BAB 8

Romance Completed 19426

“kita pergi Klinik…”

Membulat mata Aileen. Pergi Klinik?! “alaaa, yahh.. taknak laa… orang okay jelah….” Rengek Aileen kepada ayahnya.

Menjegil mata Encik Othman. “okay apa kalau dah berbalut camtu..! ah tak kira dah jom pergi klinik.. cepat siap..” arah Encik Othman kepada Aileen.

Aileen mendengus perlahan. “yelah.. yelah…” pantas Aileen bangun dari meja makannya dan ingin mengangkat pinggan tetapi pantas ibunya, Puan Faridah menegahnya agar meninggalkan saja pinggan tersebut di situ. Aileen mengangguk akur.

“orang naik atas dulu…”

“jangan siap lambat sangat…”

“ya, yah…”

“Nas, pergi tengokkan adik kau tu… bukan reti berdikari pun budak tu…” ujar Encik Othman.

“okay, yah..”

“abang…”

“apa? Abang cakap benda betul kan..? dia keluar asrama pun sebab perangai dia yang satu ni kan, tak reti berdikari… haih, apa nak jadi la si Aileen ni… entah ikut perangai sape la..”

“hmm, ikut perangai abang la sape lagi…”

“amboi…”

***

“Leen…!”

“apa?!”

“nak aku tolong pape tak?”

“ah takpayah!”

“okay.. bye…” Anas terus berlalu pergi sebelum tiba-tiba Aileen menjerit memanggil namanya.

“Anas..! kejap..!”

Anas mengeluh lalu berpusing memandang Aileen yang masam mencuka itu. Dah kenapa? “kau kenapa?”

Tiba-tiba Aileen mengangkat shawlnya di depan muka Anas dan membuatkan Anas menjadi juling. “kau reti tak belit shawl..?” soal Aileen dengan wajah masam.

Pantas Anas merampas shawl milik Aileen lalu wajah adik kembarnya dipandang lama. “kau tanya apa tadi…?”

“ish! Kau reti tak belit shawll..!!”

“belit shawl? Eh budak mentah, kau pakai jelah tudung sarung kan senang… sakit-sakit pun ada hati nak melawa…” sindir Anas kepada Aileen.

Aileen mengetap bibirnya dengan geram. “oit! Kau tengok kat dalam bilik aku ni, ada ke tudung sarung?! Manade la!! Ibu pun tak pakai tudung sarung la bijak!! Ibu pakai shawl cam aku ni hah!”

“laaa kalau camtu kau suruh jelah ibu pakaikan…”

Lagi sekali Aileen mengetap bibir dengan geram lalu kaki Anas disepak dengan kuat.

“adoiiiii! Sakit la gilaa!”

“deyy! Ibu mana pakai shawl camnii! Ibu beli yang instant shawl la bijakkk!”

“laaa kalau camtu.. pinjam la instant shawl ibu… kan senang..”

Aileen bagaikan mahu menangis dengan sikap Anas yang tidak faham bahasa itu. “Anass..!!! ibu punya instant shawl kan ada bunga-bunga pastu ada rompol-rompol… alaaa taknakkk! Nanti doktor tu tanya aku dah ada berapa anak hahhh cemana?!!!”

“hahahahahahahahahahahaha.”

“takpayah la gelak…. Anas….!”

“yelah! Yelah!! Hah kau nak style cemana?! Ikat tepi? Ikat mati?”

“apa benda ikat tepi, ikat mati doh! Pakai jarum peniti laaa!”

“lek ah.. gurau je kot…” ujar Anas lalu membetulkan shawl milik Aileen. “cepat la pakai inner neck…” arah Anas kepada Aileen.

“okay.. eh tapi…!” Aileen terkejut kerana Anas mengetahui antara bahagian dalam shawl dan luar shawl. Aileen tersenyum nipis. “oh… kau tahu eh mana luar mana dalam…” sakat Aileen kepada Anas.

Anas memandang Aileen. “mestilah tahu… dah kau sorang jelah yang pakai shawl camni… ibu mana pakai…” ujar Anas kepada Aileen. “eh kau boleh tak pakai inner neck ni..?”

Aileen cuba untuk mengangkat lengannya tetapi gagal lalu Aileen memandang Anas dan menggeleng. “tak…”

“meh sini…” pantas Anas mengambil inner neck yang berada di tangan Aileen lalu disarungkan di kepala Aileen dengan perlahan. Abang mana yang tak sayang satu-satunya adik dia kan? “okay dah… kau nak pakai style biasa kau pakai tu ke? Yang pin cam tudung bawal pastu yang ekor yang terlebih ni campak-campak belakang je?” soal Anas.

Aileen ketawa dengan soalan Anas tersebut.

“apesal kau gelak doh?”

“takdelah.. cara kau describe style aku pakai shawl tu sumpah lawak… apa? Campak-campak belakang? Hahahahahaha.”

“takyah la gelakk..!”

“okay.. okay… hah boleh jugak la buat style tu..”

“alright!” pantas Anas memakai shawl kepada Aileen lalu dipinkan kemudian Anas melipatkan shawl Aileen sedikit agar bentuk di dahi Aileen lebih kemas lalu dia menarik satu ekor shawl Aileen ke belakang lalu dipinkan dengan kemas agar tidak bergerak. Anas memerhatikan Aileen seperti dia ialah abang stylist. “hmmmm… cantik gak aku pakaikan untuk kau ni…” puji Anas kepada diri sendiri.

Aileen mencebik lalu dia melihat cermin dan Aileen tertarik dengan hasil kerja abang kembarnya itu. Pantas Aileen memandang Anas. “Nas, kau suka usha aku pakai shawl eh?”

“yelah… dah kau selalu pakai depan cermin kereta pastu aku yang kat dalam kereta of course la nampak..!” cerita Anas. “dah siap kan? Dah jom turun!”

“eleh.. yelahh!”

***

“dah siap?”

Aileen menganggukkan kepala.

“Leen.. kamu pakai sendiri ke shawl ni..?” soal Puan Faridah kepada Aileen.

Aileen tersengih. “nope but Anas did…” ujar Aileen.

Terangkat sebelah kening Puan Faridah. “Anas pakaikan..?”

Aileen mengangguk.

“pandai Anas pakai shawl untuk Aileen..” puji Puan Faridah kepada Anas.

Anas sudah tersipu malu kerana dipuji oleh ibunya sampai membuatkan Aileen seperti mahu menyepaknya sehingga tergolek-golek dari tangga. Menyampah gila!

“dah.. dah.. jom gerak… hah Anas, nak ikut tak?”

Pantas Anas menggeleng. “takleh la yah.. pukul 4 nanti Nazeem dengan bangCik datang rumah…” ujar Anas kepada Encik Othman.

“hah kalau camtu.. jaga diri.. ayah, ibu dengan Leen pergi dulu… bye..”

“alright.. ! bye ayah, ibu. Leen pun!”

***

“Nas…”

Pantas Anas mengangkat wajah dari laptopnya dan memandang Nazeem. Iwal juga turut memandang Nazeem.

“asal?”

“kau tahu tak yang Ayai dengan Zaida dah… break up..?”

Anas tidak mempamerkan riak terkejut tetapi dia hanya tersenyum sinis. “hmm, elok sangat la tu… dari memula diorang couple aku dah tahu diorang tak lama… kau tengok la perangai Zaida tu cemana? Pantang nampak ada perempuan rapat sikit dengan Ayai terus dia serang. Al maklum ah, Ayai kan ada rupa.. tak macam kita ni, hahh rupa serupa tongkang pecah adalah.. sebab tu takde awek nak kat kita…” luah Anas kepada Nazeem dan Iwal.

“weh.. agaklah… muka aku ni ada jugak rupa tapi taklah sehandsome Ayai.. at least sedap la jugak mata memandang…” ujar Iwal cuba untuk mempertahankan maruahnya.

“eleh kau… takde-takde rupa pun, ada gak yang nak kat kau… tapi kau yang taknak diorang..”

Pantas Anas menjeling Nazeem. “pergh taknak la aku.. takde masa la nak bercinta sakan semua... eh tahun ni kita nak SPM tau.. dari sibuk dok bercinta baik aku bukak buku, belajar…”

“eleh, kau ingat aku taktahu ke yang kau syok kat Husna, budak kelas aku tu..”

Anas tersedak lalu dia menjeling Nazeem. “manade aku suka dia!”

“uuuu muka Anas merah bhaiii!”

“senyap ah korang!”

Serentak Nazeem dan Iwal ketawa besar sebelum tiba-tiba Iwal berhenti ketawa dan memandang Anas dengan pandangan serius.

“Nas..”

“pe?”

“macam mana dengan tangan Leen..? teruk ke? Tadi mak aku dok tanya aku, tangan Leen cemana okay ke tak pastu aku jawab la aku taktahu.. pastu kau tahu mak aku buat apa? Dia tibai aku pakai penyapu.. fuh, berbirat sia belakang aku ni.. sumpah sakit..” cerita Iwal kepada Anas.

“sedap makan penyapu? Hahahahahahahahaha.”

“weh babun la!”

“Aileen.. kenapa..?”

Serentak Anas dan Iwal memandang Nazeem yang memaparkan reaksi tidak faham itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience