Bab27:kepulangan Hazel

Romance Completed 204114

"Hazel".....

"Sayang!".....

Kelopak mata Hazel bergerak-gerak namun dia masih tidak rela melepaskan mimpi indah itu pergi.Bisikan suara dan pandangan mata cantik itu sangat mendamaikan hatinya.Bayangan lelaki misteri itu muncul sangat jelas kali ini,tiada lagi lapisan kabut menghalang pandangannya.Akhirnya Hazel membuka matanya perlahan-lahan,terasa kepalanya bengkak dan berdenyut.Tangannya naik ke pipi yang kebas.Hazel meraba pula perutnya,apakah lelaki itu berhasil melakukan sesuatu yang jahat padanya semalam.Rasa kecewa,bersalah dan jijik pada diri sendiri mengasak mindanya hingga dia meraung dengan kuat.Dia duduk memeluk lutut bersama tangisannya.

"Sayang!"....Tengku Que Iskandar membelai kepala Hazel perlahan.

Hazel terkejut dan mengangkat wajahnya dengan cepat.Jatuh rahangnya melihat kemunculan seorang lelaki yang tinggi dan besar di hadapannya.Bidadara mana yang tersesat di depannya ini.Cukup sempurna dan menawan dengan matanya yang kehijauan,hidung mancung dan bibir nipis.Auranya penuh kedinginan tetapi ada sinar di matanya yang membuatkan Hazel ingin menyelam di dalamnya.

"Aauccchhh!!"...I'm in love!"

Terkedip-kedip mata Hazel yang masih basah dengan air mata bila Tengku Que Iskandar menurunkan kepala mencium dahinya,hidung kecilnya dan akhirnya bibir kemerahan Hazel dipagut perlahan-lahan dengan urutan bibir yang lembut.Bila Que melepaskan tautan bibir mereka,Hazel masih dengan matanya yang tertutup,mungkin dia masih di dalam alam mimpi.

Tengku Que Iskandar memasukkan tangan sebelah kirinya ke dalam poket dan berdiri semula melihat ke arah isterinya yang sedang berangan.Tengku Que Iskandar tersenyum dan tergeleng-geleng kepalanya melihat telatah Hazel yang baru di didepannya.Hazel membuka matanya perlahan-lahan dan mata mereka bertaut kembali.

"Eh!..lelaki ini lah yang sering datang dalam mimpinya....Suaranya juga sama!...Siapakah dia?"...hati Hazel berbisik perlahan.

"Siapa awak?"....

Tengku Que Iskandar yang sudah tahu keadaan isterinya hanya tenang mendengar pertanyaan Hazel.Que menghulurkan kad nikah mereka untuk Hazel fahami sendiri.Que tidak ingin terlalu memaksa Hazel memanggil semula memori mereka,biarlah berlaku secara semulajadi walaupun memakan masa yang lama asalkan isterinya sentiasa di sisinya.Langkah pertama dia perlu menerangkan apa yang terjadi dan memulakan semula hubungan mereka.

******************
Flashback

"Bummmm"....

Tengku Que Iskandar menerobos masuk ke bilik yang menempatkan Hazel.Keadaan isterinya kelihatan sangat lemah dengan kesan tamparan diwajahnya dan bajunya yang compang-camping menampakkan sesetengah bahagian badan Hazel.Fikirannya ketika itu Carl Zafran telah merogol isterinya.Kesan gigitan merah di leher Hazel membuatnya membayangkan perbuatan terkutuk Carl Zafran terhadap Hazel.Que mengamuk seperti orang gila dan membunuh semua orang di dalam rumah itu termasuk pembantu rumah.

Hazel segera dikejarkan ke hospital dan diberi rawatan awalan pada kandungan Hazel.Hati Tengku Que Iskandar sedikit lega mendengar kandungan Hazel selamat dan dalam keadaan baik.Setelah dua jam menunggu Hazel dirawat,Doktor menerangkan laporan kesihatan Hazel secara keseluruhan.

"The patient has amnesia!"

"I'm not sure yet what type of amnesia,permanent or only temporary."

"We need to research the type of medicine they used!....and don't worry your wife wasn't raped,thanks goodness!"...

Doktor yang sudah separuh baya itu berkata lembut sambil menepuk-nepuk belakang Tengku Que Iskandar yang sudah menitiskan airmata.Tubuhnya jatuh meluruh ke lantai dan badannya bergerak-gerak menahan rasa kesedihan dan kesyukuran.

Keputusannya sangat mengejutkan kerana tiada tanda-tanda isterinya dirogol berikut tiada cecair air mani di dalam alat kelaminnya.Mengetahui anak dan isterinya selamat sudah membuatkan Tengku Que Iskandar rasa bersyukur,cuma dia perlu menghadapi masalah amnesia Hazel yang hilang memori masa lampau.

"Nama saya Hazel Haufa binti Henry Lee bukan Dayana binti Rosley?"...Tengku Que Iskandar tercengang seketika,terbang melayang lamunannya.

"Kurang ajar kau Carl Zafran!!"....

Tengku Que Iskandar automatik meninju katil menyebabkan Hazel ketakutan.Menyedari keterlanjuran perbuatannya Que merapati kedudukan dan menarik rapat tubuh Hazel ke dalam pelukannya.

"Errr.....awak nak buat apa ni?"...

"Abang nak peluk sayang!...I miss you so much sayang!"...Thalia menutup matanya,suara lelaki ini sama dengan suara yang hadir dalam benaknya dan buktinya lelaki ini mempunyai kad perkahwinan mereka.Paling penting tubuh badannya tidak menolak dengan sentuhan lelaki ini malah semakin mendambakan lebih lagi.

******************

Tengku Que Iskandar membuat keputusan untuk membawa pulang Hazel ke rumah agam Tengku Benjamin Adame memandangkan Hazel lebih lama tinggal di sana.Mungkin kenangan yang berada di rumah daddy boleh membantu Hazel mengembalikan sedikit memori isterinya.Tengku Que Iskandar masih mengenggam erat tangan Hazel walaupun Hazel sudah terlentok tidur di dadanya.Sesekali Que akan mencium haruman kepala isterinya yang tertutup dengan tudung satin.Matanya ditutup seketika menghilangkan sedikit kelelahan namun hanya seketika cuma matanya terlelap.

"Abang!!!!!"...

"Abang!!....Hazel takut!!...Hazel takut!!"

Hazel meracau dan menjerit kuat sehingga Tengku Que Iskandar yang baru terlelap membuka besar matanya kerana terkejut.Tangannya terkapai-kapai menolak pegangan Que yang cuba menenangkan Hazel yang memberontak ingin melepaskan diri.Pada pandangan Hazel,di didepannya adalah bayangan Carl Zafran yang mahu merogolnya.Kerana terlalu jauh Hazel hanyut dalam trauma,tanpa sedar tangan halus Hazel naik melempang kuat pipi Tengku Que Iskandar.

"Pangggg!!!!"......

"Hazel Haufaaaa!!!!!"...

Melengking tinggi suara Que memenuhi ruang kereta sehingga pemandu juga terkejut dan memberhentikan kereta ke pinggir jalan.Matanya tajam menikam mata hazel isterinya yang sudah mula waras bila disergah.Hazel juga terbungkam dan terbata-bata memohon maaf.

"I'm sorry awak!!"

"Saya tak sengaja,sa...saya...saya"...

Hazel tidak jadi mahu meneruskan kata-katanya bila Tengku Que Iskandar tidak sudi memandang ke arahnya.Lelaki itu hanya melihat ke luar kereta sahaja sejak kereta mula bergerak semula.Hazel meramas tangannya sendiri,bibirnya mencebik menahan sebak.Kolam matanya sudah banjir hanya tunggu nak gugur saja.Hazel bergerak menjauhi Que dan merapatkan diri ke pintu kereta,matanya dibawa memandang ke luar untuk menyembunyikan airmatanya yang sudah mula mengalir laju. Kedinginan Tengku Que Iskandar bagaikan dejavu yang datang dan pergi dari benaknya.Bagaikan dia pernah melalui suasana sebegini sebelum ini.

***********************

"Bumm!!"...

Bahu Hazel terangkat kerana terkejut dengan tindakan Tengku Que Iskandar yang menghempas pintu kereta dengan kuat.Terasa bergoyang badan kereta dengan dentuman itu.Hazel masih terkaku dalam perut kereta,jantungnya kuat mengepam darah.Mukanya juga sudah berubah pucat,airmata usah cakap dari tadi masih mengalir laju.

"Puan!"...Kita sudah sampai!!"...Pak Samad bersuara selepas membukakan pintu penumpang.

"Terima Kasih!"...

Hazel laju mengelap airmatanya bila melihat beberapa orang datang mendekatinya.Seorang wanita paruh baya yang masih cantik memeluk dan mengucup dahinya.Hazel sangat selesa dengan pelukan Sharifah Mariah,seperti tarikan magnet untuknya melekat dengan tubuh tua itu.Sharifah Mariah menggosok perlahan belakang Hazel bila tubuh kecil itu sedikit bergetar.Sharifah Mariah pasti ada sesuatu yang berlaku,dia akan bertanya kepada pemandunya kemudian.

"Kak Hazel!...I miss you!"....

Bella datang memeluk kedua jasad yang masih berpeluk itu.Dia juga sudah dapat membaca situasi kakak ipar dan abangnya jika melihat seorang menangis dan seorang lagi dengan muka membengis.Tengku Benjamin Adame hanya tersenyum kelegaan bila melihat kepulangan menantunya walaupun dalam kondisi apa pun,yang penting Hazel dan bakal cucunya selamat.Itu sudah mencukupi dan di syukuri oleh mereka sekeluarga.

"Sudah-sudah!...Jom kita masuk dulu,sambung berpeluk kat dalam rumah!"...

Tengku Benjamin Adame cuba berseloroh mengusir suasana sedih antara mereka.Hazel hanya mampu tersenyum nipis menyambut gurauan itu,hatinya masih terasa dengan kedinginan Tengku Que Iskandar.Dia takut dengan kebengisan dan kemarahan lelaki itu.

Selepas membersihkan diri,Hazel naik ke katil untuk merehatkan diri.Suasana di sini terasa begitu dekat dengan dirinya membuatkan dia terasa yakin dirinya berada di tangan yang betul,keluarganya.Hazel memejamkan matanya seketika bila rasa sebak datang bertamu lagi di hatinya.Semenjak pulang tadi,Tengku Que Iskandar masih tidak munculkan diri.Entah ke mana suaminya menghilang.Akhirnya kerana kepenatan fizikal dan mental,Hazel terlena membawa sekali kedukaannya.Semoga esok hari lebih baik dari hari ini.

Share this novel

September Deria
2021-06-26 13:01:28 

kenapa ada nama thalia

Hawani Hashim66
2021-06-19 10:17:48 

tqvm Hermey....update...


NovelPlus Premium

The best ads free experience