Rate

BAHAGIAN SATU

Family Series 3851

Hai , namaku Aliya atau lebih dikenali sebagai Liya . Aku merupakan seorang anak tunggal . Hari ini merupakan hari yang terakhirku berada di sini . Dipaksa meninggalkan kawan baikku , Maisarah . Dipaksa meninggalkan pasukan bola jaring sekolah lamaku . Dipaksa meninggalkan tempat rahsiaku bersama Maisarah . Dipaksa meninggalkan semua itu kerana mengikut ayahku yang ditugaskan di sana . Perit . Sedih  . Tiada satu pun perasaan gembira menyelubungi dalam diriku . Kosong . Perjalanan yang jauh ini menyebabkan ku berasa pening dan mual . 

    Cermin tingkap keretaku ditenung melihat kepulan awan-awan hitam yang menurunkan air mata mereka . Membasahi bumi seperti turut bersedih bersama ku . Sejuk . Tanganku memeluk tubuh . Mata ditutup . Berharap agar ini semuanya mimpi . Mata dibuka semula . Masih sama dengan sebelum ini . Masih di dalam kereta . Tubuhku kaku . Tidak begerak . Langit ditenung . Kepulan awan putih semakin kelihatan . Kapulan awan hitam hampir melabuhkan tirainya . Burung-burung sudah mula berterbangan riang . Cemburu . Cemburu dengan keriangan itu . Tiba-tiba kepalaku terasa pening semula . Mata ditutup . Gelap . Diri terhuyung-hayang dibuai mimpi . 

****** 

     Diri seperti terkena ketukan dari seseorang menyebabkan ku terbangun dari lenaku . Jam tangan ditilik . Hampir pukul 10 pagi . Masa terus berlalu . Tidak terhenti dan tidak menunggu . Papan tanda di tepi bahu jalan ditenung . Perjalanan masih berbaki 200 kilometer . Perjalanan ini masih panjang . Kereta dipandu oleh ayah memasuki simpang ke tempat rehat dan rawat . Orang yang singgah di situ tidak dapat dibilang oleh jari  . Terlalu ramai orang yang berbilang bangsa , agama , kepercayaan dan hati . Pening kepala dibuatnya . Kaki melangkah keluar dari kereta . Segera mengikut ibuku menuju ke tandas . 

****** 

    Makanan tengah hari dan minuman yang dipesan sudah sampai . Aku tahu , ais di dalam air itu lebih banyak berbanding jumlah air . Taktik berniaga . Air sirap itu dihirup . Dahaganya tidak terkata . Sedap tetapi sedikit manis . Nasi berlauk ayam pedas dimasukkan ke dalam mulutku . Dikunyah dan ditelan . Makanan terus dihancurkan oleh mulut , menjadi gumpalan dan terus menggelungsur masuk ke dalam perut kecilku . Selesai makan , bunyi sendawa keluar dari mulutku . Perkataan Alhamdullilah diucap . Kami bangun dan bergerak menuju ke kereta . 

****** 

     Perjalanan masih berbaki 120 kilometer . Perjalanan masih lagi panjang . Earphone dicucuk ke dalam lubangnya pada telefonku . Aplikasi Spotify ditekan . Lagu ' Make me ( cry ) ' nyanyian Noah Cyrus dipilih . Mulut terkumat-kamit mengikut nyanyian lagu itu . Selepas itu lagu '  Strip that down ' daripada Liam Payne menyusul . Ianya bukanlah lagu kegemaranku . Mata dipejam . Earphone di telinga terjatuh . Aku biarkan sahaja . Sekali lagi , aku terlelap .

Pit ! Pit ! Pit ! 

   Bunyi yang bising itu menyebabkan ........... 

Bersambung ..... 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience