Bab 7 (Akhir)

Mystery & Detective Completed 1539

Hani termenung merenung bulan dan bintang. Peminangan ustaz Sani benar-benar menguji akal dan fikirannya. Perasaannya juga bercelaru.

‘Aku cintakan Soleh tapi tak mungkin aku dapat bersama dengannya. Kami berbeza alam. Tapi aku tak cintakan ustaz Sani tu. Lagipun kami belum kenal satu sama lain. Apalah yang ada difikirannya sehingga berani meminang aku sedangkan baru sekali berjumpa. Apa yang aku patut buat? Soleh, kau kat mana? Kau cakap kau akan sentiasa datang berjumpa aku’. Hani mengomel. Hatinya benar-benar walang.

Soleh melihat Hani dari balik pokok. Hatinya sayu. Gadis itu kelihatan resah sekali. Sengaja dia tidak mahu menampakkan dirinya kepada Hani. Dia sedar, sekuat manapun cinta mereka tetap tidak boleh menukar hukum Allah. Manusia dan jin tak mungkin bersatu. Walaupun mereka berdua tak pernah meluahkan rasa cinta tapi dia tahu mereka saling mencintai.

“Kau layak bersama ustaz Sani, Hani”Soleh melepas nafas berat di dada. Sudah sampai masanya dia melepaskan Hani. Malam ini dia akan muncul di dalam mimpi Hani. Untuk mengucapkan selamat tinggal.

“Ibu, apa yang perlu Hani buat? Perlu ke Hani terima pinangan ustaz Sani? Hani tak kenal dia. Dia pun tak kenal Hani. Baru sekali jumpa, dah masuk meminang.”Hani meluahkan rasa kepada ibunya.

“Hani, semua keputusan ada dalam tangan Hani. Ya ibu dan ayah memang sukakan ustaz Sani tu tapi kami tak boleh buat keputusan untuk Hani. Yang mana pilihan Hani, itulah pilihan ibu dan ayah.”Puan Faridah memegang tangan anaknya. Resah sekali dia melihat anaknya itu.

“Kalau Hani pilih Soleh? Ibu dan ayah boleh terima ke?”

Puan Faridah sedikit terkejut namun cepat-cepat dikawal.

"Hani,ibu faham perasaan Hani tapi Hani tahukan Soleh tu siapa? Dia tak sama macam kita. Alam kita dan alam dia lain. Tak mungkin bersatu. Allah pun melarang. Kalau Hani tolak pinangan ustaz Sani sekalipun, tak bermaksud Hani boleh terima Soleh. Ramai lagi lelaki lain. Macam ni lah, Hani solat istikharah ya.”

Hani tersedar dari lena. Dia mengelip-ngelipkan matanya beberapa kali. Cuba amati di mana dia berada.

“Hani dah sedar?”sapa satu suara. Hani mengalihkan pandangannya. Mak Inang sedang tersenyum memandangnya.

“Mak Inang, macam mana Hani boleh ada kat sini? Soleh?”

“Jangan risau. Soleh ambil kamu cuma sebentar. Nanti dia hantar kamu pulang. Minum dulu.”Mak Inang menyua Hani segelas air kosong. Hani membasahkan tekaknya. Terasa perit.

“Hani apa khabar?”

“Saya sihat, Mak Inang. Mak Inang sihat?”

“Sihat Alhamdulillah. Kata Soleh dia ada perkara yang ingin dikhabarkan. Sebab itu dia membawa kamu kesini.”

“Nak cakap apa, Mak Inang?”

“Hamba bawa tuan hamba ke sini kerana ingin tuan hamba mengucapkan selamat tinggal yang terakhir untuk kami.”Soleh mencelah. Entah dari mana datangnya. Tiba-tiba sahaja muncul.

“Selamat tinggal terakhir? Maksudnya?”

“Hamba tahu ada orang meminangmu. Tidak lama lagi tuan hamba bakal bernikah. Tidak boleh lagi datang ke mari. Tuan hamba perlu berbakti kepada suami kelak.”Nada suara Soleh sedikit bergetar. Hani menunduk ke bawah. Tiba-tiba dia terasa sebak.

“Ya. Ada orang meminang aku. Tapi aku belum terima. Masih berfikir-fikir.”

“Apa yang perlu difikirkan lagi? Terima saja. Hamba tahu lelaki itu lelaki yang baik-baik. Lelaki yang alim. Keturunan orang banyak agama. Penuh ilmu di dada. Pasti dia akan menjaga tuan hamba sebaiknya.”

“Ya. Dia memang orang yang baik. Tapi belum tentu kami berjodoh. Mungkin jodoh saya disini. Mungkin jodoh saya bersama awak.”Hani berterus terang. Sakit rasa dadanya selagi belum luahkan apa yang terbuku.

Soleh tersentak. Mak Inang hanya mendengar. Betullah tekaan Soleh bahawa Hani juga menyintainya. Dia tidak bertepuk sebelah tangan. Cuma dia tidak menyangka Hani berani meluahkan isi hatinya. Di depan maknya pula.

“Tidak mungkin, Hani. Dunia kita berbeza. Tuan hamba manusia tapi hamba bukan. Kita tak boleh melanggar hukum Allah. Jika kita tetap melakukannya, salah seorang dari kita perlu tinggalkan alam sebenar kita. Sanggupkah tuan hamba meninggalkan ibu dan ayah tuan hamba? Hamba tidak sanggup tinggalkan ibu hamba. Begitu juga tuan hamba, bukan?”Soleh mengalihkan pandangannya ke arah lain. Tak sanggup melihat Hani yang sedang teresak-esak menangis.

“Betul apa yang Soleh katakan tu, Hani. Sejujurnya Mak Inang juga suka kalau kamu berdua bersatu. Tapi itu tak mungkin akan berlaku. Kita semua perlu terima hakikat bahawa dunia kita berbeza. Mak Inang sudah menganggap Hani seperti anak Mak Inang sendiri. Tapi sayang atau cinta belum tentu dapat bersama.”Mak Inang menenangkan Hani. Ditarik Hani ke dalam pelukannya.
Hani hanya diam tidak berkata apa. Hanya tangisannya yang bersedu sedan.

Ya apa yang dikatakan Soleh dan Mak Inang memang benar. Tak mungkin mereka dapat bersatu. Mungkin jodohnya memang dengan ustaz Sani. Tapi hatinya berat benar mahu menerima hakikat itu.

“Mak Inang, Hani minta maaf segala salah silap Hani selama berada disini. Halalkan makan minum Hani. Hani sayang Mak Inang. Hani pasti takkan lupakan Mak Inang. Mak Inang baik sangat dengan Hani. Jaga Hani macam anak sendiri. Mak Inang jangan lupakan Hani ya?”

“Sudah pasti, sayang. Mak Inang takkan sesekali lupakan Hani. Mak Inang halalkan segalanya. Hani tiada salah dengan Mak Inang. Mak Inang juga minta maaf segala salah Mak Inang. Mak Inang sayang Hani macam anak sendiri.”Mak Inang dan Hani berpelukan. Tangisan kedua-duanya pecah. Tak sangka hari ini sudah tiba. Hari perpisahan mereka buat selamanya..

“Soleh, saya minta maaf atas salah silap saya. Terima kasih sudi bawa saya ke sini dan kenalkan dengan Mak Inang. Segala jasa Soleh yang telah menjaga saya tak termampu saya balas. Hanya doa mampu saya titipkan. Terima kasih atas semuanya.”Hani memandang Soleh. Tetapi lelaki itu langsung tidak berkutik. Memandangnya pun tidak. Hati Hani sedikit hampa.

“Ayuh hamba menghantar tuan hamba pulang. Makin lama tuan hamba disini, makin lamalah tuan hamba tidak sedarkan diri disana. Ayuh.”Soleh mengarah. Tegas tapi ada getar dalam nadanya.

“Mak Inang, Hani pergi dulu. Jangan lupakan Hani. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

“Hani,Hani.. Bangun nak.. Janganlah tinggalkan ibu lagi.”Puan Faridah menggoncang tubuh anaknya. Hatinya risau jika pisang berbuah dua kali.

Hani membuka matanya.

“Ibu..”

“Ya Allah, Hani.. Alhamdulillah. Risau betul ibu kalau Hani tinggalkan ibu lagi.”

“Tak adalah, ibu. Apa ibu merepek ni? Hani lewat bangun ya, bu? Maaf Hani terlajak tidur. Penat sangat kot malam tadi tu yang tidur tak sedar apa.”Hani memberi alasan. Tak mahu ibunya tahu apa yang terjadi.

“Ibu, Hani pergi mandi dulu ya? Siap mandi nanti ada perkara yang Hani nak bincang dengan semua orang.”Hani bangun mengambil tuala. Dia menuju ke bilik air meninggalkan ibunya yamg terpinga-pinga.

“Ibu, ayah, atuk.. Hani ada benda nak bagitahu. Hani dah fikir masak-masak. Hani dah buat solat istikharah minta petunjuk Allah.”Hani menghembus nafas yang tersekat didadanya.

“Hani terima pinangan ustaz Sani.”

Puan Faridah, Tuan Kamal dan atuk Husein memandang sesama sendiri. Seperti tidak menyangka kata-kata itu keluar dari mulut Hani. Semuanya mengucap syukur..

“Alhamdulillah.. Baguslah kalau macam tu. Gembira ayah dengar. Hani tak terpaksa kan?”Tuan Kamal tersenyum girang. Nampaknya dia bakal bermenantukan seorang ustaz. Puan Faridah memegang tangan Hani. Dia juga gembira.

“Hani tak terpaksa. Ini keputusan Hani sendiri. Tak ada yang paksa. Tapi Hani ada syarat.”

“Syarat apa pula, Hani?”Puan Faridah menyoal.

“Hani taknak ada kenduri. Cukup akad nikah je dan makan antara keluarga sahaja. Tak ada jemputan luar.”

“Hani buat ibu terkejutlah. Ingatkan syarat apalah tadi. Ibu rasa keluarga ustaz Sani takde halangan dengan syarat Hani tu. Nanti ibu beritahu mereka.”

Sungguh mereka betul-betul gembira dengan keputusan Hani. Harapnya ustaz Sani tak sia-siakan Hani.

Bip bip..

Telefon Hani bergetar. Menandakan ada mesej masuk. Terus hilang melayang lamunannya. Bekas buah rambutan diletakkan ketepi. Telefonnya dicapai.

‘Assalamualaikum. Terima kasih Hani sudi terima lamaran saya. Saya terima syarat Hani. Saya janji akan jaga Hani sebaik mungkin. Terima kasih.’

Hani sedikit tersenyum. Harapannya ustaz Sani dapat bahagiakannya. Dapat mengajar dia lebih mengenal Allah dengan lebih mendalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience