9

Romance Series 93217

Setelah kata sepakat dicapai, akhirnya tarikh pernikahan di antara Aayra dan Harraz telah pun ditetapkan. Majlis akan diadakan dalam tempoh sebulan dari sekarang. Orang yang paling sibuk ketika ini pastilah Aayra dan Harraz. Mereka telah bersetuju untuk menguruskan segala persiapan perkahwinan mereka itu secara bersama - sama. Sebolehnya Aayra dan Harraz tidak mahu menyusahkan kedua ibu bapa masing - masing dalam menguruskan persiapan ini. Jika perlu barulah Aayra dan Harraz akan bertanyakan pendapat mereka sebagai orang tua.

Berita pernikahan Aayra dan Harraz sudah gah diperkatakan di seluruh pelosok ZE Corporation. Sejak kelmarin, Aayra dan Harraz tidak henti - henti menerima ucapan tahniah dari rakan - rakan sekerja mereka. Masing - masing meluahkan keterujaan mereka melihat Aayra dan Harraz bakal disatukan. Ternyata usikan mereka selama ini telah menjadi kenyataan dan semestinya Aayra lah orang yang paling malu menerima usikan itu. Mana tidaknya, sebelum ini seboleh - bolehnya Aayra akan menyangkal apabila rakan - rakan sekerjanya cuba memadankan dia dan Harraz. Katanya mereka bagai langit dan bumi. Mana mungkin akan bersatu. Malah dia juga sedar akan status dirinya. Jauh beza jika mahu digandingkan dengan Harraz yang sudah ternyata datangnya dari keluarga yang kaya raya. Mana mugkin keluarga Harraz mahu menerimanya. Namun kuasa dan peranacangan Allah itu maha hebat. Sangkaan Aayra selama ini meleset sama sekali. Ternyata jodohnya bersama Harraz memang kuat. Malah keluarga Harraz juga mampu menerimanya dengan baik tanpa membanding - bandingkan taraf hidup keluarga mereka. Jauh di sudut hati Aayra, dia memanjatkan rasa syukur kepada Allah kerana menghadirkan seseorang yang baik seperti Harraz dalam hidupnya. Bahkan Aayra juga sering berdoa kepada Allah agar segala perancangan mereka untuk membina masjid akan dipermudahkan olehNya.

Lamunan Aayra terhenti sebaik sahaja interkom di mejanya berbunyi. Panggilan itu dijawab dan seketika kemudian dia mula mengatur langkah menuju ke bilik Ezmal. Lelaki itu memanggilnya ke dalam. Katanya ada hal penting yang dia mahu bincangkan bersama Aayra.

Tukk!! Tukk!!

Pintu bilik diketuk. Tidak sampai beberapa saat, kedengaran suara Ezmal memanggilnya masuk. Aayra menarik nafas sedalam - dalamnya. Langkahnya diatur perlahan menuju ke meja Ezmal. Sebaik diberi arahan duduk, barulah Aayra menarik kerusi dihadapannya lalu dia melabuhkan punggungnya di situ.

“Yes, Encik Ezmal. What can I help you?" Soal Aayra sopan.

Saat ini Ezmal masih kusyuk dengan kerjanya. Matanya begitu fokus merenung monitor di hadapannya. Wajahnya juga kelihatan agak serius. Wajah Aayra langsung tidak dipandang sehinggalah kerjanya selesai.

“Sorry, I'm just finished my work. So how it is? Everything is under control? Hope apa yang dirancang akan berjalan dengan lancar.” Soal Ezmal dengan nada yang sukar dimengerti.

“Maksud Encik Ezmal?" Soal Aayra kembali. Sejujurnya dia masih tidak dapat menangkap akan maksud di sebalik soalan Ezmal sebentar tadi.

“Your wedding preparations?" Mendatar sahaja suara Ezmal kedengaran.

“Ohh. Ingatkan apa tadi. So far alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Ini pun kejap lagi saya nak keluar pergi ambil kad jemputan kita orang ni. Pusat percetakan tu pun dah call saya pagi tadi."
Balas Aayra dengan penuh keterujaan.

Ezmal mengeluh perlahan. Entah mengapa hatinya terasa bagai dirobek - robek saat ini. Dia sendiri tidak pasti apakah perasaan sebenarnya kepada Aayra. Namun apa yang boleh Ezmal katakan, sejak kali pertama bersua muka dengan gadis ini, hatinya sudah
tertawan melihat kejelitaannya. Walaupun pada ketika itu mereka bertembung secara tidak sengaja. Sejak dari itu, wajah Aayra sering bermain - main di fikirannya. Puas dia mencuba untuk melenyapkan bayangan wajah Aayra dari kotak fikirannya namun semakin dia mencuba, semakin kuat wajah itu bermain di fikirannya.

Ternyata jodoh diantara mereka sangat kuat. Saat dia diberitahu oleh papanya bahawa anak kenalan baiknya akan mula bekerja di ZE Corporation, Ezmal langsung bertanyakan siapakah gerangannya. Apabila papanya menyatakan bahawa gadis itu adalah Aayra, Ezmal seakan ingin melonjak gembira. Ketika itu dia mula merasakan bahawa peluangnya untuk mendekati Aayra semakin menemui kejayaan. Malah lebih gembira lagi apabila gadis itu akan bekerja di bawahnya. Peluang itu akan digunakan sebaik - baiknya.

Dari hari ke hari hubungan Ezmal dan Aayra semakin rapat dan mesra. Adakalanya dia sengaja menahan gadis itu agar tidak pulang ke rumah terlalu awal. Memang dia sengaja membebankan Aayra dengan tugasan kerja yang banyak. Tujuannya hanya kerana ingin melihat Aayra berada di sampingnya dengan lebih lama. Walaupun ada kalanya rancangannya itu sering mendapat gangguan dari Ramona, namun Ezmal langsung tidak menghiraukannya. Pelbagai alasan diberikan kepada Ramona setiap kali tunangnya itu mengajaknya keluar. Sehinggalah pada suatu hari Ezmal terserempak dengan Aayra dan seorang lelaki di sebuah padang. Namun pada ketika itu Aayra dan lelaki itu langsung tidak menyedari akan kehadirannya di situ. Lagak mereka tidak ubah seperti pasangan kekasih. Sejak dari itu Ezmal mula meletakkan jurang di antara mereka. Dia sengaja bersikap dingin terhadap Aayra. Semuanya hanya kerana dia tidak mahu terlalu mengharap kepada gadis itu. Baginya untuk apa dia mengharapkan seseorang yang sudah pasti bukan miliknya walaupun pada ketika itu dia dan Ramona masih mempunyai ikatan pertunangan yang sah.

Ezmal masih ingat bagaimana Aayra teruk dimarahinya ketika Ramona datag berkunjung ke office nya dahulu. Saat itu dia dapat melihat air muka Aayra yang ternyata kecewa dengan tindakannya. Namun itu semua bukan niatnya. Semua itu dilakukan semata - mata kerana ingin mengundang rasa benci Aayra terhadapnya. Hanya dengan cara itu sahaja yang bisa membuatkan hubungannya dan Aayra menjadi renggang dan ternyata ianya berhasil.

Sangkanya hatinya sudah cukup kuat untuk membuang rasa cinta itu. Tetapi ternyata ianya tidak semudah seperti yang disangkakan. Saat dia mengetahui tentang hubungan cinta yang terjalin di antara Harraz dan Aayra, Ezmal sekali lagi dirundung perasaan kecewa. Pelbagai perasaan yang membelenggu dirinya. Ikutkan hatinya, mahu sahaja dia memisahkan kedua - dua pasangan itu. Namun jiwanya belum cukup kuat. Apatah lagi apabila mengenangkan kembali akan kebaikkan Harraz terhadap dirinya selama ini. Sejak kecil, Harraz lah yang selalu membela dirinya jika dia melakukan keselahan. Malah sikap itu langsung dibawa sehingga ke Rusia ketika mereka sama - sama belajar di universiti dahulu. Terlalu banyak pengorbanan Harraz kepadanya sehinggakan dia sendiri tidak mampu untuk membalas jasa lelaki itu sehingga ke hari ini. Jadi mana mungkin dia sanggup untuk menghancurkan kebahagiaan yang dikecapi oleh sepupunya itu. Walaupun perit, Ezmal tetap redha.

“Encik Ezmal! Encik Ezmal!!" Panggil Aayra dengan nada yang agak tinggi.

Ezmal kembali tersedar dari lamunannya yang panjang. Wajah Aayra dipandang sekilas sebelum dia mengeluarkan sesuatu dari dalam laci. Kemudian bungkusan itu langsung dihulurkan kepada Aayra.

“Congrats for both of you. By the way, ini ada sedikit cenderahati dari saya buat awak. Ambil lah." Ujar Ezmal pura - pura ceria.

“Err... Terima kasih, Encik Ezmal. Tapi kenapa Encik Ezmal bagi hadiah ni awal sangat? Nanti masa wedding tu kan Encik Ezmal boleh bagi juga?" Soal Aayra pelik.

“Actually ini bukanlah hadiah wedding awak dan Harraz. Tetapi ianya merupakan hadiah peribadi dari saya untuk awak. Saya tahu ianya agak awkward. Tetapi niat saya hanya ingin memohon maaf kepada awak. Lagipun masa wedding awak berdua tu nanti, saya tak tahu lagi sama ada saya dapat attend atau tak. Sebab awak pun tahu kan yang projek kita di Rusia tu sekarang memerlukan komitmen yang tinggi dari saya. Jadi mungkin masa wedding tu nanti saya akan berada di Rusia." Jelas Ezmal panjang lebar.

Aayra mengangguk faham. Namun entah mengapa hatinya kuat mengatakan Ezmal seperti sedang memendam sesuatu. Dari riak wajahnya sahaja Aayra sudah dapat mengagak. Lelaki dihadapannya itu seakan - akan sedang berpura - pura ceria walhal hatinya merasakan sebaliknya. Mungkin dia berasa sedih kerana tidak lama lagi Harraz bakal menamatkan zaman bujangnya. Ini beerti dia akan kehilangan seorang teman baik yang boleh diajak lepak seperti kebiasaannya.

“Saya harap awak sudi maafkan segala kesalahan saya pada awak sebelum ni. Saya mengaku saya khilaf. Tak sepatutnya saya marah dan maki awak sampai macam tu sekali. Maafkan saya, Aayra." Ucap Ezmal penuh keikhlasan.

“It's ok, Encik Ezmal. You've been forgiven for a long time. Saya pun dah lama melupakan hal tu. Tak ada manusia yang sempurna di muka bumi ni Encik Ezmal. Don't worry ok?" Ujar Aayra ceria.

"Thank you so much, Aayra. Untung Harraz dapat you. You such an angel. You have a very good heart. So no wonder why Harraz so in love with you. I will pray for you both." Puji Ezmal.
Aayra tidak membalas sebaliknya dia hanya tersenyum malu. Jauh di sudut hatinya, dia juga mendoakan agar Ezmal juga bisa memperolehi kebahagiaan sama sepertinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience