1.. Barang terlarang

Crime Series 1643

“Zam, barang yang dekat tangan aku habis terjual dah, untung adalah dekat 3k, kau tak rasa ke kita patut stop dulu dan kita enjoy, amacam?” Soalku pada crime partner ku si Azam, kawan baik aku dari kecil lagi.

“Eh rileklah, tak cukup banyak lagi ni, aku nak pakai mustang, taknak pakai Myvi” balas Azam sambil mengira keuntungan yang dia dapat hasil jualan barang ketagih ni.

Ya, aku dengan Azam pengedar dan juga penagih. Kami lenyap dalam dunia yang mengkhayalkan, semuanya kerana duit. Duit telah mengaburi segalanya, Acap kali juga kami fikir tentang perbuatan haram kami ni, tapi semuanya hanya singgah sebentar di fikiran, kerana barang yang kami jual ni boleh membuatkan keuntungan berlipat kali ganda. Dadah, ye itu yang kami jual.

“ kau kata malam ni ada awek cun nak datang rumah ni, mana nya? soalku.

“Haaaa, sabar separuh dari iman lang, kenapa? bil air tertunggak ke? jawab Azam sambil menepuk bahuku.

“ Sebab tertunggak lah aku tanya dol, lama dah ni" balasku dan kami berdua ketawa bersama-sama....

*ding dong, ding dong*loceng pintu berbunyi. “Ha lang, buka lah pintu tu cepat, jamuan kita dah sampai, hahaha” kata Azam dengan gelak tawa jahatnya tu..

...... (kedengaran pintu dibuka) “ Hai, saya ema, maaf terlambat jalan sesak tadi” suara lembut dia membuat aku terpaku disitu kejap..

“ Haa hai, masuklah dulu sini, saya Alang”, jawabku sambil mataku tak lepas dari memandang wajahnye yang manis dengan tudung hitam nya tu. (Aku terfikir, biar betul Azam ni, takkan perempuan bertudung manis ni pun ketagih?) hmmm...

“Ema, masuk bilik abang dulu meh, barang pun ada dalam tu, kita layan sama-sama" Azam menyuruh Ema masuk ke bilik dulu, dan pandang pada ku sambil memberi isyarat mata.

(Takpe jalan dulu, aku nak layan barang sat) jawabku dalam hati walhal aku faham apa maksud yang cuba disampaikan Azam tu..

*Allahu akbar Allahu akbar...... Terjaga ku dari tidur setelah azan subuh berkumandang.. Aku buka pintu bilik Azam untuk mengambil beg dan pulang.. (hmm seronok ye kau harini zam, makan besar) fikirku sendirian...

Aku berjalan kaki melalui lorong kecil yang menjadi tempat orang susah, mat ganja melepak disitu.. Dua tiga langkah ku menapak, tiba-tiba langkahku terhenti kerana ada sesuatu yang seperti menarik hati kecilku.

Seorang budak kecil dan seorang lelaki yang pada pandanganku berumur 30an sedang tidur di tepi tong hitam hanya beralaskan surat khabar.. Hati kecilku terusik(mereka tak kisah ke tinggal tempat macam ni) Secara tak sedar, air mata aku jatuh sedikit demi sedikit, aku terpaku disitu,aku duduk dan aku selitkan sedikit duit didalam poket budak kecil tu.*Semoga dapatlah mereka mengisi perut sedikit*kataku dalam hati...

.............

Sekadar cerita, di saat hidup yang susah ni, moga sama-sama kita kenal mana batu dan mana permata

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience