Rate

TETAMU MALAM

Horror & Thriller Completed 2349

Assalamualaikum.
Aku ingin kongsikan kisah aku. Nama aku Deera.
Aku berusia 26 tahun dan bekerja di ibu kota. Hari
ini aku rasa penat sangat. Dalam tempoh dua
minggu ni seringkali balik lewat semata-mata nak
siapkan kertas kerja sebelum tarikh akhir. Kadang-
kadang nak lunch pun macam tak sempat cuma
makan roti sahaja. Memang sejak dua menjak ni aku
mengabaikan rutin hidup normal aku. Semata-mata
memberi tumpuan kepada kertas kerjaku. Berharap
benar kertas kerja aku diluluskan.
Aku sudah bertunang, ya nama tunangku Haikal.
Memang kami jarang berjumpa kerana hubungan
kami jarak jauh. Haikal seorang guru dan bertugas
di Ipoh, Perak. Sejak aku terlibat dengan projek baru
syarikat aku, aku agak jarang melayan whatsapp
dan menelefon dia. Kadang-kadang hal remeh
seperti ini boleh menyebabkan perbalahan antara
kami.
Hari itu aku bergerak awal dari rumah ke tempat
kerja. Kepala aku terasa sedikit pening, tapi aku
gagahi ke tempat kerja. Sedang aku membancuh
milo di bilik pantry pejabatku. Aku tiba-tiba rebah.
Memang masa tu aku langsung tak sedar.
Lepas sedar, aku dapati aku berada di hospital. Aku
lihat tanganku dicucuk jarum, tujuan untuk
memasukan ubat dari tiup. Liza, rakan sepejabatku
berada ditepiku sambil melihat aku.
Aku: Kenapa aku ada kat sini?
Liza: Kau pengsan tadi kat office. Tekanan darah
kau rendah sangat. Kau kena rehat.
Aku: Haa?
Liza: Kau rehatlah, tadi boss dan officemate datang
jenguk kau. Dia suruh kau rehat cukup-cukup.
Liza memberikan handbag aku kepadaku. Katanya
dia sudah menghubungi mak dan ayah aku serta
Hanim rakan serumahku. Dia meminta diri untuk
pulang.
Aku mencapai handphone sebaik sahaja mendengar
pangilan. Ayah dan mak begitu risau akan keadaan
aku. Aku cuba untuk mententeramkan mereka
kerana aku tak nak mereka berasa susah hati. Bukan
dekat dari Sungai Petani untuk datang ke Kuala
Lumpur. Sebolehnya aku tak nak menyusahkan
mereka. Aku katakan bahawa aku sudah sihat
seperti sedia kala sebab aku tak nak ayah memandu
jauh untuk melawat aku. Kesihatan ayah yang
kurang baik itu tidak sesuai memandu jauh. Ayah
menyuruh aku mengambil cuti dan berehat di
kampung.
Aku dapati lebih 20 missed call daripada Haikal.
Aku menelefonnya kembali. Dia begitu cemas
mengetahui keadaaan aku yang tiba-tiba pengsan.
Dia kata nak datang menjenguk aku. Tapi sekarang
dia ada kursus di Pulau Pinang, dan selepas kursus
dia baru bercadang untu ke Kuala Lumpur
menjenguk aku. Aku sedikit kecewa. Terus sahaja
aku putuskan panggilan tanpa mendengar
penjelasan selanjut darinya. Mungkin juga ini
perasaannya bila dia menelefon aku dan aku hanya
membalas “busy” dan terus menamatkan panggilan.
Tiba-tiba rasa sebak apabila rasa diabaikan oleh
tunangku. Bertalu-talu juga panggilan dari Haikal
tapi tidak aku endahkan. Tiba-tiba emosi aku
sangat tersentuh.
Hanim datang menyapaku. Dia membawakan
makanan. Dia bercadang untuk menemani aku
malam ini di hospital, tapi aku tak nak
menyusahkan dia sebab esok dia kerja pagi. Hanim
pulang ke rumah selepas tamat waktu melawat.
Rasa sunyi sahaja bila tak ada pelawat. Aku lihat
screen handphone ada banyak miscall dan
whatsapp daripada Haikal. Aku membaca
whatsappnya satu persatu. Aku membalas,
Aku: Awak tak perlu risaukan saya. Saya ok, awak
kursus la elok-elok. Esok kalau tekanan darah saya
normal saya boleh keluar hospital.
Haikal: Lusa, abang janji datang tengok Deera ya,
please take care.
Aku sedikit sedih. Dia macam lebih pentingkan
kursusnya daripada aku. Jam menunjukkan pukul 8
malam. Jururawat bertugas memeriksa tekanan
darah aku. Masih rendah tetapi tak serendah masa
mula-mula aku dirawat pagi tadi. Aku disuruh
berehat.
Ada seorang pesakit menyapa aku, aku bersembang
dengannya, Kak Salmi namanya. Katanya dah 3 hari
berada di hospital akibat gastrik. Di wad tersebut
hanya aku dan dia je. Aku ditempatkan di katil
hujung berdekatan tingkap.
Jam menunjukkan pukul 2 pagi tapi mata aku masih
susah nak lelap. Akibat bosan dan susah
melelapkan mata, aku berjalan ke tingkap, cuba
membuka tingkap untuk melihat pemandangan
malam di hospital. Tiba-tiba aku disapa dari
belakang.
Deeraaa….
Aku kenal benar dengan suara itu, ya Haikal datang.
Dia berdiri dibelakang aku sambil tersenyum.
Aku: Kenapa abang datang malam-malam? Cakap
nak datang lepas kursus.
Haikal: Abang risaukan Deera.
Aku: Boleh ke melawat malam-malam ni?
Haikal: Abang curi-curi masuk..hehehe..
Aku: Abang jangan cari pasal, nanti kena tangkap
dengan Pak Guard.
Haikal: Esok takut tak dapat jumpa Deeraa.
Geram aku dengan perangai Haikal yang buat kerja
gila malam-malam ni. Malam tu aku yang banyak
bercakap berbanding dia. Dia hanya melihat dan
tersenyum sahaja mendengar celotehku. Hilang
rajukku selepas berbual dengan Haikal. Bunga rose
pemberian Haikal aku letak di tepi meja sebelah
katilku. Ini pertama kali Haikal menghadiahkan
bunga rose kepadaku. Nak pujuklah tu, bentak
hatiku girang!
Haikal: Abang nak pergi ni, Deera jaga diri elok-
elok. Abang sayang Deera. (sayu suara Haikal
kedengaran)
Aku: Yelah, Deera pun sama. Take care, jangan buat
macam ni lagi.
Haikal: (Haikal hanya mengangguk)
Aku: Esok kita jumpa ye.
Haikal senyum lalu berlalu meninggalkan aku. Aku
terus tidur dengan lenanya.
Pagi itu, jururawat datang memeriksa tekanan darah
aku. Alhamdulilah sudah kembali normal dan doktar
membenarkan aku pulang hari ini tapi masih
memberikan cuti sakit untuk aku berehat di rumah.
Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Tertera nombor
ayah. Ayah memberitahu bahawa dia dengan mak
serta Kak Long aku dalam perjalanan ke hospital
untuk datang mengambil aku. Cepat betul ayah tahu
aku boleh keluar hospital, bisik hatiku. Aku cuba
untuk menelefon Haikal tapi masuk voicemail dan
whatapps pun tak delivered lagi. Penat betul mamat
ni, tidur mati agaknya getus hatiku.
Kak Salmi menyapaku.
Kak Salmi: Ok tak semalam?
Aku: Ok.
Kak Salmi: 4 malam akak kat sini, semalam baru
boleh nyenyak. Akak keluar hari ni.
Aku: Kenapa kak? Saya pun keluar hari ni juga.
Kak Salmi: Sebelum ni, ada budak main cak-cak kat
tingkap tu.
Kak Salmi menunjukkan tingkap yang aku nak buka
semalam. Rasa seram pula bila Kak Salmi cakap
macam tu. Nasib baik semalam aku tak sempat buka
tingkap tu dan Haikal datang teman aku, silap-silap
aku kena cak-cak pula dengan “budak’ yang akak ni
cakap.
Aku: Seramnya kak.
Kak Salmi: 2 kali akak tukar tempat dalam wad ni,
nasib semalam akak boleh tidur nyenyak.
Aku bersyukur semalam Haikal datang. Kalau tak
memang aku cadang nak buka tingkap tu sebab
rasa bosan sangat. Ayah, Mak dan Kak Long datang.
Aku terus bersalam dengan mereka dan memeluk
mak dan Kak Long. Ayah suruh aku bersiap cepat,
manakala Kak Long pergi ke bilik doktor untuk
urusan keluar hospital.
Mak menghampiriku sambil memelukku dan
menangis.
Aku: Mak, adik dah oklah, janganlah menangis.
Mak: Mak nak cakap dengan adik ni, jangan sedih
ye.
Aku: Adik ok je, kenapa ni mak?
Mak: Haikal dah tak ada..dia kemalangan masa nak
ke KL jam 2 pagi tadi.
Aku terkesima. Seakan-akan tidak percaya apa yang
keluar dari mulut ibuku. Tak mungkin Haikal dah tak
ada. Semalam baru dia melawat aku. Tak mungkin!
Aku tak percaya apa yang aku dengar. Aku mencari
bunga yang aku letak di atas meja. Mana dia? Tak
jumpa! Aku bertanya kepada Kak Salmi tentang
bunga itu. Kak Salmi kata, masa aku tidur, ada
cleaner menyapu daun-daun kering yang jatuh di
atas lantai. Tapi bukan bunga.
Aku cuba bangun untuk pergi mendapatkan cleaner
tersebut tapi ditegah oleh ayah. Ayah menyuruh aku
bersabar dengan berita kematian Haikal dan selepas
ini kami sekeluarga akan ke rumah keluarga Haikal
di Bukit Kapar, Selangor. Pengkebumian Haikal akan
diadakan selepas solat Asar.
Aku dan keluargaku pergi ke rumah Haikal. Sekujur
tubuh yang berbalut kain putih itu adalah milik
Haikal. Ya memang Haikal.
Haikal sudah tiada, tapi siapa yang menemui aku
semalam?
#Al-fatihah untuk Haikal

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience