sambungan..
"Aisyah! Jom makan" suara Acik Zarah memanggilku dari arah ruangan tengah.
Aku tarik perlahan lengan si kecil supaya mengikuti langkahku ke ruang tengah.
Comel.. tapi betul ke dia ni anak aku?
Aku lihat ibu, ayah, Acik Zarah dan suaminya sudah duduk di lantai, sedang enak menjamu selera. Begitu juga abang dan.. bekas suami aku.
Kakak? Aku lihat seorang wanita yang sedang tersenyum ke arah aku.
Lantas bibirku mengukir senyuman lebar. Aku mengambil tempat duduk di sebelah ibu.
Abang duduk bertentangan arah dengan adik angkatnya, agak jauh dari aku.
Aku berikan sebotol susu di atas meja kepada bayi yang sedang merengek di dakapan ku.
Suasana mulai senyap..
Argh! Mahu saja aku lontarkan semua soalan yang terbuku di benak hati aku namun.. melihat wajah masing-masing terutamanya abang yang sayu. Aku cuma mampu pendamkan sekarang.
"Aisyah, nah. Tolong basuh, ni rumah kamu kan" Acik Zarah menyuakan pinggannya ke aku.
Beberapa pinggan di letakkan di hadapan ku. Aku tercengang. Apa ni? Aku bukan kuli.
Aku pandang wajah abang. Namun, lelaki itu menoleh ke arah lain. Pinggan di tangan abang, Acik Zarah ambil dan letak di atas piring aku.
"Cepat lah Aisyah, kejap lagi Acik nak bawak balik semua pinggan-pinggan acik ni" Acik Surya menggesa.
Tidak mampu aku bantah. Aku angkat semua piring dan mangkuk menuju ke dapur.
Aku memerhatikan kawasan dapur. Dapur pun masih di atas seperti zaman dulu. Tidak seperti rumah kayu zaman sekarang yang bersambung dengan rumah batu.
Tapi satu hal yang aku sedar ialah rumah ini mempunyai banyak bilik, sejak aku masuk ke dalam rumah ini tadi. Memang terlalu banyak bilik yang aku lihat. Semuanya bilik berkunci dari luar, aku tahu kerana ada mangga kecil yang mengunci setiap pintu bilik.
Tanpa berlengah, aku cuci kesemua piring, sekali sekali aku perhatikan bayi yang sedang bermain di tepiku. Sempat juga aku perhatikan ahli keluargaku yang sedang duduk santai menungguku selesai mencuci piring.
Mereka hanya menjeling dan meneruskan perbualan. Sekali sekala tersenyum menyindir ke arah aku.
Selesai mencuci, aku hantar kesemua piring ke depan semula.
"Nah" ujarku. Acik Surya hanya mengangguk kecil.
Tapi seperti ada yang kurang di sini..
Aku lihat tempat duduk abang sudah kosong. Mana abang?
Share this novel