(malamnya)
Nabilla melihat drama di televisyen.Dia tersenyum memandang telatah pelakon tersebut di televisyen.
"Kak bell nak tahu,sebenarnya dialah pembunuh tu,"kata Irwan dan dipukul oleh Irdina.
"Pak uda janganlah bagitahu kak bell!"katanya marah.
"Kak bell dah tahu,"balas Nabilla,tersenyum.
"Macam mana kak bell tahu?"tanya mereka.
"Tengok gaya badan pun dah tahu,"kata Nabilla,tersenyum.
"Serius?Cuba bagi contoh,"pinta Irwan.Nabilla tersenyum.Dia menunjuk ke arah Bariah yang sedang bersembang bersama Fina.
"Tengok umie.Kalau kaki dia sejajar dengan kedudukan mak,maksudnya dia excited nak dengar cerita mak,"kata Nabilla.
"Lagi lagi?"pinta Irdina,teruja.
"Tengok abang Thaqif.Kaki dia bergoyang,maksudnya dia tengah risau fikirkan sesuatu,"
"Lagi lagi,"pinta Irwan pula.Nabilla tersenyum dan mencari kelibat orang lain pula.Matanya menangkap kelibat Iskandar yang sedang memandangnya dari jauh namun hanya dia sahaja yang perasan kehadiran Iskandar di situ.
'Kalau kening dia terangkat,bibirnya terbuka sedikit,itu maksudnya dia mahukan kita.Kalau matanya tepat memandang tepat ke arah mata kamu walaupun dia tahu kamu sedang melihatnya,itu bermaksud dia sedia risikokan segala-galanya demi menjadikan kamu miliknya,'
Tersentak dia apabila dia disentuh oleh Irdina.
"Lagi kak bell?"
Nabilla tersenyum lalu menggeleng.
"Dah cukup.Mana boleh bagitahu banyak-banyak..Tak best ah..Kita sambung tengok lagi,"kata Nabilla."Alaa,"Nabilla tersenyum melihat cebikan Irdina dan Irwan.Walaupun mulutnya tersenyum tetapi tidak hatinya.Dia masih tidak percaya dia akan ditenung sebegitu oleh Iskandar.
Selepas tiga hari bersama keluarga,mereka mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.Nabilla tersenyum ke arah Thaqif yang sedang memasak di dapur.Dia menongkatkan dagunya,melihat jejaka yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan sarapan.
"Jangan tenung lama sangat.Rasa macam terbakar dah baju ni,"kata Thaqif secara tiba-tiba dan itu membuatkan Nabilla terkejut.
"Ma...Mana ada..Perasan,"kata Nabilla,membetulkan bajunya.Kantoila tenung anak orang.
"Taknak ngaku,"Nabilla tersenyum malu dan menunduk.
"Nampak sedap.Masak apa?"
"Karipap je,"
"Laa.Kenapa tak suruh Nabilla je?"
"Takpek.Thaqif boleh,"Nabilla tersenyum.
Tiba-tiba,bunyi hon kereta berbunyi di hadapan rumah mereka dan itu membuatkan mereka keliru.
"Biar Nabilla tengok,"kata Nabilla tetapi dihalang oleh suaminya.
"Eh takpek.Biar Thaqif tengokkan,"kata Thaqif.Dia pun pergi ke hadapan rumahnya dan membuka pintu.Dapat dia melihat keluarganya yang sedang menunggu di hadapan rumah.
"Assalammualaikum,"panggil Tuan Daud,bapanya.
"Waalaikummussalam.Papa,mama,"balasnya.
Tuan Daud dan Puan Maria tersenyum melihat anak bongsunya yang satu ini."Kenapa datang tak bagitahu?Bolehlah masak banyak-banyak,"kata Thaqif,memeluk bapanya.
"Kami datang sekejap je,"kata Tuan Daud.
"Kejap.Thaqif panggil Nabilla.Papa mama duduklah dulu,"katanya dan pergi.
"Betul ke awak nak buat macam ni Maria?"sembang Tuan Daud bersama isterinya yang sedang menunduk.
"Saya..."
"Kalau awak tak pasti,awak jangan buat,"
"Ini kebaikan diorang juga bang,"kata Maria,teragak-agak.Tuan Daud menghembuskan nafas berat.
"Saya tengok diorang tu bahagia je.Awak nak bahagia yang macam mana lagi?"
"Saya...."
"Mama,papa,minumlah air ni dulu.Nabilla tengah goreng karipap.Thaqif nak ambilkan tudung Nabilla kejap,"katanya.Tuan Daud dan Puan Maria mengangguk.
"Nabilla memang selalu masak ke?"tanya Puan Maria.Aiman tersenyum manis dan mengangguk laju.
"Selalu sangat ma.Sebelum dia pergi kerja,dia dah siapkan makanan dah.Dia punya schedule kerja lebih awal,tu yang dia siap-siapkan semua sebelum dia pergi kerja,"jelas Thaqif,bersemangat.
"Thaqif ambilkan tudung Nabilla ye,"
"Pergilah,"Thaqif pun pergi.Tuan Daud pun memandang isterinya.
"Awak dengar?Nabilla dah buat apa yang dia patut buat sebagai seorang isteri dan Thaqif pun suka dengan apa yang Nabilla buat.Apa salahnya menantu kita tu?"
"Dia mandul bang.Dia tak boleh bagi kita cucu,"
"Kita dah ada berpuluh-puluh cucu dah sayang..Apa lagi?"
"Bukan untuk kita tapi untuk diorang bang.Thaqif mula-mula memang macam tu,lama-lama nanti dia mesti nak merasa jadi bapa.Nak dengar suara rengekan bayi,nak gendong bayi,nak mendidik,nak berjaya,nak melahirkan seorang ilmuwan.Lama-lama dia nak buat semua tu,"
"Biarlah diorang sayang.Anak kita tu polis,menantu kita tu lawyer.Masing-masing bijak pandai,tahulah macam mana diorang nak dapat anak nanti,"
Nabilla menunduk.Entah bagaimana suara bapa dan ibu mertuanya boleh didengari olehnya sehingga ke dapur padahal jarak mereka sudah begitu jauh.Entah mengapa mata mula berair.Seperti menjadi seorang yang gagal dan seorang yang tidak berguna!Hidupnya penuh dengan kegagalan.Malang sungguh nasib suaminya.Mengapalah dia menerima lamaran itu?Lekas dia mengesat air matanya.Dia terus membasuh mukanya dengan air dan berpura-pura memotong bawang.
"Nabilla,tudung,"kata Thaqif,menghulurkan tudung kepada Nabilla."Ouh,kejap.Nabilla basuh tangan,"kata Nabilla,menunjukkan tangannya bahawa dia sedang memotong bawang.
"Nabilla,kenapa ni?Okay tak?"tanya Thaqif,,memegang bahu Nabilla.
"Okaylah.Nabilla potong bawang je,"
"Takkanlah potong bawang sampai muka macam ni.Pipi takkan jadi merah kalau potong bawang je,"kata Thaqif.Nabilla tersenyum biasa.
"Betul,Nabilla potong bawang.Mata Nabilla sensitif sikit,"Thaqif tersenyum dan melihat mata Nabilla dengan dekat.
"The bees must consider your eyes as the flower,"kata Thaqif dan itu membuatkan Nabilla malu.
"Thaqif,Nabilla,"panggil Puan Maria."Ye mama.Kejap.Awning Nabilla ni tak jadi pulak,"kata Thaqif,menyarungkan tudung sarung Nabilla.Dia pun membetulkan tudung Nabilla lalu membasuh tangan dan wajah Nabilla.
"I love you,"bisik Thaqif,dan mencium dahi Nabilla.Nabilla tersenyum.Hilang seketika resahnya apabila mendapat ciuman di dahi.Cuma hajat kedua ibu bapa mertuanya membawa kerisauan setinggi gunung!
Share this novel