"Awak pergi tengok anak kita tu..dah berapa hari dia tak keluar bilik .." En Faizal menyuruh isterinya memeriksa anak perempuan mereka.
"Dah. pagi tadi saya dah tengok..dia tak mahu makan, habis semua barang dalam bilik dilempar. Bila saya tanya, katanya nanti kita tahu"
"Apa yang berlaku sebenarnya ni.. takpa..kalau malam ni dia taknak turun jugak. Saya yang cakap sendiri dengan dia"
"Yelah bang, saya dah pujuk pun tak jalan. Baik awak saje yg pergi"
Sedang Puan Sal membancuh air di dapur..terdengar suara suaminya agak nyaring di telinga..
"Kamu biar betul Kamarul, macam mana boleh jadi mcm ni..anak kamu memang perlu bertanggungjawab atas semua ni. Mana kami nak letak muka"
"Ye aku tahu..kau sabar aje.. Irsyad akan cuba selesaikan perkara ni. kamu jangan bimbang, kami akan bertanggungjawab"
Puan Sal yang terdengar terus meninggalkan dapur dan menuju ke arah En Kamarul
"Kenapa bang? Siapa call?"
"Kamarul. Baik awak tanya anak awak sendiri apa yang dah dia lakukan, sebelum saya pergi!" Tegas suara En Faizal kali ini, dia pasti anaknya telah berbuat sesuatu yang diluar jangkaan mereka.
__________________
"Tania tak salah mama..Tania tak salah..Rayqal yang buat Tania macam ni maa" setelah puas dipujuk rayu oleh Puan Sal, Tania masih tidak mahu mengaku akan perbuatannya.
"Mama tengok Rayqal tu baik budaknya. Takkan dia buat Tania macam ni?"
"Mama tak percaya anak mama sendiri?"
"Bukan tak percaya..cuma mama kenal anak mama macam mana. Tania seorang yang mudah bertekad. Jadi tak mustahil ni angkara Tania juga"
Sambil Puan Sal mengemas barang2 yang telah dilempar Tania.
"Mama!! Sampai hati mama cakap macam tu kat Tania. Tania ni kan anak mama, takkan Tania sanggup buat semua tu ma. Tania masih ada maruah ma.."
"Tapi maruah Tania diragut macam tu je kan?"
"Maksud mama?"
"Dah kamu turun makan, nanti kita buat check up mana tahu apa apa ke nanti.."
"Hmm" Tania menturuti arahan Puan Sal, taktiknya kali ni sudah dapat dihidu oleh mama nya. Siapa lagi mahu 'backup' dia kalau bukan mama. Papa nya sudah pasti tidak menyebelahi dia.
Fikirannya berlegar legar.. memikirkan apa yang perlu dibuat..
________________
Usai makan..Tania berasa pelik mengapa papa nya tidak ada di meja makan.
"Papa mana ma?"
"Atas lah kot"
"Papa marah?" Sambil menguis nasinya Tania cuba meminta simpati kepada mama nya.
"Ibu bapa mana yang tak marah kalau benda ni jadi Tania. Kamu adalah anak perempuan tunggal kami, tapi jaga kamu ibarat jaga 5 ekor kambing"
"Alaa ma.. ni untuk kebahagiaan Tania jugak ma.."
"Mama taktahu.." Puan Sal sudah bingkas bangun nak mengemas meja, oleh kerana orang gajinya cuti harini. Jadi semua kerja dilakukan sendiri.
_______________
"Nak kemana lagi tu Tania" Puan Sal bukan tidak tahu kemana anaknya pergi, sengaja ditanya. Spy nya cukup teliti akan pergerakan anaknya itu, malahan pada malam Tania membawa Irsyad juga diketahui olehnya.
"Keluar jap ma dengan kawan"
"Pergi club lagi?"
"Mana ada ma.."
"Kamu jangan menipu mama..mama tahu Tania"
"Dahlah ma.. Tania dah lambat. Bye"
Terus lesap Tania setelah berasa dirinya seakan terjerat dengan kenyataan mamanya.
_______________
"U nak apa lagi??" Suara Tania semakin kasar oleh kerana lelaki yang sering kali mengacau nya ada.
"I dah cakap i nak you kan..tu pun tak boleh ke?" Tangan kasarnya sudah bermain di rambut Tania.
"Stop it Que! Don't touch me!"
"Ohhh dengan i jijik, dengan si Irsyad tu bukan main kau siap check in hotel!!"
"Ma..maa..na u tahu..?" Terkejut akan apa yang diperkatakan Que, Tania mula berasa tidak sedap hati.
"Enough with ur drama lah Tania, i know who u are. Tak payah nak berlagak suci lah."
"Don't u dare said that to me!! You taktahu apa yang i lalui. Jangan kacau hidup i lagi!"
Semakin kuat Que mengenggam tangan Tania.
"Lepaslah!!"
"Aku takkan lepaskan kau Tania, kau akan dapat balasan atas apa yang kau dah buat. You break my heart. You'll get more than this!!" Que mengikat tangannya ke leher Tania, supaya tanda amaran akan perbuatan wanita itu.
"A..pa..kau..na..k..ak..u ..ba..gi" tersekat suara Tania akibat dicekik oleh Que. Kedua belah tangan Tania tidak mampu melepaskan dirinya daripada Que.
"I don't want ur money stupid! I want you!"
"Let..me..go..i will...fulfill it.." Perlahan tangan Que melepaskan Tania, sebaik sahaja Tania terlepas kakinya pantas meninggalkan tempat tersebut.
"Kali ni kau terlepas Tania..lepas ni mungkin tak..kau tunggu.." sambil mengepal penumbuknya. Dendamnya terhadap Tania semakin membuak oleh kerana wanita itu menolak cinta nya.
____________________
"Awak. Saya dah sedia nak dengar apa awak nak cakap." Sambil tangannya menolak satu satu biji tasbih di tangan.
"Saya dah fikir masak masak.."
"Untuk kahwin?" Ellya memintas percakapan Irsyad.
"Apa awak cakap ni?? Tak pernah terlintas pun saya nak kahwin lain. Jadi selama ni awak taknak bercakap dengan saya, kurung diri sebab awak ingat saya nak minta izin kahwin lain ke? Hah?"
"Ye! Sebab saya nampak awak bermesra cakap dalam telefon. Saya ni isteri awak Irsyad, saya ada perasaan juga" Tanpa dipinta Irsyad laju memeluk isterinya, sungguh dia berasa kesal kerana selama ini dia hanya sibuk akan dunia luar terlupa akan isterinya sendiri.
"Shh...jangan cakap macam tu lagi.." seperti bapa yang memujuk anak Irsyad perlakukan Ellya.
"Saya tak sanggup bermadu Syad..walaupun saya tahu saya tak lama lagi akan per.."
Irsyad terlebih dahulu menutup mulut Ellya.
"Saya taknak awak cakap macam tu, perkara yang saya nak bincang dengan awak ni berkenaan sakit awak. Kawan saya ada kenal doktor dekat US katanya lebih pakar bab bab cancer ni & mostly pesakit dia sembuh. Kita pergi ya?"
"Tapi macam mana syarikat? Siapa nak jaga? Mesti lama kalau kita pergi"
"Hal syarikat takpa, saya dah cakap dengan papa. Papa akan pantau nanti..kesihatan awak yang penting.."
"Maaf selama ni saya buruk sangka dengan awak."
"Takpa..dah dah tak mau nangis. Tak cantik dah princess saya ni"
Tergelak kecil Ellya apabila Irsyad memanggilnya princess.
___________________
"You??!"
"Youu?!!"
Ya bermula drama mereka bersahutan kembali.
"Okay listen Laura, i nak explain what happened to us. Time college"
"I don't need any explanation from you, now tepi i nak lalu"
"No" sempat tangan Haris merentap tangan Laura.
"Fine apa dia?" Laura telah menarik tangannya, dalam hatinya 'ambik kesempatan betul dia ni'
"Kita duduk dulu boleh? Kat sana" sambil menunjukkan meja yang kosong di cafe tersebut. Disebabkan hari cuti jadi Laura tiada alasan untuk menolak lagi ajakan Haris.
Setelah selesa dengan kedudukan mereka dan sempat juga mereka memesan air masing2.
"Now explain" Terang Laura agak tegas.
Haris yang tidak henti meneliti wajah Laura membuatkan Laura tidak selesa dan ingin cepat menamatkan perbualan mereka.
"Okay first of all i mintak maaf sebab apa yang terjadi, you dah salah faham"
"Okay proceed.." Laura berlagak seperti biasa, tetapi hatinya ingin sekali memintas setiap percakapan Haris itu, tetapi dia menghormati Haris di dengarkan sahaja tanpa menyampuk.
"Masa kejadian tu i dicabar i know you malu, i mintak maaf. I faham perasaan you, tapi masa tu kita masih muda, i rasa kita tak layak untuk bercinta"
"But..perlu ke sampai curah air kat i masa tu??" Laura cuba menekup mulutnya agar tangisannya tidak didengari orang lain.
"Spontaneous Laura..i pun tak sangka i boleh buat macam tu demi nak nampak macho depan orang yang i tolak you"
"You memang kejam Haris. Sanggup you buat macam tu"
"But now i nak tebus salah i balik. I know what's worth to wait for me"
"What?"
"Get to know you more than before"
Laura agak terkejut dengan apa yang diperkatakan Haris, dia juga keliru sama ada dia masih suka pada Haris atau hanya benci yang tinggal. Namun di sudut hatinya seperti menerima sesuatu yang diperkatakan Haris.
"Laura, shall we?" Haris menyoal kembali.
"Yeah yeah"
"Apa yang yeah?"
"You nak kenal kan? Yelah kita kenal"
"Great!!" Haris seperti budak kecil kegirangan.
"But..i tak janji i akan suka you macam dulu"
"We can try.."
Share this novel