BAB 7

Short Story Completed 93520

"Yang ni okay tak?"

Tersentak Afrina yang sejak tadi termenung jauh memandang kolam renang di tepi banglo itu.Segera anak matanya mencari wajah wanita yang sibuk membelek katalog perkahwinan di tangan.

Senyuman kelat dilemparkan apabila kening Datin Nelly terjongket sedikit ke arahnya, isyarat mahukan jawapan daripadanya.Anak mata meleret pula pada jari gambar sepasang dress labuh berwarna putih.

"Errr....Rina rasa tak nak terlalu over"balasnya dengan nada perlahan.Senyuman pahit terukir lagi di bibir.

"Penatlah Rina.Banyak dah benda bonda tunjuk dekat kamu?"marah Datin Nelly dengan sikap acuh tak acuh anak daranya itu.Kejap dia beria-ia lepas tu diam aje.

"Err.. sorry bonda"Afrina tersengih.

Pening sungguh kepalanya dengan sikap Afrina yang berubah-ubah.Namun dia bersyukur kerana Datin Habsah akhirnya menerima juga anaknya sebagai menantu.Dia cukup yakin Arjuna akan mampu menjaga Afrina lebih baik.

Dari pandangan tuanya, Afrina dan Arjuna sangat sepadan.Kedua-duanya sangat cocok Orang kata api tak mungkin boleh dilawan dengan api,kena dipadankan dengan unsur yang lebih sejuk untuk seimbang.

"Hrmmmm....bonda suka yang ini Rina, cantik sangat.Sesuai dengan majlis nikah nanti"Komen Datin Nelly ceria.Matanya masih liar memerhati katalog yang dibawa oleh wakil perancang perkahwinan yang diupahnya.Terpandangkan riak keruh di wajah anak daranya itu, perasaannya serba salah pula.

"Rina tak suka yang ni ya? Mama terlupa pulak Rina ni fashion designer, mesti Rina ada idea yang lebih baik, kan?"

"Bukan apa Bonda Rina kalau boleh nak majlis kecil-kecil aje.Rina tak suka ramai orang pada majlis Rina nanti"rungut Afrina.

Yalah, Dia cukup yakin dengan perangai Arjuna Basith yang mesti terpaksa mengahwininya.Maklumlah sepuluh tahun dia kejar cinta Arjuna tapi tak pernah lelaki itu membalas cintanya.

"Memanglah Rina kata nak buat kecil-kecilan tapi nikan pertama kali Rina naik pelamin,kenallah buat elok sikit"pujuk Datin Nelly lembut.

Afrina ketap bibir.

"Please bonda just simple majlis aje.Cukuplah"kata Afrina meninggalkan Datin Nelly keseorangan disitu.

********

Arjuna mengetuk pintu rumah Diya berkali-kali.Pintu dikuak dari dalam dan muncul Diya dimuka pintu.

"Diya... please aku nak jumpa Ratna"rayu Arjuna pada Diya.

Diya memeluk tubuh dan memandang wajah suami kawannya itu."Ratna....kau dah buat salah pada dia.Kau berani nak cari dia lagi?"soal Diya dengan geram.

"Tolong aku Diya.Ratna masih isteri aku.Aku ada hak nak jumpa dengan dia.Aku nak minta maaf dengan dia"kesal Arjuna.

"Ratna tak datang sini pun"ujar Diya pada Arjuna.

"Kau tipu aku kan? Kau nak sorok Ratna pada aku kan?"soal Arjuna semula.

"Aku tak ada masa nak tipu kau.Aku dah cakap Ratna tak datang sini pun.Kalau dia ada dekat sini pun dia tak nak jumpa kaulah"marah Diya.

Arjuna meliarkan matanya memandang sekeliling rumah Diya.

"Tolong bagitahu kalau Ratna datang.Aku betul-betul minta maaf dan aku menyesal apa aku buat pada dia"Arjuna merayu.

"Masa kau buat kau, ada kau fikir perasaan dia.Hati dia? Sakit sebab kau?.Kau nak kau ambil, kau tak nak kau campak dia"ucap Diya dengan nada suara rendah.

"Arjuna!!!" panggil seseorang dari arah belakangnya.Eiyad muncul di depan apartment.Dia mencengkam kolar baju Arjuna dan menolaknya ke dinding.
"Kau buat apa dekat sini? Tak puas lagi sakitkan hati dia?"marah Eiyad.

"Aku minta maaf Eiyad.Aku tahu salah.Aku banyak salah dengan dia.Aku sakitkan hati dia.Tapi tolong aku, Eiyad.Aku cintakan Ratna"Arjuna mengongoi pada Eiyad.Airmatanya jatuh saat ini.Dia benar-benar tidak mahu kehilangan nyawanya.

Eiyad melepaskan kolar baju Arjuna perlahan."Manusia macam kau ni tak layak dapat cinta Ratna.Sebab kau banyak sia-siakan cinta dia.Kalau betul kau ni cintakan dia.Aku nak kau betulkan semua ni"ugut Eiyad pada Arjuna.

"Aku tak tahu nak cari dia dekat mana sekarang?"soal Arjuna pada mereka berdua dihadapannya.

"Kau kenal Ratna? Mesti kau tahu dia dekat mana sekarang?"kata Eiyad pada Arjuna.Arjuna mengesat airmatanya dan melangkah laju meninggalkan apartment itu.

Diya menepis bahu Eiyad kasar."Kenapa kau masih tolong dia? Dia dah sakitkan hati kawan baik aku"marah Diya pada Eiyad.

"Itu urusan rumah tangga diaorang.Kita jangan masuk campur Diya"ujar Eiyad dengan nada mendatar.

Diya mengeluh berat.

"Biar diaorang selesaikan masalah diaorang.Ratna mana?"tanya Eiyad.

"Ratna balik kampung dia, itu yang dia mesej aku tadi"balas Diya.

********

"Asalamualaikum...Umi" satu suara memberi salam dibawah rumah.Wanita dalam lingkungan 50 an keluar menjenguk siapa gerangan yang datang rumahnya.

Dia tak menyangka.Ratna berada di depannya sekarang.Ratna mencapai tangan Puan Samsiah dan dikucupnya lembut.Lama Ratna memeluk erat badan Puan Samsiah.

Indah yang berada dimuka pintu hanya memerhati dua beranak itu."Kenapa balik tak cakap Ratna.Umi risaukan kamu"ujarnya mencium pipi Ratna.

"Ratna minta maaf dengan Umi.Ratna..."dia tidak mampu menahan sebak.

"Dah benda yang lepas jangan terbawa-bawa. Berat dugaan anak Umi"usap Puan Samsiah.

Ratna tergamam.Dia memandang wajah Indah dipintu.Indah mengangguk kepala tanda dia sudah memaklumkan perkara sebenar kepada Puan Samsiah.

********

Puan Samsiah sedang menyiang ikan didapur.Dia bermain dengan jarinya.Kakinya melangkah menuruni tangga ke dapur.

"Umi...sibuk ke?"soal Indah yang mencapai pisau untuk mengupas bawang."Tak sibuk kenapa? Kamu macam ada benda nak bagitahu Umi?"soal Puan Samsiah.

Indah cuba mengawal riak wajah."Sebenarnya.. Umi Indah ada benda nak bagitahu Umi.Indah harap Umi tak marah dengan apa yang Indah nak cerita dekat Umi ni"ujar Indah sambil cuba membaca wajah Puan Samsiah.

"Okay....ceritanya macam ni." Indah menceritakan perihal Ratna kepada Puan Samsiah.Pada awalnya wajah Puan Samsiah agak terkejut.

"Sekarang Akak ada masalah dengan suami dia"kata Indah.

"Astagfirullah Al Azim.. Sanggup kamu dan kakak kamu tipu Umi.Ni Umi masih hidup kamu tipu perkara yang besar.Kalau arwah Abah ada Umi tak tahu apa dia buat pada kakak kamu" ujar Puan Samsiah dengan nada marah.

"Umi jangan marah Kak Ratna.Lagipun sekarang ni dia tengah mengandung Umi"ucap Indah.

Dugaan apa yang anak gadisnya ini hadap? Kenapa sungguh berat ujiannya?.

"Umi nak kamu telefon kakak kamu sekarang.Umi nak cakap dengan dia"ujar Puan Samsiah.

"Tak perlu Umi.Kak Ratna balik sini harini"ucap Indah perlahan.Puan Samsiah mencerlungkan matanya pada Indah.

*********

Puan Samsiah hilang ke dapur.Tinggal Ratna dan Indah didalam bilik.

"Akak sabarlah sikit dengan Umi tu.Macam akak tak kenal Umi tu.Dia cuma risaukan akak aje"ucap Indah untuk menghilangkan resah dalam diri Ratna.

"Akak tahu cuma, Akak betul-betul dah kecewa kan Umi dan arwah Abah kita.Arwah abah tak pernah ajar Akak menipu lagi-lagi tipu Umi"ujar Ratna menundukkan wajahnya.

"Dahlah kak tak payah fikir.Kesian anak buah Indah dalam perut akak ni.Umi kalau dengan cucu mesti dia cepat lembut punya"kata Indah memujuk Ratna.

Ratna tersenyum manis.

"Akak balik sini ni ada minta izin suami akak tak?"tanya Indah.

Ratna menggelengkan kepalanya dengan perlahan.Indah mengeluh kecil.

"Indah bukan apa Kak.Restu suami tu penting walau seteruk mana pun suami pada kita"nasihat Indah pada kakaknya.

"Dah tak penting semua ni.Akak balik sini nak lupakan semuanya.Akak nak mulakan hidup baru dengan baby dengan keluarga kita "ucap Ratna sambil memandang wajah Indah.

Indah mengenggam tangan Ratna erat.Dia tahu Ratna kuat hadapi semua ujian ni.

******

"Eugene I nak you batalkan semua appointment saya.Tukar pada tarikh lain, dan apa-apa nak dapatkan approve sila jumpa Tuan Andika.Saya ada hal dekat luar KL.Saya tak tahu sampai bila"pesan Arjuna dalam telefonnya.

Dia memandu Mazda CX-5 miliknya menuju ke Sekinchan.Dia masih ingat Ratna pernah cerita padanya tentang keluarganya dan tempat tinggal keluarganya.

Dia berharap masih belum terlambat untuk dia mengambil hati Ratna semula.Dia mahu melupakan semua yang berlaku dari London sampai saat ini.Hati Ratna harus dimenangi kerana tiada wanita yang mampu mengoncang tangkai hatinya selain isterinya Ratna Zinnirah.

Ya! anak tu anak aku.Anak aku dengan Ratna.Aku muntah-muntah haritu sebab dia anak aku."Sayang.. tunggu Ayah datang.Ayah takkan sia-siakan kamu dan Mummy"katanya dalam hatinya.

Airmatanya terus mengalir laju.Dia mengesat airmatanya.Dia tidak mahu kehilangan Ratna.Biarlah Ratna membencinya saat ini.Tapi dia akan terus berusaha untuk dapatkan Ratna semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience