KISAH SERAM UITM

Horror & Thriller Series 498

Kisah seram dari UiTM

============

Nota kaki- Ini adalah kisah benar yang terjadi pada aku di universiti kesayangan orang ramai ini sekitar 2008-2010.Yang masih belajar di sana,percayalah, ‘mereka’ dah tiada,dorang pergi universiti swasta dah kot.Oh ya, ini dekat Shah Alam.

Bukit Tonggek.

Dekat universiti aku,ada satu tempat atau lebih tepat lagi, jalan yang di beri nama Bukit Tonggek.Kalau di sebut nama tempat ini, mesti pelajar dekat sini tahu.Sebenarnya jalan ini diberi nama sebegitu sebab jalannya mendaki bukit dan agak menegak jugaklah jalannya.Perangai aku bila hujung minggu,aku suka menghabiskan masa jogging satu UiTM.

Bermula dari Kolej Perindu aku akan mengelilingi satu UiTM.Aku akan lalu Kolej Teratai,Mawar,Melati,Anggerik dan juga Cempaka Kenanga.Tapi nak dijadikan cerita,aku ubah route aku.Aku terasa nak mencabar diri,cuba nak ‘menawan’ Bukit Tonggek.

Aku dulu pernahlah cuba jogging situ, tapi masa itu dengan rakan fakulti aku.Aku lihat jam, hampir jam 11 malam.Ikut perkiraan,selepas aku jogging sampai ke atas,aku akan turun semula.Malas aku nak ikut jalan melalui Canseleri, Fakulti Pelancongan via Fakulti Seni Reka tu, jauh !

Aku mulakan pendakian.Memang mencabar segala otot dalam badan aku,tercungap cungap aku dibuatnya.Beberapa kali aku berhenti.Tiap kali aku berhenti, aku dapat rasakan ada angina lembut menyapa tubuh badan aku. Aku anggap perkara biasa, malam malam kan? Biasalah. Lagipun ketika itu memang sudah beberapa malam,Shah Alam hujan.

Aku tiba di puncak jalan Bukit Tonggek.Entah kenapa aku rasa berdebar pula nak turun ke bawah.Aku rasa kaget.Aduh.Nak tak nak aku kena turun ke bawah.Itu sahajalah jalan terdekat ke kolej kediaman aku.

Aku dapat dengar bunyi jantung aku ketika itu.Aku syak sebab aku penat.Tapi ini bukan kali pertama aku bersenam waktu malam,tambahan pula aku memang dikehendaki ‘fit’ ,ahli sukan la kononnya.

Aku telan air liur, aku berjalan perlahan menuruni Bukit Tonggek.Sekali lagi aku disapa angin malam.Telinga aku menangkap bunyi suara orang menyapa aku.Menyebut nama aku!Aku mempercepatkan langkah aku, jujur aku cakap, bila kau berjalan turun bukit, kau cuba nak cepat, memang macam nak tersembam!Aku dah mula jalan berlari anak menuruni jalan itu.Terasa jauh pula nak sampai ke bawah.Sekali lagi nama aku di panggil.

Mata aku terpandang ke arah kanan,dan aku menyesal sampai hari ini.Kalau nak tahu, sebelah kanan jalan itu ada hutan kecil.Semak setinggi 3 meter macam itu.Aku pandang kanan dan aku entah kenapa, aku berhenti! Di depan mata aku ada lembaga berwarna hitam( hitam macam orang minyak) dan di atas kepalanya bertanduk!Ya,bertanduk Panjang memanjang ke depan.

Lembaga hitam itu duduk bercangkung sambil tangannya melambai ke arah aku.Matanya putih kosong dan aku tak nampak mulutnya.Kawasan jalan itu berlampu sebenarnya,cumanya suram,jadi aku nampak susuk tubuh lembaga itu.

“ Faizal……Faizal…..”Lembaga itu menyapa aku!Aku nak berlari ke bawah,tetapi langkah aku macam disekat.Bila lembaga itu bangun dari cangkungnya,aku jadi meremang dan hampir aku rasa mata aku berpinar. Sudahlah lembaga itu bangun,kakinya tak jejak tanah!

Zassssss! Aku berlari turun ke bawah! Tertahan tahan larian aku dek kerana aku cuba mengawal dari pada aku tersembam pada jalan tar itu! Aku mengerling ke belakang, lembaga itu mengejar aku dengan aksi ‘lompat katak’ ! Bayangkan,kau lompat katak menuruni bukit!

Tiba di kaki bukit, aku berlari sekuat hati sampai ke Kolej Perindu. Ikutkan masa larian, aku rasa hanya 5 minit sahaja kot aku lari dari Bukit Tonggek ke Kolej Perindu via Gelanggang Futsal Perindu itu.( tanyalah budak UiTM ,jarak dia macam mana, hahahaha) Sejak dari hari itu, aku dah serik berjoging malam!

====================

Menara SAAS

Menara SAAS ini kira tempat aku selalu lepak untuk melayari internet.Hobi aku suka sangat memuat turun filem dari luar negara.Salah satu sebabnya dekat kawasan Menara SAAS ada beberapa cable port untuk talian internet,jadinya ianya memudahkan aku untuk memuat turun tanpa halangan.Lagipun ketika itu aku adalah juga ambil upah tolong muat turun cerita dari Korea,rakan sekelas aku minta.Dah dorang nak bayar, aku gigihkan juga,lepaslah duit makan.

Tempat kegemaran aku adalah di belakang Butik Canterbury(Butik pakaian ragbi)tingkat 1. Kau kena naik tangga ke atas untuk melayari internet dan di situ ada dua kabel port internet berserta soket elektrik.Memang bagi aku situ memang tempat terbaik.Tersorok dan sunyi.Tapi sepanjang aku setahun dekat situ, tak ada perkara pelik terjadi pun.Malam itu aku diuji.

Masa aku nak balik ke kolej aku,kira kira jam 3 pagi, itu pun, nak tak nak, aku kena panjat pagar sebab Cempaka Kenanga pintunya akan di tutup jam 10 malam tak silap.Aku kemaskan komputer riba.Masa aku turun dari tangga itu,sunyi sahaja sekeliling.Selalunya ada dua tiga orang melepak situ untuk main internet.

Aku berjalan ke arah tangga mengadap jalan ke Fakulti Seni Reka.Dekat tangga itu ada bilik belajar, dan keadaan bilik itu cermin besar macam akuarium biliknya.Gelap! Selalunya aku balik jam begitu,ada lagi pelajar yang mengulang kali.Tapi kali ini tiada seorang pun!

Aku diamkan diri.Entah kenapa hari itu aku terlupa yang aku naik motorsikal.Boleh saja aku berjalan menonong menuju ke kolej kediaman aku.Ketika itu aku melalui Fakulti Undang-Undang dan Fakulti Pengurusan Perniagaan. Pagar besar di Kolej Cempaka Kenanga dah tutup,aku dengan selamba panjatlah pagar tu ( korang jangan amalkan). Dekat kawasan situ ada beberapa pohon besar,aku rasa pokok beringin kot.

Masa aku sedap memanjat pagar tu,mata aku tertancap pada pokok dekat belakang perhentian bas Kolej Perindu tu.Ada sekumpulan lembaga berkain putih sedang elok bersidai dekat pepohon pokok besar tu.Seperti burung bertenggek,memerhatikan aku! Aku cepat cepat memanjat dan terus berlari ke bilik aku.

Kejadian kedua aku di Menara SAAS adalah sewaktu aku hendak mengambil duit di situ.Dekat situ ada ATM CIMB.Masa sedap aku menekan punat kekunci ATM tu,mata aku beralih ke jalan menuju ke kafe bawah tu.Kafe yang bawah tu,di menara.Ada entiti sedang merangkak ke arah aku.Aku berkali kali gosok mata,sah! Apa yang aku tengok tu memang nyata! Dahlah duit tak keluar sebab entah kenapa asyik loading,cepat cepat aku tekan punat Cancel.

Kejadian ketiga aku di menara kali ini bersama sebilik aku,Fazli.Masa ini kami pergi ke sini untuk apa lagi, online! Masa balik kami ikut jalan jauh iaitu melalui pintu masuk seksyen 2 tu ( turun dari Menara).Masa kami nak ambil motorsikal si Fazli ni,( dia parking dekat Dewan Sri Budiman) ,ada pontianak kot aku syak,sedang elok bertenggek atas motorsikal Fazli! Aku dah nasihatkan dia,jangan parking situ! Penyudahnya,kami balik ke kolej Perindu jalan kaki!Esok subuh baru ambil motorsikal!

======================================
Padang Kolej Perindu

Siapa budak kolej Perindu mesti tahu padang ni.Berdekatan dengan Cafe Kolej Perindu dan berhampiran dengan parking motorsikal kolej.Kalau nak ke padang tu,kita kena melalui tangga.Waktu malam gelap nak mati situ.Satu hari,aku dengan kawan sekelas aku seramai 5 orang kena hadir ke Stadium UiTM tu sebab kami ada kelas di situ.

Waktu kelas habis jam 9 Malam,tapi kami ni gatal ya amat,saja nak cuba trek larian tu(sebenarnya nak mengedik dengan atlet wanita UiTM yang tengah latihan). Kebetulan pula ada junior fakulti aku yang tengah buat assignment kat area stadium,jadi kami ni sebagai senior pergi la membantu dan tunjuk ajar ( kononlah).

Tau tau jam dah 1030 malam dan kami pun pulang ke Kolej Perindu.Kami ikut jalan potong,ikut padang Perindu nak balik ke kolej.Pada mulanya kami berbual seperti biasalah,dan keadaan padang ketika itu agak becak dek kerana hujan lebat siang harinya.

Masa kami nak naik ke tangga,suasana sekeliling aku perasan jadi panas tiba tiba! Kami rilek aje la mendaki tangga tu.Kemudian entah datang dari mana,ada bunyi orang mengilai!

Heeeeeee.heeeeeeeee!

Bergegar kawasan sekeliling dengan hilaian berkenaan.Kami apa lagi,berlarilah naik ke atas.Tapi nak tau tak,kami ni dari tadi asyik berlari tak sampai sampai ke atas!! Hilaian makin kuat,kami berlima lari dari tadi tak sampai atas!!Aku dah panik,aku berhenti.Aku tengok kawasan sekeliling.Masih di pertengahan tangga.Aku perhati kawan aku berlari setempat!Sambil menjerit jerit ketakutan! Segera aku ajak kawan aku yang lain untuk azan sekuat hati.

Selang beberapa minit,suasana di tangga puaka itu sunyi sepi.Serentak itu,masing masing berlari sekali lagi! Lega,akhirnya kami sampai ke atas.Dari jauh apa yang kami nampak,ada susuk tubuh terawang awangan terbang melayang di sekitar padang itu.

===============================
Perindu 1

Hampir dua semester aku duduk di blok ini.Aku masih ingat pengalaman seram aku di sini.Selalunya orang cakap Perindu 4 itu keras sikit.Tapi aku salah,malam itu nasib tak menyebelahi aku.Masa itu aku basuh baju aku yang dah terperam lama.Aku masuk ke dalam tandas kira dah lewat,kira kira jam 11 malam. Sedang asyik aku memberus,aku perasan macam ada orang berdiri belakang aku.

Untuk pengetahuan pembaca,di hadapan aku ada beberapa barisan cermin,jadi aku boleh nampak belakang aku.Belakang aku ada kubikel mandi.Nak tau apa aku nampak?Ada berdiri di belakang aku,lingkungan 30 an tegak berdiri memandang aku,bila aku toleh takda! Aku diam.Hati dah berdebar.Aku percepatkan basuhan.

Sekali lagi aku terpandang susuk tubuh lelaki berusia itu.Perlahan lahan dia mengeluarkan sesuatu dari poket kemeja lusuhnya dan zassssss! Perlahan lahan dia mengelar lehernya! Darah membuak keluar! Aku tak tunggu apa dah,berlari aku keluar!

******************

Aku rasa cukup kali ini je cerita aku kali ni.Rasa tak sedaplah ada bunyi orang duk cakar cakar dinding rumah.Aduh.Aku janji nanti aku cerita lain,panjang sikit!Ada banyak lagi cerita kat sana.Kau orang harap tabah ya tunggu!

-Tamat-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience