Bab 29

Romance Completed 53836

Kyra..kamu tak nak keluar ke mana ke nanti? Asyik terperap saja dalam bilik. Cuba kamu keluar ambil udara segar sikit. Kalau cuti sebulan ke dua bulan ke macam tu lah diri kamu. Asyik hadap game..game. Tak habis-habis semua itu. Kalau bapa kamu balik la habis kamu. Berleter Panjang lebar Puan Zaitun dekat anak tunggalnya itu. Perangai Kyra tidak ubah seperti dulu saja. Sudah masuk matrikulasi bila menjelang cuti asyik duduk di rumah saja. Tidak mahu pergi ke mana pun. Bukan dirinya tiada ramai kawan tetapi sejak Munirah tidak ada di sini Kyra malas nak buat aktiviti apa pun. Dirinya masih teringatkan sahabat baiknya itu.

Aduh...pagi-pagi dah memekik dah Mak ni..Keluar salah tak keluar salah..gi mana ehh. Ingatkan cuti ni aku nak langsai kemaruk game jaa..dekat sana choiii nak men fon pon tak sempat. Malasnya rasa hidup ni...Irah. kalaulah kau ada sekali..mesti ngam men game ni. Tak pelah. Sampai bila-bila pun kau tak akan ada di sini lagi..Cakap Kyra sendiri sudah pasrah asyik menunggu Munirah tetapi tidak berkesempatan berjumpa lagi. Kyra terus bangun dari pembaringannya dan menuju ke arah almari buku. Dilihat satu persatu tajuk buku yg tersusun kemas di situ lalu mencapai sebuah album lama. Kyra kembali duduk dan memerhati saja wajah setiap orang yg berada di dalam kepingan gambar itu. Pandangannya menjadi sayu apabila melihat wajah Munirah tersenyum riang bersama dirinya semasa bermain sukan di tadika. Terkenang seketika kenangan dirinya bersama Munirah sejak kecil lagi. Dulu-dulu budak comel si Munirah ini suka bersukan tetapi setelah masuk ke sekolah rendah Munirah gemar belajar saja. Menjadi anak murid kegemaran cikgu. Semua benda dia mahu lakukan sendiri. Sifat periang dan ramah dirinya membuatkan semua orang sukakan Munirah. Bila telah masuk ke sekolah menengah Munirah tidak seperti dahulu lagi. Dia hanya banyak mendiamkan diri dan tinggalkan zamannya yg dulu. Bercakap bila perlu sahaja. Kyra adalah orang yg banyak melihat perubahan diri Munirah. Dia tertanya-tanya sama ada Munirah sekarang dalam keadaan yg macam mana. Setiap perubahan dirinya mungkin akan mendatangkan bahaya. Segera Kyra mencapai telefonnya untuk menelefon seseorang. Yaa, dia perlu bertanya tentang perkembangan diri Munirah dari Mikhail.

...................................................................

Irah..akak rasa nak pergi tandas lah..Irah pergilah jalan-jalan sekitar sini dulu ehh..Nanti akak call..sorry tau. Kata Farah sudah tidak tahan hendak membuang hadas kecil. Diberi segala beg barang yg dibelinya tadi kepada Munirah. Munirah keluar hujung minggu bersama Farah untuk membeli belah di Mall. Azhar sudah mengizinkannya kerana biarlah 'Girl day out' untuk hari ini. Kasihan pula dia melihat Munirah tidak keluar dengan rakannya. Asyik mereka berdua berkepit saja setiap hari.

Alah..akak..banyak ni?? Jumlah Irah ikut sekali. Jawab Munirah rasa tidak mampu memegang semua beg barang milik Farah yg banyak itu. Kebanyakkannya barangan make up dan pakaian baru. Nama pun 'perempuan' pantang nampak SALE terus kebas semuanya. Berkerut dahi Farah sudah tidak tahan untuk membuang lalu ia terpaksa pergi dahulu sebelum menjawab balik.

Akak..akak..panggil Munirah banyak kali tetapi suduk tubuh Farah terus hilang dari pandangannya. Mengeluh Munirah sambil melihat semua barangan yg dipegangnya itu. Lenguh rasa tangannya tetapi Munirah sempat mengerling ke arah kedai polular disebelahnya. Pandangannya terus tertarik dengan novel yg baru keluar dari pasaran. Tanpa membuang masa lagi Munirah pergi masuk ke dalam kedai itu dengan semua beg barang yg penuh di tangannya. Munirah mengambil sebuah novel baru dan melihat singkatan jalan cerita di belakangnya. Tersenyum Munirah apabila membaca ringkasan epilog itu.

Hai..tegur seaeorang di tepi Munirah. Sudah lama dia melihat susuk tubuh Munirah yg masuk ke dalam kedai ini sejak tadi lagi. Terkejut Munirah cuba beranjak ke tepi sedikit. Di pandang lama wajah orang yg berada di depannya itu. Seperti pernah melihat saja susuk tubuh tinggi lampai ini. Teka Munirah.

Oopss..Sorrylah kalau saya buat awak terkejut..Remember me?? Tanya orang itu lalu membuang spek mata hitamnya. Di tatap mata Munirah yg berwarna kehitaman. Senyuman manis terukir di wajah orang itu. Mahu Munirah teringat akan dirinya. Terbutang mata Munirah baru teringat siapakah orang di hadapannya ini.

Hey..Huzair. Apa yg kau buat kat sini? Tegur Farah lalu berjalan mendekati mereka berdua. Dari jauh lagi dia melihat Munirah sedang berbual dengan lelaki yg amat ia kenali.

Hello..Sis. Buat apa dekat sini? Balas lelaki yg bernama Huzair itu sambil mengangkat tangannya ke arah Farah. Dia memuncungkan sedikit mulutnya ke arah Farah. Debuk!! Satu pukulan terus terjun di atas kepada Huzair. Geram saja Farah mahu melayan dia. Lain orang tanya lain pula yg dijawabnya. Nakal sangat perangai Huzair berbanding dengan suaminya itu. Jeda Munirah melihat mereka berdua saling kenal antara satu sama lain.

Aduh..sakitlah Sis. Betul la apa yg Huzair kata tu..Sis buat apa dekat sini. Kacau jee orang tengah nak kenal dengan angel ni..Bisik Huzair perlahan di sebelah tengah Farah. Dia menarik sedikit Farah ke tepi. Malu saja kalau Munirah melihat keadaannya di pukul oleh Farah ini. Munirah tersenyum sendiri di situ. Sudah boleh agak siapakah Huzair yg sebenarnya.

Apa kau kata Angel?? Munirah ni?? Tanya Farah semula lalu memandang ke arah Munirah dari atas sampai bawah. Shawl satin berwarna putih kemas di lilitnya ditambah pula mengenakan kemeja labuh berwarna coklat dan seluar jean longgar berwarna biru muda. Kasut sarung tertutup penuh menampakkan lagi keayuan milik Munirah. Memang benar kata Huzair "Angel" sesat di depan mata. Segera Farah menarik tangan Huzair dan mereka berdua mendekati Munirah semula.

Adik iparku Huzair. Kenalkan ini Puan Munirah Safiyah. ISTERI kepada anak Boss akak, En Azhar. Tegas sahaja Farah menekankan perkataan isteri. Biar Huzair tahu sikit siapakah yg mahu ia mengurat sekarang. Sudah tidak ada orang lain dia ingin mencuba. Munirah terus memberikan senyuman manis kepada Huzair manakala senyuman di bibir Huzair mati sahaja selepas mendengar semua ini. Sudah lama dia mencari Munirah dan mahu mencuba nasibnya tetapi lain pula yg dia dapat. Retak hatinya mendengar yg Munirah sudah berkahwin.

Huzair..kau buat apa dekat sini?? Tak jawab lagi apa yg akak tanya. Soal Farah lagi selepas perasaan riak wajah Huziar sudah kecewa sangat. Farah tidak tahu pula yg adik iparnya ini sudah jatuh cinta dekat Munirah. Cepat benar dirinya menilai tetapi sudah terlepas.

Owhh..arr Huzair cari buku rujukan haa. Kebetulan ternampak Puan Munirah dekat sini tadi. Jadi Huzair tegurlah. Sis keluar shopping ke? Abang tak cuti ehh?? Sanggup tinggal bini keluar sorang. Tak patut..tak patut. Ujar Huzair cuba kontrol keadaan ini. Serawa itu dia turut membuat lawak ke arah Farah. Senyuman yg menampakan giginya sangat comel sekali. Hubungan Farah dan adik iparnya sangat akrab. Mereka berdua sudah seperti Kakak dan adik kandung disebabkan suaminya dan Huzair dua beradik saja. Jadi, Farahlah yg selalu menjadi kakak dan ibu kepada mereka berdua. Dahi Munirah berkerut sedikit. Adakah patut Huzair mengelarnya 'Puan'. Dirinya masih muda lagi untuk memegang title itu.

Engko ni kan..akak pukul lagi haa..abang ko tu anggota polis. Ingat 24 jam nak duduk rumah? Dah jum ikut akak sekali dengan Munirah. Kita pergi makan. Farah terus mengambil semua beg barang itu di tangan Munirah dan diberi kepada Huzair. Memang patut dia ada di sini. Boleh juga tolong membawa semua barang itu. Farah terus menarik tangan Munirah dan membiarkan saja Huzair memandang hairan ke arah mereka berdua.

Apalah nasib aku harini..sudahlah terlepas cinta pandang pertama...pandang pertama ke?? Entahlah..Owhh melepas..Ingatkan dah jodoh tapi eemm. Tak pelah. jadi kawan dah cukup. Asal lah aku tak tanya Sis dulu. ermm.. Membebel Huzair sendiri lalu berjalan mengikuti ke mana saja mereka berdua pergi. Dirinya sudah seperti 'bodyguard' saja. Semua barang itu penuh dipegangnya. Farah dan Munirah ketawa riang melihat gelagat Huzair seperti itu. Dia seorang lelaki yg budiman saja.

.................................................................

Jemputlah masuk semua..Maaflah kalau berselerak sedikit. Tadi Munirah tengah buat kerja tetiba saja dia nak keluar dengan kawan. Tak sempat nak kemas dulu. Beritahu Azhar kepada mereka semua walaupun perkara itu tidak ditanya pun. Azhar menyusun semula fail pejabat Munirah di atas meja di ruang tamu. Dia menjemput Cikgu Yusra, Mikhail dan Kyra yg datang mengejut ke sini secara tiba-tiba. Tidak sempat dirinya menyediakan masakan apa-apa dahulu. Munirah pula tidak ada di rumah sekarang. Rasa segan saja diri Azhar mahu melayan tetamunya ini.

Maaflah..Sepatutnya saya memberitahu dahulu mahu ke sini. Menganggu masa awak dan Munirah pula. Kata Cikgu Yusra lembut sahaja lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Kyra. Azhar menolong Mikhail duduk kerana kakinya belum sembuh lagi manakala Kyra pula asyik curi-curi pandang saja persekitaran ruang rumah Azhar. Fikirannya masih memikirkan cara Munirah tinggal di sini bersama Cikgu Azhar. Tidak sabar dia mahu berjumpa dengan Munirah. Entah apa perempuan polos itu lalui selama bergelar isteri ini. Mereka berempat pun berbual kosong sahaja di situ. Sedikit banyak Kyra menceritakan dirinya yg sudah melanjutkan pengajian di matrikulasi. Itulah yg menjadi topik perbualan mereka. Dalam beberapa minit berbual kedengaran bunyi hon kereta dari arah luar rumah.

Tunggu sebentar yaa.. Mungkin Munirah sudah pulang. kata Azhar lalu bangun dan pergi ke arah pintu untuk melihatnya.

Kak Farah..terima kasih untuk harini. ucap Munirah selepas keluar dari keretanya.

Ok no prob..kesian En Azhar tu haa..mesti rindu sampaikan tunggu Irah di depan pintu. Sakat Farah apabila melihat Azhar sudah menunggu Munirah di depan pintu itu. Munirah terus pandang ke arah pintu rumah memang sah! Azhar sedang menunggunya sambil menyilang tangan di dada. Entah apa kali ini dia mahu lakukan.

Maybe kot..maybe not. Bbye akak. Drive elok-elok. Assalamualaikum. Balas Munirah lalu melambaikan tangan ke arah Farah. Melihat keretanya meluncur pergi baru Munirah berjalan memasuki perkalangan rumah. Azhar masih setia menunggu Munirah di depan pintu itu lagi. Di angkat keningnya ke atas beberapa kali. Redup sahaja pandangan Azhar terhadap Munirah.

Assalamualaikum En Suami..Napa pandang saya macam tu. Rindu ke?? Baru keluar sekejap dah rindu? Tak boleh ke kita berenggang sehari? Bersuara Munirah manjanya ke arah Azhar. Di salam tangan Azhar dan dicium pipi Azhar itu banyak kali. Tergamam Azhar buat seketika waktu. Selalunya perkara ini sudah biasa diterimanya tetapi kali ini Azhar terasa malu dan segan sangat. Mukanya mula merah membahang. Di garu kepalanya yg tidak terasa gatal ini.

Awak..pergi mana lama sangat?? Kita ada..Belum sempat Azhar habis bercakap Munirah terus menutup mulutnya. Di pandang lama wajah Azhar yg mula kemerahan itu.

Call me what?? Abang..Tanya Munirah semula selepas Azhar memanggilnya dengan panggilan 'Awak'. Selagi Azhar tidak memanggilnya sayang selagi itu Munirah masih menjalarkan tangannya di leher Azhar. Entah kenapa tetiba saja dia rasa mahu menggoda diri Azhar. Azhar mengeluh perlahan lalu melepaskan tangan Munirah dan memandang tepat ke arah anak mata Munirah. Dia sudah hilang waras kalau mahu dilayan lagi kerenah Munirah ini. Dari dalam rumah Cikgu Yusra, Mikhail dan Kyra memandang antara satu sama lain. Mereka mendengar saja apa yg dibualkan oleh Azhar dan Munirah ketika itu. Tidak tahu apa yg mereka rasakan. Hanya senyuman malu saja yg tertampir di bibir masing-masing.

Sayang..look..kita ada tetamu. Cikgu Yusra, Mikhail dan..Kyra datang. Beritahu Azhar segera sebelum bermula agenda lain pula dari Munirah pula. Terlopong mata Munirah mendengar semua itu dari mulut Azhar.

"What??!!!"

Jemputlah..makan..minum..Nasib Munirah ada tapau dunkin' donuts. Bolehlah kamu semua menjamu selera sikit. Kata Azhar lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Munirah. Badan Munirah menjadi kaku secara tiba-tiba. Perasaan malu mula menguasai dirinya. Merah padam muka Munirah cuba menahan malu selepas berbuat begitu dengan Azhar tetapi tidak perasan rumah mereka didatangi tetamu. Para tetamu ini pula orang yg sangat rapat dengannya. Pandangan Munirah di angkat dan melihat wajah mereka yg lain. Diberikan senyuman sekelatnya yg pernah ia ukirkan di bibir.

Kamu apa khabar Munirah?? Sihat?? Bersuara Cikgu Yusra selepas melihat keadaan sekarang sangat sepi saja.

Huh?? Yaa..arr alhamdulilah..sihat saja. Sihat. Jawab Munirah tergagapnya selepas dikejutkan soalan dari Cikgu Yusra. Senyuman meleret terus diberikannya.

Weh..kau dah kenapa ni? Sejak bila jadi gagap pula ni?? Tegur Kyra hairannya selepas melihat keadaan Munirah seperti ini. Kyra sejak dulu lagi tidak berlapik bila bercakap dengan Munirah. Geram saja dia melihat Munirah sudah gian dewasa tetapi tidak berjumpa dengannya pun. Pandangan tajam terus diberikan kepada Kyra. Munirah tahu Kyra saja mahu kenakan dirinya pada waktu sekarang. Bukan dia tidak kenal dengan Kyra. Hampir tersedak Kyra semasa minum air itu. Seram saja dengan pandangan Munirah berikan padanya. Azhar hanya mengeleng kepala sahaja. Dia tahu Munirah pasti malu dengan perkara tadi. Dirinya juga malu dan cuba juga kontrol macho di depan semua orang. Mikhail tersenyum riang sahaja. Dirinya sangat senang apabila melihat kakaknya ini sudah tumbuh panjang. Ternampak bahagia wajahnya bersama Azhar.

Wehh Rah kau memang tak rindu aku ke doo..dah hampir setahun kita tak jumpa..Tanya Kyra keapda Munirah. Mereka berbual di atas gazebo. Azhar memberikan masa untuk Munirah berbual secara sendiri bersama Kyra. Dia tahu pasti Munirah sangat rindukan teman baiknya itu.

Tak..aku tak rasa apa pun.. Tambah pula nak rindukan kau. Buat apa?? Buat sakit hati lagilah..Jawab Munirah sudah pandang ke arah lain. Malas dia mahu hadap rakan seperti Kyra lagi. Langsung tak pernah teringatkan dirinya. Buat apa dia nak ingatkan orang seperti ini. Buang masa saja. Tergamam Kyra mendengar semua ini dari mulut Munirah sendiri. Bibirnya mengukirkan senyuman sayu. Jadi, selama ini Munirah memang membencinya. Dia faham dan hormat pendirian Munirah. Kalaulah dia cuba pertahankan Munirah dulu..pasti hubungan sahabat mereka tidak seperti ini.

Tak apalah..aku faham. Aku minta maaflah aku dah lama tak contact kau..tak tanya khabar dari kau..Aku cuma mahu bagi ruang dekat kau. Aku tahu kau perlukan ruang untuk sendiri. Siapalah aku mahu masuk campur dalam urusan kau. Aku cuma nak berterima kasih sudi jadi sahabat aku selama ini. Aku cuma rindukan kau..Syukur alhamdulilah aku nampak kau dah besar macam ni..dah berumah tangga. Dapat suami yg hargai diri kau. Aku syukur sangat Munirah. Setiap hari..setiap masa fikiran aku tak pernah lupakan kau. Aku datang ke sini sebab..aku terlalu rindukan kau. Aku rindukan sahabat susah senang aku selama ini. Maaflah..terlebih drama pula. Sorry ehh..Aku ganggulah masa kau. Aku cuma nak tengok kau bahagia tu jee. Aku..aku gerak dulu. Luah Kyra segalanya apa yg dia rasa. Air matanya tidak tumpah daripada terus mengalir. Dikesat kasar air mata itu kerana rasa kecewa Munirah sememangnya membenci dirinya. Rasa kecewa dan sedih apabila dibenci oleh sahabat baik sendiri. Sahabat dari kecil lagi. Sahabat dunia akhirat buat Kyra. Kyra bangun dan berdiri. Ditatap lama wajah Munirah yg tidak menunjukkan reaksi apa pun. Air mata Kyra kembali mengalir. Berjalan pergi dengan penuh perasaan kecewa.

Bodoh Kyra!!! Tengking Munirah kuat segera berlari dan mendapatkan Kyra kembali. Dipeluk erat tubuh sahabatnya itu. Deras saja butiran jernih mengalir di pipi Munirah. Munirah mengeratkan pelukan itu. Seperti dia tidak mahu sahaja melepaskan Kyra pergi lagi.

Kau bodoh Kyra..asal kau tinggalkan aku..Kenapa kau tak cari aku..Kau bodoh..Bersuara Munirah tersedu sedan menangis di dalam dakapan Kyra. Menangis semahunya. Selama ini Munirah menganggap Kyra sudah melupakan dirinya. Membenci dirinya seperti ini. Setiap hari Munirah tunggu panggilan dan khabar dari Kyra. Tetapi ia dapat hanyalah harapan palsu saja. Kyra menukar nombor telefon baru. Sejak itulah Munirah geram dan marah akan diri Kyra. Dia sudah tidak mahu berjumpa dengan Kyra lagi.

Maafkan aku Irah..Aku tak pernah lupakan kau. Tak terdetik langsung dekat hati aku nak lupakan kau..Maafkan aku. Ujar Kyra juga menangis sekali. Dirinya rasa tenang sedikit selepas Munirah masih tidak melupakannya. Rasa kasihan mula menjalar pada dirinya. Melihat Munirah menangis seperti ini juga membuat dirinya rasa sakit sekali. Sahabat dunia akhiratnya ini akan dipegang sampai bila-bila. Cikgu Yusra hanya mampu memandang ke arah lain tidak dapat menahan air mata jika melihat semua ini berterusan lagi. Cukuplah seorang demi seorang dia melihat deraian air mata dalam kisah hidup ini. Mikhail turut tertunduk ke bawah dan mengelap air matanya itu. Sejak dari dulu lagi Kyra selalu bertanya khabar Munirah daripadanya. Sedikit banyak dia merasai apa itu erti sebuah persahabatan dalam hubungan mereka berdua. Azhar tersenyum lega saja. Melihat sedikit banyak Munirah melepaskan rindu kepada orang sekelilingnya itu sudah memadai baginya. Inilah yg dia mahukan daripada Munirah. Melepaskan pergi "hati yg tersiksa jiwa yg merintih".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience