7

Family Completed 11588

“ayah, aisyah pergi dulu. Assalamualaikum.” Aisyah bersalam dengan encik kamal. Encik kaal mengangguk sambil tersenyum senang.

“uncle, adi minta diri ya? Inshaallah adi akan jaga aisyah” giliran tengu adi bersalaman dengan encik kamal. Encik kamal Cuma tersenyum dan mengangguk.

Aisyah Cuma memerhatikan tengku adi. Ada hati nak jaga aku konon, silap-silap aku yang kena jaga kau ujar aisyah di dalam hati. Menyampah pula dia rasa apabila ayahnya memberitahu tengku adi akan menemaninya pulang ke kampung selama 5 hari.

“jomlah cepat, adi. Bila nak sampainya kalau kau lembab macam ni?” tegur aisyah. Dia fikir perak dekat ke dengan kuala lumpur? Cepat bertolak, cepatlah sampai. Tengk uadi yang sibuk berbual dengan encik kamal mencerlungkan matanya ke arah aisyah, namun aisyah tidak memberikan sebarang reaksi.

“pak dollah, drive jelah. Kita tinggal budak lembab ni dekat sini.” Ujar aisyah kepada pemandunya. Pak dollah hanya tersenyum mendengar kata-kata anak majikannya itu. Dia juga sudah tidak sabar mahu sampai ke kampung aisyah. Bukannya apa, jika menghantar aisyah pulang ke kampung pasti dia akan menerima habuan makanan yang sedap-sedap oleh nenek aisyah.

“yelah-yelah. Aku naik ni. Uncle, kami pergi dulu.”ujar tengku adi sambil mengambil tempat di sebelah aisyah. Aisyah terus menolak tengku adi ke tempat duduk belakang. Mahu tidak mahu terpaksa tengku adi beralah.

“ayah, aisyah pergi dulu.” Aisyah melambai-lambai ke arah encik kamal. Encik kamal membalas lambaian anaknya. Sebaik saja kereta yang dinaiki oleh tengk uadi dan aisyah hilang, encik kamal menaiki keretanya menuju ke pejabat peguamnya.

“kau ni memang sombong eh? Tak nak bercakap dengan aku?” soal tengku adi kepada siayh yang leka mendngar lagu dari ipod berwarna pinknya. Aisyah menanggalkan headphonennya dan memandang ke arah tengku adi.

“memang pun. Kau kan manusia paling annoying. So, aku tak nak layan kau. Biar kau mati kebosanan pun takpe.” Balas aisyah. Dia memandang ke luar tingkap. Pokok pokok yang menghijau mendamaikan hatinya yaang sedikit gundah-gundal dengan perangai mamat itu bersamanya.

“aisyah, jomlah berbual.” Ajak tengku adi. Sejak tadi, dia Cuma tidur saja. Rasanya sudah hampir 20 kali dia tidur. Perjalanan mereka ke perak yang memakan masa 3 jam terasa seperti sudah 30 hari kerana terlalu bosan.

“kau nak berbual pasal apa?” soal aisyah mengalah. Dia juga sudah bosan memandang alam semula jadi.

“kau?” berkerut dahi aisyah mendengar topik perbualan gang tebgk uadi nahukan.

“kenapa pasal aku pula? Apa yang menariknya?” tengku adi cume tersengih mendengar soalan aisyah.

“kalau ikutkan, tak ada yang menarik pun. Tapi, dalam diam-diam kau ni gangster juga kan,” ujar tengku adi.

“mana ada gangster. Tu namanya silat walaupun apa yang aku buat cuna tumbuk kau.” Balas aisyah sedikit malu. Yelah, mamat yang ditinggalkan ‘cop’ olehjya berada di hadapan malah siap berbual lagi.

“mana kau belajar silat ni?” soal tengku adi sedikit teruja. Tidak pernah dia mendengar ada lagi yang pratikkan silat sebab makin ramai golongan yang menyertai taekwando.

“arwah ibu aku.” Balas aisyah kelat. Tiba-tiba ingatan darwah ibunya melatih dia bersilat bermain di memori. Aisyah rindu ibu ucap aisyah di dalam hati.

“sorry, aku tak tahu. So, mak kau yang tak pandai buat air tu mak tiri kau?” aisyah mengangguk. Tidak sangka pula air sirap auntie azreen yang tawar itu diingati oleh tengku adi.

“macammanalah ayah kaub oleh kahwin dengan dia. Serba-serbi tak pandai nak buat.” Komen tengku adi selamba. Aisyah mengangguk setuju. Memang benar auntie azreennya itu tidak pandai melakukan apa-apa melainkan mmenghabiskan duit ayahnya.

“pernah sekali tu, ayah aku minta dia tolong mopkan rumah. Alih-alih dimopnya satu rumah dengan mop kering tu. Terus berubah muka dia bila kitaorang berdua gelak samppai sakit perut. Lepas tu, kitaornag kalau nampak je mop mesti terbayang dia.” Cerita aisyah sambil ketawa. Tengku adi yang nendengar juga turut ketawa besar.

“betul ke, sampai macam tu sekali? Habis tu siapa yang uruskan rumah kau?” soal tengku adi pelik. Mak tak ada, bibik pun tak ada. Siapa?

“akulah. Semua urusan dalam rumah tu aku yang buat. Kemas rumah, basih baju, sidai baju, bil-bil dan memasak semua lah. Terer kan aku?” keningnya diangkat-angkat kepada tengku adi. Tengku adi mencebik melihhat aisyah.

“perasan sungguh kau ni.” Aisyah tersenyum kecil.

“kau cemburu kan? Kan? Kan?” soal aisyah mengusik.tengku adi tidak membalas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience