Bab 25

Romance Series 113896

Alhamdulillah.. Selesai juga majlisnya. Penat badan. Ni budak Amy punya pasal la ni. Jurugambar tak bertauliah. Macam-macam aksi disuruh. Nasib baik la Aniq mahu layan. Teringat pulak sesi bergambar tadi.

"Abang Aniq berdiri kat belakang, akak berdiri depan. Tangan abang peluk pinggang akak." arah Amy.

"Kau jangan macam-macam boleh tak, ambil gambar biasa-biasa tak boleh ke, tak.. " marah Yus dengan gigi dirapatkan.

Belum sempat habis ayat keluar dari bibir Yus, tangan Aniq sudah berada di pinggangnya. Keras sekejap badan Yus.

"Hei.. Kenapa ni" bisik Aniq betul-betul di tepi telinga aku. Meremang segala bulu.

"Ha..? Tak ada apa" jawab aku gugup.

Tanpa Yus dan Aniq sedar, Amy telah mengambil gambar mereka dalam keadaan tersebut. Comel sangat, dengan muka Yus yang terkejut dan muka abang Aniq yang selamba.

"Saya bukan nak makan awak Afya, kita nak ambil gambar je" bisik Aniq lagi.

Hai la.. Masalahnya aku tak biasa peluk-peluk, rapat-rapat dengan lelaki macam ni. Kalau Amy tu lain la. Adik aku.. Yang jantung ni pun tak reti dok diam, dup dap dup dap.. Jangan sampai Aniq dengar sudah.

"Ye.. Ye.." angguk Yus cuba membiasakan diri dengan sentuhan Aniq.

"Okey, tukar posisi pulak, abang Aniq duduk, akak peluk dari belakang" arah Amy lagi. Dah macam mandur pencen dah.

Ha? Peluk dari belakang. Pose lain tak boleh ke. Mengada-ngada budak ni. Siap la kau nanti.

Aniq kemudian duduk di atas pelamin dan aku bergerak ke belakang. Senyap.

Aniq kemudian toleh belakang dan mengambil tangan kanan Yus melalui atas bahu kanannya lalu menarik lembut agar Yus tunduk.

Nak tak nak, terpaksa ikut. Ye lah, bukan kami bertiga sahaja di ruang itu, banyak mata yang memandang.

Perlahan Yus tunduk dan rapat di bahu Aniq lalu kedua-dua tangan Yus satukan di hadapan dada Aniq. Dapat dilihat Aniq menelan liurnya. Mungkin terasa sesuatu yang lembut di belakang bahunya.

Mengenangkan acara bergambar tadi, merah-merah pipi menahan malu.

"Hm.. Senyum sorang-sorang ni ingat saya ke?" bisik suara di telinga.

Laju Yus toleh. Aniq.

"Mana ada. Pandai je. Hm.. Awak nak mandi ke? Saya nak ambilkan tuala." soal Yus untuk hilangkan gugup. Tadi pun Aniq solat jumaat dengan memakai baju akad nikah. Pak Long cakap tak payah salin, ambil berkat. Aku tadi pun ingat nak mandi dan salin pakaian tapi ni semua sepupu punya kerja la. Tak habis-habis nak bergambar, selfie sakan. Aku layankan je la. Tak perasan masa berlalu, sedar-sedar orang lelaki yang solat jumaat dah balik ke rumah.

"Boleh juga. Awak tak nak mandi ke?" eh, tak kan nak ajak aku mandi sekali kot. Muka blur Yus tayang.

"Ala comel nya.. Maksud saya awak tak nak mandi ke, tak nak salin baju? Nak dekat pukul lima petang dah ni. Tukar baju yang lebih selesa sikit tapi kalau awak nak mandi dengan saya pun apa salahnya. Sangat dialu-alukan." jawab Aniq sambil senyum meleret. Senyum orang gatal.

Ee.. Dia ni kan. Belum apa-apa dah nampak kegatalannya.

"Eh, tak pe. Awak mandi dulu.. Lupa nak tanya, mama dengan Pakcik dah balik ke?" soal aku.

"Dah, lepas solat jumaat tadi. Diaorang terus balik sebab nak balik Melaka. Esok mama dengan Pakcik ada kenduri nak kena hadir. Kenduri jiran sebelah rumah" terang Aniq.

Aniq kemudian dengan selamba membuka baju dan seluar. Terjerit kecil aku. Haih dia ni. Tak sopan langsung. Bila aku tegur, dia boleh sengih je. Kuang asam keping.

Lebih kurang dua puluh minit dalam bilik air, Aniq keluar dengan tuala di pinggang. Rambutnya masih menitik air. Tak reti nak lap kering ke apa dia ni.

Aku laju melangkah ke pintu gelongsor, baik aku duduk sana. Takut nanti macam-macam pulak yang aku nampak. Nasib baik sejadah dah aku bentangkan siap-siap.

"Allahhuakbar" terdengar suara Aniq mengangkat takbir. Ralit aku memandang Aniq menunaikan solat. Tak sedar bila masa aku duduk di kerusi kat luar ni sambil kepala menoleh pandang pada Aniq. Hm.. Dah la hendsome, sado, sejuk je air mukanya sekarang..

"Ha! Menung!"

"Omak kau abang kunyit!" terkejut dengan sergahan Aniq terus berdiri aku, malang tak berbau kepala aku terantuk dengan dahi Aniq. Ambik kau, kejutkan aku lagi.

"Sorry, sorry. Sapa suruh sergah saya" ucap aku sambil gosok dahi Aniq.

"Awak sebut apa tadi?" soal Aniq dengan muka yang serius.

"Ha, saya sebut apa?" soal Yus tak faham. Fikir-fikir balik.

"Abang ku.. "

Belum sempat ayat dihabiskan, bibir Yus ditekan lembut dengan bibir Aniq. Bulat mata Yus terkejut tapi tidak lama kemudian mata Yus terpejam kerana terbuai dengan urutan lembut bibir Aniq pada bibirnya, tanpa disuruh tangan kanan Yus disangkut ke leher Aniq. Tangan kanan Aniq naik memegang pinggang Yus manakala tangan kiri memegang belakang kepala Yus.

Sudah lama rasa yang satu ini tidak hadir pada Aniq. Tapi petang ini Aniq seakan tidak mampu untuk menahan diri.

Perlahan Aniq melepaskan bibir Yus. Mata Yus pada ketika itu masih terpejam seperti masih menikmati perasaan pertamanya itu.

Yus membuka mata, di hadapannya Aniq tersenyum manis menggoda. Tertunduk malu Yus dengan apa yang berlaku tadi. Pantas Yus melapaskan diri dari pelukan Aniq.

Tetapi tangan Aniq pantas menangkap lengan kiri Yus dan berkata.

"Saya dengar awak panggil saya macam tu lagi. Itu denda yang saya akan kenakan" ucap Aniq sambil mengenyit mata pada Yus.

Merah padam muka Yus menahan malu. Laju Yus keluar dari bilik.

Ketawa Aniq dengan tingkah sendiri. Hai la. Afya.. Afya.. Mampukah saya menahan rasa ini. Kata hati Aniq.

****

Tok tok tok

"Masuk" bunyi suara dari dalam.

Yus jengukkan kepala dan dapati Aniq sedang duduk di birai katil sambil melihat sesuatu di telefonnya.

"Awak dah maghrib?" soal Yus.

Aniq melepas pandang pada Yus. Cantik.. Tadi masih lengkap bertudung. Dah siap mandi rupanya. Mandi kat mana la tadi isteri aku ni.. Pakai t-shirt dengan seluar sukan pun tetap awak cantik Afya..

Aniq memandang Yus tak berkelip.

Ah, sudah ada taik mata ke kat mata aku ni. Tau la tadi aku terlena kat bilik Amy. Penat punya pasal.

"Aa.. Awak tengok apa?" soal Yus. Pelik dengan Aniq tak kelip-kelip mata. Ke ada sesuatu yang dia nampak. Jangan main-main la senja macam ni Aniq oi..

Yus kemudian datang dekat Aniq dan melayang-layangkan tangannya depan muka Aniq.

"Awak.. Oo.. Awak" jerit Yus.

"Ah, ye. Tanya apa tadi? Tak dengar" jawab Aniq selamba.

Tak dengar? Aku dah macam mak tarzan tercekik biji rambutan, dia boleh cakap tak dengar! Adoi..

"Saya tanya, awak dah maghrib ke?" ulang Yus.

"Dah. Awak?" soal Aniq pula.

Aku? Ah sudah, apa nak jawab ni.

Tak kan nak cakap bendera berkibar, karang dia tanya bendera apa? Apa aku nak jawab. Kepala tak gatal digaru.

"Awak tak boleh solat, period?" soal Aniq selamba.

Mak oi, selambanya tanya. Tebal muka aku dia tanya macam tu. Nak tak nak, perlahan aku angguk.

"Tau.. Saya nampak bungkusan pad dalam tong sampah" ucap Aniq sambil tersengih-sengih.

Ee.. Dia ni, dah tau saja kan.

"Hm.. Rugi saya malam ni" tutur Aniq.

"Rugi? Apa yang rugi?" soal Yus pelik.

"Rugilah.. First night" senyum Aniq gatal.

"Dah la. Jangan nak merapu ek. Kalau dah solat, jom turun makan. Semua orang dah ada kat meja makan" ajak Yus lalu meninggalkan Aniq dalam bilik.

Gatal..

Terseyum Aniq dengan ulah Yus.

Sabar ye Afya, kita tengok nanti abang kunyit ke tak kunyit.

"Turun pun pengantin baru. Ingatkan dah kenyang duduk dalam bilik lama-lama" usik Mak Long.

"Mana ada, Mak Long ni. Yus tertido kat bilik Amy la tadi" jawab aku segan.

Berderai ketawa di meja makan. Aniq aku tengok hanya terseyum sahaja. Hai rajin pulak dia senyum akhir-akhir ni.

"Hai Yus, nanti-nanti la kalau nak tenung muka Aniq pun, duduk makan dulu. Lepas makan nanti, tenung puas-puas" usik Pak Long pulak.

Diaorang ni kan.. Saja je.

"Hm.. Yus, Aniq. Esok pagi Pak Long, Mak Long dengan Haiqal nak kena balik. Ada urusan sikit. Yus nanti macam mana? Tinggal di sini atau macam mana?" soal Pak Long.

"Yus belum bincang lagi pasal ni. Kesian pulak nak biar Amy tinggal sorang kat rumah ni." ucap Yus. Sedih pulak nak tinggalkan Amy seorang.

"Kak, orang dah besar la. Lagipun bukan orang tinggal sorang. Pak Hamid dengan Mak Minah kan ada. Diaorang boleh tengokkan aku. Kau dah kahwin, kena la ikut abang Aniq" jawab Amy.

"Tapi.. " belum sempat ayat keluar dari mulut, Amy tambah lagi.

"Ala, bukan kau tak jumpa aku. Kat pejabat kan boleh jumpa. Jangan mengada nak sedih-sedih" marah Amy.

"Betul cakap Amy tu Yus, kat pejabat kan boleh jumpa. Dah, jangan nak sedih sangat. Nanti sekali sekala abang Qal datang jenguk Amy. Okey?" soal abang Haiqal satu-satunya anak Pak Long dan Mak Long.

"Okey.. " jawab Yus perlahan.

"Kau jangan ingat orang halau kau pulak kak." Amy ingatkan.

"Ye.. Ye.. Tau" balas Yus.

"Dah-dah. Kira masalah selesai. Cuma Mak Long nak tanya, bila Aniq nak bawa Yus?" soal Mak Long.

"Kalau tak ada apa-apa, ingat petang esok lepas selesai urusan kat rumah ni" jawab Aniq.

"Pasal rumah ni tak payah la risau, Mak Minah dengan Pak Hamid boleh uruskan. Lagi pun bukan kita yang kemas, cuma tengok-tengokkan aje" sampuk Mak Minah.

"Baiklah kalau dah macam tu" Aniq mengangguk.

Selesai makan malam, aku terus naik ke bilik. Penat dan mengantuk. Aniq? Ikut dia la nak tidur mana. Mata aku dah macam digam-gam dah. Melekat.

Leganya dapat baringkan badan...

Tak sampai seminit pejam mata

"Tidur tak ajak" bisik satu suara.

Terbangun duduk Yus. Yus lihat Aniq tersengih-sengih hujung katil.

"Ish, kalau tak kejutkan orang tak boleh ke?" marah Yus.

Aniq hanya senyum kemudian masuk ke bilik air. Tidak lama, Aniq keluar membentang sejadah. Yus baring mengiring ke kanan sambil menongkat kepala dengan tangan kanan. Aniq diperhati tekun menunaikan solat..

Hm.. Makin kelam.. Makin kelabu.. Akhirnya gelap. Pantas terlena.

Tenenet tenenet tenent

Alah... Kuat pulak bunyi alarm ni. Yus menghulur tangan meraba-raba meja tepi kanan untuk mengambil telefon untuk menutup bunyi alarm.

Apa benda ni, apa yang berbulu lembut-lembut macam ni? Lampu tepi katil di sebelah kiri dibuka.

"Mak kau hantu bulu..!" jerit Yus.

Aniq yang terkejut laju menutup mulut Yus dengan tangan kanannya.

"Eh, awak ni dah kenapa terjerit-jerit macam kena sampuk pagi-pagi macam ni?" marah Aniq dengan suara yang ditahan-tahan.

Kalut Yus tolak tangan Aniq dari bibirnya.

"Macam mana awak boleh tidur dengan saya pulak?" tanya Yus pelik.

"Afya sayang... Dah lupa ke apa yang berlaku?" soal Aniq.

"Hah, apa yang berlaku?" pantas Yus selak selimut dan perhatikan pakaiannya. Masih lengkap. Apa yang jadi?

Adoi.. Comel sungguh isteri aku ni kalau buat muka blur. Tutur Aniq dalam hati.

"Awak buat apa pada saya?" soal Yus kalut.

"Teruk sungguh sakit lupa awak ni Afya. Kita kan dah nikah pagi semalam. Lupa ke?" soal Aniq. Alahai... Jangan nanti lepas-lepas ni dia lupa aku ni suami dia sudah.

"Oohh.. Haah, lupa awak" jawab Yus dengan muka tak bersalah.

"Maaflah saya tak biasa tidur dengan orang lain atas katil ni" jawab Yus.

"Dah alang-alang bangun ni, saya bangun mandi dulu la ye. Awak sambung tidur balik. Kejap lagi saya kejut ye" kata Yus sambil menepuk-nepuk bantal Aniq.

Laju Yus turun bawa tuala dan pakaian sekali masuk bilik air.

Hai la.. Kalut macam tu pun awak tetap cantik Afya..

Tak lama Yus keluar dari bilik air, Aniq pula mengambil alih.

Sebaik Aniq keluar bilik air, dilihat Yus telah lengkap bertelekung menanti Aniq di atas sejadah.

Hm... Dah boleh solat ek.. Senyum jahat terbit di bibir Aniq.

Salam diberi. Doa dibaca dan diaminkan.

Yus menghulur tangan bersalam dengan Aniq. Aniq kemudian mengucup dahi Yus. Tenang rasa di jiwa.

"Terima kasih awak kerana menjadi imam saya" ucap Yus tulus.

Tangan Yus tidak dilepaskan, sebaliknya dibawa ke bibir dan dicium lembut tapak tangan kanan tersebut.

Tersentak Yus dengan tindakan Aniq. Hanya senyum yang dipamer pada bibirnya.

"Awak.. Awak betul ke nak bawa saya tinggal dengan awak?" soal Yus untuk kepastian.

"Kenapa, awak tak nak ikut ke?" soal Aniq kembali.

"Bukan macam tu. Hm.. Awak tau kan, kita kahwin bukan atas dasar cinta. Saya tak nak awak terpaksa" tutur Yus lembut dengan kepala yang menunduk.

Dagu Yus ditarik supaya memandang wajah Aniq.

"Afya, awak isteri saya. Isteri yang selayaknya berada di samping saya walau di mana saya berada" ucap Aniq ikhlas.

Yus memberikan senyuman manis pada Aniq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience