BAB 10

Short Story Completed 3350

“Eh,kejap!” Eyra tiba-tiba terjerit dari pembaringannya.

“Dah kenapa kau ni? Kena sampuk hantu ke?” aduhai mulut mak tiri ni.

Aku cili juga mulut Illa ni!

“Hoi, kau ni! Mulut tu jaga sikit! Dahlah kat tempat orang ni. Main cakap je kau eh!” Marah Ninia.

Aku hanya mampu mendengar perbualan mereka sebab aku rasa terlalu letih hari ini. Seharian berjaga wei. Mata pun dah macam panda! Panda takpelah comel.

Aku ni macam mayat hidup dah. Haish! Bila entah budak-budak ni nak tidur.

“Korang dah kenapa?” terpaksa juga aku bersuara bila ketiga-tiga pasang mata itu memandang kearah aku dengan penuh tanda tanya.

Dalam kesamaran malam macam ni kalau nak dibayangkan wajah mereka dengan rambut tak terurus dengan muka sorang-sorang macam mat lampir agak menakutkan jugak. Aku pun mengagahkan diri untuk bangun dan duduk bersila menyertai mereka bertiga.

Seketika mereka bertiga memandang dan aku macam dah boleh agak soalan yang bakal Eyra tanyakan kepada aku. Ini tidak lain tidak bukan mesti fasal Jebat Zulkarnain.

“Dia tahu tak kaulah manusia yang selalu DM dia?” Eyra bersuara.

“Aku pun baru teringat nak tanya tadi!” Ninia dan Illa bersuara hampir serentak dan aku?

Aku hanya menggelengkan kepala sambil menggaru kepala yang tak gatal.

“Aku tak tahu sama ada aku patut atau tak bagitahu dia.” Aku berpeluk tubuh sambil memandang mereka bertiga.

“Kenapa kau fikir macam tu? Kau takut dia tahu itu kau ke macam mana? Sebab kalau aku tengok tadi dia ok je kan keluar dengan kau. Bersembang dengan kau and cara kau cerita tadi pun tengok gaya dia boleh bergurau juga. So, it should be no problem pon.” Eyra memandang aku dan aku hanya memandang mereka bertiga sambil mengeluarkan satu keluhan yang agak berat bunyinya.

Macam masalah negara pula kan.

“Entahlah. Aku pun tak tahu macam mana aku nak mulakan.” Aku meminta pandangan Illa dan Ninia.

Pandangan mereka pun sama saja macam Eyra. Mereka meminta aku untuk berterus-terang.
“Tapi dia tak tanya pun atau ceritakan apa-apa mengenai soal itu. Takkan tiba-tiba aku nak bagitahu dia yang akulah perempuan yang tak malu tu yang hari-hari wish kat dia siang dan malam dekat IG. Tak ke pelik dia.” Aku menjawab sambill kembali ke pembaringan aku sekejap tadi.

Terlalu penat untuk mengulas panjang soal itu dan seorang demi seorang dari mereka turut merebahkan badan ke atas tilam yang empuk itu dan akhirnya kami semua terlelap dan hanya terjaga saat azan Subuh berkumandang dari telefon bimbit milik Illa.

“Hai..good morning! Semoga dipermudahkan semuanya hari ini. In sha Allah”

Ringkas saja ucapan pagi ini untuk Jebat Zulkarnain. Bila di ingatkan kembali, aku start DM Jebat selepas aku react salah satu IG storynya. Dan dia membalas dengan emoji berbentuk hati.

Kemudiannya aku mencuba nasib untuk DM dia lagi dan ternyata dia bukan seorang selebriti yang sombong. Bahkan setiap balasan darinya akan disertakan emoji berbentuk hati.

Di awal kami berbalas DM tu aku ada menanyakannya sesuatu.

“Jadi kawan nak? Walaupun umur kita tak sama dan yang penting kita tak akan pernah bertemu kat mana-mana melainkan dah memang takdir untuk kita selisih kat mana-mana itu saya tak boleh jaminlah sebab itu semua kerja yang kat atas. Tapi yang pasti saya tak duduk dekat kawasan rumah awak atau satu tempat kerja dengan awak. Saya duduk jauh so awak dah secure dekat situ. Saya kenal awak sebagai DJ dan awak kenal saya sebagai stranger. So, we can talk about anything. Friend?”

Waktu ni hanya aku yang follow IG nya dan selepas dia membalas jawapan kepada soalan aku tu dia terus request untuk follow aku dekat IG.

Masa ni aku seronok sangat sampai tak tidur malam! Ok tipu sikit. Tidur juga sebenarnya tapi lambat sebab tak boleh nak tidur. Terasa macam mimpi.

Excited! Seronok! Bibir ni asyik tersenyum sampailah membawa kehari esok. Indahnya malam itu. Hanya Tuhan saja tahu bagaimana perasaan aku disaat melihat request list waktu itu.

Itu baru request nak follow IG gais! Kalau dia ajak jumpa ke kahwin ke, Ya Allah! Tak tahulah apa reaksi aku masa tu. Tapi balasan dari padanya kadang-kadang buat aku tertanya maksudnya.

“Hehe..boleh aje, saya berkawan dengan semua. Baik atau tak itu akan terjawab bila dah kenal. Tapi yang pasti, di hujungnya saya akan dikhianati. Dah terbiasa.”

Beberapa persoalan bermain dibenak saat aku menerima balasan ini. Adakah dia takut dikecewakan oleh perempuan? Adakah dia takut nak berkawan baik dengan orang sebab orang akan selalu ambil kesempatan keatasnya?

Apa maksudnya? Hanya dia yang memahami. Aku masih dalam keadaan berteka-teki. Sehingga kini maksudnya masih kabur dan aku cuma menganggap mungkin ada manusia yang pernah dia berkenalan dan diakhirnya dia dikhianati dengan sebuah janji yang pernah termeterai diantara mereka.

Mungkin.

Sejak itu, aku mula menghantar DM sebanyak tiga kali sehari kepada Jebat Zulkarnain. Morning wish, happy working wish and good night wish without fail! Tapi itulah tak semua ucapan itu mendapat balasan daripadanya.

Sadis bunyinya tapi aku tak kisah sebab itu semua aku anggap sebagai efforts aku sendiri untuk cuba mendekatkan diri aku dengannya. In sha Allah, semoga satu hari dia akan terbuka hati untuk mengenali aku dengan lebih dekat.

Gitu!

Eh, bila difikirkan Allah dah makbulkan doa akulah! Pertemuan semalam tu!

Bila difikirkan kembali cara dia membalas DM aku tu mungkin juga disebabkan dia selebriti dan public figure, jadi itu caranya untuk dia menghargai peminat dan cuba membataskan agar tak keterlaluan cara dia melayan. Macam aku yang dia hanya menganggap salah seorang daripada beribu orang peminatnya.

“Dia pun tak berani nak layan lebih-lebihlah, Mea. Dia kena fikir kedudukan dia jugak. Kau cubalah faham keadaan dia. Mungkin dia takut kalau dia layan kau lebih karang nanti kau pergi viral cakap dia gatallah apalah.

So, he prepare for the worst. Chill ok!” Illa pernah cuba memahamkan aku kenapa Jebat Zulkarnain membalas macam tu.

Tidak terlalu mesra dan dia hanya sekadar membalas kata-kata yang paling ringkas dan tak lupa meletakkan emoji hati di setiap pengakhiran ayatnya.

“Kau still DM dia ke?” Ninia menyoal aku sewaktu aku tengah bersiap untuk keluar breakfast bersama mereka pagi itu.

“Yes. Masih DM sebab dia tak tahu pun itu aku. Peliklah kalau tiba-tiba aku diamkan diri.” Aku menjawab sambil membetulkan rambut di depan cermin.

“Dia balas?” saat itu aku hanya menggelengkan kepala sebagai jawapan kepada soalan Ninia.

“Masa dia balas DM aku tak menentu. Kadang cepat, kadang lambat. Kadang tak balas langsung. Hahahaha..,” aku gelakkan diri sendiri.

Ninia hanya memandang aku dan mengeluh.

“Sampai bila kau nak buat macam ni? Gambar-gambar kau dalam IG takkan dia tak pernah tengok. Atau kau dah archive gambar kau?” soalan Ninia aku balas dengan sebuah senyuman dan anggukkan kecil.

“Nanti aku bagitahulah dia. Masa je belum tahu bila. Lagipun dari semalam sampai pagi ni dia tak text aku pun. Mungkin pertemuan semalam adalah yang terakhir? Jadi apa gunanya aku bagitahu dia. Eh! Illa dengan Eyra ni tak habis make up lagi ke. Nak pergi breakfast je pun! Kejap lagi nak turun lombonglah! Kau ingat kita nak pergi fashion show ke?” Aku cuba mengalih topik perbincangan dengan Ninia tadi.

Plan pagi ni kami berempat akan bermandi-manda di Tadom Hill Resort yang terletak di Banting, Selangor.

“Kejaplah. Kecohlah Mea ni. Mentang-mentang dia dah siap awal. Nasib baik aku yang bagi kau masuk toilet dulu. Kalau tak tadi aku dah siap awal lagi,” Illa meluahkan ketidakpuasan hatinya sebab aku dah bebel sebab lambat bersiap.

Soal aku dan Jebat Zulkarnain biarlah masa yang tentukan apa yang akan berlaku seterusnya.

Aku serahkan semua pada Yang Maha Esa.

His plan is better than me.

Terima kasih sudi baca karya saya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience