"Abang Bahr, Abang.. dia... Hahahha..." Ketawa Becky. "Kau dah kenapa, kena sampuk hantu ke tiba-tiba ketawa.. Tadi bukannya main dia menangis." Kata Anya.
"Sorry bestie. Nilah, kalau Abang ajak, dah tentu kau tak nak keluar. Ni Abang belanja makan sempena kau selamatkan dia." Kata Becky.
"Hurm.. ada juga sempena-sempenanya, mana abang sepupu kesayangan kau tu?" Soal Anya.
"I' m here Candy." Bisik Bahr. "Hish! Main bisik-bisik, aku hempuk juga lah korang berdua ni. Tahu tak aku kena siapkan rekaan aku." marah Anya.
"Chill lah, nanti aku bantu. Dah, jom kita makan. Kita makan puas-puas. Abang belanja." Kata Becky. Anya hanya mengelengkan kepalanya.
"Mari Candy.." panggil Bahr.
***
"Anya, kau dah ready ke semuanya nak ke Paris?" Soal Becky, terangkat kepala Bahr.
"Dah.." kata Anya meneruskan makan, tidak menghiraukan pandangan maut Bahr di sisinya sekarang. Dia hanya buat tak endah.
"Lusa kan kau jalan?" Soal Becky, yang tadinya mata kini kedengaran dengusan daripada lelaki di sisinya. "A ah, kau nak oleh-oleh tak?" Soal Anya. Menyoal Becky seakan lelaki di sebelahnya tidak wujud.
"Of course nak, collection terbaharu daripada Dior tau." Kata Becky. "Okay.. anything for you." Kata Anya. "Becky, tolong Abang kijap.. tolong ambil barang Abang dekat kereta, lupa lah.. nak bagi Anya sebenarnya.." senyum memikat Bahr.
"Okay Abang." Kata Becky, menurut arahan. Setelah Becky meninggalkan mereka. Bahr menarik kerusi Anya dan mereka bertentang mata.
"Kenapa tak bagitahu pun yang kau akan ke Paris lusa?" Soal Bahr, merah mukanya. "Eh, kau dah kenapa? Bapa aku ke yang nak aku kena minta izin ?" Soal Anya.
"Bukan macam tu, tapi.. tak adil lah .. selalunya kau akan cakap dengan aku, seminggu sebelum ni lusa.. kau dah nak pergi Paris. Kau tak bagitahu aku langsung.." kata Bahr, tak puas hati.
"Eh.. kau dah kenapa ni?" Soal Anya. "Yelah.. aku ni siapa kau, dekat Becky kau info, dekat aku.. sakit tau hati aku kau macam belakangkan aku." Kata Bahr.
"Memang layaklah dia tahu.. dia tu PA aku merangkap penolong aku dekat butik. Kau siapa?" Soal Anya lagi. "Aku siapa? Aku ni sahabat kau, tau. Kau tu partner in crime aku. Kau belakangkan aku.. tak aci tau. Aku ni, semua aku cerita dekat kau.. tak ada satu pun lepas, aku pergi Jepun bulan lalu, kau orang pertama tau aku bagitahu, kedua baru mak aku." Kata Bahr.
Nak tergelak Anya mendengar. "Tak kan tu pun kau nak merajuk.." kata Anya lagi. "Memang aku merajuk, terasa hati.. partner in crime aku anggap aku macam mana aku anggap dia selama ni." Kata Bahr.
"Hishh.. dia nilah, dah lah tu... Okay, kau nak oleh-oleh apa, aku belikan?" Pujuk Anya.. "betul ni? Okay kalau macam tu aku nak..." Belum sempat Bahr meneruskan kata-kata, sampai Becky ke meja mereka. Kerusi Anya ditolak ke tempat asal.
"Korang kenapa? Gaduh lagi ke?" Kata Becky, tak sah dua orang di hadapannya ni bergaduh sehari. "Korang jangan lah gaduh-gaduh, nanti terkahwin tau. Ni Mummy yang pesan dekat aku." Kata Becky tersenyum simpul.
"A ah lah. Mama pun ada cakap juga dengan aku, dia cakap... Kalau nak cari menantu untuk dia, cari spek macam Anya Inayla, orang lain Mama tak nak. Hehehhe.." tambah.
"Korang dua ni, dah-dah lah tu, makan!" Tegas Anya, ada sahaja karenah dua sepupu ni. "Nah Abang, apa dalam tu?" Soal Becky. "Ada benda paling berharga." Kata Bahr.
Bahr membuka kotak dan memberikan satu persatu. "Ni abang tempah khas daripada Apple tau. Smart tag, boleh lah letak dekat mana-mana. Warna pink tu Becky, warna purple tua ni untuk Anya dan warna kelabu gelap untuk Abang.." kata Bahr.
Muka tonyeh Anya kelihatan. "Ni untuk apa? Kalau setakat nak cari Iphone hilang, boleh misscall lah.." kata Anya. "Memang tu pun kegunaannya.. okay anak-anak, cakap apa dekat papa?" Soal Bahr.
"Terima kasih Papa..." Kata Becky sambil menyenggol Anya. Mahu gila melayan dua orang ni. "Terima kasih Papa ." Kata Anya malas.
"Sedap pula bila Anya cakap Papa dekat Abang, kan Becky?" Ketawa Bahr. Anya hanya menjeling.
***
"Good morning.." kata Anya kepada semua pekerjanya. Dia ada lebih kurang hari ini sahaja untuk menyiapkan kerja kerana esok dia akan berlepas ke Paris.
"Good morning bos." Kata pekerjanya. "Bahagian ni dah siap?" Soal Anya. "Dah semua bos, kerja bos hari ni tinggal tambahkan batu dan laces dekat baju ni.." terang pekerjanya.
"How about make up? Becky?" Soal Anya. Becky jika waktu bekerja, memang datang moodnya serius.
"Make-up? I am suggesting more natural lika Thailand MUA." Anya menganggukkan kepalanya. "Okay.. bagus juga kan. Okay team! Let's work together.. lepas saya balik dari Paris, saya akan bawa semua pekerja, kita bercuti ke Bali." Kata Anya, ingin memberikan semangat.
"Yes...." Teriak lima enam orang pekerja, termasuk lah Becky. "Dah Becky, aku masuk dalam dulu tau. On behalf aku, kalau tak penting. Aku tak nak dikacau ye. I need to finish my masterpiece design. Thank you, kau jangan lupa pergi makan." Sempat Anya mengarahkan Becky.
"Kau tu yang jangan lupa pergi makan, nanti Abang Bahr risau." Kata Becky. "Kadangkala aku tertanya juga, kenapa abang sepupu kau tu perlu risaukan aku? Soalan Anya. "Entahlah, mungkin sebab dia nak balas budi selama kau jaga aku kut. Yelah.. Besar tau budi kau tu dekat family kita orang, lagipun.. Abang Bahr dengan aku tu, dah macam adik-beradik tau. Mana taknya, ibu aku dengan ibu dia dua orang je adik-beradik." kata Becky.
"Becky.. pasal tu, tak payah lah nak terhutang budi. Aku dengan kau pun dah macam adik-beradik." kata Anya. "Anya.. serious talk, kalau lah Abang Bahr masih single, betul.. aku nak sangat kau tu kahwin dengan Abang Bahr. Tapi, yalah.. kau pun pernah cakap dengan aku yang kau tak nak lelaki macam tu." kata Becky.
Anya melihat wajah Becky, "Abang Bahr tu memang baik, tapi.. baik dia tulah yang menyebabkan semua gadis nak jadikan dia stok suami. Walaupun sebenarnya Abang Bahr takde lah nak bagi apa-apa komitmen dalam hubungan." kata Becky.
"Kita sekarang ni tengah mengumpat sepupu kau ke?" soal Anya terus ketawa. "Tapi, aku harap suatu hari nanti, Abang Bahr berubah dan kau akan menerima dia.. bukan sebagai partner in crime dia tapi.. sebagai isteri dia. Aku nak kedua orang yang aku sayang.. Bahagia." tutur Becky dengan harapan.
"Dah.. jangan nak emosi sangat, nanti labuci entah ke mana, lace entah ke mana. Aku masuk bilik dulu. Kau jangan lupa makan. Sayang kau.." kata Anya memeluk Becky terus masuk ke biliknya.
Melihatkan Anya masuk ke bilik, Becky mengelengkan kepalanya. "Tapi.. aku pun tertanya juga, banyak-banyak perempuan, kenapa Abang Bahr pilih Anya jadi partner in crime dia?" soal Becky, sendiri.
Stay tuned for more chapter.
Share this novel