BAB 9

Humor Completed 1124

Sejuk hatiku melihat suami sendiri mengimamkan solat Maghrib hari ni. Kali pertama kami berdua bersolat bersama. Usai mebaca doa, dengan ikhlas aku menghulurkan salamku kepada suamiku. Harraz agak terpana. Tidak disangkanya isterinya itu akan menghulurkan salam kepadanya. Gembiranya hati ini sekarang. Harraz lantas menghadiahkan kucupan syahdu ke dahi isterinya. Kali ni, giliran Dhia pula yang terkesima sebentar. Terharu pun ada. Terasa begitu disayangi sekali oleh suaminya itu.

“ Ehhh…kau ni mudah terharu sangat la Dhia! Ini pasti lakonan dari suami kau ni! Kau mana tahu!” bisik suatu suara. Dhia pantas megiyakannya. Betul tu! Apa hal dengan aku ni? Tak-tak…ini tak boleh terjadi. Aku takkan jatuh cinta pada Qimie.

Aku terus membuka telekungku lalu kulipat. Begitu juga dengan sejadah. Aku segera naik ke atas katil untuk merehatkan diri. Bantal peluk ku letak di bahagian tengah supaya kejadian malam semalam tidak berlaku lagi. Harraz hanya memerhati sahaja tingkah laku ku. Aku cepat-cepat menutup mataku berpura-pura tidur walaupun lenganku masih terasa sakit.

Harraz segera menuju ke katil lalu merebahkan badannya di sisi isterinya itu. Harraz tahu isterinya itu berpura-pura tidur. Tentu isterinya itu masih terkejut kerana Harraz baru sahaja menghadiahkannya sebuah kucupan. Itu baru langkah ketiga Dhia. Tiba-tiba, Harraz tersedar dari lamunanya apabila mendengar suara orang yang mengadu kesakitan. Harraz pantas menoleh ke arah isterinya itu.

“ Errr…err..sakitnya.” Dhia mengurut-urut lengannya yang masih terasa lenguh sehingga kini. Harraz jatuh kasihan melihat kesakitan yang dialami isterinya itu. Timbul rasa bersalah pada diri Qimie. Kalau tidak mengikutkan hatinya tadi, tentu isterinya itu tidak sakit-sakit begini.

“ Sayang….sayang sakit ke?” soal Harraz penuh simpati pada isterinya itu. Dhia yang tersedar cepat-cepat mengangguk. Entah kenapa, Dhia seolah-olah menurut sahaja kata-kata suaminya itu.

“ Lengan saya sakit. Lenguh-lenguh…” jawabku lemah.

“ Kalau macam tu, biar abang tolong urutkan. Kejap, biar abang ambik minyak angin dulu.” Harraz segera membuka laci meja di tepi katilnya.

“ Meh, bagi abang tengok lengan sayang tu.” Harraz menyinsingkan lengan baju isterinya itu hingga ke paras siku. Kulit isterinya itu jelas kelihatan kemerah-merahan. Harraz mula meletakkan minyak angina ke lengan isterinya itu lalu diurutnya perlahan-lahan.

“ Perlahan-lahan, awak.” Adu isterinya.

“ Baik sayang.” Kali ni Harraz cuba berhati-hati mengurut lengan isterinya itu.

“ Abang minta maaf sayang sebab suruh sayang buat kerja yang banyak tadi. Abang janji, abang takkan suruh sayang buat kerja banyak-banyak lagi.” Harraz mengucup tangan isterinya penuh kasih. Dhia pura-pura tidak mendengar luahan suaminya itu. Sesungguhnya, hati Dhia kini sudah mula berputik rasa cinta buat suaminya. Namun, Dhia masih ragu-ragu untuk menyerahkan cintanya sepenuh hati. Mungkin belum tiba masanya lagi. Biarlah begini dahulu. Bila Dhia sudah bersedia, cinta itu akan diluahkan jua buat suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience