salah Ifah dibuatnya.

"Tak apa. Apa yang tak okay nya. Tak apa la, bus aku malam ni kan? Ha malam ni aku balik." tutur Bella bersahaja.

Ifah angguk tanda faham. Walaupun masih tak sedap rasanya tinggalkan teman sendiri.

"Aku pergi dulu. Byee! Jaga diri tau! Apa-apa call aku!" pesan Ifah sebelum menghilang dibalik pintu.

Bella duduk dibirai katil. Bosan pula rasanya saat ini. Sepi saja suasana jika tiada kedua teman itu. Hanya mereka berdua sudi berteman dengannya. Itu sudah memadai bagi gadis bernama Salsabella Rose ini.

Mesej dari Luth dibuka. Tak semenanya menaik bibirnya tersenyum.

'Bus malam ni kan? Hati-hati, nanti jumpa kat kampung ya. Saya tunggu ni.' - Luth

'Iya, Okay.' - Bella

Haih! Bella termalu sendiri pula dengan angannya. Bagaimana jika Luth sebagai boyfriend nya? Tak dapat dibayangkan.

Sejak kebelakangan ini mereka berdua mula rapat. Sentiasa inform dengan rutin harian. Call malam-malam dah serupa orang bercinta. Merah mukanya selalunya disakat Ifah yang mengatakan dia ada hubungan special dengan jejaka idaman di sekolah itu.

Tak ada lah. Mereka hanya berteman rapat.

"Entah-entah dia anggap aku kawan saja." Bella menyedapkan hatinya tak mahu menaruh harapan tinggi.

ting!

'Oi! Kau tak balik lagi kan? Cepat keluar. Aku ada depan pagar.' - unknow

Satu mesej yang terpapar pada notification. Bella berdecit seperti sudah tahu siapa si pemilik nombor tersebut.

"Mana pula dia dapat nombor." getus Bella sendiri. Kardigan brown dicapai lalu disarung. Walau tak menutup sepenuhnya aurat, tapi dia slow-slow menutup dan longgar dalam berpakaian. Selama berteman dengan Ifah dan Ayu yang merupakan gadis bertudung. Dia juga perlahan mula berubah dan kenal agama.

Rupanya Islam agama yang menjaga. Selama ini dia fikir muslimah saja-saja berlitup dan menutup badan mereka. Rupanya banyak sebab. Salah satunya ada lah bertujuan menjaga maruah wanita itu.

Telefon dan bag duit dicapai. Tombol pintu dipulas lalu dia melangkah keluar.

Jam dijeling sejak dari tadi. Sudah 20 minit dia menunggu tak muncul-muncul.

"Dalam mesej bukan main cepat la aku tunggu ni. Ni? Batang hidung dia pula yang tak ada! Tch, buang masa saja." bebel Bella geram.

Telefon dikeluarkan. Jari menaip.

'Mana kau nya?! Ingat aku tak ada kerja lain?' - Bella

Send!

Tak sampai seminit mesejnya dibalas.

'Memang tak ada pun kan? Saja aku test kau. Setia rupanya kau tunggu aku. Hahaha!' - Aniq

Emoji gelak menambah panas hati yang sedia panas. Jantan tu memang!

Bella berjalan menghentak kaki. Hancurs moodnya!

Kaki mula melangkah keluar dari pagar sekolah. Gerai yang menjual air balang dituju.

"Kak, air lemon tea satu." pesan Bella tunjuk ke arah balang air yang berperisa dia mahu.

"Kejap ya, dik."

Berapa minit saja sudah siap. Air bertukar tangan. Bella sedut air dalam gelas plastik itu sambil menyambung langkahnya yang tanpa hala tuju.

"Eloknya dia belajar dengan akak tu. Tak buat orang tunggu lama! Tch! Hmm, sejuk juga tekak."

Sejuk sikit tekak pekena air berais itu. Berubat la hatinya yang kesal dengan Aniq.

Tanpa sedar dia sudah berada dihadapan L.Tyson High School. Sekolah tinggi yang dikatakan orang ramai.

Bangunan tiga tingkat berjendela kaca hitam itu gah membuat orang kagum. Lain pula Bella, biasa saja mimik mukanya. Malah menyampah pulak melihat sekolah lama nya.

"Sekolah elit? golongan anak orang kaya? Ceh, sampah semua tu!" getusnya sendiri.

Tak mahu berlamaan disitu, dia putar badan untuk ke sekolahnya semula. Baik sekolah yang biasa-biasa tapi ada teman. Daripada sekolah elit didepannya ini. Hanya pembuli!

Sempat Bella menjeling dan jelir lidah kepada sekolah L.Tyson seolah melepas geram. Huh!

"Cik Muda?" sapa satu suara dari belakang.

Spontan Bella membalik semula kebelakang. Dia kenal suara itu. Sasha?

"Eh betullah Cik Muda. Maaf-maaf saya tak cam pula." gadis berskirt separas betis itu tampak hormat kepada Bella.

Bella senyum tipis. "Kita di luar. Tak perlu bercik cik. Panggil biasa saja."

Sebenarnya dia nak elak bertembung dengan pelajar di sekolah itu namun sudah terlanjur. Tapu kalau dengan Sasha dia tak kisah. Gadis itu boleh dikatakan rapat dengannya kerana bekerja dibawah keluarganya.

"Cik- Ish tak boleh la. Cik Bella sihat? Lama kita tak jumpa." ramah Sasha.

"Sihat saja. Tak apa lah aku nak balik asrama." Bella ingin pamit. Rindu sebenarnya nak berbual panjang dengan gadis cantik itu namun dia tak mahu masalah lain pula timbul jika orang lain nampak.

"Cik Bella hati-hati ya!"

"Kau pun!" Bella balas laungan gadis bernama Sasha itu. Sempat berlambaian sebelum berjalan ke arah yang bertentangan. Gadis itu satu-satunya yang sudi bercakap dan bersikap baik padanya sepanjang di L.Tyson dahulu.

Memang dia tak lupakan jasa baik gadis itu.

°°°°°°°°°°°°

8:05 malam.

Sabar dia menunggu bus. Tiket ditangan dipegang kemas. Sebenarnya ini pertama kali dia naiki bas.

Bagasi ditarik apabila destinasi nya disebut oleh pemandu bas.

Masuk saja dalam bus, badannya terasa sejuk saja. Melahirkan senyum. Sedikit senang dengan kenderaan yang dinaikinya saat ini.

"Not bad la..."

Bella menyumbat bag kecilnya kedalam tempat yang disediakan. Punggung dilabuh ke tempat duduknya. Dia pilih ditepi tingkap.

Dia sudah membayangkan suasana tenang kampung. Ditemani lagu kegemaran disepanjang perjalanan. Aaa sukanya! Galak kau ye. Suka juga balik kampung biar lah bukan kampung dia pun. Dah Ayu ajak, an an?

Lagu dari penyanyi Selena Gomez dipasang. Earphone dipasang. Baru saja mata mahu pejam. Dia buka semula apabila merasa ada yang melabuh punggung disebelahnya. Orang di sebelah dipandang.

"Ka-kau?" melongo Bella dibuatnya.

"Asal tak puas hati? Ke ada nama kau dua-dua kat kerusi ni?" tanya Aniq bersahaja.

"Bukan ke kau cakap kau tak nak balik ke? Asal tiba-tiba pulak ni?" mimik Bella jelas tak puas hati. Yelah macam tak ada kerusi lain.

"Memang la. Tapi bila difikir-fikir balik, kau kan tak boleh berpisah dengan aku sehari. Aku risau kau rindu aku saja." selamba badak Aniq berkata.

Terlopong kali kedua Bella. Confident tahap dewa nih! Memang random saja ayat yang keluar dari mulut pemuda itu.

"Tak kuasa aku!" akhirnya Bella mengalah. Sabar sajalah buat kali terakhir. Destinasi mereka pasti berbeza. Jadi disini saja lah dia terpaksa hadap muka Pemusnah Ketenangan nya itu.

Urgh! Pengalaman pertama naik bas. Pengalaman buruk baginya kerana ada Aniq Mikael.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience