Bab 2 : HV

Mystery & Detective Series 29168

~There are no accidental meetings between two souls~

"Telefon Han?" Tengku Naina pandang Eshan dengan Pak Mali bergilir-gilir. Seolah-olah sedang menanti penjelasan dari mereka berdua.

Eshan kemam bibir, tidak tahu berikan uminya jawapan apa. Sedangkan dia sendiri pun masih lagi terpinga-pinga. Telefon yang sudah elok di tangan, dia tilik.

'Sejak bila telefon Samsung ini pernah jadi milik aku?' soal hatinya ragu. Setahu dia, dia kurang berminat dengan brands lain selain jenis yang satu itu.

"Iya telefon Tuan Han. Saya jumpa telefon ni dalam kereta. Sehari selepas tuan ke Turki. Rasanya inilah telefon tuan tu."

Dengar jawapan dari Pak Maliq, Eshan panggung kepala kepada Pak Maliq. Pak Maliq mengangguk berulang kali, menyakinkan jawapannya. Sekali lagi anak mata Eshan jatuh pada telefon itu. Jawapan Pak Maliq, dia hadam.

'Maksudnya, ini... telefon aku 2 tahun lepas?'

"Oo.. patut la telefon Han hilang masa pergi sana." Itu balasan uminya kepada ulasan Pak Maliq.

Serentak itu, Eshan angkat muka kepada uminya pula. Tapi tiada kata yang terluah. Eshan cuma senyap. Yang sejujurnya, dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dia balas sebaik sahaja dengar uminya berkata begitu.

Ini kerana dia sendiri pun keliru. Macam-macam yang dia lupa, banyak yang dia tidak ingat sepenuhnya. Realiti kadang-kadang macam mimpi. Mimpi pun dah macam realiti!

"Eh, Maliq masuklah dulu sebelum balik. Saya ada bungkuskan sedikit lepat pisang untuk Kak Yah." Tengku Naina berkata kepada Pak Maliq seraya berlalu meninggalkan Eshan yang masih ralit tenung telefon itu.

Tengku Naina seakan mengerti yang Eshan memerlukan waktu untuk bersendirian, mencari cebisan ingatan yang banyak tertinggal. Pak Maliq mengangguk sebelum mengekori langkah majikannya ke dapur.

Eshan membawa diri ke kamar, lupa tentang pelawaan uminya untuk minum petang bersama. Briefcase diletakkan di atas meja kerja terlebih dahulu sebelum berlalu ke katil lalu menghenyakkan punggung di situ. Telefon misteri itu diletakkan di atas katil, sebelum dia membuka satu persatu butang baju kemeja yang masih kemas tersarung di tubuh tegapnya.

Usai mandi dan bersolat, Eshan merehatkan diri di balkoni bilik sambil menikmati angin petang. Teringatkan tentang telefon misteri itu, dia menapak masuk ke bilik semula. Sekali lagi telefon itu ditilik. Masih tidak percaya dengan dakwaan Pak Maliq yang telefon ini miliknya.

Eshan tekan dulu punat on/off di tepi telefon. Sebaik sahaja telefon itu berjaya dihidupkan, ada satu pin keselamatan jenis bercorak perlu dimasukkan sebelum telefon itu bersedia untuk digunakan sepenuhnya.

Eshan termenung sejenak. Pin pattern? Pattern apa ni? Mata beralih pada wallet dan IPhonenya yang terletak elok di atas meja. Eshan mengecilkan anak matanya.

'S?' S untuk satu gambar yang ada dalam walletnya. Entah bagaimana gambar huruf S itu boleh ada dalam walletnya, dia tidak tahu. Eshan sekadar mencuba. Dari dot pertama, dia lakarkan menjadi bentuk S dan tiba-tiba skrin itu bertukar.

'Yes, aku berjaya masuk!' Dia bersorak kegembiraan.

Ada satu gambar menghiasi dada skrin telefon jenama Samsung itu. Gambar seorang perempuan. Eshan kecilkan matanya, seperti dapat mengagak siapa yang ada di sebalik gambar itu walaupun gambar itu sudah di edit dalam bentuk mosaic. Tiada rupa asal tapi dia yakin siapa disebalik gambar itu. Nalurinya kuat menyatakan bahawa dia cukup kenal dengan perempuan itu!

'Sarah!' terbersit hati kecilnya, entah dari mana nama itu yang muncul di benaknya. Jari kanan menyentuh skrin. Perlahan dia mengusap.

"Sarah..." Akhirnya terluah juga nama itu dari bibirnya dengan nada yang cukup berat. Bergetar bibirnya saat menyebut nama itu. Dadanya mula rasa sesuatu. Rasa berat dan sarat. Dia menyentuh dada dan matanya dipejamkan. Ada rasa pedih dan sakit menular ke segenap saraf. Dia... sudah sekian lama cuba menahan mulutnya dari menyebut nama itu. Tapi hari ini dia tewas.

Sarah. Sungguh Eshan masih belum mampu melupakan gadis itu! Gadis yang berjaya mencuri seluruh hatinya. Gadis yang sangat polos dan naif tapi akhirnya berjaya buat hidup seorang Tengku Eshan Maisur menjadi huru-hara.

* * *

2006. Pangsapuri Cempaka.

"Riq." Eshan panggil Baariq usai sahaja lelaki itu melabuhkan duduknya selepas selesai menunaikan solat fardhu Maghrib.

"Apa hal?" Baariq bertanya tanpa menoleh. Tangan dan matanya tertumpu pada telefon.

"Siapa jiran kau tu?"

Baariq alihkan muka kepada Eshan. Ada kerutan di keningnya.

"Jiran yang mana? Kiri ke kanan? Atas ke bawah? Depan ke? Aku ni ramai jiran Han. 40 buah rumah area sini, semuanya merangkumi jiran aku."

Eshan jeling Baariq tajam dengar jawapan sahabatnya itu. Baariq tersengih lalu membetulkan duduknya menghadap Eshan.

"Maksud aku, jiran aku yang mana? Which one?" Baariq sekali lagi bertanya. Nampak lebih serius sikit dari tadi.

"Jiran tepi kau tulah."

"Iyelah jiran tepi aku. Tapi yang mana, Han? Aii.. lain macam je ni.. ada yang terpaut ke ni Han?" Baariq sudah mengangkat keningnya berkali-kali mengusik Eshan.

Eshan berdecit.

"Tulah.. budak yang hantar nasi lemak pagi tadi tu lah."

"Oh Sarah ke?"

"Sarah?" Sebut Eshan sambil angkat kening sebelah. Sedap pula nama budak tu bila meniti di bibirnya. Oh lupa tadi dia cakap namanya Sarah.

"Iya nama dia Sarah. Kenapa ni? Suka dia ke?" tanya Baariq sambil senyum penuh makna.

Eshan tersentak bila tengok senyuman Baariq, lalu dia berdeham kecil. Cuba mengenepikan andaian Baariq.

"Hish, tak ada lah sampai tahap suka."

"Habis tu? Tak kan tanya saja-saja kot..." usik Baariq lagi sambil menggosok dagunya. Pelik dengan Eshan yang tiba-tiba bertanyakan tentang Sarah.

"Mesti ada makna ni... kan?" Sambung Baariq. Sengih penuh makna.

"Sudah la kau, Riq. Aku ingat malam ni nak balik rumah umi. Waliq dah bising aku dah lama tak balik." Eshan bangun lalu berdiri depan cermin. Merapikan diri, bersedia mahu keluar dari rumah Mak Som. Eshan perlu balik ke rumah keluarganya hari ini walaupun hatinya terasa berat. Selagi dia tidak tunjuk muka, selagi itulah bising walid dan umi membebel. Kalau ikutkan darah mudaya, memang dia malas mahu balik ke rumah sana.

"Kau tak cakap ke kau bermalam dekat sini selama 5 hari ni?"

Eahan diam. Capai baju t-shirt hitam lalu disarungkan ke tubuh tegapnya. Untunglah muda-muda lagi badan sudah cantik terbentuk.

"Kau tak cakap kan, Han?" tebak Baariq.

Eshan diam lagi. Rambut yang sedikit panjang itu dia ikat biar kemas dengan getah rambut. Salah satu punca kenapa walid membebel adalah sebab dia menyimpan rambut panjang macam ni. Tak sesuai kata walid. Tapi walidnya tak tahu, kerana menyimpan rambut macam inilah, ramai perempuan jatuh ke ribanya. Perangai kasanova yang satu itu sukar untuk dia kikis sejak dari zaman sekolah menengah lagi sehinggakan terbawa-bawa ke zaman kolej.

"Han... sampai bila kau nak macam ni? Kau sanggup biarkan umi dan walid kau pandang serong pada kau? Kau buat diorang ragu-ragu dengan kau."

Bebelan Baariq kali ini membuatkan Eshan terasa mahu berpaling kepada sahabatnya itu.

"So? Apa yang perlu aku buat untuk sangkal semua tuduhan tu, Riq? Dah jelas-jelas umi dan walid tak suka aku. Aku ni cuma anak diorang yang tahu menyusahkan diorang je," tempelak Eshan. Sedikit sebanyak masih terasa dengan kata-kata umi dan walid tempoh hari.

Baariq menggeleng, nampak sangat dia tidak setuju dengan pendapat Eshan. Eshan ini, Tengku Eshan Maisur bin Tengku Eqbal. Pewaris kepada EN Holding. Satu-satunya anak lelaki kepada pasangan Tengku Eqbal dan Tengku Naina. Dua lagi adik-beradik kandungnya semuanya perempuan. Tengku Nazneen Masyitah, kakak sulung dan Tengku Nafla yang kedua dan dia yang ketiga. Si bongsu yang paling susah untuk dijaga dan dikawal bak kata walid.

"Apa kau ni Han? Cakap macam tak fikir yang diorang tu umi dan walid kau pulak. Walid tu marah kau sebab kau tu anak dia. Dia tak suka kau berfoya-foya tak tentu hala macam ni."

"Kau pun nak jadi walid ke?" Eshan malas mahu berbahas lagi, asyik-asyik ulang topik sama saja. Telinga sudah muak terima info yang sama. Kunci kereta atas meja segera dicapai.

"Bukan macam tu la Han..." Baariq membuntunti Eshan. Eshan tidak menghiraukan Baariq.

"Mak, Han nak balik dah ni." Sempat Eshan melaung kepada Mak Som yang tengah syok layan lestary TV3.

Mak Som toleh, seraya bangun mendekati tuan mudanya yang sedang sauk kasut jenama converse. Sempat dia capai bungkusan plastik atas meja makan.

"Han, hati-hati bawa kereta tu. Ni, ada Mak Som bekalkan asam pedas untuk umi dan walid. Nanti jangan lupa bagi," pesan Mak Som.

Eshan sambut pemberian Mak Som sebelum tunduk cium tangan Mak Som. Dia menapak keluar tanpa menghiraukan panggilan Baariq. Tak suka dengar Baariq membebel.

Baru sahaja dia melintasi pintu depan rumah sebelah, secara kebetulan penghuninya menolak jeriji pintu dari dalam secara tergesa-gesa sehingga terkena bahu kiri Eshan.

"Aduh!" Spontan yang keluar dari mulut sambil gosok kepala bahu. Mengaduh, sakit kot!

Sarah sudah terlopong, terkejut dengan tindakannya sendiri. Cepat-cepat dia tutup kembali jeriji pintu lalu dikunci dari luar.

"Arr.. awak... sorry-sorry... saya tak sengaja." Sarah sudah tergagap-gagap, jari jemari runcingnya dibawa ke bibir. Dia gigit hujung jari. Wajah itu sudah cuak, mengelabah tak tentu hala.

Suka pula Eshan dengan reaksi gelabah Sarah. Eshan picing mata, gosok lagi kepala bahu. Sengaja mahu mengusik Sarah. Mulut tak sudah-sudah mengaduh sakit yang kononnya sakit yang teramat sangat.

"Sakit sangat ke? Ada luka ke?" tanya Sarah serba salah. Jari dia nampak mahu menyentuh bahu Eshan tapi terus sahaja tangannya berhenti di tengah jalan.

"Sakit la. Dah kau tu kenapa keluar tak tengok dulu?" Eshan menyergah Sarah. Sekadar mahu tengok reaksi Sarah lagi.

Sarah pegang hujung baju t-shirtnya lalu dipintal-pintal.

"Maaf... Saya nak cepat tadi," ujarnya perlahan.

"Nak cepat pergi mana? Bahaya tahu tak keluar macam tu je." Nada Eshan masih tinggi seperti tadi.

"Maaf-maaf. Saya betul-betul nak cepat. Saya pergi dulu ya." Sarah pamit dan terus berlalu tanpa sempat Eshan menyambung kata. Dia sekadar menghantar pemergian Sarah dengan ekor mata. Kemana dia mahu keluar malam-malam macam ni?

* * *

2018.

"Han.. Han..."

Eshan tersentak. Berteraburan kenangan lampau antara dia dan Sarah dengan ketukan di luar pintu bilik.

"Boleh acik masuk sekejap?" Tengku Nafla Maryam berteriak di luar bilik.

Eshan mendengus malas. Ini satu hal yang merimaskan dia. Kalau Achik ni ada, macam-macamlah kerenah Acik yang Eshan kena hadap. Kalau tidak dilayan, nanti menjadi-jadi pula ajuknya. Ini mesti ada apa-apa yang Acik mahu dia buat. Huh, Eshan mengeluh lemah.

"Masuk la chik. Pintu tak kunci pun." Eshan menjerit juga, senada.

Pintu ditolak dari luar. Terserlah wajah manis kakaknya yang sorang ni. Tengku Nafla Maryam, tua cuma tiga tahun dari Eshan. Masih bujang lagi katanya dia tunggu Eshan ada calon dulu, baru dia akan fikir pasal kahwin. Alasan cliche sangat!

"Han, teman acik pergi mall sekejap boleh?"

Eshan sudah mengeluh. Badan penat balik dari pejabat tak habis lagi, lagi mahu diajak keluar?

"Mall? Dah lewat ni chik. Nak pergi mall buat apa?" Eshan bertanya malas.

"Please la.. acik lupa nak cari bahan untuk program esok. Achik ada aktiviti dengan budak-budak." Tengku Nafla Maryam siap mengerdipkan biji matanya, kononnya mahu bagi adiknya termakan dengan pujuk rayunya.

"Malas la Han."

"Please la Han.. I'm begging you." Kali ini Tengku Nafla Maryam siap mencantumkan kedua telapak tangannya lalu digosok-gosok. Eshan ni lemah betul bila kakaknya merayu macam ni!

"Han penat la cik. Baru balik office, kan?"

"Han tak kisah ke kalau acik pergi sorang?"

"Ajak la Pak Maliq. Dia ada kat bawah tadi kan?"

"Pak Maliq dah balik. Mak Ning dengan Ina pula sibuk. Tolong laaa.."

"Em.. yelah. Sekejap je. Han malas lama-lama dekat luar. Acik drive."

"Yeay! Thanks dik. Done worry okay. Acik drive. Sayang adik!" Dia sudah melompat ke arah Eshan lalu cium pipi adiknya. Sesudah itu kakaknya berlari keluar, takut Eshan marahkan dia dengan tindakan spontannya itu.

* * *

"Han, acik masuk kedai stationary sekejap. Ada buku acik nak beli."

Eshan yang sedang membelek barang di kedai peralatan sukan itu sekadar angkat pandangan kepada kakaknya. Tengku Nafla Maryam sudah hilang ke kedai sebelah. Eshan turut keluar dan melangkah ke kedai sebelah, mencari kakaknya.

Tiba-tiba dadanya berdegup sedikit lain, entah kenapa. Dia berdebar. Rasa seperti ada sesuatu yang mungkin akan berlaku sebentar lagi. Dia berhenti melangkah. Sekejap dia toleh ke kiri dan beralih kekanan, mencari sesuatu yang berkemungkinan ada kaitan dengan kisah lampaunya. Tapi kosong, tiada apa yang membuatkan dia 'terbang' ke zaman 10 tahun dahulu.

"Daddy!"

Terkedu Eshan. Tapak kasut seakan-akan tergam disitu. Eshan cuba mengamati suara yang menjerit dibelakangnya walaupun Cuma kedengaran agak sayup-sayup. Seperti, agak jauh juga jarak kedudukannya dengan suara itu.

"Daddy!"

Suara itu kian mendekat. Kali ini Eshan pejam mata, hatinya tekad tidak mahu menghiraukan suara itu atau mungkin Cuma khayalannya semata-mata. Eshan angkat kaki, baru setapak kakinya melangkah.Tiba-tiba,

"Daddy!"

Bersama jeritan itu, dia rasa ada sepasang tangan kecil memeluk pahanya erat. Langkah Eshan terhenti, terngadah seketika. Matanya turun pandang tangan kecil itu.

Bab 2. Daddy pulakkk... siapa tu? Tq to all the readers. HV.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience