BAB 32

Humor Completed 78146

PETANG semalam Adam balik kerja masih juga begitu.Sepatah dua saja dia cakap dengan Aisyah.Selebihnya dia ikut membisu.

Aisyah jadi pelik.Selalunya Adam banyak cakap.Ada saja nak di usik Aisyah.Tapi dua tiga hari ni Aisyah rasa macam kosong.Rasa macam tertunggu-tunggu usikan dari Adam.Apa dah jadi ni Aisyah?

Tiap kali teringat akan Adam pasti jantungnya berdetak kencang.Tiap malam mereka akan tidur bersama di atas katil.Tapi Adam terlebib dahulu tidur.Letak saja kepala,Aisyah dah dengar dengkuran halus Adam.

Kadang Aisyah sengaja berpura tidur pada hal dia akan bangun dan mengintai wajah Adam dari celahan mata .Setelah memastikan Adam tidur baru Aisyah berani buka kan mata.

Tiap malam dia akan memerhati seraut wajah Adam.Dari kening yang tidak terlalu tebal.Alis mata yang hitam pekat.Hidung yang tidak terlalu mancung.Bibir yang sedikit merah jambu.Adam dah berhenti merokok agaknya sebab Aisyah tak ada bau asap rokok dah pun.

Muka Adam yang ditimbuhi bulu-bulu halus di sekitar kumis dan jambang.Nampak begitu tampan sekali.Benda ni dah jadi amalan wajib bagi Aisyah sebelum tidur.Kalau tak dia susah nak lelap.Oh!Aisyah apa yang dah jadi ni?

Asyik sangat Aisyah memerhati hingga tak sedar mukanya terlalu hampir dengan muka Adam.Nasib Aisyah cepat sedar kalau tak mungkin dia dah tercium pipi Adam.

Aisyah beristigfar beberapa kali.Haru juga aku ni.Macam mana boleh cuai nasib Adam tidur kalau tak buat malu saja.Mulut kata tak nak tapi hati cakap lain.Aduh Aisyah..dah kenapa?Tak kan kau dah...dah jatuh cinta dengan Adam?

Aisyah letak tangan atas dada sebelah kiri.Irama degupan makin berlagu riang.Aisyah pejamkan mata.Tak akan kot!Terus ditarik selimut hingga ke kepala.Dia sendiri tiada jawapan.

Masuk ni dah tiga kali Aisyah mandi dan siapkan Datin Mazni.Mulanya Aisyah agak terkejut bila bibik Seri panggil Aisyah untuk mandikan Datin Mazni.Aisyah takut juga kalau-kalau Datin mengamuk.Rupanya Datin Mazni sendiri yang minta.

Rutin harian Datin Mazni seperti biasa.Bangin pagi mandi dan sarapan lepas tu rehat atas katil seperti biasa.Waktu tengahari makan lepas tu tidur sampailah waktu asar lepas tu makan petang.Di ikuti makan malam pukul tujuh dah tidur.Kiranya langsung tak keluar bilik sejak dua minggu ni.

Tapi pagi ni,lepas sarapan Aisyah dudukkan Datin Mazni atas wilchair dan dia tolak Datin Mazni keluar dari bilik.

"Kau nak bawak aku pergi mana ni!?"suara Datin Mazni sedikit garang bila kerusi roda ditolak perlahan ke pintu utama.Dia jadi gelebah bercampur takut.

"Saya nak bawa Datin jalan-jalan dekat taman.Kita tengok pokok-pokok.Dapat hidup udara segar."Aisyah beranikan diri.

"Kalau jadi apa-apa dekat aku siap kau!"amaran Datin Mazni.Dalam hati dah kecut.Takut dia di apa-apakan oleh Aisyah.Mana tahu Aisyah simpan dendam.Masa ni tiada siapa di rumah.Nak minta tolong bibik semua tengah sibuk.

Aisyah tolak perlahan hingga sampai ke kerusi di taman.Selama sihat Datin Mazni jarang melepak dekat taman rumahnya.Selalu dia akan ke SPA atau shopping compleks untuk mengambil angin luar.

Matanya memerhati sekeliling.Taman penuh dengan pokok-pokok bunga.Hijau subur dengan dipenuhi bunga berwarna-warni.Ralit juga dia melihat keindahan taman yang tak pernah di ambil peduli sebelum ni.Semuanya harapkan Pak Sudin si tukang kebun saja.

"Cantik kan taman Datin.Saya suka tengok pokok menghijau dengan pelbagai jenis bunga dan warna.Rasa sedap mata memandang saja.Hilang segala masalah."Aisyah tersenyum gembira.

Datin Mazni turut mengiyakan tapi dalam hati sajalah.Malu nak mengaku depan-depan.Menurut kajian melihat keindahan alam salah satu terapi mata.Memang betul lah kan.Tengok Aisyah tu senyum gembira.

Aisyah menghampiri kolam ikam koi.Di taburkan sedikit makanan yang diambil dalam bekas.Di letakkan sedikit atas tapak tangan Datin Mazni.Datin Mazni tidak menolak.Dia teruja sebenarnya nak bagi ikan makan juga.Ditabur makanan ikan ke dalam kolam.Melompat-lompat ikan-ikan berebut makanan.Aisyah hulur lagi beberapa kali.

Di lihat muka Datin Mazni sedikit ceria.Mungkin sesi lihat keindahan alam tadi buatkan emosi seseorang bertukar.Lama juga mereka di situ

"Okay Datin.Kita masuk dulu.Nanti kita datang lain pula."Aisyah nampak matahari kian meninggi takut juga DatinMazni tak tahan.Jadi disorongnya Datin Mazni masuk ke dalam rumah semula.

Waktu makan tengahari,Aisyah sekali lagi beranikan diri menyorong Datin Mazni.Kali ini ke meja makan pula.Mulanya Datin Mazni enggan tetapi setelah Aisyah pujuk nanti akan ke taman lagi terus Datin Mazni setuju.

Terkejut juga Dato Rais bila pulang makan tengahari.Isterinya menanti di meja makan.Selalunya payah nak keluar dari bilik.Keluar dari bilik pun sebab nak pergi check up di hospital.

Ada tanda-tanda yang Datin Mazni sudah selesa bersama Aisyah.Cuma kadang dingin tu masih ada.Tapi dia bersyukur Datin Mazni sedikit berlembut.Dia akan terus berdoa supaya Allah buka kan hati isterinya untuk terima Aisyah.Harap jodoh Aisyah dan Adam berkekalan.

Adam pulang lewat hari ini.Masa dia masuk ke bilik Aisyah sudah tidur.Adam berdiri di sebelah katil pun Aisyah dah tak sedar.Entah apa yang isterinya buat kebelakangan ni.Muka tu nampak letih sangat. Tapi hari ni lagi letih benar hingga tak sedarkan diri.

Lama Adam duduk di tepi Aisyah.Memerhati dada Aisyah turun naik bersama dengkuran halus Nak saja Adam tarik dan peluk Aisyah.Rindu sangat.Tapi dia tak mahu tunjuk sebab dia nak uji Aisyah.

Bukan dia tak tahu Aisyah selalu curi-curi pandang mukanya waktu tidur.Sengaja Adam berpura-pura tidur terlebih dahulu.Pada hal dari celah mata Adam nampak Aisyah yang gelisah.Ingatkan pasal apa rupanya Aisyah ada habit baru sebelum tidur.

Diam-diam Adam ukir kegembiraan.

Masa malam tu hampir-hampir Aisyah tercium pipinya tapi tak sempat.Aisyah siap beristigfar Adam dengar dan nampak semua tu.Ikut hati malam tu nak saja Adam peluk Aisyah ketat-ketat nak lepas rindu.Tapi di tahan hatinya.Dia nak Aisyah sama-sama rasa.Sama-sama jatuh cinta.Baru Aisyah tahu betapa sakit menanggung rindu.

Sempat Adam cium ubun-ubun Aisyah sebelum menghilangkan diri dalam bilik air.Lebih baik dia beredar sebelum tak dapat mengawal perasaannya. Tiada gurauan mesra rasa macam tak sempurna hidup.Rasa nak cium saja bibir Aisyah tapi ditahan nafsunya.Bersama Aisyah buat kan Adam tak keruan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience