Bab 5

Drama Series 6860

Rainah sudah tercongok di pintu utama syarikat Jaz'S Enterprise. Johanna tidak dapat menghantarnya ke atas kerana perlu segera menghadiri mesyuarat penting. Teragak-agak Rainah untuk masuk.

"Assalamualaikum.... Cik Rainah kan...yang masuk kerja hari ni kan?...", tegur seorang gadis.

"Yer...", Rainah menjawab teragak-agak.

Gadis itu tersenyum.

"Oh, jomlah masuk. Saya Damia... Bukan inai Damia yang viral tu....", seloroh Damia.

"Saya secretary Encik Lokman...." sambungnya lagi sambil menghulurkan tangan.

Tangan mereka bertaut. Rainah hanya tersenyum dan diam mendengar. Dia memang jenis yang kurang bercakap. Tak tahu mana nak mencelah. Langkah Damia di ikut dari belakang.

Damia yang melihat Rainah berada di belakang, berpusing semula lalu menarik tangan Rainah supaya bersaing dengannya. Rainah tergamam dengan tingkah Damia. Tersangat mesra. Namun itu membuatkan Rainah tidak sedap hati.

Semasa menunggu lif terbuka. Damia rancak bercerita. Rainah hanya mendengar.

Waktu memasuki lif, seseorang sedang berlari ke arah mereka. Mujur Damia sempat menekan lif supaya terbuka. Lelaki itu termengah-mengah.

"Assalamualaikum Encik Arjuna...", sapa Damia.

"Wassalam... Fuh... Sib baik you tunggu I tadi...", masih mengah.

Arjuna belum lagi memandang ke arah Damia. Apabila menyedari bukan Damia seorang, dia menoleh melihat siapa gerangan di tepi Damia. Terpaku melihat si gadis.

'Cantiknya..'

"Ehem...", Damia berdehem.

Rainah hanya menunduk. Dia sedar lelaki di hadapannya sedang menilik dirinya. Dia berasa sedikit segan.

"Encik Arjuna... kenalkan ni , Cik Rainah. Penolong kerani bahagian you nanti.... Rainah, ni bos bahagian awak..."

Rainah memandang lelaki itu sambil tersenyum.

"Oh... Encik Lokman baru cakap semalam. Cepatnya..."

Air muka Rainah berubah. Berasa serba salah. Kerana dia, Johanna meminta kawannya memberi kerja kepadanya.

"You kan cuti 2 minggu... Minggu lepas lagi, Encik Lokman beritahu I....", jelas Damia apabila melihat wajah keruh Rainah.

Arjuna perasan akan perubahan Rainah.

"Yela... Sorry, lupa lak...", Arjuna menyengih.

Rainah mendiamkan diri.

"Macam mana majlis pertunangan Encik Arjuna?", tanya Damia selamba.

Arjuna kaget. Dia melihat ke arah Rainah. Rainah hanya diam tanpa reaksi.

"Err... Okey... "

Damia sengih. Sengaja bertanya. Dia tidak ingin Arjuna memainkan perasaan Rainah. Playboy katakan. Mulut bersemut.

'Hishh.... Damia ni sengaja betul. Baru nak test market. Dah la cantik....', gerutu Arjuna dalam hati.

Ting. Lif terbuka di tingkat 8. Sebelum Arjuna keluar, dia menoleh ke arah Damia dan Rainah.

"I hantar nanti. Encik Lokman nak jumpa Cik Rainah dulu...", jelas Damia.

Damia faham dengan pandangan Arjuna.

'Susah betul, mata keranjang ni.... mentang-mentang hensem...hish...'

Damia mendengus. Rainah memandang Damia tatkala lif tertutup. Mereka keluar setelah tiba di tingkat 15.

"Rainah, jaga-jaga sikit dengan Encik Arjuna. Nak lunch ker, apa ker, awak tunggu saya jer...."

Damia mengingatkan Rainah. Sampai di mejanya, Damia meletakkan beg tangan.

"Awak duduk kat sofa dulu. Jap lagi Encik Lokman masuk. Saya nak sediakan air mineral untuk dia jap..."

Rainah hanya mengangguk sambil melirik tingkah Damia yang hilang di balik pantri. Matanya meliar ke sekeliling. Di luar itu hanya terdapat 3 meja di luar yang di lengkapi dengan komputer riba dan terdapat 3 buah bilik. Terdapat mesin fotostat di satu sudut.

Damia keluar dari pantri dengan sebotol mineral dan secawan kopi , lalu masuk ke bilik di hadapannya. Tak lama dia keluar dengan membawa botol kosong.

"Rainah, awak minum kopi tak? Saya buat lebih... Jom, pantri..", Damia menarik Rainah ke pantri.

Rainah terkedu apabila di dudukkan ke kerusi. Damia menuang kopi. Cawan di hulur pada Rainah.

"Cubalah... "

Rainah senyum sambil menghirup sedikit. Matanya terbuntang.

"Sedap...?"

"Yelah. Sedap...", Rainah senyum.

"Kopi ni, Encik Lokman beli kat Bandung.... Saya pun dah ketagih...Hahaha...", gelak Damia.

Rainah hanya tersenyum melihat keletah Damia.

"Amboii gelak... Tak ajak I pun...", tegur seseorang dari belakang Rainah.

Senyum Rainah mati tetiba. Suara itu menyentak sanubarinya. Senyumnya mati. Pucat.

"Encik Lokman... Baru sampai ker...?"

Lokman hanya memandang tepat pada Damia, belakang gadis di depannya di kerling.

"Taklah... Tahun lepas lagi I dah sampai..."

"Hahaha ,lawak la sangat bosku...", Damia gelak.

"Mana pekerja baru tu..? Tadi you wasap cakap dah sampai. Bawa masuk bilik yek...", Lokman berpaling melangkah ke biliknya.

"Baik Bos...", Damia menguatkan suara tatkala Lokman sudah jauh sedikit.

"Jom Rainah...."

Rainah masih kaku. Damia pelik melihat wajah Rainah yang pucat.

"Rainah, awak okey...", tangannya memegang bahu Rainah.

Rainah tersentak.

"Saya okey...,"gugup suara Rainah.

Rainah bangun perlahan mengikut Damia. Dia menarik nafas perlahan-lahan supaya dapat bertenang. Sebaik pintu di kuak. Rainah mengangkat wajahnya melihat 'Encik Lokman' yang sedang tunduk meneliti dokumen.

"Bos...."

Lokman mengangkat mukanya. Wajahnya tenang melihat Rainah.

Rainah sudah pucat apabila melihat Lokman.

"Rainah...", Damia memanggil.

Namun Rainah sudah tumbang ke lantai. Damia berlari ke arah Rainah. Lokman juga bergegas.

"Rai... Rai...", Lokman menepuk pipi Rainah ,cemas.

Damia memandang pelik kepada Lokman. Lokman mengangkat Rainah ke sofa.

"Damia, ambil air...", arah Lokman.

Damia kalut mengambil air mineral atas meja Lokman. Segera di hulurkan pada Lokman.

Lokman segera merenjis air ke wajah Rainah. Rainah perlahan membuka mata. Kepalanya masih pening. Tunak matanya memandang Lokman yang berdepan dengannya.

"Nah, minum air dulu...", Lokman menyuakan botol ke bibir Rainah.

Rainah meneguk sedikit. Dia mengensot sedikit supaya berjauhan dengan Lokman. Lokman memandang wajah pucat gadis di depannya. Damia yang melihat penuh persoalan di benaknya.

'Kenalkah...'

"Hakiem...", Rainah bersuara sayu.

Damia terkedu.

Lokman memandang wajah pucat Rainah. Tubuh yang dulu agak comel sudah susut. Dia menarik tubuh Rainah ke dalam pelukannya. Matanya bergenang.

"Kiem minta maaf...."

Rainah tersedu-sedu. Dia membiarkan saja. Hatinya yang sengsara menyebabkan dia tidak berfikiran wajar. Hatinya sedikit tenang.

Damia terbeliak melihat adegan itu. Dia tak pernah melihat Lokman menyentuh mana-mana perempuan selama ni.

'Biar betul...Bosku...'

Pintu bilik terkuak.

"Lokman....Akk...", Arjuna ternganga melihat mereka berpelukan.

Rainah menolak Lokman menjauh. Airmatanya di kesat. Dia menoleh ke arah lain. Tidak sedar akan sekeliling, malu sungguh dia. Lokman juga tersedar akan ketelanjurannya. Dia bingkas bangun.

"Arjuna, penolong you ni...suruh dia rehat dulu. Jangan bagi dia kerja lagi....Damia hantarkan dia ke bilik dia yer....", arah Lokman bersahaja.

Rainah mengerling ke arah Lokman sambil mengetap bibir.

'Malunya ya Allah....'

Damia memegang lengan Rainah.

"Awak boleh bangun tak....?", tanya Damia .

Rainah mengangguk perlahan.

"Saya tolong awak....", sampuk Arjuna sambil mendekat.

"Ehem... Arjuna, you tunggu dulu. I ada nak bincang sesuatu....", Lokman memintas.

Gerakan kaki Arjuna terhenti. Damia menahan tawa.

'Huh... nak lawan bos... Rainah, memang bertuah kau...aku tak perlu risau lagi dengan buaya tu...', Damia senyum simpul.

Damia memapah perlahan Rainah. Rainah hanya diam. Fikirannya sudah menerawang jauh. Kecilnya dunia. Walaupun sudah bertahun mereka tidak bertemu, akhirnya berjumpa jua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience