Bab 43

Romance Completed 207871

Caden sudah pun keluar untuk membayar bil dan mengambil ubat. Intan pula masih lagi menunggu Caden di atas katil.

Tiba-tiba pintu ditolak dari luar. Sangkanya Caden tapi orang lain pula yang datang.

"Assalamualaikum" Aniq memberi salam.

"Waalaikumsalam. Eh, Tuan Aniq dengan Tuan Syam" sapa Intan.

"Duduk la Tuan" pelawa Intan.

"Awak macam mana, okey?" soal Aniq berbasi.

"Alhamdulillah.. Saya dah boleh discharge. Nasib baik Tuan awal, kalau tidak datang tengok katil je" gurau Intan.

"Oh, ye ke" balas Aniq.

"Tujuan kedatangan saya adalah mengucapkan terima kasih pada Intan di atas komitmen yang diberi hingga kita berjaya dengan serbuan yang dibuat"

"Tapi walaupun ketiga-tiga serbuan berjaya, orang yang paling dikehendaki masih lagi bebas" kata Aniq.

"Bebas, maksud Tuan, Cleine?" soal Intan tidak percaya.

"Ya, menurut sumber, dia sepatutnya berada di hotel semasa serbuan tetapi disebabkan ada masalah di kelabnya, Cleine tidak muncul malam tu" terang Aniq.

Berubah wajah Intan.

"Jadi sekarang ni, pihak atasan bimbangkan keselamatan awak Intan" sambung Syam pula.

Belum sempat Intan ingin berkata lanjut, pintu dibuka.

"Eh, Latifah. Awak buat kat sini?" soal Intan pada Latif yang melangkah masuk.

Segak la pulak walaupun hanya memakai jeans dan tshirt.

"Latifah?" soal Aniq dan Syam hampir serentak. Iyalah, yang masuk tadi lelaki bukan perempuan.

Tercetus ketawa Intan dan Latif.

"Kita orang kat hotel dah biasa panggil dia Latifah" terang Intan.

Mengeleng kepala Aniq dengan Syam. Ini kes undercover punya pasal la ni.

"Intan, ini Insp Latif dari D9 IPK Kuala Lumpur. Tuan Latif la bantuan yang Tuan Saiful maksudkan sebelum ini" Aniq kenalkan pada Intan.

Terus terhenti ketawa Intan.

"La.. Awak ke. Maaflah. Saya tak tahu" tak hilang lagi ketawa Intan.

"Kalau Tuan nak tau, Latif lelaki lembut kat hotel. Tu sebab kitaorang panggil dia Latifah. Kalau dengar si Latif ni bercakap, boleh cair. Lagi lembut dari saya yang perempuan ni" kata Intan.

Latif yang berada di tepi Intan hanya tersenyum.

"Tuan dengarlah cakap Puan Intan tu" kata Latif.

"Tak sangka lelaki sado pun boleh jadi lembut" usik Aniq.

"Terima kasih juga pada usaha Tuan Latif yang membantu dalam kes ini. Cuma itu lah, orang yang kita nak masih terlepas" kata Aniq pada Latif.

"Sama-sama Tuan, dah tugas kita"

Sedang mereka berbual, pintu sekali lagi terbuka. Kali ini Caden pula yang masuk.

Terhenti langkahnya di tengah pintu melihat tiga jejaka ketawa gembira dengan isterinya.

Tegak matanya memandang Intan. Masam muka Caden tetapi apabila Intan tersenyum padanya, terus hilang wajah mencuka tadi. Hai la, kawan sekerja Caden oi..

"Maaflah ganggu semua berbual" Caden bersuara.

"Mari sayang kenalkan. Yang paling kanan ni ASP Aniq, sebelah tu pula Insp Syam dan yang ini pula Insp Latif" Intan kenalkan pada Caden.

Saling bersalaman mereka berempat.

"Saya Caden Anaqi" kata Caden perkenalkan diri.

"Tuan Latif ni macam saya pernah nampak" tegur Caden.

Semua yang ada disitu ketawa kecil.

"Saya pun macam Intan juga, kerja di hotel tu" jawab Latif sambil tersenyum.

"En Caden" panggil Aniq.

"Tak payah berencik la Tuan, panggil Caden pun cukup" pantas Caden membetulkan panggilan. Lebih selesa.

"Caden, saya rasa awak pasti dah tau yang Cleine masih lagi bebas. Jadi, pihak atasan bimbangkan keselamatan Intan" terang Aniq.

"Ya, saya tahu. Jadi apa yang pihak polis mahu saya lakukan?" soal Caden.

"Pihak polis cuma mahu, jika ada sebarang maklumat mengenai kedudukan Cleine, diminta memaklumkan segera pada saya atau pun Insp Syam" kata Aniq lalu menyerahkan sehelai kertas yang mengandungi nombor telefonnya dan Syam.

"Baik. Jika ada apa-apa maklumat, saya akan beritahu pada Tuan." kata Caden lalu kertas diambil dan disimpan di dalam poket.

"Saya rasa kalau tak ada apa-apa, kami beransur dulu. Cuma saya ada satu soalan" kata Aniq.

"Soalan apa?" tanya Caden.

"Lepas discharge, Intan akan tinggal di mana, sebab pihak atasan masih belum tahu mengenai hubungan Intan dan Caden" terang Aniq.

"Intan tinggal di rumah saya. In sha Allah tak ada apa-apa." kata Caden.

"Kalau dah begitu, baiklah. Kami keluar dulu" kata Aniq lalu bersalam dengan Caden.

"Intan, saya balik dulu. Rehat sampai sembuh. Pasal kerja tak perlu fikir" pesan Syam.

Intan mengangguk.

"Terima kasih sebab datang melawat saya" kata Intan.

Ketiga-tiga mereka melangkah keluar dari bilik itu.

Caden tegak sahaja memandang Intan. Aik, tak habis lagi ke jealous nya ni..

"Seronok bergelak dengan tiga lelaki ye" kata Caden.

"Abang ni.. Tu semua rakan sekerja sayang je la. Takkan tu pun nak jealous. Meh sini" panggil Intan supaya Caden duduk di sebelahnya.

"Abang.. Hati sayang untuk abang seorang sahaja tau. Hati ni ada satu je dan abang dah ambil pun." kata Intan sambil tangan besar Caden diusap.

Caden hanya diam memerhatikan wajah Intan. Lalu perlahan Caden menunduk dan bibir Intan disapa. Lama..

"Urm.. Kat hospital ni" Intan menolak perlahan dada Caden.

Caden hanya tersenyum.

"Sayang dah siap? Kalau dah. Boleh kita balik sekarang" tanya Caden.

"Eh, bukan pukul dua nanti ke?" soal Intan pula.

"Dah. Dani bagitau abang dah boleh discharge" balas Caden sambil membantu Intan turun dari katil.

Kerusi roda diambil lalu di tolak menghampiri Intan.

"Kena guna ni ke?" soal Intan.

"Sayang bukan tak boleh berjalan. Tak apalah abang. Kalau duduk atas ni, rasa macam sakit teruk sangat pula" tolak Intan.

"Betul ni?" tanya Caden untuk kepastian.

"Iye lah. Sayang boleh berjalan. Sikit je tangan ni pun" balas Intan sambil tersenyum pada Caden.

Tidak lama Carlos tiba.

"Hai Carlos. Lama tak jumpa" tegur Intan gembira.

"Hai pretty" tegur Carlos.

Caden yang berada di sebelah Intan menjeling pada Carlos.

"Hahaha.. Ada orang jealous la Intan" Carlos ketawa.

Bergabung ketawa Intan dan Carlos. Sengaja mahu mengusik Caden.

Setelah selesai berkemas, Intan, Caden dan Carlos meninggalkan hospital.

Kereta dipandu Carlos laju meluncur menuju ke rumah Caden.

"Lupa nak tanya, baju-baju sayang macam mana? Masih ada di rumah sayang" tanya Intan pada Caden disebelahnya.

"Dah, dah ambil pun" bagitau Caden.

"Eh, macam mana abang ambil?" soal Intan pelik.

Caden di sebelah hanya tersenyum.

Lebih kurang empat puluh minit, kereta dipandu Carlos memasuki perkarangan banglo yang mewah.

Ada pondok pengawal keselamatan di kanan pintu pagar.

Amboi, besarnya rumah. Siap ada security.

"Rumah abang ke ni?" soal Intan kagum.

"Rumah kita" Caden betulkan ayat Intan.

Tersenyum Intan lalu pipi Caden dicium sekilas. Lupa pada Carlos yang sedang memandu di hadapan.

Sebaik pintu dibuka, terpegun Intan dengan hiasan dalamannya.

"Masuklah." ajak Caden.

"Sini abang tunjuk bilik kita" sambung Caden mendahului Intan.

"Abang tinggal seorang ke dalam rumah besar macam ni?" soal Intan pada Caden.

"Tak, ada Kak Sal, Abang Budin, security pun ada." balas Caden.

"Main-main la abang ni" marah Intan.

Caden hanya ketawa.

"Sini kita naik tingkat atas" ajak Caden ke arah lift.

"Dah lama ke abang tinggal di sini?" soal Intan pada Caden semasa berada di dalam lift.

"Baru lagi, tak sampai setahun. Sebelum ini abang tinggal dengan papa di villa. Come." panggil Caden.

Pintu bilik dibuka. Intan melangkah masuk. Amboi.. Besarnya bilik, dia punya luas macam boleh main bola.

"Sayang rehat dulu, nanti abang minta Kak Sal masak untuk kita" ucap Caden lalu pipi Intan dikucup seketika.

"Okey abang" balas Intan.

Malam itu awal Intan lelapkan mata. Caden pula sibuk di bilik kerjanya. Mulai hari ini, Caden akan melakukan tugas pejabat di rumah sahaja sehinggalah Intan sihat sepenuhnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience