5 : Move on..

Short Story Series 1175

Aku scroll instagram lepas buka twitter. Selepas bosan aku buka fb lepas tu whatsapp dan buka balik instagram. "Arghhhh!! Bosannyaaaaa.. Wehhh ilaaa carila kat sorang bosan nihh..". Kata aku. "Hahahhahah aku pun takde wehh, nak cari kat kau. Baik aku cari kat aku." Kata ila sambil bermain gamenya. "Alaa kau kan ada banyak skandal, ermmm tak mau skandal kau. Yang bukan skandal takda ke?". Ila memandang ku membalas "Anip adaaa tak mau ke? Badan besar gituuu, nanti boleh jaga kaau. Hahhahahh". Aku memandang ila dengan mata yang tajam "Tak mau laa kawan kelas. Kau ni tak mengerti taste aku laaa. Aku mana berkenann. Bodoh arh ilaaa". Ila membalas habis tu kau nak macam mana? ". Aku terkedu dan mengenang kisah lalu ku.

"Weh aku masih teringat lagi la kat dia,". Kata aku merugut dekat Ila. "Sapa yang mana satu crush kau? Crush kau banyak sangat, yang mana satu nih?" Aku menhelah nafas, "Alaaa yang tu, yang macho tu." Ila ketawa. "Oh yang tak hansem tu ke? Hahhahahha." Kata Ila sambil melihat phonenya. "Hansem okey dimata aku (sambil senyum tersipu malu), kalau dia hansem sangat mesti kau dah lama rempat aku punya tu". Ila buat muka annoying dia, "Tak kuasa aku nak ambik org punya, skandal² aku lagi hansem. Puihh". Kami berdua ketawa dengan kata² menjengkelkan yang disuarakan oleh Ila.

Ajid. Itu namanya. Mungkin ini kali pertama aku menyukai sesorang begitu dalam. Ini masanya aku meneruskan hidup memandang ke depan. Ajid mungkin ada sejarah yang masa lalu. Mengajar aku untuk menyayangi seseorang. Mungkin disebabkan ego, aku melepaskannya. Tidak mahu menganggap sebagai perigi mencari timba. Yang mungkin nampak pelik jika perempuan meluahkan perasaan dahulu. Tetapi zaman sudah berubah banyak perempuan sudah berani meluahkan perasaan dulu tetapi aku masih belum berani. Tidak berani menghadapi perkara sebenar jika ditolak.

Aku teringat masa lalu, aku pernah memberitahu tentang masa depan ku. Kami bercakap tentang tu dan aku mendapati dia tidak menyambung pelajarannya lagi. Dia mahu hanya setakat diploma sahaja. Aku mengertinya, aku tahu dia tahu akan masa depannya. Aku yakin mungkin masa akan datang kami akan bertemu lagi. Mungkin bukan sebagai teman rapat mahupun apa² pun. Perasaan ini belum pudar tapi aku yakin aku mampu mengurangkan itu. Aku tak mahu dia menjadi penghalang untuk aku menerima yang lain. Biarla dia menjadi masa silam ku. 2 tahun aku menyukainya dan menolak mentah sesiapa yang ingin mendekati. Mungkin ini masanya! You can do it Sya! Jangan biar ia menguasai hati kau. Biar la ceta ini menjadi sejarah saat suka dan duka bersama Ajid. Akan aku jadi dia salah satu pengalaman yang manis ketika bersamanya. Selamat tinggal crushku.. Selamat tinggal.

*TAMAT*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience