BAB 7

Family Completed 1453

Kesal.

“Tiii… dakkk…!” jerit Kak Seha sekali lagi.

Dia sebak kerana temannya itu meninggal dunia seorang diri, tiada seorang pun di sisinya di saat akhir.

Esakkannya bergema di dalam bilik milik arwah Halim.

Sekujur tubuh Hajah Khatijah dipangkuannya.

Dia mengucup kudus pipi arwah.

Dikucupnya bertalu-talu.

Namun, sekujur tubuh itu tetap kaku dan dingin dalam dakapannya.

Air matanya mengalir deras.

Dia menangis tersedu-sedu sambil mendakap erat kepala arwah.

Dia telah menganggap Hajah Khatijah sebagai kakak kepadanya.

Kak Seha masih tidak merelakan pemergian teman baiknya itu.

Dia belum menerima hakikat yang Hajah Khatijah tiada lagi di dunia ini.

Kak Seha menyeka air mata yang mengalir lesu di pipinya.

Anak-anak arwah turut mengalirkan air mata setelah mendengar cerita terperinci daripadanya.

Masing-masing saling kesal dengan kejadian yang menimpa arwah.

Sungguh tragis sekali.

“Kami dah puas pujuk ibu tinggal dengan kami. Bergilirlah..” ujar anak sulung Hajah Khatijah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience